Anda di halaman 1dari 16

GANGGUAN DAYA TUMPUAN DAN HIPERAKTIF

Masalah kesihatan mental yang berlaku pada kanak-kanak adhd

Kesihatan mental bukan gila atau kurang siuman. Kesihatan mental adalah cara kita berfikir, merasa,
berkelakuan dan berinteraksi dengan orang lain. Ia juga boleh mempengaruhi persepsi seseorang
terhadap diri sendiri dan bagaimana dia melihat masalah serta bertindak menyelesaikannya.

Perunding psikiatri kanak-kanak dan remaja, pusat perubatan Malaysia universiti Malaysia (PPUM),
Profesor Madya Dr Aili Hanim Hashim, berkata banyak faktor mempengaruhi kesihatan mental
seseorang, antaranya kurang perhatian keluarga, cara dibesarkan, dianiaya dan didera serta kejadian
negatif dalam keluarga seperti ibu bapa kerap bergaduh, suka marah dan menjerit atau menggunakan
kekerasan.

Persatuan Kesihatah Sedunia (WHO) mentakfifkan kesihatan mental sebagai set lengkap kesejahteraan
yang membabitkan fizikal, mental dan sosial. Di seluruh dunia dianggarkan 20 peratus kanak-kanak
mengalami masalah kesihatan mental yang kebanyakkannya tidak dikesan dan tidak diberikan rawatan.

Ibu bapa biasanya mengambil sikap lepas tangan dan tutup sebelah mata walaupun mereka sedar anak
mereka menunjukkan kesukaran kerana menganggap perkara itu akan hilang apabila anak itu dewasa,
tetapi hakikatnya masalah akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani dengan awal. Banyak masalah
kesihatan mental berlaku pada kanak-kanak seperti Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD),
Gangguan Daya Tumpuan (ADD) dan masalah pembelajaran lainnya. Namun masalah kesihatan mental
ini kerap berlaku pada ADHD dan ADD ini. Berdasarkan program bersama Jabatan Psikiatri PPUPM
dengan lima sekolah di Petaling Jaya, didapati lebih 50 murid sekolah mengalami masalah ADHD dan
secara purata setiap kelas ada seorang kanak-kanak ADHD pada peringkat yang berbeza.

Kadar kelaziman maslah kesihatan mental ini di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga peratus dan
kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami masalah ini yang mungkin
diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil. Menurut perunding psikiatri, walaupun ada ibu bapa
yang menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa psikiatri, kebanyakkannya bersetuju
selepas memahami keadaan sebenar yang dialami oleh anak-anak.

Lebih penting, di kalangan murid yang menerima rawatan, lebih 50 peratus menunjukkan peningkatan
dalam prestasi dalam pelajaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak
masalah selain dilabel sebagai kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah, tetapi ia
memberi banyak kesan negatif termasuk masalah sosial apabila meningkat dewasa. Masalah kurang
daya tumpuan yang dialami kanak-kanak ADHD ini tidak dapat belajar dengan baik. Mereka tidak boleh
memberi tumpuan pada pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. Akibatnya mereka akan ketinggalan
dalam pelajaran. pada pandangan mata kasar, kanak-kanak ADHD ini normal seperti kanak-kanak
normal lainnya tetapi mereka tidak dapat memberikan tumpuan dalam bilik darjah. Mereka sering
dilabel sebagai pelajar lembab, pelajar malas dan diletakkan dalam kelas terakhir.

Masalah kesihatan ini mempunyai banyak peringkat dan sesetengahnya hanya menunjukkan tanda di
tempat tertentu seperti di sekolah dan di rumah sahaja. Namun isu yang leih besar ialah kelewatan
pengesanan dan diberi rawatan sehingga menimbulkan masalah lain. Antara punca kelewatan adalah:
Tanda dan gejala tidak jelas atau tidak kelihatan. Ibu bapa menganggap gejala dialami adalah
disebabkan kenakalanbiasa dan tiada kaitan dengan penyakit mental. Sedangkan hakikatnya perlakuan
kanak-kanak yangnampak malas, tidak mahu membuat kerja, tidak mahu belajar, suka menyendiri, dan
sukar menyudahkan tugasan disebabkab penyakit danmereka perlu dibantu dengan berjumpa dengan
pakar untuk diberi rawatan yang sewajarnya.
Guru dan keluarga tidak tahu atau kurang jelas dengan gejala yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.
Ramai ibu bapa tidak pasti ada rawatan yang mampu membantu anak-anak mereka.
Kesan stigma terhadap rawatan psikiatri yang dianggap hanya untuk penyakit jiwa. Malah ada ibu bapa
yang tidak mengetahui kewujudan psikiatri ini.

Tanda ADHD
Tanda ADHD boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, Bukan semua tanda ini ada pada ADHD, tetapi
untuk mengenal dan mengesahkan seseorang itu mengalami ADHD dia perlu menunjukkan tanda
sekurang-kurangnya dua situasi contohnya di rumah dan sekolah.

Tanda kurang tumpuan


Sukar memberikan tumpuan pada apa yang dipelajari
Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran
Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena panggil banyak kali untuk
mendapat perhatian
Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidan dapat menghabiskan sesuatu tugas. Jika boleh pun
biasanya mengambil masa yang lama, ini termasuk makan, mandi dan memakai pakaian
Sukar menguruskan tugas dan aktiviti
Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang memerlukan otak untuk berfikir
Kerap hilan barang
Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran
Pelupa
Menghadapi masalah dalam membaca, mengeja dan mengira

Tanda hiperaktif
Tidak boleh duduk diam dan jika duduk tangan atau kaki bergerak digoyang-goyangkan
Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah
Berlari atau memanjat yang keterlaluan
Sukar bermain sendiri
Sentiasa bergerak seolah-olah dikakinay ada motor
Terlalu banyak bercakap

Tanda impulsif
Kerap menjawab soalan sebelum soalan habis ditanya
Sentiasa tidak sabar menunggu giliran
Kerap menggangu orang lain
ADHD lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki (tiga kali ganda) tetapi tiada sesiapa yang mengetahui
sebabnya. Kanak-kanak ADHD menunjukkan kelakuan yang terlalu aktif, tidak sabar menunggu giliran,
terutama ketika beratur, dan tidak mampu menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti.

Mereka juga biasanya menjawab soalan sebelum soalan habis ditanya dan kerap memotong cakap
orang. Walaupun memotong cakap orang adalah normal bagi kanak-kanak berumur enam hingga tujuh
tahun, tetapi untuk kanak-kanak ADHD ia keterlaluan dan menjadi masalah.

Bukanmereka tidak mahu menumpukan perhatian atau sengaja berkelakuan hiperaktif tetapi ia berlaku
di luar kawalan mereka. Malah, ADHD antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak selalu hilang
apabila di tempat awam seperti pusat beli belah.

Uniknya, kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik, tetapi bukan dalam subjek pelajaran. Bahkan
mereka juga berisiko untuk menipu untuk menyelamatkan diri daripada dimarahi oleh guru dan ibu
bapa.

Mengapa kanak-kanak ADHD perlu rawatan segera?

ADHD atau ADD boleh memberi kesan besar kepada pencapaian akademik, perkembangan social dan
peningkatan kerjaya seseorang. Gangguan ini lebih sukar dirawat jika masalah ini hanya dikesan ketika
remaja kerana sudah menjadi sebahagian kelakuan mereka, selain itu, hubungan keluarga yang keruh
memburukkan masalah ADHD atau ADD anak. Faktor ini termasuk interaksi negatif antara ibu bapa dan
adik beradik, kawalan terlalu ketat, kemurungan ibu, sikap bapa yang anti sosial dan masalah
perkahwinan.

Bagi penyakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan kawan dan cenderung
mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering memahari mereka. Ia juga dianggap antara faktor
yang boleh menyebabkan remaja ADHD atau ADD lari dari rumah. Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja
ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima hingga 10 peratus berjaya belajar ke peringkat tinggi.

Remaja ADHD juga menunjukkan suka berlengah, melawan guru, terbabit dalam aktiviti seks dan hamil
pada usia yang begitu muda. Apabila bekerja, 70 hingga 80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja
yang diharapkan dan ramai tidak mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja berpuluh tahun
lamanya. Jika berniaga, isteri yang akanmenguruskan hal ehwal perniagaan.

Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti social. Mereka lebih
cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar dan suka memandu laju, suka melanggar
peraturan, panas baran, berkelakuan kasar serta mudah mengalami kemurungan.

Justeru, ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak, terutama jika mereka
berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal.
Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa adalah meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-
anak seperti bermain, bersembang, membaca atau tidur kerana melalui cara ini mereka dapat mengesan
perlakuan tidak normal. Bagi guru kaunseling, bertanyakan masalah murid ketika di sekolah juga
sebenarnya sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mental kanak-kanak. Jadi
apabila diberitahu anak perlu dirujuk pada pakar psikiatri, usah melenting, sebaliknya ambil tindakan
segera bagi mengesahkan sama ada anak mengalami masalah kesihatan mental atau tidak.

Kesan masalah mental tidak dibantu


Kanak-kanak tidak boleh belajar dan melaksanakan tugasan seperti orang lain
Berisiko hilang minat untuk belajar (mungkin akan mengalami keciciran dalam pembelajaran
Berisiko untuk ponteng sekolah dan berkemungkinan dibuang sekolah
Cepat terpengaruh dengan kawan untuk mencuba sesuatu yang melanggar peraturan seperti merokok
dan mengambil dadah
Suka melawan, membantah dan kurang memberi kerjasama dengan orang dewasa
Mereka menggunakan kekerasan dan ugutan untuk mendapat apa yang diingini
Berisiko untuk lari dari rumah
Berisiko tinggi bertindak agresif atau terbabit dengan aktiviti seksual
Emosi berubah menjadi murung, sedih dan cepat marah
Bersama dengan perubahan emosi, mereka sering memiliki pemikiran negatif terhadap diri sendiri dan
alam sekitar, merasakan diri tidak berguna, hilang harapan dan rasa bersalah. Mereka juga sering
menyalahkan diri sendiri atau orang lain. Apabila sampai ketahap ini, mereka boleh bertindak ganas
terhadap diri sendiri atau orang lain.
Berfikiran tiada gunanya untuk hidup

Kelakuan
Guru atau rakan sekolah mengadu kanak-kanak itu tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak,
meninggalkan tempat duduk, bercakap ketika guru mengajar atau mengacau orang lain
Hyperaktif, gelisah, tidak boleh dududk diam melainkan ketika menonoton televisyen atau bermain
komputer
Sentiasa tidak boleh mengikut arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau
ugutan terhadap orang lain
Membuli dan sering menggunakan kekerasan
Sering dibuli
Sukar berkawan
Mudah marah dan bertindak agresif, contohnya menjerit, membaling atau memukul
Berlaku perubahan dalam corak pemakanan atau tidur
Hilang atau kurang tenaga dan tiada motivasi
Hilang atau kurang minat pada persekolahan atau aktiviti yang dulunya digemari
Makan terlalu banyak atau sebaliknya iaitu membuang, menjauhi atau takut untuk makan

Emosi
Menyuarakan kebimbangan, ketakutan atau cemas
Muka dan perasaan muram, sentiasa menangis
Cepat marah dan hilang kawalan diri
Berasa bingung, tertekan, susah hati dan tidak gembira
Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi buruk dan bersedih
Sukar menumpukan perhatian dan tidak boleh berfikir dengan betul
Sentiasa berfikiran negatif, hilang keinginan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah
Mengadu sudah disentuh oleh orang lain dan sentiasa berasa tidak selesa serta tidak dapat melupakan
kejadian itu
Takut gemuk dan mulai mengelak makanan

Cara mengenalpasti ADHD


} Rujukan Awal
Ibu bapa membawa anak berjumpa doktor pakar diagnostik atau ahli psikologi.
Guru juga boleh memainkan peranan dengan mengenalpasti masalah murid tersebut dan
memberitahu ibu bapa.

} Penilaian
Untuk mengenalpasti kanak-kanak mempunyai tanda-tanda ADHD tidak boleh bergantung kepada satu
ujian sahaja. Maklumat perlu dikumpulkan daripada ibu bapa, ahli-ahli perubatan yang pernah merawat
kanak kanak, ahli keluarga dan guru. Antara penilaian yang dibuat :

Penilaian Perubatan
melakukan ujian penglihatan, pendengaran dan pemeriksaan
fizikal yang teliti.
sejarah perkembangan kanak-kanak
keadaan ibu semasa mengandungkan kanak-kanak tersebut
pendapat kanak-kanak tentang persepsinya terhadap masalah yang dihadapi
maklumat tambahan daripada ibu bapa dan guru.

Ujian Pencapaian Berterusan (Continuous Performance Test)


direka bagi memerlukan kanak-kanak mengekalkan tumpuan untuk menjawab item-item ujian
tersebut.
Antara ujian yang dijalankan adalah Integrated Visual and Auditory Continuous Test (IVA)
Test of Variables of Attention Continuous Performance

Penilaian Ibu Bapa


maklumat berharga yang diberi oleh ibu bapa, apabila anak mereka diuji untuk ADHD kepada doctor
atau guru
Ibu bapa perlu menjawab senarai semak Conners Parent Rating Scale-Revised dan Child Behaviour
Checklist for Ages 4-18, Parent Form.

Penilaian Guru dan Sekolah


murid banyak meluangkan masanya bersama guru berbanding ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Guru pula mempunyai peluang untuk lebih mengenali dan mendapatkan maklumat daripada murid
tersebut
Guru perlu melihat bagaiman murid tersebut berperanan dalam persekitaran sekolah.
Guru juga perlu menjawab penilaian skala tingkah laku seperti Conners Teacher Rating Scale-Revised.

Keperluan kanak-kanak ADHD


} Akibat daripada tingkahlaku yang berbeza ditunjukkan oleh kanak-kanak ADHD akan menyebabkan
terganggu proses p & dan secara tidak langsung mengganggu kanak-kanak lain untuk belajar
} Guru perlu beri lebih perhatian kepada kanak-kanak ADHD semasa rutin kelas
} Amalan pendidikan untuk kanak-kanak ADHD perlukan sokongan moral dari peringkat awal daripada
ibu bapa, guru, sokongan persekitaran, tingkah laku dan proses p & p

Ibu bapa
Bureau on Learning Disabilities (BOLD) menetapkan 10 prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa
dalam mendidik anak mereka :
Beri anak maklum balas dengan serta merta
Beri maklum balas dengan kerap
Hasil daripada t/laku dikenakan masa yang lebih lama dan lebih berat (seperti hukuman/dendaan)
Gunakan ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman
Hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan
Lebih banyak bertindak, bukannya bercakap
Elakkan krisis tapi merancang untuk menangani masalah
Sentiasa ingat bahawa anak anda tidak dapat mengelak daripada masalah kerana ADHD adalah satu
ketidakupayaan
Ingat bahawa ini bukan salah anda dan BAWA BERTENANG
Sentiasa bersifat pemaaf dan lenyapkan kemarahan serta kekcewaan anda setiap hari

Guru
Pengetahuan yang luas dalam ADHD untuk membolehkan p & p dilaksanakan dengan berkesan.

Kemahiran mengurus t/laku dapat mengawal dan membentuk t/laku murid ADHD.

Guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi salurkan maklumat-maklumat penting tentang anak
mereka bagi menyusun strategi p & p.

Sokongan Persekitaran
Kanak-kanak ADHD boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan persekitaran berikut :

Susunan kelas yang bebas daripada gangguan tumpuan perhatian.


Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan.
Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkannya sekiranya terdapat sebarang
perubahan.
Menyusun pembelajaran dengan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif.

Intervensi Tingkah Laku


Dilaksanakan oleh guru
Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi t/laku yang diingini
Strategi pencegahan menghentikan t/laku yang tidak sesuai ketika permulaan
Token ekonomi memberi ganjaran dalam bentuk seperti sticker, bintang dll., punyai nilai ekonomi
untuk ditukarkan dengan barang yang disukai

Intervensi Pengajaran
Arahan yang diberikan hendaklah jelas, ringkas dan lengkap
Apabila memberi arahan minta murid mengulang arahan tersebut kepada anda
Pecahkan tugasan yang kompleks kepada bahagian kecil
Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran
Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran
Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran.

Kurikulum
Murid berkeperluan khas ditempatkan dalam Program Khas Masalah Pembelajaran (PKBP) Sekolah
Rendah dan Menengah

Pelaksanaan adalah fleksibel mengikut keupayaan pelajar

Pengajaran guru telah disesuaikan mengikut tahap kemahiran, motor kasar dan halus, keupayaan
berkomunikasi

Bagi menunjukkan kesinambungan kurikulum, sukatan pelajaran PKBP telah menggabungkan antara
sekolah rendah dan menengah.

Dengan itu, guru dan ibu bapa dapat melihat peningkatan pencapaian yang baik apabila murid
mengikuti sukatan matapelajaran pada tahap yang lebih tinggi lagi.

