Anda di halaman 1dari 35

IPEM3310

Transaksi Kewangan Islam Semasa


(Modern Islamic Financial Transactions)
Tajuk: Aplikasi Al-Ijarah Dalam Kewangan Islam serta
Isu-isu yang Timbul

NO. NAMA NO
MATRIK
1. ABDUL RAZAK BIN DALI IEM140001
2. MUHAMMAD IEZZAT FAHMI MOHAMMAD IEM140011
JAFNI
3. AHMAD SAIFUDDIN BIN CHE ABDULLAH IEM140005
4. ABDUL AZIM BIN ZAKARIA IEM 130001

Instructor: Dr. Fadillah Bt Mansor

Semester 1 2017/2018
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN .......................................................................................................................... 3
AL-IJARAH .................................................................................................................................... 4
DEFINISI AL-IJARAH .................................................................................................................. 4
DASAR HUKUM IJARAH ............................................................................................................ 6
RUKUN IJARAH ......................................................................................................................... 10
SYARAT-SYARAT PIHAK BERKONTRAK ............................................................................ 11
SYARAT-SYARAT SIGHAH ..................................................................................................... 11
SYARAT-SYARAT OBJEK SEWAAN DAN MANFAAT ....................................................... 12
SYARAT UJRAH (BAYARAN SEWAAN) ............................................................................... 12
JENIS-JENIS IJARAH SECARA UMUM .................................................................................. 13
PENAMATAN AKAD AL-IJARAH ........................................................................................... 14
KAEDAH PENETAPAN KADAR SEWAAN TETAP DAN BOLEH UBAH .......................... 14
PANDANGAN ULAMA SEMASA TERHADAP APLIKASI IJARAH ................................... 16
APLIKASI IJARAH DALAM PRODUK PEMBIAYAAN ISLAM ........................................... 17
PEMBIAYAAN IJARAH SECARA UMUM. ............................................................................. 17
PENGGUNAAN AL-IJARAH THUMMA AL-BAI` DALAM PEMBIAYAAN KENDERAAN
....................................................................................................................................................... 19
MUSHARAKAH MUTANAQISAH (PERKONGSIAN MENURUN) ...................................... 27
SUKUK AL-IJARAH ................................................................................................................... 28
IJARAH MAWSUFAH FI AL-DHIMMAH ................................................................................ 29
IJARAH MUDHAFAH ILA MUSTAQBAL............................................................................... 31
KESIMPULAN ............................................................................................................................. 34
RUJUKAN .................................................................................................................................... 35
PENDAHULUAN
Muamalat Maliah atau muamalat berkaitan harta dalam Islam menekankan penggunaan
konsep-konsep syariah yang sedia digunakan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat
sehinggalah kepada kontrak-kontrak hibrid (gabungan/campuran) yang digunakan pada masa
sekarang. Kontrak-kotrak tersebut antaranya adalah Mudharabah (Perkongsian Untung),
Murabahah (Kos Tambah Untung), Wadiah (Simpanan), Musyarakah (Usaha Sama), al-Bay
Bithaman Ajil (BBA) (Jualan dengan Pembayaran ditangguhkan), Wakalah (Agensi), al-Qard al-
Hasan (Pinjaman Ihsan), Ijarah Thumma al-Bay (AITAB-Sewa Beli), Bay al-Inah (Perjanjian
Jual dan Beli Balik), Hibah (Hadiah) dan beberapa lagi instrumen syariah yang diguna pakai oleh
industri perbankan di Malaysia berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Majlis Penasihat
Syariah Bank Negara Malaysia.

Islam pada dasarnya memperkenalkan konsep ini sebagai alternatif kepada umatnya bagi
mengelakkan dari terlibat dengan muamalat ribawi, gharar dan sebarang ketidakadilan dalam
muamalat. Pembentukan sesuatu kontrak muamalat perlu berhati-hati agar tidak terlibat dengan
larangan disebutkan atau supaya tidak timbul isu dua kontrak dalam satu kontrak.

Seperti yang sedia maklum, akad perpindahan atau dikenali sebagai uqud muawadhat
merupakan salah satu daripada sebab yang membolehkan seseorang Muslim itu memiliki sesuatu
harta secara sempurna. Bahkan, inilah cara yang paling terkenal dalam hal penukaran pemilikan
harta seseorang Muslim masa kini. Terdapat pelbagai jenis akad dalam muamalat Islam yang
mana pada masa kini kita amat memerlukannya dalam setiap urusan antara sesama manusia
seperti yang disebut tadi. Ia termasuklah untuk mendapatkan dana yang diharuskan syarak.

Pemilikan aset melalui instrumen pembiayaan berasaskan kontrak ijarah (sewa)


merupakan suatu kaedah pembiayaan yang popular di institusi perbankan Islam Malaysia.
Kontrak ijarah telah diinovasikan dan diaplikasikan sebagai salah satu kaedah pembiayaan
pemilikan aset. Pembiayaan hartanah, kenderaan, projek pembiayaan, projek peribadi dan produk
berstruktur adalah antara produk di bawah inovasi ijarah. Sebagai suatu produk perbankan Islam,
pembiayaan secara ijarah mestilah mematuhi prinsip-prinsip Syariah yang berkaitan.
AL-IJARAH
Al-ijarah merupakan salah satu cara untuk mendapatkan dana yang halal dalam proses muamalat
Islam. Antara contoh produk-produk atau aplikasi yang menggunakana asas kontrak ijarah ialah
al-ijarah thumma al-bai, al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik, dan al-ijarah al-malumah. Kita
dapat lihat pada asas dalaman kontrak ijarah ia merupakan urus niaga muamalat yang melibatkan
perkara atau harta yang tidak nampak tetapi dapat dimanfaatkan. Dengan kata lain, ia boleh
dipanggil juga sebagai jual beli manfaat. Walaubagaimananpu, dalam Islam, terdapat cara-cara
tertentu untuk menjadikan sesuatu kontrak yang diurus niaga itu menepati syariat dan tuntutan
syarak serta sah di sisi Islam.

DEFINISI AL-IJARAH
Perkataan Ijarah dari segi bahasa ianya berasal dari perkatan ) - - (yang
bermaksud sesuatu yang diberikan sebagai ganjaran kepada sesuatu perbuatan1.

Dari segi bahasa, al-ijarah berasal dari perkataan al-ajr atau al-ujrah yang membawa makna
balasan atas kerja atau pahala (Ibn Manzur,1956). Al-ujrah ialah harga sebagai ganti kepada
manfaat atau faedah iaitu sewa yang dibayar kerana menggunakan sesuatu. Dari segi istilah fiqh
pula terdapat pelbagai pandangan makna dari fuqaha seperti sesuatu akad yang membawa
pemindahan hak milik manfaat dengan bayaran tertentu. AAOIFI telah mendefinisikan Ijarah
sebagai pemilikan manfaat yang dibenarkan yang diketahui pada satu tempoh yang diketahui
dengan bayaran (iwadh) yang diketahui dan dibenarkan oleh Syarak.

Fuqaha Hanafi memberi makna al-ijarah sebagai akad yang dilakukan ke atas manfaat
sesuatu dengan tukaran atau bayaran (al-Sarakhsi,1978). Akad ke atas manfaat mengikut syarak
terdapat dua jenis iaitu al-ariyyah atau dalam bahasa mudahnya ialah pinjaman di mana ia
berlaku tanpa bayaran dan yang kedua ialah al-ijarah yang melibatkan bayaran.

Fuqaha Syafie mendefinisikan al-ijarah sebagai suatu akad yang dilakukan ke atas
manfaat yang dimaklumi, yang harus dan menerima pertukaran dengan bayaran yang diketahui.

1
Al-Fairuz Abadi, Al-Qamus al-Muhit, Muassasah al-Risalah, Beirut, 2003, 342 Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, Dar Sadir, Beirut,
1990, j.4,10.
Fuqaha Maliki pula membawa erti al-ijarah sebagai suatu akad untuk memiliki manfaat
sesuatu benda yang harus selama tempoh tertentu dengan sesuatu tukaran atau bayaran. (Ibn
Rusyd, 1981). Manakala perkataan Karaa ( ) pula digunakan dengan manfaat yang hasilnya
dari sesuatu manfaat yang tak dapat di pindah seperti harta tanah, rumah dan termasuk juga
sesuatu manfaat yang dapat dipindah khususnya kapal dan binatang.

Fuqaha Hanbali mendefinisikan al-ijarah sebagai akad ke atas manfaat yang harus dan
diketahui sama ada daripada ain tertentu atau disifatkan pada tanggungan selama tempoh
tertentu atau kerja tertentu dengan satu tukaran atau bayaran (Ibn Qudamah,1981)

Daripada keempat-empat pandangan dan definisi tersebut, antara beberapa perkara yang dapat
diambil kira sebagai isi penting dalam akad al-ijarah ialah:

1. Suatu akad yang menyebabkan pemindahan hak manfaat, bukan hak milik.
2. Ia merupakan akad pertukaran, iaitu pertukaran antara manfaat benda dengan bayaran.
3. Ia terikat dengan masa dalam penggunaan manfaat.
DASAR HUKUM IJARAH
Al-ijarah dalam bentuk sewa menyewa mahupun dalam bentuk upah mengupah
merupakan muamalah yang telah disyariatkan dalam Islam. Hukum asalnya menurut Jumhur
Ulama adalah mubah atau boleh bila dilaksanakan sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan oleh
syara.

Berdasarkan ayat al-Quran, hadis-hadis Nabi dan ketetapan Ijma Ulama.

Dalil daripada Al-Quran:

Surah al-Zukhruf : 32

Ertinya:

Apakah mereka yang membagi-bagikan rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara
mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebagian
mereka atas sebagaian yang lain beberapa derajat, agar sebagian mereka dapat
mempergunakan sebagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik daripada apa yang
mereka kumpulkan.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah memberikan kelebihan sebagian manusia atas sebagian
yang lain, agar manusia itu dapat saling membantu antara yang satu dengan yang lainnya, salah
satu caranya adalah dengan melakukan akad ijarah (upah-mengupah), karena dengan
akad ijarah itu sebagian manusia dapat mempergunakan sebagian yang lain.
Surah al-Baqarah : 233

Ertinya :

Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, tidak dosa bagimu apabila kamu
memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertaqwalah kepada Allah; dan ketahuilah bahwa
Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Dari ayat di atas dapat difahami bahwa tidaklah menjadi halangan sama sekali kalau
memberikan upah kepada perempuan lain yang telah menyusukan anak yang bukan ibunya.
Menurut Qatadah dan Zuhri, boleh menyerahkan penyusuan itu kepada perempuan lain yang
disukai ibunya atau ayahnya atau dengan melalui jalan musyawarah. Jika telah diserahkan
kepada perempuan lain maka biayanya yang sesuai menurut kebiasaan yang berlaku, hendaklah
ditunaikan.

Surah al-Qashash : 26

Ertinya:

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: Hai ayahku! Ambilah ia sebagai orang yang
bekerja pada (kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk
bekerja (pada kita) adalah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.
Dari ayat di atas dapat difahami bahwa di dalam ayat di atas disyaratkan adanya imbalan atau
upah mengupah atau memperkerjakan orang lain yang punya keahlian dibidangnya.

Beberapa hadits yang mendasari hukum ijarah adalah:

1- Hadits riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW bersabda.

(

:


)

Ertinya: Dari Abdillah bin Umar ia berkata: Berkata Rasulullah SAW: Berikan upah kepada
pekerja sebelum keringatnya kering (H.R Ibnu Majah).

Hadits di atas menjelaskan tentang ketentuan pembayaran upah terhadap orang yang
dipekerjakan, iaitu Nabi sangat menganjurkan agar dalam pembayaran upah itu hendaklah
sebelum keringatnya kering atau setelah pekerjaan itu selesai dilakukan.

2- Kemudian hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a ia berkata:

:
) (

Ertinya: Hadist dari Ibnu Thawus dari ayahnya dari Ibnu Abbas r.a dia berkata bahawa Nabi
S.A.W pernah mengupah seorang tukang bekam kemudian membayar upahnya. (H.R Bukhari)

Dari hadis di atas dapat difahami bahawa Nabi menyuruh untuk membayar upah terhadap orang
yang telah dipekerjakan. Dari hal ini juga dapat difahami bahawa Nabi membolehkan untuk
melakukan transaksi upah mengupah.
Ijma

Mengenai kebolehan ijarah para ulama sepakat tidak ada seorang ulama pun yang
membantah kesepakatan (ijma) ini, sekalipun ada di antara mereka yang berbeza pendapat, akan
tetapi hal itu tidak ditanggapi. Jelaslah bahawa Allah SWT telah mensyariatkan ijarah ini yang
tujuannya untuk kemaslahatan ummat, dan tidak ada larangan untuk melakukan kegiatan ijarah.
RUKUN IJARAH
Terdapat dua pendapat Fuqaha mengenai rukun Ijarah seperti berikut:

Pendapat fuqaha mazhab Hanafi mereka berpendapat bahawa rukun Ijarah adalah
Sighah, Sighah yang terdiri daripada tawaran pemberi sewa (Ijab) dan penerimaan (Qabul)
penyewa2.

Manakala Jumhur dari Fuqaha mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa
terdapat 3 rukun Ijarah secara keseluruhan dan enam secara terperinci seperti berikut:

1- Sighah: terdiri daripada tawaran pemberi sewa (Ijab) dan penerimaan (Qabul) penyewa.

2- Muajir dan Mustajir: meliputi pihak-pihak yang beraqad pemberi sewaan (muajir) dan
penyewa (mustajir).

3- Manfaat dan Ujrah: meliputi manfaat yang akan digunakan oleh penyewa dan bayaran sewaan
ke atas penggunaan manfaat tersebut.

Sebagai huraian ringkas kepada rukun-rukun di atas, terdapat beberapa syarat yang telah
digariskan oleh fuqaha diantaranya:

2
Al-Haskafi, al-Dur al-Muhtar Hashiyah Rad al-Muhtar, Dar al-Fikr, Beirut,1992, j6, 5.
SYARAT-SYARAT PIHAK BERKONTRAK
Secara umumnya pihak-pihak yang berkontrak disyaratkan mempunyai ciri ahliyyah yang
merujuk kepada kelayakan seseorang untuk menuntut sesuatu hak yang mesti ditunaikan oleh
pihak lain kepadanya dan juga tanggungjawab menunaikan hak terhadap pihak lain. Menurut
konteks feqah ia adalah ahliyyah al-ada3

Antara syarat-syarat bagi pihak yang berkontrak adalah:

a) Ahmad iaitu seorang yang mampu untuk mentadbir hartanya dengan baik. Ia bukanlah
dungu dan dibekukan hartanya4.
b) Mumaiyiz iaitu seorang yang dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Bagi
seorang kanak-kanak yang telah mencapai tahap mumaiyiz ini, status segala transaksi
kewangannya bergantung kepada keizinan walinya.
c) Kontrak dilakukan oleh pemilik atau wakilnya.
d) Atas pilihan dan kerelaan diri sendiri5

SYARAT-SYARAT SIGHAH
Sighah yang terdiri daripada ijab dan qabul akan diterima apabila ia terjadi dalam apa juga
bentuk, sama ada perkataan, perbuatan atau sesuatu yang diterima pakai oleh urf setempat.6

Berdasarkan majoriti ulama yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Imam
Nawawi daripada mazhab Syafie bahawa kontrak Ijarah secara muatah adalah berunjuk-unjuk
tanpa perkataan yang jelas adalah diharuskan. Menurut mereka apa yang penting adalah
persetujuan dan keredhaan pihak-pihak yang berkontrak dapat tercapai.

3
Dr. Abdul Wahab Abu Sulayman, Aqd al-Ijarah : Masdar min Masadir al-Tamwil al-Islamiyyah, IDB, Jeddah, 1992, h. 22
4
Dr. Muhammad Yusuf Musa, Al-Amwal wa Nazariyyah al-Aqd fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr al-Arabi, Cairo, 1996, h. 298
5
Abdul Wahab Abu Sulayman, Al-Ijarah, h. 22-23
6
Abdul Wahab Abu Sulayman, Al-Ijarah, h. 24
SYARAT-SYARAT OBJEK SEWAAN DAN MANFAAT
Oleh kerana manfaat adalah suatu keadaan yang bergantung kepada sesuatu perkara yang lain,
maka beberapa syarat telah diwujudkan terhadap objek sewaan yang boleh digunakan
manfaatnya. Jika dilihat pada karya-karya feqah silam, fuqaha (berdasarkan kepada urf zaman
tersebut) telah meletakkan syarat bahawa objek sewaan mestilah di dalam bentuk ayn asset
ketara.

Namun jika dilihat pada perkembangan fiqah Islam, majoriti ulama semasa telah mengharuskan
hak ekonomi dalam harta intelek. Dalam erti kata yang lain harta intelek yang berbentuk
intangible atau manfaat boleh dijual beli, disewa dan seumpamanya. Perkembangan ini amat
menarik dalam membangunkan produk-produk kewangan Islam yang berbentuk intangible atau
manfaat menurut prinsip Ijarah

Secara umumnya syarat-syarat yang telah digariskan terhadap objek sewaan

a) Mampu menyerahkan objek sewaan itu


b) Objek sewaan tetap kekal selepas penggunaan manfaat
c) Objek sewaan itu boleh memberi manfaat kepada penyewanya
d) Mengetahui objek sewaan dengan tepat
e) Hak milik objek sewaan adalah milik pemberi sewa sepanjang tempoh sewaan. Justeru
sebarang bentuk kos penyelenggaraan dan kerosakan akan ditanggung oleh pemilik asal
melainkan jika ianya disebabkan oleh kecuaian penyewa.

Manakala syarat manfaat pula ialah

a) Diketahui sama ada dari segi tempoh atau tujuannya


b) Diharuskan oleh Syarak7

SYARAT UJRAH (BAYARAN SEWAAN)


Fuqaha bersepakat dalam meletakkan syarat ujrah bahawa ia terdiri dalam kategori harta yang
bernilai dan diketahui jumlahnya. Sehubungan dengan itu, fuqaha telah menggariskan satu

7
Ibnu Juzay, Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, Beirut : Dar al-Qalam, t.t., h. 181
kaedah bahawa setiap sesuatu yang boleh dijadikan sebagai bayaran harga dalam kontrak jual
beli harus dijadikan sebagai bayaran sewaan.

JENIS-JENIS IJARAH SECARA UMUM


Fuqaha telah membahagi Ijarah kepada beberapa bahagian yang umum iaitu al-Ijarah
ala amal dan al-Ijarah ala ayn.

Adapun Al- Ijarah ala amal yang mempunyai kaitan dengan pekerjaan atau
perkhidmatan, yaitu mempekerjakan seseorang dengan upah sebagai pembayaran. Pihak yang
mempekerjakan disebut mustajir, pihak pekerja disebut ajir dan upah yang dibayarkan disebut
ujrah. seperti menjahitkan pakaian, membangun rumah, dan lain-lain. Al-Ijarah ala al-amal
pula dibagi kepada dua jenis yaitu:

1. Ijarah Khusus ialah ijarah yang dilakukan oleh seseorang pekerja yang bekerja dan
tidak boleh bekerja selain dengan orang yang telah memberinya upah.

2. Ijarah Musytarak ialah ijarah yang dilakukan secara bersama-sama atau melalui
kerjasama dengan orang lain.

Manakala al-Ijarah ala ayn iaitu sewaan kerana menggunakan manfaat sesuatu ayn
yang dimiliki yang berhubungan dengan sewa ayn, iaitu memindahkan hak untuk memakai dari
ayan tertentu kepada orang lain dengan pembayaran upah sewa. Pihak yang menyewa dikenali
sebagai mustajir mankala pihak yang menyewakan disebut muajir dan upah sewa disebut ujrah
seperti sewa rumah, kereta dan sebagainya.
PENAMATAN AKAD AL-IJARAH
Akad Al-Ijarah boleh berakhir dengan beberapa keadaan berikut (al-Zuhayli, 1999):

1. Berakhirnya tempoh kontrak al-ijarah (sewaan)/


2. Pihak yang berkontrak membatalkan akad atau kontrak secara sukarela.
3. Benda atau alatan yang disewa musnah.
4. Berlakunya kematian atau keuzuran serta kurangnya kelayakan pihak yang berkontrak.

KAEDAH PENETAPAN KADAR SEWAAN TETAP DAN BOLEH UBAH


Menurut ketetapan Parameter Ijarah, jumlah sewaan adalah ditetapkan dan dipersetujui
bersama dan tidak boleh berubah-ubah semasa dalam tempoh sewaan. Sebarang perubahan seperti
mengikut piawaian kadar pasaran atau mana-mana indeks adalah tidak dibenarkan. Namun,
semakan berkala terhadap jumlah sewaan boleh dibuat mengikut kadar pasaran atau apa-apa
piawaian yang dipersetujui apabila berlakunya pembaharuan kontrak sewaan yang seterusnya. Ini
bermakna, jika di dalam perjanjian kontrak ijarah menyatakan bahawa boleh diadakan semakan
terhadap harga sewaan dari masa ke semasa, maka ia dibenarkan perubahan pada kadar sewa.

Parameter Ijarah ini juga menyatakan bahawa jumlah sewaan boleh berubah-ubah
berdasarkan asas harian atas piawaian yang dibuat dan diketahui serta dipersetujui kedua-dua belah
pihak berkontrak. Kadar sewaan ini juga boleh berubah mengikut fasa-fasa tertentu jika sewaan
bagi setiap fasa mestilah dipersetujui secara tetap ketika sewaan bermula.

Pada peringkat awal perkembangan kewangan islam, sebahagian besar pembiayaan secara
Islam adalah pada kadar tetap dan mempunyai tempoh matang yang panjang. Ini menyebabkan
institusi kewangan Islam terikat kepada kadar keuntungan yang rendah dan menyukarkan untuk
memberi pulangan yang memuaskan kepada para pelabur. Sehubungan dengan itu, sebuah
jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji model-model pembiayaan berkadar terapung atau
boleh ubah yang boleh diterima pakai agar institusi kewangan Islam dapat menguruskan asset dan
liabiliti dengan lebih berkesan dan dapat memberikan pulangan yang kompetitif kepada pelanggan.
Antara model pembiayaan yang dikenal pasti menerima pakai kaedah kadar boleh ubah ini ialah
kontrak pembiayaan yang berasaskan ijarah.
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa kadar sewa
dalam kontrak Ijarah boleh diubah berdasarkan persetujuan awal untuk menyandarkan kadar sewa
kepada suatu pemboleh ubah yang dipersetujui bersama dalam tempoh tertentu. Bagi mengelakkan
wujudnya gharar (ketidakpastian), kaedah yang dipersetujui hendaklah dijelaskan semasa akad
dimeterai.

Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia telah meluluskan penggunaan kaedah penentuan
kadar keuntungan terapung bagi pembiayaan ijarah sebagai suatu kesinambungan kepada
pengenalan produk pembiayaan kadar boleh ubah yang pertama berasaskan konsep BBA yang
dicapai oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2003. Tujuan memperkenalkan kaedah ini ialah
untuk melindungi bank dan pelanggannya dari perubahan Base Lending Rate (BLR) atau kos dana
yang ketara dalam pembiayaan ijarah berjangka panjang. Kadar keuntungan akan dikaji pada
setiap selang masa tertentu sebagaimana dipersetujui oleh pemberi pajak dan pemajak dalam
perjanjian pajakan. Pemajak akan dikenakan sewa mengikut kadar baru bagi setiap selang masa
sepanjang tempoh pajakan. Kaedah penentuan keuntungan berdasarkan kadar terapung ini
membawa kepada perubahan dari kadar asal kepada kadar sebenar. Kadar keuntungan sebenar
akan ditentukan berdasarkan kadar keuntungan berubah sepanjang tempoh pajakan.

Mekanisme kadar boleh ubah secara islam yang dibentuk oleh Bank Negara Malaysia
bertujuan untuk mengurangkan risiko ketakpadanan dalam perbandanan institusi kewangan islam
kerana pembiayaan jangka pendek mereka dibiayai deposit jangka pendek yang tidak tetap kadar
pulangannya. Memandangkan pihak bank menetapkan kadar keuntungan pembiayaan bagi suatu
tempoh yang panjang, kenaikan kadar pasaran boleh menimbulkan kesulitan kepada institusi
perbankan Islam untuk memberikan kepuasan kepada pendeposit. Aliran pendapatan daripada
pembiayaan tetap terikat pada kadar keuntungan yang tetap dan secara relatifnya lebih rendah
sekiranya kadar terapung pinjaman konvensional. Kaedah pembiayaan baru ini adalah produk
lindung nilai bagi menangani isu pendedahan ketara dalam system dwi-perbankan.

Setelah diperhalusi, jelas bahawa kebenaran untuk menjadikan kadar sewaan sebagai satu
bayaran yang boleh ubah atau fleksibel ini dibuat atas dasar keperluan dan juga maslahah
terutamanya kepada institusi kewangan islam dan juga para pelabur bagi memastikan keuntungan
dalam pembiayaan dan juga pelaburan mereka. Pelaksanaan kadar boleh ubah ini hanya boleh
dibuat jika ianya telah dimaklumkan dan dipersetujui antara pihak berkontrak semasa perjanjian
dimeterai. Jika ianya tidak dipersetujui dalam kontrak, maka ianya tidak boleh dilaksanakan.

PANDANGAN ULAMA SEMASA TERHADAP APLIKASI IJARAH


Secara umumnya, sewaan tanpa berlaku perpindaan hak milik aset sewaan (operating
lease / Ijarah tashghiliah) adalah menepati ciri-ciri prinsip Ijarah seperti yang dibincangkan oleh
ulama masa lalu dengan syarat-syarat sewaan tersebut selari dengan prinsip Syariah dan tidak
melibatkan aktiviti yang bercanggah dengan prinsip Syariah seperti menyewakan premis untuk
tujuan perjudian.

Bagi sewaan berbentuk kewangan atau sewaan yang berakhir dengan pemilikan (finance
lease / Ijarah tamwiliah), ia tidak dibincangkan oleh ulama silam secara khusus. Ulama semasa
menganggapnya sebagai salah satu bentuk umur mustajaddat iaitu isu-isu baru yang timbul dan
perlu kepada ijtihad. Ini adalah kerana sewaan kewangan akan berakhir dengan pemilikan aset
oleh penyewa di akhir tempoh sewaan dan bentuk sebegini tidak dikenali dalam urus niaga masa
silam. Menurut sejarah, sewaan kewangan adalah berasal daripada England yang kemudiannya
berkembang ke tempat-tempat lain sebagai satu bentuk instrumen kewangan semasa

Justeru, ulama semasa telah menjalankan satu kajian terhadap bentuk-bentuk sewaan
kewangan konvensional dalam menetapkan takyif fiqhiy (status hukumnya). Justeru, dalam
fatwa-fatwa semasa dan juga piawai Syariah yang dinyatakan, beberapa syarat telah digariskan
oleh ulama yang menerima produk berasaskan sewaan kewangan atau sewaan yang berakhir
dengan pemilikan tersebut.
APLIKASI IJARAH DALAM PRODUK PEMBIAYAAN ISLAM
Dalam perbahasan kewangan Islam, konsep ijarah digunakan dalam kontrak-kontrak pembiayaan
seperti pembiayaan harta tanah, pembiayaan kenderaan, pembiayaan projek dan pembiayaan
peribadi. Produk kewangan yang memberi kemudahan kepada pelanggan menyewa aset daripada
institusi kewangan Islam berasaskan konsep ijarah dengan pilihan (option) untuk memiliki aset
sewaan tersebut pada akhir tempoh sewaan berasaskan konsep ijarah muntahia bi al-tamlik atau
al-ijarah thumma al-bai`.8

PEMBIAYAAN IJARAH SECARA UMUM.


Ijarah ialah merupakan persetujuan dua pihak di mana hak bagi menikmati manfaat (usufruct)
sesuatu aset dipindahkan kepada orang lain dan bayaran sewa dikenakan bagi manfaat yang
dinikmati tersebut. Di bawah pembiayaan Ijarah ini:

a) Bank membeli aset yang dikehendaki dan pelanggan menggunakan aset tersebut dengan
membayar sewa bulanan.
b) Hak milik asset tersebut tetap berada di bawah pihak Bank dan boleh disewakan setiap
kali tempoh pajakan tamat.
c) Pembiayaan Ijarah ini sesuai untuk aset berkos tinggi yang mempunyai jangka hayat yang
panjang.
d) Kedua pihak iaitu Bank dan pelanggan mendapat manfaat:
Pihak Bank mendapat bayaran bulanan serta mengekalkan pemilikan aset.
Pelanggan dapat menggunakan asset yang disewa tanpa mengeluarkan
modal yang besar secara sekali gus.

8
BNM, Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, edisi ke-2, 2010, 4. Didapati dari
https://www.bnm.gov.my/microsite/fs/sac/07_bahagian01.pdf
Figure 1Modus Operandi Ijarah

Pembiayaan Ijarah boleh dibahagikan kepada 2 jenis:


1. Pajakan Kewangan
2. Pajakan Operasi

Di dalam pajakan kewangan, hak milik di sisi undang-undang bagi aset yang dipajak berada pada
pihak Bank. Aset yang dipajak tersebut boleh dijual kepada pihak Pelanggan pada nilai nominal
apabila tamatnya tempoh yang diberikan. Pada ketika ini lah pemindahan hakmilik di sisi
undang-undang kepada pihak Pelanggan berlaku.
Di dalam pajakan operasi, hakmilik di sisi undang-undang bagi aset yang dipajak tetap berada
pada pihak Bank walaupun sehingga penghujung tempoh pajakan. Hakmilik di sisi undang-
undang tidak akan dipindahkan kepada pihak Pelanggan.

Status Pemilikan Aset Ijarah


Dalam kontrak ijarah, pemberi sewa adalah pemilik aset ijarah manakala penyewa hanya
mempunyai hak ke atas manfaat aset tersebut sahaja. Ini menunjukkan bahawa Syariah
mengiktiraf kedua-dua pemilikan secara perundangan dan pemilikan bermanfaat (beneficial
ownership).
Penelitian status perlu dibuat terhadap perkara berikut:
1. Manfaat merupakan subjek akad dalam ijarah. Jika manfaat tersebut tidak lagi wujud,
kontrak ijarah akan terbatal.
2. Kedua-dua pihak bebas meletakkan terma dan syarat perjanjian berdasarkan persetujuan
masing-masing selagi tidak menyalahi Syariah Islam. Oleh itu, kontrak ijarah boleh
terbatal sekiranya pihak yang berkontrak tidak memenuhi terma dan syarat yang telah
dipersetujui bersama. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
9

Sesungguhnya jual beli berdasarkan keredhaan.

10

(Urusan) orang Islam adalah berasaskan kepada syarat-syarat yang (dipersetujui) oleh
mereka, kecuali syarat-syarat menghalalkan apa yang haram atau
mengharamkan apa yang halal.

Pembatalan Kontrak Ijarah


Pembatalan kontrak adalah dibenarkan oleh Syara apabila pihak yang berkontrak memilih untuk
tidak meneruskan kontrak yang dimeterai. Ia boleh berlaku disebabkan banyak sebab, antaranya
bagi mengelakkan berlakunya ketidakadilan, menghindarkan kerugian dan sebagainya.
Kontrak ijarah akan terbatal sekiranya aset sewaan didapati tidak dapat digunakan dan hilang
manfaatnya, pihak yang berkontrak tidak mematuhi terma dan syarat kontrak, atau mereka
bersetuju untuk membatalkan kontrak tersebut.

PENGGUNAAN AL-IJARAH THUMMA AL-BAI` DALAM PEMBIAYAAN


KENDERAAN
Al-Ijarah Thumma al-Bai (AITAB) adalah salah satu bentuk al-Ijarah Muntahiya Bittamlik
(sewaan yang berakhir dengan pemilikan). AITAB melibatkan dua jenis kontrak, iaitu kontrak
sewaan (ijarah) kemudian disusuli kontrak jual beli (al-bai`). Pada permulaannya, pelanggan

9
Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, Dar al-Fikr, (t.t.), j. 2, h. 737, hadis no. 2185
10
Abu Daud, Sunan Abi Daud, Bait al-Afkar al-Dawliyyah, 1999, h. 398, hadis no. 3594
akan memeterai satu perjanjian ijarah dengan institusi kewangan Islam. Melalui perjanjian ijarah
ini, institusi kewangan Islam akan melantik pelanggan sebagai ejen untuk membeli kenderaan
yang telah dikenal pasti oleh pelanggan. Kemudian, institusi kewangan Islam akan menyewakan
kenderaan tersebut kepada pelanggan untuk tempoh masa tertentu.
Pada akhir tempoh sewaan, pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan berkenaan
daripada institusi kewangan Islam. Jika pelanggan memilih untuk membeli kenderaan tersebut,
institusi kewangan Islam dan pelanggan akan memeterai satu perjanjian al-bai` dan hak milik
kenderaan tersebut akan berpindah daripada institusi kewangan Islam kepada pelanggan.
Apabila penelitian terhadap operasi AITAB di institusi-institusi perbankan Islam, kedua-dua
akad dibuat secara berasingan dan pembelian aset dianggap sebagai satu bentuk janji oleh
penyewa di akhir sewaan nanti. Aplikasi AITAB ini mestilah memenuhi rukun kedua-dua
kontrak tersebut untuk menjadikannya sah di sisi Syarak demi menjaga kemaslahatan umat.

Figure 2 Modus Operandi AITAB11

Bank mempunyai kuasa ke atas aset yang disewa. Jika pelanggan gagal, bank boleh mengambil
tindakan terhadap pelanggan dan menarik balik aset. Jika pelanggan sentiasa membayar dan

11
Sumber : Dr. Aida Othman, Zaid Ibrahim & Co (2010)
kemudian memenuhi semua pembayaran yang dituntut, bank akan menjual aset kepada
pelanggan pada akhir perjanjian.

Piawaian AAOIFI juga menggariskan penggabungan kedua-dua kontrak tersebut mesti


mematuhi syarat-syarat berikut:12

1. Pertukaran atau pemindahan hak milik aset yang dibuat mesti dibuktikan melalui
dokumen yang berasingan dan tidak terikat dengan kontrak ijarah. Ia bagi memastikan
kewajipan dan tanggungan bagi kedua-dua kontrak tersebut tidak saling berkaitan antara
satu sama lain.
2. Janji untuk memindahkan hakmilik adalah janji yang mengikat pemilik aset sahaja,
sementara pihak satu lagi (penyewa) mesti mempunyai pilihan untuk tidak mengikutinya.
3. Peraturan atau syarat bagi kontrak ijarah yang sebenar hendaklah terpakai ke atasnya.
4. Elak daripada unsur bay al-inah jika aset tersebut dibeli dari penyewa yang sama
sebelum disewakan kembali kepadanya. Ini bermakna mesti ada tempoh masa yang
munasabah di antara keduanya dan telah berakhir kontrak yang terdahulu (belian)
sebelum kontrak kemudian (sewaan) dimeterai.

Konsep AITAB dalam pembiayaan kenderaan adalah dibenarkan yang mana juga tertakluk
kepada:

Harga jualan selepas tamat tempoh sewaan boleh berbentuk jumlah amaun sewaan
terakhir bagi ijarah.
Surat wakil bagi melantik pelanggan sebagai ejen atau wakil kepada institusi kewangan
Islam hendaklah diperkenalkan dalam modus operandi AITAB.
Suratcara AITAB perlu memasukkan klausa akan beli kenderaan tersebut pada akhir
sewaan dan klausa penebusan bagi penyewa yang membuat bayaran balik awal.
Deposit yang dibayar kepada penjual kenderaan tidak melibatkan jual beli kenderaan
kerana ia dianggap sebagai bayaran pendahuluan yang perlu dibayar oleh institusi
kewangan Islam.

12
Lihat AAOIFI, Sharis Standards (Manama: AAOIFI: 2007), 148-149.
Selaras dengan prinsip ijarah, institusi kewangan Islam sebagai pemilik aset harus
menanggung risiko berkaitan yang munasabah.
Bagi kes-kes pembiayaan semula dengan pembiaya baharu, penyewa perlu menamatkan
kontrak AITAB yang sedang berkuat kuasa sebelum memasuki perjanjian AITAB yang
baharu.

Produk AITAB mula diperkenalkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan
memperluaskan operasinya menerusi bank-bank konvensional di bawah Skim Perbankan Islam
(IBS) yang telah dipelopori oleh tiga buah bank iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank), Bank
Bumiputera Malaysia Berhad (kini dikenali sebagai CIMB) dan Bank Rakyat.

Kini terdapat 13 buah bank di Malaysia yang menawarkan kemudahan AITAB bagi pelanggan
individu dan korporat. Hampir semua bank menyediakan kemudahan AITAB bagi pembiayaan
kenderaan kecuali Bank Pembangunan dan HSBC yang menggunakan AITAB bagi pembiayaan
jentera dan industri barang-barang. Bank-bank seperti Maybank, AmIslamic Bank, Affin Islamic
Bank dan Bank Muamalat juga menawarkan AITAB untuk pelanggan individu dan korporat.
Bank-bank lain seperti Bank Rakyat, EONCAP Islamic Bank, Hong Leong Islamic Bank, Public
Bank dan RHB Islamic Bank meletakkan tumpuan pada pembiayaan kenderaan kerana
permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan awam dan korporat.

Isu-isu Praktikal dalam AITAB

Secara praktikalnya, aplikasi prinsip Ijarah di dalam AITAB tidak dilaksanakan dengan
sempurna oleh Pemberi Pajak (Bank/pemilik) kebiasaannya kerana mereka tidak mahu
menanggung tanggungjawab sebagai pemilik aset terutamanya berkaitan penyelenggaran dan
pengurusan aset berkenaan.

Semua tanggungjawab penyelenggaran aset dipindahkan oleh Pemberi Pajak


(Bank/pemilik) kepada Penerima Pajak (Pelanggan). Ini bertentangan dengan prinsip Shariah di
mana Pemberi Pajak (Bank/pemilik) yang bertanggungjawab untuk menyelenggara aset yang
dipajakkan. Oleh yang demikian, tanggungjawab setiap pihak perlu dinyatakan dengan jelas di
dalam perjanjian.

Selain itu, kebanyakan penulisan menyamakan antara AITAB, al-ijarah bi al-tamlik dan
al-ijarah wa al-iqtina dalam konteks pembiayaan Islam dalam kewangan Islam. Namun istilah
AITAB lebih dikenali13 dan digunakan dengan meluas di Malaysia terutamanya bagi pembiayaan
kenderaan dan barangan pengguna yang lain. Ia dikatakan mempunyai persamaan dengan sewa
beli konvensional kerana ketiadaan akta yang khusus bagi AITAB dan terikat dengan Akta Sewa
Beli 1967 seperti dalam had pembiayaan yang ditawarkan dan barangan atau aset yang terlibat.
Akta tersebut bertujuan melindungi penyewa dan penjamin dari sikap kurang bertanggungjawab
pihak pengedar kenderaan. Ia menyediakan prosedur yang jelas, menggariskan hak dan
tanggungjawab pemilik aset, penyewa dan penjamin dan menetapkan pemulihan undang-undang
(remedi) ke atas pihak yang menuntut dan yang bersalah. Secara umumnya akta tersebut selaras
dengan kehendak Syariah yang menganjurkan keadilan dan melarang penindasan ketika berurus
niaga.

Di samping terikat dengan akta tersebut, resolusi Majlis Penasihat Syariah BNM 2010 dijadikan
panduan dan rujukan bagi operasi AITAB yang lebih tepat. Antaranya ialah pemindahan
hakmilik aset berlaku dengan cara lebih khusus iaitu hanya melalui penjualan kepada penyewa di
akhir kontrak sewaan. Sedangkan al-ijarah bi al-tamlik dan al-ijarah wa al-iqtina berlaku dengan
cara yang lebih umum sama ada melalui penjualan ataupun hadiah. Ia juga mesti mengandungi
dua kontrak yang berasingan dan dibuat berturutan dimana pertukaran hakmilik aset tidak
berlaku secara automatik sebagaimana dalam kontrak lain. Secara praktikalnya, pihak penyewa
diberi pilihan untuk membeli aset tersebut pada akhir tempoh pembiayaan melalui janji (wad)
yang dibuatnya.

Janji tersebut tidak dibuat oleh kedua-dua pihak dan hanya mengikat ke atas pihak yang
membuatnya sahaja memandangkan janji dari kedua-dua pihak untuk kontrak pada masa
hadapan adalah tidak sah di sisi Syarak. Pembayaran ansuran terakhir oleh pelanggan dalam

13
Juga dikenali dengan nama al-bay al-tajiri yang bermaksud sewa jual. Lihat Bank Islam Malaysia Berhad, Bank
Islam Malaysia Berhad: Penubuhan dan Operasi (Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, 1983), 16.
kontrak sewaan bagi pembiayaan AITAB adalah merupakan harga jualan bagi pemilikan ke atas
aset tersebut sebagaimana amalan yang berlaku di negara ini.

Sementara itu, al-ijarah bi al-tamlik atau lebih dikenali dengan al-ijarah muntahiya bi al-tamlik
mempunyai persamaan dengan al-ijarah wa al-iqtina yang digunakan dengan meluas oleh
institusi perbankan dan kewangan Islam di negara-negara lain terutamanya di Timur Tengah.
Sesetengah sarjana cuba membezakan antara keduanya dengan mengatakan aset dalam al-ijarah
bi al-tamlik dijual di akhir kontrak manakala dalam al-ijarah wa al-iqtina asetnya diberikan
sebagai hadiah kepada penyewa.

Pembentukan kontraknya mengandungi dua kontrak utama sebagaimana AITAB, namun


ia mengandungi janji (wad) yang datang dari pemilik aset untuk memindahkan hak milik aset
tersebut kepada penyewa pada akhir tempoh sewaan. Hakmilik aset dipindahkan kepada
penyewa bukan hanya terhad melalui kaedah penjualan, tetapi juga melalui pemberian hadiah
berasaskan janji yang telah dibuat oleh pemilik aset. Begitu juga dalam AITAB, janji yang dibuat
tersebut hanya sah apabila datang dari sebelah pihak sahaja dan pemindahan hakmilik aset perlu
menggunakan dokumen yang berasingan dari kontrak sewaan.14

Oleh kerana AITAB merupakan rentetan dari kaedah dan amalan sewa beli konvensional yang
telah lama digunakan di Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang sivil yang terpakai ke
atasnya terutamanya Akta Sewa Beli (HP Act) 1967, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada
amalan pembiayaan secara Islam ini. Antara amalan tersebut yang pernah dipertikaikan ialah;

1. Ia tidak menjelaskan dengan tepat terma-terma bagi kontrak ijarah dan jual beli, bila
kedua-dua kontrak tersebut berkuatkuasa dan bagaimana kontrak sewaan ditukarkan
menjadi jual beli atau dengan kata lain bagaimana pertukaran hakmilik dilakukan. Akta
ini tidak menyatakan perbezaan antara kedua-dua kontrak tersebut tetapi hanya
mengiktiraf beberapa keperluan, tatacara dan kandungan bagi satu perjanjian sewa beli
yang standard. Secara praktiknya, ia juga menggabungkan dua kontrak (sewaan dan jual
beli) dalam satu dokumen perjanjian yang boleh menyebabkan kedua-dua kontrak

14
Mohd Usoff Zakaria, Ab Mumin Ab Ghani. (2015). Pembiayaan Kenderaan Berkonsepkan Al-Ijarah Thumma Al-
Bay (Aitab) Di Bank Muamalat Malaysia Berhad Dan Isu-Isu Berkaitan. Jurnal Syariah, Jil. 23, Bil. 3 h. 447
tersebut berkuatkuasa secara bersama dan serentak. Hal ini tidak bertepatan dengan
kehendak Islam kerana kontrak sewa dan jual beli tidak boleh dijalankan serentak.
2. Kegagalan penjelasan dalam akta ini berkenaan niat dan kefahaman pihak-pihak yang
berkontrak yang sepatutnya menjadi syarat penting dan sah sesuatu kontrak dalam Islam.
Sebenarnya, dalam kontrak AITAB, pihak-pihak yang terlibat mesti mengetahui dan
memahami perihal kontrak ijarah dan jual beli, kesan dan akibatnya yang boleh
membezakan dalam hubungan, hak dan tanggungjawab. Akta ini hanya memberi
penekanan ke atas pembentukan dan kandungan kontrak sewa beli tanpa menyebut
elemen penting yang patut ada dalam kontrak-kontrak tersebut.
3. Kontrak ijarah yang terdapat dalam AITAB tidak sepenuhnya beroperasi menggunakan
konsepnya yang sebenar dengan mematuhi ciri-cirinya yang utama seperti pemilikan aset,
penyelenggaraan asas dan pembaharuan insurans yang sepatutnya berada di bawah
tanggungan bank. Walaupun ada beberapa buah bank Islam berusaha mencari jalan
keluar bagi masalah ini antaranya dengan mengambil tanggungjawab tersebut, namun
kesannya harga sewaan menjadi lebih tinggi. Kemudahan AITAB yang dipraktikkan
sekarang lebih cenderung kepada sewaan kewangan (full pay-out lease) yang tidak
selaras dengan prinsip kontrak ijarah dan jual beli seperti sifatnya yang tidak boleh
dibatalkan dan tanggungan ke atas penyewa membayar sewa penuh walaupun
manfaatnya tidak diperolehi oleh penyewa.
4. Margin pembiayaan (had) yang ditawarkan kepada pelanggan hanya dihadkan kepada 90
peratus dari harga kenderaan sahaja. Sebaliknya bagi ciri AITAB yang sebenar jumlah
pembiayaan tidak dihadkan kepada margin tertentu dan boleh melebihi had tersebut.
Antara isu dan cabaran lain yang terdapat dalam aplikasi produk AITAB ialah:
Persaingan sengit antara institusi kewangan Islam.
Terdapat 13 buah institusi perbankan dan kewangan Islam yang menawarkan kemudahan
pembiayaan kenderaan secara Islam di Malaysia. Jumlah tersebut tidak termasuk institusi
yang menawarkan pembiayaan ini menerusi konsep window dan juga yang menawarkan
pembiayaan secara konvensional. Kebanyakan institusi tersebut menawarkan kemudahan
pembiayaan sehingga 90 peratus dari harga kenderaan menggunakan konsep AITAB.
Kefahaman dan kesedaran masyarakat yang masih rendah.
Kefahaman dan kesedaran masyarakat umum masih lagi berada di tahap yang agak
rendah dengan persepsi yang tidak tepat terhadap produk pembiayaan kenderaan secara
Islam yang mana menyamakannya dengan produk konvensional. Pembiayaan Islam
semestinya mengandungi unsur kontrak Syara yang jelas dan serta tidak ada gharar, caj
ganti rugi (tawid) yang rendah sehingga 1 peratus ketika berlaku tunggakan berbanding
8 peratus yang bersifat compounding dalam pembiayaan konvensional dan lain-lain lagi.
Gerak kerja AITAB khususnya agak rumit difahami berbanding Bai bithaman ajil
(BBA) kerana mempunyai dua kontrak utama iaitu sewaan dan jual beli yang berlaku
secara berturutan dan berasingan ini tidak dijelaskan kepada pelanggan melalui carta
alirnya yang tersendiri. Oleh kerana pemahaman dan kesedaran masyarakat berhubung
pembiayaan ini masih lagi rendah, penjelasan tentang ciri-ciri kontrak yang sebenar
mestilah diberitahu kepada pelanggan apabila mereka menandatangani dokumen
pembiayaan itu.
Struktur operasi perniagaan.
Struktur operasi perniagaan yang digunakan dalam penawaran pembiayaan ini adalah
tidak fokus kerana beroperasi di cawangan perbankan bersama-sama dengan produk-
produk pembiayaan lain seperti pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi dan
sebagainya. Keadaan ini menyebabkan kelicinan perjalanan operasinya agak terganggu.
Manipulasi harga kenderaan dan pengaruh wakil jualan.
Pembiayaan AITAB dengan margin pembiayaan yang terhad sehingga 90 peratus
daripada harga kenderaan sebenarnya masih lagi memberi ruang kepada manipulasi harga
oleh pihak pengedar. Ini berlaku sekiranya pihak pengedar mengemukakan invois yang
mengandungi penambahan alatan eksesori tertentu sehingga menyebabkan harga
kenderaan lebih tinggi dari yang sepatutnya walaupun melibatkan model kenderaan yang
sama. Begitu juga dengan potongan harga yang diberikan ketika promosi tertentu hingga
menyebabkan pelanggan tidak perlu mengeluarkan sedikitpun bayaran pendahuluan ke
atas kenderaan tersebut. Situasi tersebut memungkinkan pembiayaan yang diberikan
kepada pelanggan melebihi had pembiayaan yang sepatutnya dan memberi kesan
terhadap tanggungjawab membayar balik pembiayaan tersebut pada masa akan datang.
Bagi mengelak kejadian seperti ini, pihak bank perlu lebih berhati-hati ketika membuat
penilaian kredit ke atas pembiayaan pelanggan dengan membuat semakan dengan lebih
terperinci ke atas model kenderaan yang dipilih. Pada masa yang sama, wakil jualan
kenderaan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pelanggan dalam menentukan
institusi mana kah pembiayaan tersebut akan dihantar. Institusi yang mudah berurusan,
mempunyai hubungan yang erat dengan wakil jualan, proses yang cepat dan mempunyai
tawaran yang menarik akan menjadi pilihan malah sangat diutamakan.

MUSHARAKAH MUTANAQISAH (PERKONGSIAN MENURUN)


Musharakah Mutanaqisah merupakan instrumen pembiayaan yang berasaskan konsep
perkongsian menurun, berkurangan yang diakhiri dengan pemilikan tunggal.15 Instrumen ini
merujuk kepada pengurangan bahagian perkongsian salah satu pihak (bank) dalam kontrak
tersebut. Dalam Musharakah Mutanaqisah, ekuiti pihak bank semakin berkurang, manakala
ekuiti pihak pelanggan semakin meningkat.

Terdapat 3 jenis kontrak yang terlibat iaitu: Shirkah (Perkongsian), Ijarah (Sewa) dan Bay
(Jual). Jenis kontrak ini kebiasaannya digunakan untuk membeli hartanah:

Bank dan pelanggan akan memasuki perjanjian perkongsian pemilikan hartanah.


Pelanggan biasanya akan menyumbangkan 10% daripada harga belian manakala
pihak bank akan membayar baki selebihnya sebanyak 90%.
Pelanggan akan dapat menggunakan hartanah dan membayar ansuran yang
mencakupi nilai sewa bulanan serta pembelian syer yang dimiliki oleh pihak bank ke
atas hartanah berkenaan.
Syer yang dimiliki oleh pihak Bank akan dibeli secara berkala oleh pelanggan melalui
bayaran bulanan yang akan berkurangan selaras dengan pengurangan unit milik Bank.
Di hujung tempoh kontrak, kesemua syer bagi hartanah berkenaan menjadi milik
Pelanggan dan hakmilik hartanah akan dipindah milik kepada pihak Pelanggan.

15
Hakimah Muhammad Zin, Hussin Salomon, Nurdianawati Irwani Abdullah. (2016). Pembiayaan Aset Berasaskan
Ijarah Di Malaysia Dan Isu-Isu Berkaitan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, Vol. 2: no. 1,
hlmn 123
Figure 3 Struktur Musharakah Mutanaqisah

SUKUK AL-IJARAH
Sukuk Al-ijarah adalah suatu bentuk pelaburan ekuiti yang disumbangkan oleh pemegang
sukuk/pelabur di mana jumlah dana pelaburan tersebut disalurkan kepada urus niaga berdasarkan
prinsip Ijarah. Pemegang sukuk dikira sebagai pemilik dan pemberi pajak ke atas aset.

Sukuk Al-ijarah mewakili pemilikan pro-rata (mengikut kadar tertentu) oleh pemegang sukuk ke
atas aset yang dipajak yang membolehkan pemegang sukuk untuk menikmati pendapatan
pajakan. Pemegang sukuk juga perlu menanggung risiko kerugian dan kerosakan ke atas aset
yang dipajakkan. Sukuk Al-Ijarah boleh diniagakan dan boleh didagangkan di dalam pasaran
sekunder (secondary markets). Sukuk Al-Ijarah boleh didagangkan di dalam pasaran pada harga
yang ditetapkan oleh kuasa pasaran (market forces) seperti pasaran umum, pasaran kewangan,
kos peluang (opportunity cost) dan harga pelaburan sebenar.
Figure 4 Struktur Sukuk AL-Ijarah

Sukuk ijarah mestilah disokong oleh aset ketara, aset kewangan dan gabungan antara kedua-dua
aset ketara dan aset kewangan. Aset sandaran tersebut mestilah terdiri daripada jenis aset yang
sah dijual beli dari sudut pandangan Syarak.

IJARAH MAWSUFAH FI AL-DHIMMAH


Ijarah Mausufah Fi AlDhimmah adalah suatu bentuk Ijarah di mana aset tidak wujud lagi
semasa kontrak dimeterai. Perincian aset perlu dijelaskan terlebih dahulu dan aset akan
diserahkan pada tarikh yang akan datang yang dipersetujui bersama. Aset yang tidak boleh
dijelaskan dengan terperinci tidak boleh dijadikan sebagai aset kerana ianya tergolong di bawah
Ijarah Li Madum.

Contoh Ijarah Mausufah Fi AlDhimmah seperti mana sebuah institusi kewangan Islam telah
membuat perjanjian selama dua tahun dengan sebuah university untuk membiayai pembinaan
sebuah asrama yang dibangunkan oleh sebuah pemaju. Nilai projek tersebut telah dikenalpasti
dan dikeluarkan bayaran kepada pemaju berasaskan kontrak istisna sebanyak RM2 juta. