Anda di halaman 1dari 13

Latihan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kasut sukan berjenama _____ dijual dengan harga yang berpatutan.


A Taman Ehsan
B Singapura
C Kamus Sari
D Niko

2 Perlawanan persahabatan itu akan dijalankan di ______.


A Stadium Bukit Jalil
B Jalan Maharaja
C Restoran Maju
D Tasik Bera

3 Pak Cik Borhan menggunakan ____ yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
A gergaji
B gunting
C penukul
D cangkul

4 Kakak Fazi menggunakan ____ untuk mencedok sup yang dimasak tadi.
A senduk
B gelas
C garpu
D pisau

5 Alam persekolahan adik bermula di ______.


A Bank Jaya
B Tadika Gembira
C Dewan Perdana
D Stesen Kuala Lumpur

6 ______ dibuka di taman perumahan itu untuk memudahkan penduduk melakukan transaksi kewangan.
A klinik Lim
B bank permai
C Pasar Raya KK
D balai polis Ampang

7 ______merupakan pensyarah Universiti kebangsaan Malaysia.


A Bahasa Malaysia
B Profesor Ali
C Hang Tuah
D Sultan Mahmud

8 Pasukan Pengakap Sekolah Menengahj Taman Malim berjaya tiba di puncak _____ pada pagi tadi.
A Sungai Rejang
B Gunung Tahan
C Pejabat Pos Desa
D Taman Tasik Titiwangsa
9 ______merupakan lambang bagi negara Malaysia.
A Radio Televisyen Malaysia
B utusan Malaysia
C Sukan Malaysia
D Jalur Gemilang

10 Haiwan peliharaan Suzana, _____ suka makan ikan dan minum susu.
A Si Comel
B sang kancil
C sang semut
D sang rangkok

11 Datuk dan nenek sedang ______ tentang kehidupan mereka pada zaman pendudukan Jepun dahulu.
A bersembang
B berpesan
C berhubung
D berkata

12 Encik lai ____ perniagaan runcit secara kecil-kecilan.


A mengadakan
B menjalankan
C menerbitkan
D menjelaskan

13 Para nelayan _____ jala yang rosak pada musim tengkujuh.


A menampal
B menyulam
C menenun
D menyirat

14 Matahari ____ di sebelah barat.


A terhempap
B terbenam
C terhempas
D termasuk

15 Datuk sedang ____ rumput yang panjang di belakang rumah.


A menggunting
B menyabit
C mengasah
D menoreh

16 Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.
A memalu
B memukul
C mengetuk
D menghentam

17 Pelayan restoran ______ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.


A menjinjing
B menatang
C memegang
D menggalas

18 Penjual itu sedang _____ berat seekor ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
A menimbang
B mengira
C menghitung
D mencatat

19 Saya yakin dapat _____ bahasa Melayu dalam masa dua bulan ini, kata Wen Bin.
A menyertai
B menguasai
C meminati
D mengenali

20 Pak kasim _____ sebuah lubang yang besar untuk menimbus bangkai haiwan.
A mencabut
B mencakar
C menggali
D mengais

21 Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
A tetapi
B bahawa
C supaya
D kerana

22 Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.


A atau
B hingga
C dan
D kecuali

23 Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk
bermesyuarat.
A sementara
B manakala
C jika
D kerana

24 Kakinya bengkak _____ disengat oleh seekor lebah.


A kerana
B agar
C tetapi
D kalau

25 Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.


A dan
B lalu
C sambil
D serta
26 Kenneth membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.
A sambil
B manakala
C atau
D hingga

27 Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A jika
B tetapi
C walaupun
D meskipun

28 Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas hati.
A tetapi
B kerana
C kalau
D malahan

29 Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.


A jikalau
B ketika
C lalu
D agar

30 Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
A seraya
B dan
C hingga
D kecuali

31 _____ pastikan nama kamu ditulikan pada kertas jawapan kata pengawas peperiksaan kepada
calon-calon.
A Jemput
B Jangan
C Tolong
D Usah

32 ___ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan tiba sebentar
lagi, kata juruacara itu.
A Jangan
B tolong
C Minta
D Usah

33 ____ buangkan tulang ikan ke dalam tong samaph.


A Harap
B Jemput
C Usah
D Tolong
34 _____nikmati ketupat dan lemang yang disediakan oleh nenek.
A Jemput
B Tolong
C Jangan
D Minta

35 ______kamu membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah ini.
A Sila
B Tolong
C Usah
D Harap

36 _____kalian bersabar, persembahan akan bermula sebentar algi, kata pengacara majlis.
A harap
B Usah
C Jangan
D Tolong

37 ______tuangkan saya segelas jus oren.


A Harap
B Jemput
C Sila
D Tolong

38 _____lah datang ke majlis rumah terbuka saya pada hari Ahad ini.
A sila
B Usah
C Minta
D Jangan

39 ______ bertenang, semua soalan tuan-tuan akan dijawab oleh pegawai itu.
A Jangan
B Minta
C Jemput
D Usah

40 ______ berebut-rebut semasa menaiki bas.


A Tolong
B sila
C Jemput
D Jangan

41 Mariani mengenali Junita ______ mereka kecil lagi.


A ke
B daripada
C dari
D sejak
42 Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
A di
B dari
C pada
D daripada

43 Buku perubatan lama itu menerangkan _____ kaedah akupunktur.


A di
B untuk
C pada
D tentang

44 Kapal terbang WX773 akan berlepas ____ Taiwan sebentar lagi.


A dengan
B ke
C pada
D di

45 Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
A ke
B oleh
C kepada
D daripada

46 Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan ini.
A dari
B demi
C dengan
D daripada

47 Rumah Pak Samad dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk
kampung.
A bagi
B sejak
C pada
D dengan

48 Wang saku yang dibeli oleh ibu saya simpan _____ dalam kocek seluar.
A di
B oleh
C pada
D kepada

49 Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.
A bagi
B akan
C tentang
D dengan
50 Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes kecurian
yang kian berleluasa.
A oleh
B untuk
C dengan
D terhadap

Latihan Ulangkaji 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara


gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A kalian
B engkau
C kami
D saya

2 Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba, arah Kai Weng kepada kawannya apabila
ternampak kebakaran.
A saya
B mereka
C dia
D kamu

3 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A Beliau
B Baginda
C beta
D patik

4 _____ berasal dari mana? tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A kamu
B kalina
C aku
D dia

5 Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu? tanya bendahara kepada Sultan
Iskandar.
A beta
B kamu
C tuanku
D hamba
6 ______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu, kata Jesus dan Johan
kepada Ang.
A aku
B kami
C kita
D saya

7 Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _____ telah melarikan sejumlah barang kemas yang
bernilai RM 300 000.
A Mereka
B Engkau
C Kita
D anda

8 Sandra , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu, kata Thini.


A dia
B kita
C kamu
D saya

9 _____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
A hamba
B beliau
C baginda
D mereka

10 _____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia
B hamba
C beta
D -nya

11 Kipas siling itu masih berputar dengan ____ walaupun sudah digunakn beberapa tahun.
A segera
B selesa
C kemas
D ligat

12 Seluar yang dipakai oleh Azri _____ hingga mencecah lantai.


A ketat
B lanjut
C labuh
D longgar

13 John dan kawannya bermain layang-layang di padang ketika angin bertiup dengan _____
A cepat
B deras
C kencang
D pantas
14 Jerebu _____ yang melanda Kuala Lumpur boleh menjejaskan kesihatan.
A sedikit
B halus
C tebal
D nipis

15 Rambut bayi itu _____ sejak dilahirkan.


A lebat
B jarang
C banyak
D kusut

16 Tayar basikal Kok Siang tiba-tiba _____ kerana terkena benda yang tajam.
A kembang
B kendur
C pancit
D reput

17 Warna baju biru itu _____ setelah dicuci beberapa kali oleh ibu.
A luruh
B luput
C lusuh
D lenyap

18 Susanti tidak berani berjalan di lorong yang ____ itu.


A jernih
B keruh
C gelap
D berseri

19 Penerbangan ke Australia terkandas akibat cuaca _______.


A buruk
B cerah
C dingin
D nyaman

20 Murid-murid dikehendaki beratur dengan ______ sebelum masuk ke dalam kelas.


A teliti
B tertib
C lancar
D tenang

21 Ramalan kaji cuaca pada hari ini sangat ______.


A tepat
B dekat
C rapat
D lewat
22 ______, kamu juga suka datang berenang di sini!
A Eh
B hai
C wahai
D Amboi

23 ______ , cepatnya adik kamu mengira!


A hai
B wah
C aduh
D aduhai

24 _____, berani kamu semua mengganggu keamanan kampung ini kata ketua kampung dengan
marah.
A Amboi
B Cis
C Ah
D Oh

25 _____, cantik sungguh gaun yang dipakai oleh pengantin itu!


