Anda di halaman 1dari 20

Strategi

Rekrut
Ejen

Bagaimana tingkatkan 2 ke 3 kali ganda


hasil jualan anda dengan menggunakan
kelebihan orang lain

Munem Rahman
Sekut Emjays Marketing Director
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, Terima kasih kerana sudi download eBook Strategi


Rekrut Ejen untuk bisnes anda.
Bermakna anda telah komited dan bertanggungjawab untuk
bertindak memastikan bisnes anda berkembang maju dan mendapat
hasil jualan yang meningkat sehingga 2 ke 3 kali ganda.

Tahniah saya ucapkan.


Pesan ikhlas daripada saya, pastikan anda terus membaca eBook ini
sehingga habis. Jangan sesekali skip tajuk-tajuk atau konten-
konten dalam eBook ini. Kenapa?

KERANA.
Mungkin anda akan terlepas poin-poin atau inti pati yang penting
yang mana berkait antara satu sama lain. Dan juga, diakhir eBook ini
nanti anda akan fahami tips-tips dan selok belok penting dalam
merekrut ejen untuk bisnes anda.

Jadi, apa yang anda akan nikmati dalam eBook ini?

In shaa Allah, eBook ini akan menghuraikan kekusutan anda selaku


bisnes owner atau pemilik produk untuk memulakan sistem ejen.
Ramai bisnes owner diluar sana pernah berjumpa saya dan
menyatakan masalah atau cabaran mereka dalam bisnes yang
mereka ceburi. Antara cabaranya adalah untuk mengembangkan
bisnes mereka dan antara jalan yang terbaik untuk mengembangkan
bisnes adalah dengan menggunakan medium sistem ejen.

Maka, cabaran seterusnya adalah bagaimana mereka ingin merekrut


ejen? Siapa yang layak untuk menjadi ejen? Di mana tempat untuk
senang mencari ejen?

Ini masalah mereka yang datang mengadu kepada saya. Anda punyai
masalah yang sama seperti mereka?

Jika jawapan nya YA eBook ini khusus untuk anda.

Jika jawapan nya TIDAK, ini bukan masalah aku pun saya
cadangkan kepada anda untuk tidak terus membuang masa
membaca eBook ini. Dan ada baiknya anda hadiahkan eBook ini
kepada rakan atau kenalan anda yang memerlukan nya.

Baik, sebelum kita teruskan, izinkan saya kenalkan diri saya terlebih
dahulu.
Nama saya Syed Abdul Munem. Atau lebih dikenali sebagai Munem
Rahman dalam dunia online / Internet Marketing.

Nama glamour / samaran adalah Abam Sekut. Kenapa?


KERANA,
Saya merupakan salah seorang pengasas bersama dengan 4 orang
lagi pengasas bisnes cookies secara online (Facebook) di bawah
jenama / brand Sekut Emjays yang berpusat di Kota Fesyen, MITC,
Melaka.

Produk killer Sekut Emjays

Saya memegang tanggungjawab selaku Marketing Director. Oleh itu,


saya bersama team kami banyak mencuba dan mengaplikasikan ilmu
bisnes online dan sistem pengurusan ejen dalam menjalankan
pernigaan sekut kami.
Alhamdulillah, dalam 3 bulan pertama selepas sekut emjays
memasuki pasaran Malaysia, kami berjaya menjana jualan sebanyak
RM250,000 dengan bilangan ejen seramai 120 orang ejen berdaftar.

Keratan akhbar METRO 2 Ogos 2015

Pada tahun kedua iaitu 2016, kami mengunakan sistem yang sama
iaitu merekrut ejen untuk menjalankan jualan sekut emjays di serata
Malaysia.

Alhamdulillah, jualan sekut emjays pada Aidilfitri 2016, iaitu tahun


kedua kami menceburi bisnes ini meningkat sebanyak 3 kali ganda,
dengan bilangan ejen yang berdaftar adalah seramai 452 orang.
Syukur kepada Allah Yang Maha Kaya kami panjatkan atas nikmat
kurniaNYA kepada kami dan para ejen sekut emjays sekalian.
Berikut adalah antara contoh hasil jualan harian kami.
Dalam tempoh berkenaan juga kami ada menjalankan seminar atau
kelas sistem pengurusan ejen kepada bisnes owner yang ingin
mengembangkan bisnes mereka.

