Anda di halaman 1dari 2

Adakah Minat Mempengaruhi Pencapaian Sains?

Oleh: Azlan Bin Budun

Beberapa Penulisan Tentang Minat Terhadap Sains

Minat terhadap sains merujuk kepada rasa ingin tahu terhadap sains dan isu-isu yang berkaitan sains,
kesediaan untuk mendapatkan pengetahuan saintifik tambahan dan kemahiran dengan menggunakan
pelbagai sumber dan kaedah, dan kesediaan untuk mendapatkan maklumat dan kepentingan berterusan
dalam bidang sains termasuk pertimbangan kerjaya sains (Cakmakci, Sevindik, Pektas, Uysal, Kole, &
Kavak, 2012). Minat berkait rapat dengan motivasi diri pelajar. Menurut Enwistle, Nisbet, Enwistle, & Cowell
(1971), motivasi merupakan faktor tingkah laku pelajar terhadap apa yang hendak dilakukan.

Menurut Elton (1988) seperti dalam Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1995), motivasi ialah
proses membangkit, mengekalkan dan mengawal minat. Selain itu, motivasi yang baik akan membina satu
tarikan yang kuat untuk menjadikan pelajar terus berminat dengan pelajaran yang disampaikan. Schiefele
(1991) mendefinisikan minat dengan menyatakan...interest is defined as a content-specific motivational
characteristic composed of intrinsic feeling-related and value-related valences. Isi kandungan khusus
(content-specific) yang dimaksudkan Schiefele adalah berkaitan dengan topik, tugasan atau aktiviti khusus.

Hubungan Minat Terhadap Sains dengan Pencapaian Sains

Kajian berkenaan hubungan minat terhadap sains dengan pencapaian sains telah banyak dibincangkan
oleh ahli dalam bidang psikologi dan pendidikan. Merujuk kepada hubungan minat dengan pembelajaran,
menurut Ainley, Hidi, & Berndorff (2002) & Lamb, Annetta, Meldrum, & Vallett (2012) terdapat tiga jenis
minat iaitu mengikut individu, situasi dan topik. Minat individu dianggap sebagai kecenderungan individu
untuk mengikuti rangsangan tertentu, peristiwa, dan objek. Minat situasi diperoleh daripada aspek-aspek
tertentu dalam alam sekitar. Hal ini termasuk ciri-ciri kandungan seperti aktiviti manusia atau tema
kehidupan dan ciri-ciri struktur seperti cara tugas disusun dan dibentangkan. Minat topik merupakan tahap
minat yang dicetuskan apabila topik tertentu dikemukakan seolah-olah mempunyai kedua-dua aspek minat
individu dan situasi. Liaghatdar, Soltani, & Abedi (2011) menyatakan bahawa orang yang berminat
terhadap sains akan menganggap penting untuk mempelajari sains.

Selain itu, sikap terhadap sains merupakan salah satu faktor yang dapat memotivasikan minat pelajar
dalam pendidikan sains dan bidang yang berkaitan dengannya (Nasr & Soltani, 2011 & Trumper, 2006).
Seterusnya, Schiefele, Krapp, & Winteler (1992) menyatakan ...one usually finds three broad classes of
factors that are considered to be especially relevant to a successful prognosis of academic success: (a)
general cognitive factors (e.g., verbal ability), (b) general motivational subject areas. The latter group is
commonly referred to as interests. Kajian juga mendapati mata pelajaran sains sebagai contoh kimia yang
diajar secara teori tanpa aktiviti hands-on akan menurunkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut
(Salta & Tzougraki, 2004).

Namun, terdapat juga kajian seluruh dunia (sebagai contoh projek SAS dan ROSE) yang menunjukkan
berlaku penurunan minat di kalangan pelajar terhadap sains dalam negara-negara maju (Davidsson, 2009).
Minat terhadap sains juga lebih menyerlah pada peringkat usia tertentu. Kajian oleh Maltese & Tai (2010)
mendapati majoriti (65%) peserta dilaporkan berminat terhadap sains bermula sebelum sekolah menengah
lagi. Nasr & Soltani (2011) menjelaskan terdapat dimensi tertentu yang menunjukkan perhubungan yang
positif antara minat dengan pencapaian dalam sains. Selain itu, kajian Singh, Granville, & Dika (2002)
mendapati pencapaian matematik dan sains dikalangan pelajar gred 8 dipengaruhi oleh motivasi, sikap
dan waktu belajar. Tambahan pula, Zoldosova & Prokop (2006) mendapati idea pendidikan sains tidak
formal mampu meningkatkan minat pelajar dan pencapaian daripada segi idea sains.

Anda mungkin juga menyukai