A Eh
B oh
C aduhai
D wah

26 _____, malangnya mangsa kebakaran yang tinggal sehelai pinggang itu!


A aduhai
B aduh
C cis
D ah

27 ____ , kumpulan kamu telah menjuarai pertandingan ini kata Cikgu Kumaran kepada Malek dan
kawan-kawannya.
A wahai
B syabas
C oh
D nah

28 _____, ambilah buku cerita yang kamu mahu!


A amboi
B hai
C nah
D eh

29 _____ murid-murid, ingatlah pesanan kedua-dua orang tua kamu! nasihat cikgu Mark.
A wahai
B wah
C hai
D eh
30 _____, sakitnya dahiku!
A aduh
B wah
C aduhai
D cis

Pilih ayat yang betul.

31 A Benar, pendapat George tidak bernas langsung.


B Betul, jawapan yang diberi oleh Nick tepat.
C Benar, tindakan kamu salah.
D Betul, cara awak tidak betul.

32 A Betul, matahari memancarkan cahaya.


B Ya, benda hidup tidak perlu bernafas.
C Betul, haiwan tidak memerlukan tempat tinggal.
D Benar, tumbuh-tumbuhan tidak membuat makanan sendiri.

33 A Benar, keputusan yang idbuat oelh pengadil itu tidak adil.


B Ya, buku itu dipinjam dari perpustakaan sekolah.'
C Betul, itu bukan lelaki yang kita dicari.
D Benar, ayam jantan itu bertelur.

34 A Ya, saya murid SJK Keong Li.


B Ya, buku itu tidak diconteng oleh adik.
C Benar, alasan yang dibelinya tidak munasabah.
D Benar, makanan itu tidak mungkin dimasak oleh kakak.

35 A Ya, saya tidak tinggal di Sentul.


B Betul, eluar yang dibeli itu pendek.
C Benar, masalah itu tidak rumit sangat.
D Betul, budak itu tidak nakal seperti yang dikatakan.

36 A Ya, Ali bukan ahli dalam Persatuan Bahasa Cina.


B Betul, jangkaan kamu tidak tepat.
C Benar, itulah guru kelas saya.
D Benar, itulah guru kelas saya.

37 A Benar, dia memang tidak hadir ke sekolah.


B Benar , taman itu dibina pada tahun 2003.
C Betul, kenyataan yang dikeluarkan tidak benar.
D Betul, pengiraan yang betul adalah seperti contoh yang diberi.

38 A Ya , saya berasa letih.


B Ya, bukan Muraidi menelefon saya.
C Ya, keng An bukan kawan karib saya.
D Ya, kuih-muih itu tidak disediakan oleh emak.
39 A Betul, baju itu tidak sesuao untuk kamu.
B Betul, pokok durian tidak berubuah lebat.
C Benar, wau bukan permainan tradisinal kaum Melayu.
D Benar, sekolah itu mempunayi 1200 orang murid Melayu.

40 A Betul, perkara ini tidak dapat diselesaikan.


B Benar, pen ini tidak boleh digunakan lagi.
C Ya, bukan henga mencetuskan pergaduhan ini.
D Ya, rak itu digunakan untuk meletakkan buku-buku.

41 Kebajikan anak-anak di _____ tanggungan ibu bapa.


A sudut
B dalam
C depan
D bawah

42 Pei Shy menyimpan nombor telefon kawan baiknya ke ______ telefon bimbit.
A sisi
B dalam
C penjuru
D puncak

43 Pak Nordin menebas semak di _____ rumahnya.


A atas
B sudut
C pinggir
D belakang

44 Kawasan perkelahan itu terletak di ____ sungai.


A hilir
B antara
C bawah
D penjuru

45 Bapa berdiri di ____ kereta sambil berbual-bual dengan kawannya.


A tepi
B dalam
C hujung
D pinggir

46 Terdapat dua bilah gunting di ____ kotak itu.


A hilir
B luar
C hulu
D dalam

47 Budak itu memasang barang hiasan di ____ pensel barunya.


A hujung
B puncak
C dalam
D hadapan
48 Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan pakaian rekaan Bernard Tan di _____ pentas.
A utara
B bawah
C atas
D sudut

49 Di _____ sungai itu ada sebuah pondok usang.


A puncak
B dalam
C atas
D seberang

50 Beberapa orang pemain berkumpul di ______________gelanggang bola keranjang.


A tepi
B celah
C selatan
D tengah