Tugasan 1
Tajuk tugasan :
Construct relevant instruments to evaluate the themes / steps of a teaching session in class
Kumpulan :
AHLI KUMPULAN :
2
2017
TAHUN 4
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 4
Tarikh : 19 / 04 / 2017
Hari : Rabu
Masa : 11.00 pagi - 11.30 pagi
Bilangan Pelajar : 25 orang
Tajuk : Timbangan berat
Kemahiran : Hubungan antara unit timbangan berat.
Hasil pembelajaran : Diakhir pembelajaran murid dapat:
: 1) Menukar kilogram kepada gram.
2) menukar gram kepada kilagram
3) Kilogram dan gram kepada gram
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah belajar mengenal unit-unit dalam
sistem penimbang semasa dalam darjah 3.
Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menghubungkait, membuat
rumusan.
Penerapan Nilai : Tekun, bekerjasama, bersungguh-sungguh,
berdisiplin.
Gabung Jalin : Sains
Bahan Bantu Mengajar : LCD, kad soalan, kotak kotak yang berlainan saiz dan
power point
.
3
2017
4
2017
5
2017
6
2017
Likert
No Kemahiran Guru dalam Aspek Pengajaran Mikro
4 3 2 1
Kemahiran memulakan pengajaran :
1. Kemampuan menarik perhatian murid. (0.22)
2. Membantu murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif.
(0.50)
Kemahiran menyoal :
6. Melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran.
(8.40)
7. Menarik perhatian murid dan menimbulkan sifat ingin tahu.
(5,20)
Kemahiran menerang :
12. Menyampaikan maklumat yang banyak dengan cara jelas dan
berkesan. (24.00)
13. Membina pengetahuan dan kefahaman murid. (9.15)
7
2017
Likert
No Kemahiran Guru dalam Aspek Pengajaran Mikro
4 3 2 1
Kemahiran memperkukuh :
16. Kemampuan meningkatkan interaksi kelas. (12.50)
17. Kemampuan membaiki disiplin murid. (25.20)
18. Kemampuan memotivasikan murid. (32.15)
D
19. Kemampuan meningkatkan keyakinan murid. (28.40)
20. Kemampuan mengubah atau ubah suai kelakuan murid. (31.35)
21. Kemampuan meningkatkan kefahaman murid . (29.05)
8
2017
Likert
No Kemahiran Guru dalam Aspek Pengajaran Mikro 4 3 2 1
Kemahiran mengendalikan kerja amali :
33. Memberi kesempatan murid untuk bekerja berkumpulan.
(15.25)
H
34. Memperhatikan dinamika kumpulan. (21.45)
35. Menumbuhkan kompetisi positif dalam dan antara kumpulan.
(16.45)
Kemahiran menutup pengajaran :
36. Ajak murid melihat semula apakah hasil pembelajaran yang
sepatutnya telah dicapai. (34.40)
37. Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang dan
pelajaran semalam.
I 38. Memberi kerja rumah sama ada bertulis atau pembacaan yang
sesuai. (35.25)
39. Menimbulkan perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan
pengalaman belajar. (35.20)
40. Mengajukan soalan tentang afektif murid-murid.
9
2017
Sebagai pembukai tirai Pengajaran Dan Pembelajaran guru menggunakan teknik penyoalan
dalam usaha mengcungkil minat murid . Guru juga menggunakan teknik ini dalam dalam usaha
mengetahui Pengetahuan Sedia Ada Murid. Penglibatan murid menunjukkan mereka sedia dari
segi kognitif dan afektif. Ini dapat dilihat apabila murid menunjukkan minat dalam mencuba
menjawab soalan guru. Peneguhan positif yang ditunjukkan oleh guru walaupun murid memberi
jawapan yang salah memberi motivasi kepada pelajar lain dalam cuba menjawab soalan yang
diajukan oleh guru.
Kelemahan guru dalam memperkenalkan Objektif pengajaran dapat dilihat apabila guru langsung
tidak menyebut mengenai isi pelajaran hari tersebut . Guru terus beralih ke PdP . Murid
mungkin agak keliru dengan hasil pembelajaran yang akan disampaikan oleh guru
Kekuatan cikgu adalah dalam menangani miskonsepsi murid dalam tajuk Jisim . Murid
didedahkan dengan konsep tidak semestinya objek besar itu berat dan tidak semestinya objek
kecil itu ringan .Ini dapat dilihat apabila guru menunjukkan dua objek yang berlainan saiz.
Guru memberi peluang kepada murid supaya meneka objek yang manakah berat dan objek yang
manakah ringan. Pada mulangnya boleh dikatakan hampir kesemua murid menyatakan objek
besar lebih berat daripada objek yang kecil. Miskonsepsi ini di buktikan dengan menunjukkan
berat bagi kedua-dua objek. Dengan ini dapat dibuktikan bahawa tidak semestinya objek yang
bersaiz besar itu berat.
Kemahiran menyoal :
Guru banyak menggunakan kemahiran menyoal dalam usaha menarik minat pelajar . Guru juga
menggunakan kemahiran ini supaya murid berani menjawab . Kemahiran ini juga membantu
murid supaya sentiasa menumpukan perhatian kepada isi pelajaran.Teknik dimana guru
mengajukan soalan tanpa memanggil murid menyebabkan kesemua murid bersedia dengan
jawapan. Guru juga memberi masa yang sesuai untuk murid . Jika masa yang diberi tidak
10
2017
mencukupi maka hasil jawapan yang akan diterima agak tidak bermutu. Kemahiran ini juga
digunakan untuk menangani miskonsepsi murid.
Kemahiran menerang :
Kemahiran menerang dengan menggunakan slaid Power Point dapat membantu murid menukar
unit KG kepada unit G dan unit G kepada unit KG. Jika hanya menggunakan kemhiran menerng
tanpa BBM yang sesuai maka mungkin ada murid yang akan menghadapi masalah dalam
penukaran unit. .
Guru menggunakan kemahiran ini dalam membimbing murid membina konsep. Kemahiran ini
digunakan untuk membimbing murid dalam memahami konsep yang senang kepada konsep yang
susah. Guru menunjukkan contoh yang sesuai dengan murid. Guru menunjukkan contoh yang
biasa dilihat oleh murid.
Guru menggunakan kemahiran ini dalam aktiviti perbincangan dan kerja kumpulan . Kemahiran
perbincangan dapat merangsang untuk memberi pendapat masing- masing dalam menyelesaikan
situasi yang diberi oleh guru. Guru juga sentiasa membimbing atau menjadi fasilitator dalam
usaha membimbing murid menyelesaikan situasi . Guru juga membimbing kepada kmpulan yang
kurang memahami masalah. Aktiviti kumpulan ini menambahkan kompetisi positif dalam dan
diantara kumpulan
11
2017
Kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang perlu diberi perhatian yang serius. Jika
guru gagal mengamalkan kemahiran ini maka mungkin pelajar akan menghadapi dalam
mengingat kembali konsep , fakta dan ini pelajaran yang telah dipelajari oleh mereka pada masa
akan datang. Dalam sesi PdP ini guru menggunakan kemahiran menyoal isi pelajaran kepada
murid . guru mengajukan soalan seperti
Walaubagamanapun guru tersebut gagal dalam membuat perkaitan dengan pelajaran yang akan
datang . Oleh kerana tidak menunjukkan perkaitan dengan pelajaran yang akan diajar maka ini
boleh menjelaskan minat dan motivasi murid dalam sesi pengajaran yang akan dilakukan
perkaitan dengan tajuk ini . Guru juga memberi aktiviti kerja rumah sebagai aktiviti pengukuhan
. Aktiviti perbincangan dan peneguhan positif di sesi penutup menimbulkan perasaan
keseronakan belajar dikalangan murid . Kesanggupan murid cuba menjawab menujukkan tahap
afektif murid yang agak tinggi.
Guru perlu membuat refleksi kendiri dalam membaiki mutu pengajaran pada masa akan datang .
Kemahiran membuat refleksi dapat menilai perkembangan dan dinamika kelas . Guru boleh
mencatat kekuatan dan kelemahan semasa sesi pengajaran dan seterusnya memperbaiki
kesilapan beliau..
12
2017
Bagi rancangan pengajaran ini, guru telah menggunakan kaedah pendekatan penyusun
awal kepada murid-murid. Tujuan guru menggunakan kaedah ini adalah untuk memberikan asas
yang kukuh kepada murid dalam mengenal pasti konsep timbangan berat yang melibatkan
penukaran unit. Contohnya guru menerangkan kepada murid hubungan diantara unit kilogram
dan gram dan seterusnya memberikan beberapa contoh timbangan berat untuk dibincangkan
bersama murid. Kemudian, mengemukakan beberapa soalan untuk diselesaikan oleh murid.
Dengan menggunakan kaedah ini, murid dapat memahami dengan jelas akan persamaan unit
kilogram dan gram serta dapat melakukan penukaran unit dengan betul dan tepat tanpa
mengambil masa yang terlalu lama.
Dalam rancangan pengajaran ini juga, guru telah mengaplikasikan kaedah pendekatan
masteri di mana guru mengaitkan semula dengan konsep pelajaran sebelumnya. Melalui kaedah
ini, guru menerangkan penukaran unit yang seterusnya melibatkan kilogram dan gram. Guru
juga telah menggunakan pelbagai kaedah mengajar , langkah-langkah pengajaran dan bahan
pembelajaran untuk membantu murid menguasai apa yang diajarkan. Tujuan guru menekankan
kaedah ini adalah bagi memastikan semua murid benar-benar dapat menguasai kemahiran yang
diajar ini sebelum berpindah kepada kemahiran yang seterusnya. Apabila dibuat pentaksiran
melalui aktiviti-aktiviti dan latih-tubi yang dijalankan, didapati murid dapat memahami dengan
jelas akan penukaran unit dalam kilogram dan gram dan sebaliknya serta penglibatan murid
dalam aktiviti pembelajaran juga sangat baik dan memuaskan.
13
2017
Guru juga telah menggabungkan dua kaedah yang berbeza untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang memuaskan. Kaedah yang digunakannya adalah pendekatan masteri dan
konstruktivisme. Pada peringkat permulaan pengajaran, guru meminta murid untuk
membanding dua kotak yang berlaianan saiz. guru bertanya kotak yang mana berat dan mana
yang ringan . Pada akhirnya, murid dapat menyatakan perbandingan diantara berat kedua dua
kotak tersebut. Pendekatan ini dipanggil konstruktivisme.
Objektif pelajaran
Guru berpendapat objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai . Ini adalah kerana dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran , guru mengajukan beberapa soalan , dan murid dapat menjawab
kesemua soalan dengan betul . Walaupun ada segelintir murid was was dengan jawapan
mereka tetapi boleh dikatakan sembilan puluh peratus dapat menjawab dengan betul . Dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran ini, guru fokuskan kepada penukaran unit . Dari kg kepada g , g
kepada kg dan kg dan g kepada g . Setelah selesai suatu kemahiaran guru menguji pengetahuan
murid dengan carta soalan . Hampir keseluruhan murid dapat menjawab . Soalan yang aju secara
spontan juga dapat dijawab oleh murid. Ini adalah bukti kecairan ilmu dan pencapaian objektif
berlaku dengan optimum .
Guru berpendapat murid secara aktif melibatkan diri mereka dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran . Jika mereka tidak berminat ataupun pasif maka tidak boleh jawab soalan yang di
tanya oleh guru secara rambang dan tidak boleh menjawab soalan di carta soalan dan papan
hitam.
14
2017
Sebagai aktiviti pengukuhan guru rancang satu segmen dimana menggunakan beberapa kotak
dimana setiap kotak diisi dengan 100pin bersamaaan 100 grams. Ini adalah untuk membuktikan
1000g : 1 kg
Mengikut rancangan guru, guru akan tunjukan 1 kotak yang mengandungi 100 pin yang
beratnya 100grams. Murid akan menambah dalam ratus setiap kali saya tunjukan kotak.
Langkah 1 guru menujukkan satu kotak ( 100 pin dengan berat 100g )
Aktiviti di ulang sehingga kotak yang kesepuluh dan murid menjawab 1000 gram .
Sebagai aktiviti terakhir guru menggunakan kaedah masteri dengan terperinci konsep
1000gram / pin = 1 kg
Aktiviti ini tidak dijalankan kerana murid telahpun menguasai kemahiaran dalam langkah 1 .
15