Suasana di dalam dewan ketika seminar di jalankan


Berikut adalah antara testimonial atau feedback daripada perserta
yang telah mengikuti kelas atau seminar yang kami anjurkan.
In shaa Allah, anda juga boleh jadi seperti mereka. Yang penting
adalah, anda aplikasikan ilmu yang anda perolah daripada eBook ini
dan teruskan berusaha dan berdoa. In shaa Allah, kejayaan pasti
milik anda.

Jadi, ayuh kita mulakan

KENAPA PERLU ADA EJEN?

Mulut ke mulut. Atau bahasa marketing nya adalah mouth to mouth


marketing.

Manusia akan lebih yakin atau lebih percaya kepada cerita yang dia
dengar daripada orang. Apa lagi kalau orang itu adalah orang yang
mereka percayai seperti rakan karib atau sanak saudara.

Ejen akan bertindak sebagai tukang cerita kebaikan atau


keberkesanan produk anda kepada orang yang berada di
sekelilingnya.
Matematiknya mudah.
Lagi ramai ejen, lagi ramai tukang cerita.
Lagi ramai tukang cerita, lagi ramai orang dengar.
Lagi ramai orang dengar, lagi ramai orang nak amik tahu.
Lagi ramai orang nak amik tahu, lagi ramai orang mula membeli.
Lagi ramai orang membeli, lagi tinggi hasil jualan anda.

Apa yang anda perlukan akhirnya? Anda cuma mahukan peningkatan


dalam hasil jualan anda bukan?

Sebagai contoh, anda seorang boleh membuat jualan sebanyak


RM5,000 sebulan untuk bisnes anda. Apa akan berlaku bila ada
seorang lagi boleh buat jualan seperti anda untuk bisnes anda?

Hasil jualan bisnes anda sudah mencapai RM10,000. Jika 10 orang?


Hasilnya RM50,000. Jika 50 orang? Hasilnya RM250,000 sebulan. Ini
baru sebulan.

Jika setahun? RM250,000 x 12 bulan = RM3.0 Juta. Kita ambil secara


kasar margin keuntungan adalah 20%, bermakna anda produk owner
boleh mendapat keuntungan sebanyak RM600,000 setahun,
Alhamdulillah.
Inilah strategi ramai bisnes owner di laur sana gunakan untuk
mengembangkan bisnes mereka. Saya yakin anda boleh senaraikan
produk-produk yang mempunyai ramai ejen di market malaysia ini.

Sekali lagi saya bagi contoh kepada anda. Kali ini, contoh benar yang
berlaku dalam bisnes Sekut Emjays kami. Supaya anda lebih jelas
kenapa perlunya ada ejen.

Kami baru merekrut seorang guru wanita di sebuah sekolah


menengah di sebuah daerah untuk menjadi ejen sekut emjays. Apa
yang kami kongiskan tips pada beliau adalah esok ke sekolah jangan
lupa buka 2 balang sekut untuk dikongsikan kepada guru-guru lain di
dalam bilik guru.

Apa yang berlaku adalah, 2 balang tersebut telah dijaja kepada


semua guru-guru di sekolah tersebut dan ramai guru yang mula
berminat untuk dapatkan sekut tersebut. Apa jadi? Maka guru-guru
lain mula order dan membeli daripada guru tersebut.

Selepas kotak pertama habis tak sampai seminggu, guru tersebut


repeat kotak kedua daripada HQ. Kali ni, bukan guru sahaja yang
membeli, malah murid juga membeli setelah mendengar cerita dan
juga pernah merasa sekut yang guru mereka beli.
Ini belum kemuncaknya.
Yang bestnya lagi adalah Guru biasa berkawan dengan siapa? Guru
berkawan dengan guru dari sekolah lain juga bukan? Apa jadi
seterusnya?

Cerita sekut mula dijaja ke sekolah-sekolah di daerah tersebut. Apa


Jadi? Terpaksalah guru yang jadi ejen tadi restok berkotak-kotak
daripada HQ. Apa jadi pula HQ? Terpaksalah hasil jualan HQ
bertambah.

Ini lah yang dikatakan The Power Of Mouth to Mouth Marketing!


MACAM MANA NAK CARI EJEN?

Anda sudah faham apa kepentingan ejen kepada bisnes anda, jadi
bagaimana anda boleh mula untuk mencari ejen?

In shaa Allah, saya akan tunjukkan satu FLOW yang mana anda boleh
cari ejen dengan mudah.

Target
Offer Close Follow-up
People

1. TARGET PEOPLE: Anda mesti mempunyai target golongan yang


akan menjadi ejen anda. INGAT! Tak semua manusia di
Malaysia ini nak jadi / perlu jadi ejen kepada produk anda.
Perkara yang anda perlu titik beratkan adalah:

a. Jantina. Lelaki atau wanita? Anda mesti membuat


keputusan untuk memilih sama ada lelaki atau wanita.
Saya tak cadangakan anda pilih kedua-duanya kerana ini
akan menyukarkan anda dalam membina ayat OFFER
nanti. Jadi, buat keputusan sekarang! Lelaki atau
Perempuan? Semestinya perempuan kan, sebab mereka
lah yang banyak cerita atas bumi ini. Jangan marah ye.
b. Umur. Cari satu julat (range) umur dalam 10 tahun. Saya
boleh bagi beberapa contoh di sini supaya anda lebih
faham.
Pertama bisnes tudung cepat dan tak perlu digosok. Maka
anda boleh target kepada wanita yang berumur 17 27
tahun yang mana mereka perlukan tudung jenis ini untuk
cepat ke kelas atau tempat kerja dan tidak memerlukan
modal yang besar.
Contoh kedua, bisnes supplement untuk kanak-kanak
berumur 4 ke 6 tahun. Maka golongan ibu yang sesuai
untuk target ejen adalah yang berumur 28 ke 38.
Saya yakin anda faham apa yang saya maksudkan ini
bukan?

c. Pekerjaan. Anda mesti pilih 1 perkerjaan yang khusus


untuk anda target menjadi ejen anda. Jika ada perkerjaan
lain yang berpotensi, maka bina target group lain. Jangan
campur adukkan dalam 1 group. Kerana, ini akan
menyukarkan anda untuk membina ayat OFFER nanti.
INGAT! 1 pekerjaan = 1 target group!
2. OFFER: Setelah anda kenal pasti golongan yang wajib menjadi
ejen anda, ambil peluang untuk dekat dengan mereka. Kenapa
saya katakan wajib?
Sebab golongan ini adalah golongan yang sangat-sangat
berpotensi untuk menjadi ejen anda. Siapa mereka? Mereka
adalah orang yang anda telah anda senaraikan sebagai target
anda.
Jadi, sebelum bertemu mereka, anda perlu sediakan ayat-ayat
offer supaya anda tahu apa yang patut anda tanya dan apa
yang patut anda nak sampaikan.
Kenapa anda perlu bertanya?
Kerana anda nak dapat lebih banyak data untuk kembangkan
lagi lebih ramai ejen anda nanti.
Apa ayat-ayat offer yang perlu disediakan? Di sini saya
senaraikan beberapa contoh ayat offer yang anda perlu siapkan
sebagai peluru jika anda didatangi atau berjumpa dengan
golongan yang wajib jadi ejen anda;

a. Set soalan untuk kenalpasti yang mereka adalah daripada


golongan yang anda target. Contohnya Puan/Cik Puan
kerja dimana? Puan/Cik Puan berkhidmat/bertugas
sebagai apa? PERINGATAN! Jangan tanya soalan terlalu
peribadi sebagai contoh Puan/Cik Puan kahwin tahun
bila?
b. Kenapa mereka perlu menjadi ejen anda? Tunjukkan apa
kelebihan yang mereka dapat jika mereka mendaftar
sebagai ejen anda.
Fokuskan kepada 3 perkara.
Pertama, berapa keuntungan mereka boleh dapat? Dan
daripada keuntungan ini apa kebaikannya kepada ahli
keluarga mereka yang tersayang. Tunjukkan dalam bentuk
angka. Contohnya, Seminggu puan da boleh dapat
untung bersih RM200 sebagai permulaan, sebulan dah
boleh dapat RM800. Dah boleh buat bayar duit kereta
bulan-bulan. Duit gaji, boleh buat simpanan untuk anak-
anak pergi Umrah nanti.
Kedua, ilmu marketing dalam menjual produk anda.
Terangkan kepada mereka macam mana produk anda
boleh dijual di tempat kerja mereka / secara online. Silap-
silap belum menjadi ejen lagi mereka dah cakap Laa,
senang nye nak buat duit camni.
Tugas anda adalah, mudahkan kerja mereka untuk dapat
sales. Sales mereka naik! Sales anda yang naik!
Ketiga, tunjukkan hadiah-hadiah / potensi yang mereka
boleh perolehi bila bersama anda.
Antaranya, anda boleh offer kepada mereka jika mereka
dapat capai target yang anda sasarkan, mereka layak
menerima hadiah seperti TUNAI / EMAS / HADIAH
MISTERI. Biar ini menjadi pembakar semangat kepada
mereka untuk terus membuat jualan.

3. CLOSE: Ya, mereka telah pun mendaftar sebagai ejen anda yang
sah. Jadi sekarang, apa yang anda perlu bekalkan kepada
mereka?
Jangan biarkan mereka pergi dengan tangan kosong. Anda
perlu bekalkan segala info & maklumat penting tentang produk
dan bisnes anda supaya cerita yang disebarkan diluar sana
adalah tepat dan tidak membawa masalah kepada anda dan
bisnes anda di kemudian hari.
Perkara yang anda perlu siapkan kepada mereka adalah;
a. Info produk. Contohnya, sijil halal / KKM. Kebaikan dan
manfaat produk, cara penggunaan produk, siapa yang
boleh dan tidak boleh pakai produk anda. INGAT! Produk
anda bukan untuk semua orang di Malaysia ini.
b. Teknik / cara menjual. Sediakan skrip / contoh cara
menjual supaya ejen anda tidak kaku bila berhadapan
dengan prospek baru. Pastikan info yang disampaikan
tepat dan benar.
c. Teknik / cara close sale. Sediakan skrip / contoh cara
untuk ejen anda tawar menawar dengan bakal pelanggan.
Ajar ejen anda supaya bertanyakan soalan-soalan yang
maut untuk membuatkan bakal pelanggan membeli.
Contohnya Nak beli 1 botol atau 3 botol sabun ini? Jadi
bakal pelanggan tidak punyai alasan yang kukuh untuk
lari. JANGAN tanya nak beli tak sabun ni? Memang tak
la jawapannya.

4. FOLLOW-UP: Selepas ejen anda mula aktif, jangan anda


diamkan diri dengan menganggap ejen anda tau semuanya dan
mereka boleh membuat jualan sendirian.
Mereka masih lagi perlukan motivasi, sokongan, dorongan
daripada anda selaku bisnes owner untuk meningkatkan lagi
hasil jualan mereka.
Anda perlu faham 1 perkara, jika sales mereka laju, bermakna
sales anda pun laju. Jadi, selalu follow-up ejen supaya ejen
tidak diam atau tidur di sepanjang jalan.
Masalah ramai bisnes owner adalah, Ejen aku tidur, jadi aku
pun tidur sekali lah. Saya yakin, anda bukan tergolong dalam
golongan bisnes owner tersebut.

Anda boleh ikuti flow mudah ini untuk mula mencari ejen? Satu
perkara yang ingin saya tekankan di sini. JANGAN TAMAK! Jangan
terlalu tamak maksudnya, harini produk dah siap, terus nak ada 100
orang ejen. Buat step by step. In shaa Allah anda boleh lakukannya.

Matematiknya mudah,
Jika anda boleh cari 2 orang ejen, gunakan cara yang sama 10 kali
untuk dapatkan 20 orang ejen.
Jika anda boleh cari 20 orang ejen, anda boleh cari 200 orang ejen.
Jika anda boleh cari 200 orang ejen, anda boleh cari 2000 orang ejen.

Hanya tinggal usaha dan tindakan anda untuk mencapai apa yang
anda impikan.

Jadi sekarang, mulakan kerja rumah anda untuk siapkan perkara-


perkara yang saya tekankan diatas untuk anda mula nikmati
perkembangan dalam bisnes anda.
Alhamdulillah, anda dah sampai bacaan anda di sini. Bermakna, anda
telah faham dan hadam Strategi Rekrut Ejen.
Tahniah.!

Masanya telah tiba untuk anda bertindak bagi meningkatkan hasil


jualan anda.
Saya merayu kepada anda, mulakan sekarang dan jangan bertangguh
lagi. Kejayaan menanti dihadapan anda dan kejayaan menanti orang
yang benar-benar berusaha tanpa putus asa.

Saya doakan anda berjaya dalam apa bisnes yang anda ceburi.
Sampai kita bertemu lagi. In shaa Allah.

Salam Kejayaan

Munem Rahman

Web: munemrahman.com
Email: mr.munemrahman@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai