Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan


daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran. Pendidik dapat memahami tentang
cara pelajarnya belajar. Pendidik dapat menghubung kait prinsip dan hukum pembelajaran
dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan.

TEORI PEMBELAJARAN

Bedasarkan klip video Children Full of Life (siri 1), antara teori-teori pembelajaran
yang diaplikasikan oleh Cikgu Kanamori adalah Teori Behaviourius. Teori pembelajaran
Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman,
dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. (Noriati A.Rashid, atl 2017, 88). Ini dapat
dilihat apabila Cikgu Kanamori berjaya merangsang pelajarnya untuk menulis
peristiwa sedih yang berlaku dalam hidup mereka. Behaviorisme merupakan satu
pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal
tingkahlaku. Ini dapat dilihat dengan pengalaman kesedihan yang pelajarnya lalui,mereka
diajar untuk mebina satu semangat baru untuk melawan kesedihan tersebut. Selain itu,
Cikgu Kanamori menggunakan teknik peneguhan sekunder dimana beliau membuat
peneguhan sosial iaitu memberi senyuman, memeluk, memuji dan memberi perhatian
terhadap pelajarnya yang hadir ke kelasnya. Teknik ini saya lihat sangat memberi impak
positif kepada pelajar kerana mereka memulakan pelajaran pada hari itu dengan perasaan
tenang dan gembira.

Teori pembelajaran yang kedua yang dipraktikkan oleh Cikgu Kanamori adalah
teori kognitif. Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu
proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Teori ini juga
berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima,
memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori. Ini dapat dilihat
bagaimana anak murid Cikgu Kanamori berjaya menerima arahan dari guru mereka
iaitu cuba mengingat kembali peristiwa sedih yang mereka telah lalui, mencari
memori merka untuk disorot kembali,kemudian memproses ingatan tersebut dalam
bentuk ayat yang dikarang di kertas. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil
daripada latih tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara
skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan . Pada pendapat saya teori ini sangat

1
sesuai dipraktikkan bagi melatih fungsi otak untuk mengingat kembali peristiwa lepas untuk
dijadikan pedoman dan pelajaran pada hari ini.

DEFINISI MODEL PENGAJARAN

Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan


kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran untuk murid kita. Selain itu, ia sesuatu yang dijadikan contoh (untuk ditiru atau
diteladani) dan satu perihalan. Persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk
merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan
pengajaran

Ini bermaksud model pengajaran merupakan blueprint pengajaran. Model ini adalah
strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model
pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran
boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat
penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Berdasarkan klip video Children Full Of Life, antara model pengajaran yang
digunakan oleh Cikgu Kanamori adalah model pemerosesan maklumat terhadap
ingatan (Noriati A.Rashid, atl 2017, 142) bergantung kepada komputer sebagai model.
Seperti komputer, otak menerima data, menyimpan data, mengeluarkan data untuk
menggunakannya jika perlu dan mengubahsuai data. Dalam cerita ini, otak pelajar Cikgu
Kanamori menerima arahan dari Cikgu tersebut, kemudian menyimpan arahan tersebut dan
menyimpan lipatan kisah sedih hidup masing-masing dan mengeluarkan kisah hidup
tersebut ke dalam kertas. Pada pendapat saya, model pemerosesan maklumat
menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk mencari makna
dengan memperolehi dan mengorganisasi data, menyedari masalah dan menjana
penyelesaian kepada masalah dan membentuk konsep dan bahasa untuk
menyampaikannya. Ada beberapa model yang membekalkan pelajar dengan maklumat
dan konsep; ada menekankan pembentukan konsep dan pengujian hipotesis oleh pelajar;
dan yang lain pula menjana pemikiran kreatif. Ada beberapa model direkabentuk untuk
merangsang kebolehan intelek umum. Kebanyakan model pemerosesan maklumat amat
berguna untuk mengkaji diri dan masyarakat serta mencapai matlamat peribadi dan sosial
pendidikan.

2
Model pengajaran yang kedua adalah Model pembelajaran personal bermula dari
perspektif kendiri seseorang individu. Dalam Klip Video tersebut, Cikgu Kanamori
mahu setiap pelajarnya merungkaikan sendiri kisah hidup mereka yang sedih dan
menjadikan ia sebagai pengiktibaran dalam kehidupan. Model ini menekankan kepada
pembentukan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara
produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.

Tujuan model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten,


bersepadu dan berkeyakinan. Matlamat utama ialah pembentukan individu serta
pencapaian harga diri individu. Maka, model personal terdiri daripada pendekatan untuk
membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti
yang seimbang

Strategi pengajaran yang dijalankan oleh Cikgu Kanamori adalah strategi


pengajaran berpusatkan murid. Ini dapat dilihat cikgu tersebut menyuruh setiap pelajar
bercerita mengenai pengalaman sedih masing-masing. Definisi Pembelajaran berpusatkan
murid boleh dijelaskan sebagai , murid bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan
terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan murid. Selain itu, guru melibatkan murid
secara terus dalam menemui pengetahuan.

Kaedah dan teknik pengajaran yang dipraktikkan oleh Cikgu Kanamori adalah kaedah
cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-
benar berlaku atau diciptakan. Ini dapat dilihat setiap pelajar Cikgu Kanamori bercerita
tentang kisah benar mereka. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia
memainkan peranan penting sebagai sumber alat pendidikan moral dan nilai di kalangan
masyarakat.

Implikasi strategi pengajaran berdasarkan pemusatan murid ini, murid


memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pemusatan
murid menjadikan murid sebagai fokus utama dalam proses pembelajaran ( Ahmad Johari
Sihes, tt). Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran ( melalui kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan,
penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain-lain). Strategi pengajaran dan
pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Di sini kita
dapat melihat Cikgu Kanamori berjaya membuat semua pelajarnya mencapai objektif
iaitu empati terhadap rakan rakan yang lain setelah masing-masing bercerita tentang
kisah sedih hidup mereka. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Ini dapat dilihat apabila semua

3
pelajar Cikgu Kanamori belajar tentang pentingnya rasa kebersamaan sesama rakan
mereka dan belajar mulakan hidup baru tanpa dibelenggu kesedihan peristiwa lalu.

Implikasi kaedah pengajaran bercerita pula adalah pelajar berjaya


mencurahkan idea dan pengalaman silam dalam fikiran ke dalam bentuk penceritaan
. Selain itu, pelajar dapat belajar kemahiran untuk menulis cerita.( LoiKuang Siang, 2012)
Sesuatu cerita itu mungkin menarik tetapi jika tidak dapat disampaikan dengan baik, kesan
yang diingini daripada cerita mungkin tidak dapat ditonjolkan. Kemahiran bercerita
seseorang pencerita juga merupakan punca kejayaan sebuah cerita. Dalam teknik bercerita
yang diterapkan oleh Cikgu Kanamori, beliau berjaya unutk membuat pelajarnya bercerita
sesuatu yang sangat berat untuk pelajar tersebut berkongsi. Implikasinya pelajar menjadi
lebih tenang setelah berjaya berkongsi pengalaman hidup masing-masing.

Kesimpulannya, setiap guru sangat perlu menguasai teknik yang efisen dan sesuai
dengan perwatakan para pelajar yang mempunyai pelbagai cara belajar. Guru yang dapat
mempersembahkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik merupakan salah satu
factor pendorong bagi kecemerlangan pelajar tersebut.

4
Bibliografi

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2017), Murid dan
Pembelajaran, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd

Loikuang Siang, Jurnal Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 27&28
September 2012/ IPG KBL

Ahmad Johari Sihes, Jurnal Teori Pembelajaran ( tt ).

Anda mungkin juga menyukai