Menara Tun Mustapha yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah merupakan sebuah
menara milik sebuah badan swasta iaitu Yayasan Sabah. Menara ini juga merupakan antara
salah satu pusat sivik yang sangat penting kepada penduduk Sabah dalam meningkatkan
kemajuan dan taraf hidup masyarakatnya.
Namun begitu, pembinaan Menara Tun Mustapha ini dilihat banyak mendatangkan
manfaat dan kesan baik terhadap komuniti di sekitarnya sejak mula penubuhan Menara Tun
Mustapha. Pelbagai sejarah dan pencapaian yang telah dicatatkan sejak 1977 sehingga 2001
yang telah menjadikan Menara Tun Mustapha dibawah seliaan Yayasan Sabah menjadi satu
tarikan pelancong. Walau bagaimanapun, sejarah serta pencapaian tentang menara ini masih
kabur dan kurang menonjol sehingga ramai yang tidak mengetahui mengenainya.
Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji sejarah dan sumbangan serta pencapaian
sepanjang penubuhan Menara Tun Mustapha. Kajian ini juga dijalankan bagi merungkai
dengan lebih terperinci sejarah penubuhan Menara Tun Mustapha dan sumbangannya
terhadap komuniti di sekitarnya.