Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wkt,

Yang Berusaha

Yang dihormati .

Yang dhormati

Al-Hamdulillahi Rabbil Alamin, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah
perkenan-
Nya, dapat kita bersama dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat anjuran
HELWA Masjid Syed Alwi Batu Anam dan Persatuan Ibu Tunggal Segamat pada petang
ini.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana


Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam.

Kelahiran dan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat
dan rahmat kepada seluruh alam. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT, di dalam
surah al- anbiyak ayat 107 :

Maksudnya Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan


sebagai rahmat ke seluruh alam

Justeru itu, kita selaku ummat Nabi Muhammad SAW, wajar untuk sentiasa
mengenang perjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam.H
asil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat
Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini.

Justeru, apa yang saya harapkan ialah, agar penganjuran Sambutan Maulidur Rasul
pada kali ini, akan mengetuk rasa kesedaran kita agar
sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan meneguhkan jati
diri sebagai seorang muslim, bagi menempuh arus kehidupan di dunia yang sementara
ini.

Hadirin yang di rahamti Allah sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada USTAZ
TUAN HAJI NORIZAM BIN SURADI yang sudi menerima undangan kami, terima kasih
kepada BARISAN ajk HELWA & PERSATUAN IBU TUNGGAL SEGAMAT, terima
kasih juga kepada TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN dan HADIRIN yang sudi hadir.
Jutaan penghargaan dan tahniah pula saya tujukan kepada
jawatankuasa pelaksana majlis sambutan Maulidur Rasul bagi tahun ini, khususnya
kepada penyumbang-penyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit, idea dan
tenaga dalam menjayakan program ini.
Sama-samalah
kita berdoa kepada Allah SWT, agar kita semua, digolongkan didalam golongan
umat Baginda Rasulullah SAW,
yang layak untuk memasuki syurga Allah SWT, sesuai dengan sabda Baginda
Rasulullah SAW :

Setiap daripada ummatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang
enggan Sahabat bertanya : Siapakah yang enggan wahai Rasulullah. Rasulullah
menjawab : Barangsiapa yang mentaatiku, masuklah dia ke dalam syurga,
barangsiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia enggan masuk ke dalam
syurga.

Sidang hadirin yang berbahagia;

Jauh Perjalanan Luas pemandangan,


Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,
Muhammad Rasul Nabi Junjungan,
Menjadi Teladan Umat Manusia.

Rasulullah Utusan Mulia,


Kisah hidupnya penuh cabaran,
Menyebar Islam Seantero Dunia,
Membawa kita Cahaya Kebenaran.

Sekian,

Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai