Anda di halaman 1dari 1

Ustazah Aida sedang mengajar subjek Feqah.

Tiba- tiba dia terlihat Zainal anak muridnya


sedang leka mengunyah gula- gula getah dan tidak menumpukan perhatiannya ke atas
pengajarannya. Apakah tindakan beliau?

Ustaz Faizu masuk ke dalam kelas 4 Ibnu Sina pada waktu pertama pengajaran. Dia melihat
meja dan kerusi di dalam kelas 4 tidak tersusun dengan baik. Sampah juga kelihatan
berterabur di atas lantai. Kelihatan ada murid yang berbual dan bergurau dengan rakan
sekelas.Apakah tindakan beliau?

Ustazah Rohaida selesai mengajar murid 3 Abu Bakar dan diikuti dengan waktu rehat.
Selepas murid memberi ucapan salam dan terima kasih mereka berebut keluar dari kelas
dan berlari menuju ke kantin. Apakah yang patut beliau lakukan.

Melalui pemerhatian Ustazah Aisyah, telah dua minggu gejala mengajuk nama ibu-bapa
dilakukan oleh murid kelasnya.Apakah tindakan yang harus beliau lakukan untuk
mengelakkan dari timbulnya pertengkaran di kalangan anak muridnya.

Selepas waktu rehat, Ustaz Malik menuju ke kelas 4 Al-Farabi. Setibanya beliau di kelas, dia
melihat murid- murid berkejaran dan menjerit di dalam kelas. Apakah tindakan yang patut
dilakukan olehnya?

Ustazah Asmah sedang menulis di papan hitam. Tiba- tiba dia terdengar bunyi pertengkaran
di belakang kelas. Kelihatan dua orang muridnya sedang bergaduh. Apakah tindakan
beliau?

Ustaz Zakaria sedang mengajar murid kelas 2 Al Biruni. Tiba- tiba dia kelihatan anak
muridnya, Syafiq menangis. Dia diganggu oleh Haziq rakan yang duduk di belakang meja
Syafiq.Apakah tindakan beliau?

Ustazah Siti sedang mengajar Bahasa Arab kepada murid kelas 5 Al Khawarizmi. Apabila dia
bertanyakan soalan kepada Syakir, Syakir gagal memberikan jawapan yang betul kerana
menurut rakannya dia melakukan kerja lain (membaca komik). Apakah tindakan Ustazah
Siti harus lakukan ke atas Syakir?