Anda di halaman 1dari 6

Bahagian D

Soalan 9
i)
1 Malaysia
Oleh: Ali bin Ahmad
Pendahuluan

Gagasan ()1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri kita iaitu Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak untuk mencapai perpaduan dan
toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan gagasan ini,
peranan golongan pelajar amat penting kerana golongan inilah yang bakal menerajui
Negara Malaysia pada masa akan datang.

Isi 1
Untuk merealisasikan gagasan 1 Malaysia, golongan remaja perlu melengkapkan
diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan menguasai ilmu pengetahuan baharu, golongan
remaja akan mempunyai sifat berdaya saing, berfikiran kreatif dan
inovatif serta dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik selaras
dengan perkembangan zaman. Penguasaan ilmu pengetahuan bertujuan untuk
membolehkan remaja menjadi insan cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi
jasmani (), emosi, rohani dan intelek.

Isi 2
Selain itu, remaja juga perlu mengamalkan semangat perpaduan, bantu-membantu dan
perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap-sikap ini dapat menjadikan remaja
Malaysia bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong
gagasan 1 Malaysia. Golongan remaja juga perlu bersikap toleransi dan memahami budaya dan
agama masyarakat lain di negara ini. Sikap toleransi ini membolehkan remaja bergerak seiring
dengan perkembangan zaman untuk membangunkan negara bagi mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020.

Isi 3
Di samping itu, remaja haruslah memantapkan () sahsiah diri agar menjadi
insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara dengan mengamalkan budaya sopan
santun dalam kehidupan seharian mereka. Remaja juga perlu melengkapkan diri dengan ajaran
agama dan pendidikan moral bagi mengelakkan remaja dari terlibat dalam gejala-gejala
negatif dan masalah sosial yang boleh memudaratkan kehidupan remaja pada masa
hadapan. Remaja perlu mempunyai jati diri yang kuat bagi menangkis segala
gejala negatif di sekeliling mereka.
Isi 4
Seterusnya, golongan remaja perlu menghayati dan mengamalkan rukun negara
. Aspek rukun negara bukan hanya menjadi sebutan/buah mulut
atau meniti dalam bibir sahaja tetapi perlu dihayati dan
diamalkan agar menjadi warganegara yang berintegriti dan mempunyai semangat
patriotik yang tinggi. Remaja perlu berusaha dalam membentuk diri menjadi
modal insan yang cemerlang agar disanjung oleh masyarakat. Golongan remaja juga
perlu berusaha mempersiapkan diri untuk memacu negara ke arah
Wawasan 2020.

Isi 5
Akhir sekali , golongan remaja perlu memerah otak dan keringat
agar dapat memberikan idea, buah fikiran dan juga pandangan
untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, 70 peratus daripada
masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan remaja. Golongan ini perlu berfikiran kreatif dan
inovatif bagi menjulang nama negara dalam apa-apa bidang sekali gus dapat
berbakti kepada diri, keluarga, negara dan juga agama. Pepatah menyatakan bahawa di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan .

Penutup
Kesimpulannya, remaja merupakan aset negara yang paling bernilai
dan menjadi tunggak utama dalam menjayakan konsep gagasan 1 Malaysia.
Tetapi dalam mencapai matlamat tersebut, semua pihak perlu berkerjasama dalam menjayakan
konsep gagasan 1 Malaysia. Usaha yang berterusan oleh semua pihak akan
menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa hadapan.
Bahagian D
Soalan 9
i)
______________________________________________________________________________
Oleh:
Pendahuluan

________________ ()1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat


Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak untuk mencapai perpaduan dan
__________________________ dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi
______________________ gagasan ini, peranan golongan pelajar amat penting kerana
golongan inilah yang bakal ______________________ Negara Malaysia pada masa
akan datang.

Isi 1
Untuk merealisasikan gagasan 1 Malaysia, golongan remaja perlu
___________________ diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan menguasai
ilmu pengetahuan baharu, golongan remaja akan mempunyai sifat ber____________________
, berfikiran _____________ dan _______________ serta
dapat menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik __________________ dengan
perkembangan zaman. ____________________ ilmu pengetahuan bertujuan untuk
membolehkan remaja menjadi insan cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya dari segi
________________ (), ________________, ________________ dan
_______________.

Isi 2
Selain itu, remaja juga perlu mengamalkan semangat perpaduan, bantu-membantu dan
perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap-sikap ini dapat menjadikan remaja
Malaysia bersatu padu dalam mengekalkan _______________________
negara dalam menyokong gagasan 1 Malaysia. Golongan remaja juga perlu bersikap toleransi
dan memahami budaya dan agama masyarakat lain di negara ini. Sikap toleransi ini
membolehkan remaja bergerak ________________ dengan perkembangan zaman
untuk membangunkan negara bagi mencapai ____________ negara maju
________________ tahun 2020.

Isi 3
Di samping itu, remaja haruslah _____________________________ ( )
______________ diri agar menjadi insan yang berguna untuk keluarga, masyarakat
dan negara dengan mengamalkan budaya sopan santun dalam kehidupan seharian mereka.
Remaja juga perlu melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral bagi
mengelakkan remaja dari terlibat dalam ____________________ negatif dan masalah
sosial yang boleh ___________________ kehidupan remaja pada masa hadapan.
Remaja perlu mempunyai ________________ yang kuat bagi _______________
segala gejala negatif di sekeliling mereka.

Isi 4
Seterusnya, golongan remaja perlu ________________ dan mengamalkan
____________________. ______________ rukun negara bukan hanya
menjadi _____________________ atau ________________ dalam
_____________ sahaja tetapi perlu ______________ dan diamalkan agar
menjadi warganegara yang ____________________________ dan mempunyai
semangat __________________________ yang tinggi. Remaja perlu berusaha dalam
________________ diri menjadi ____________________ yang cemerlang
agar disanjung oleh masyarakat. Golongan remaja juga perlu berusaha ____________________
diri untuk ________________ negara ke arah Wawasan 2020.

Isi 5
Akhir sekali , golongan remaja perlu __________________ dan
______________ agar dapat memberikan _____________ ,
_______________ dan juga __________________ untuk menyatupadukan
masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, 70 peratus daripada masyarakat Malaysia
terdiri daripada golongan remaja. Golongan ini perlu berfikiran kreatif dan inovatif bagi
___________________ nama negara dalam apa-apa bidang __________________
dapat _____________ kepada diri, keluarga, negara dan juga agama.
Pepatah menyatakan bahawa _____________________________________________________
.

Penutup
Kesimpulannya, remaja merupakan _____________ negara yang paling
______________ dan menjadi ________________ utama dalam
menjayakan ______________ gagasan 1 Malaysia. Tetapi dalam mencapai matlamat
tersebut, semua pihak perlu berkerjasama dalam menjayakan konsep gagasan 1 Malaysia. Usaha
yang ______________________________ oleh semua pihak akan menjadikan remaja
hari ini sebagai pemimpin yang ____________________ pada masa hadapan.
Bahagian D
Soalan 9
iii)
Tajuk: Cara mencegah penyakit influenza H1N1
Kata kunci: Cara
Isu: Penyakit influenza H1N1

Pendahuluan

Pada bulan April 2009, penyakit H1N1 yang juga terkenal sebagai influenza A telah (
) merebak dari Mexico ke seluruh dunia. Sesungguhnya penyakit ini merupakan
selesema babi yang lazimnya berjangkit dalam tubuh badan
binatang ini. Penyakit ini telah mengalami perubahan () genetik sehingga mula menjangkiti
badan manusia. Ternyata penyakit ini bukan sahaja menggugat kesihatan
manusia sejagat malah menyebabkan banyak nyawa melayang di
seluruh dunia. Setakat awal bulan Ogos 2010, sebanyak 11,500 orang penduduk
Malaysia telah menghidap penyakit ini dan sebanyak 91 orang telah menemui
ajal di negara kita. Penyakit ini telah mengancam sosioekonomi negara
kita, terutamanya sektor pelancongan dan perkhidmatan. Sebagai insan yang bertanggungjawab,
saya perlu mengetahui cara-cara untuk mencegah penyakit ini.

Isi 1

Untuk mencegah penyakit ini, terlebih dahulu saya perlu melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat yang lengkap tentang penyakit ini. Hal ini
demikian kerana pengetahuan dan maklumat yang betul dapat membantu saya untuk
menjauhi penyakit tersebut, terutamanya informasi tentang punca berlakunya penyakit ,
simptomnya dan cara-cara untuk mencegahnya. Seperti peribahasa,
hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Dengan kata lain, setiap insan perlu memiliki pengetahuan sebelum
bertindak untuk mencegah penyakit yang membawa maut ini.

Isi 2

Selain itu, amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran merupakan


inisiatif yang prioriti kepada setiap individu untuk mencegah penyakit berjangkit,
termasuklah wabak H1N1. Dalam hal ini, saya akan sentiasa mencuci tangan dengan
cara yang betul dan menggunakan sabun () antibakteria, terutamanya balik dari
luar. Di samping itu, saya akan memastikan persekitaran rumah saya bersih.
Dalam konteks ini, saya akan mengadakan gotong-royong di rumah. Contohnya, setiap anggota
keluarga saya akan bekerjasama bagai aur dengan tebing/ bagai hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk menjalankan pembersihan. Jelaslah,
amalan menjaga kebersihan merupakan tindakan berjaga-jaga untuk menghadapi semua jenis
penyakit berjangkit.

Isi 3

Pada masa yang sama, tindakan menerima suntikan vaksin juga merupakan
cara pencegahan yang bijaksana. Hal ini dapat mencegah saya daripada penyakit H1N1 yang
dapat membawa maut kepada hayat saya. Jika saya sering menghadapi penyakit asma
atau sistem pernafasan yang bermasalah, saya harus menerima suntikan vaksin di
hospital atau klinik yang berdekatan. Bagaimanapun vaksin yang sedia ada belum lagi menjamin
keselamatan yang seratus peratus dan barang kali terdapat kesan sampingan.

Penutup

Secara tuntasnya, jika setiap individu dapat memikul tanggungjawab untuk


mencegah penyakit H1N1, saya pasti bahawa penyakit ini dapat dibendung sehingga
mencapai kadar sifar. Segenap lapisan masyarakat juga perlu dididik dan dinasihati
supaya mempunyai kesedaran untuk mencegah semua jenis penyakit. Bak
cogan kata, Rakyat Sihat, Negara Maju.