Kesimpulannya.
} Kanak-kanak ADHD boleh dididik dan berpotensi berkembang seperti kanak-kanak lain

} Kualiti pendidikan di rumah amat penting dalam menentukan tahap pencapaiannya di sekolah

} Kecelaruan t/laku perlu dapat diatasi melalui proses pendidikan yang sesuai dengan ADHD dan
bersistematik

} Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan punyai pengetahuan tentang ADHD dalam
merancang program pendidikan dan kerjaya kanak- kanak ADHD kelak
Anak yang sukar memberi tumpuan di sekolah seringkali jadi persoalan
yang serius antara ibu bapa dan guru.
Anak yang susah memberi tumpuan di sekolah lebih berkemungkinan untuk
mengalami kesukaran mengikuti pelajaran dengan baik.
Namun, ia bukanlah bererti yang anak tersebut tidak bijak. Boleh jadi, mereka
memang memiliki kecerdasan lain yang tidak terasah di kelas.
Anak yang tidak dapat fokus di sekolah adalah cabaran bagi ibu bapa dan guru.
Bahkan, perasaan gagal mendidik anak seringkali merendahkan kepercayaan
diri ibu bapa dan guru.
Sebelum kita marah terhadap anak, ada baiknya kita selidik dulu cara mendidik
anak dan ketahui di mana minat dan bakat mereka.
Beberapa cara ini dapat membantu anda mengatasi masalah anak yang sukar
memberi tumpuan di kelas.

1. Ajak berbual
Berapa rapatkah anda dengan anak-anak anda? Adakah anda sering mengajak
mereka untuk berbual setiap hari? Semasa berbual dengan anak, adakah anda
mendengar kata-kata mereka?
Jika belum, inilah saatnya untuk memulakan perbualan dengan si kecil.
Tanyakan padanya dengan lembut, apa yang menyebabkan mereka susah untuk
berikan tumpuan di kelas? Apa yang mereka fikirkan ketika sedang berada di
kelas?
Boleh jadi mereka akan menolak untuk menjawab pertanyaan atau lalu
memberikan jawapan yang membuat anda makin menyesal. Jika perkara
tersebut itu terjadi, anda harus bersikap tenang.
Kemarahan akan membuat anak makin menjauh. Ingatlah, bahawa misi utama
anda adalah untuk membantu anak yang tidak fokus di sekolah, bukan
menambah masalah baru pada anak.
2. Ketahui punca masalah
Tak semua anak memiliki kemampuan untuk mengekspresikan apa yang mereka
rasakan, fikirkan, dan lakukan. Jika hal ini terjadi pada anak anda, lakukan kajian
tentangnya.
Seorang ibu bernama Monica Leftwich berkongsi pengalaman di the Washington
Post tentang anaknya yang sukar memberi tumpuan di sekolah. Setelah dia
mencari sebabnya, dia menemukan fakta bahawa anaknya mengalami
beberapa masalah.
Dia ada kawan yang sering mengganggu tumpuannya, dia rasa topik
pembelajaran di sekolah itu agak membosankan, dia hanya ingin mencuri
perhatian, dan bersikap drama.
Jika masalah ini juga terjadi pada anak anda, maka anda harus menghentikan
tabiat buruk si kecil anda itu sekarang juga.

3. Belajar mendengar dan memahami


Cubalah untuk belajar mendengar. Kebanyakan kanak-kanak memerlukan masa
agak lama untuk melibatkan diri sendiri dalam interaksi bersama keluarganya.
Melakukan kebiasaan dan rutin yang baru perlu dijalani dengan masa yang tepat
dan konsisten. Jadi, biasakan diri anda sehinggalah anda dapat hafal untuk
bagaimana mengajak si kecil berbual.
Dari sini, anak akan mula memahami bahawa apapun yang mereka katakan,
mereka akan didengari dan difahami oleh ibu bapanya. Lakukan dialog dua arah
dan pertimbangkan pendapatnya.

4. Bekerjasama dengan guru di sekolah


Bekerjasama dengan guru adalah perkara tepat yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa sekalian. Apalagi jika masalah anak adalah kawan yang suka
mengganggu.
Kita boleh memulakan dengan memindahkan tempat duduk anak anda di kelas.
Jangan lupa untuk meminta pertimbangan anak sebelum melakukannya.
Jangan sampai anak merasa dipaksa untuk duduk di tempat yang membuatnya
tak selesa. Kerana, jika itu terjadi, maka anak akan membuat masalah baru.
Jika masalah yang dihadapi oleh anak adalah topik pelajaran yang
membosankan, maka variasikan pelajaran dengan perkara yang dia suka.
Misalnya, bantu dia memahami masalah belajar dengan cara mengaitkan antara
mata pelajaran dengan watak kartun kegemarannya.

5. Berunding dengan pakar psikologi


Jika berbagai cara sudah dilakukan dan anda masih lagi menghadapi masalah
untuk membuat anak fokus di kelas, cubalah bertemu dengan pakar psikologi.
Barangkali, anak anda memang mengalami permasalahan psikologi.
Contoh masalah yang mungkin dideritai oleh anak adalah ADHD dan disleksia.
Jika bukan masalah psikologi, boleh jadi juga masalah kesihatan mata anak.
Barangkali dia tidak boleh nampak ketika belajar di kelas; dia sukar untuk
membaca apa yang tertulis di papan putih.
Siapa tahu, yang anak anda perlukan hanyalah sepasang cermin mata baru!
ADHD adalah gangguan perkembangan dalam peningkatan aktiviti motor anak-
anak.
Kecenderungan ini menyebabkan aktiviti anak-anak yang terganggu. Terapi dan
rawatan dari segi psikologi mahupun psikiatri dapat membantu anak untuk
mengatasi masalahnya.
Selain itu, pakar psikologi dapat membantu kita untuk menemui potensi terbesar
anak kita.
Boleh jadi, kecerdasan yang dimiliki oleh anak anda lebih jelas di kategori sukan
berbanding daripada di dalam kelas.
Begitulah caranya untuk mengatasi anak yang tidak fokus di sekolah.
Sebelum anda bersedih tentang tingkah laku anak di sekolah, ada baiknya untuk
kita mencari potensi anak dan mengembangkan kemampuan potensinya sebagai
bekal hidupnya di masa depan!
MASALAH PEMBELAJARAN
1.0 PENGENALAN

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah
kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan
golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita
membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.
Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga
dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran.
Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah
pengajaran yang sesuai bagi mereka.

2.0 DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

2.1 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997


Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada
proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada
pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan
mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka
yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran
dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya
atau ekonomi.

2.2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990


Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang
pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca,
menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca
daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur.
Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama
masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya
masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan
ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang
kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan
dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran
disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan
emosi dan tingkah laku.

3.0 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan,


ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.

3.1 Kecederaan Otak


Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung
mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak
juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran,
kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada
bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

3.2 Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada
masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak
menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya
menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi
daripada keturunannya.

3.3 Ketidakseimbangan Biokimia


Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran.
Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah
hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.

3.4 Faktor Persekitaran


Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran
juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba
kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah
yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-
anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di
kalangan kanak-kanak.
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima
pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang
dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar
bermasalah pembelajaran.

4.0 CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik,
sosial dan emosi dan tingkah laku.

4.1 Ciri Kognitif


Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah
tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi
pembelajaran.

4.2 Ciri Akademik


Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca,
lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah
membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran
mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah
disleksia.
Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan
seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang
lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar
melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.
Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran
memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan
saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi
perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.
Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih
rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun,
kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi
awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.
Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk
belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang
merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia
bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di
kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam
pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah
pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak
atau cecair.

4.3 Ciri Sosial dan Emosi


Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting
dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah
pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam
interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam
pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada
kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

4.3.1 Kemahiran Sosial yang Lemah


Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari
kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka
kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka
tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta
mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai
kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat
mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan
kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini
menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.

4.3.2 Motivasi
Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar
bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah
pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau
ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu
(dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.

4.4 Ciri Tingkah Laku


Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi
tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya.
Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan
hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak
menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh
mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri
pelajar.

5.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH


PEMBELAJARAN

Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap


menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi
pembelajaran dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar
bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.

5.1 Pengajaran secara Langsung


Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu
menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep.
Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan
langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar
berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun
hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

5.2 Strategi Pengajaran


Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang
berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh
seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu
mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan
sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah
membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman,
strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.

6.0 PILIHAN PENEMPATAN PENDIDIKAN

Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini


merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar
bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan
kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan
penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran,
antaranya:

6.1 Bilik Darjah Biasa


Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang
sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem
sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah
biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan
sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan
guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan
berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.

6.2 Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat


Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar
pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal,
menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur
penilaian dan pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul
maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran
pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa.

6.3 Bilik Sumber


Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik
sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam
pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan.
Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada
pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan
dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai
kecekapan yang tinggi dan dapat bekerjasama dengan guru biasa, membuat penaksiran
pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif
dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel
untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

6.4 Bilik Darjah Berasingan


Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil
(dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan
mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan
mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan.
Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan
mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan.
Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding
pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin
kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai
oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan
yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan
keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius
yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam
pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta
tingkah laku.
Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah
seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain
itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat
beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada
pelajar bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan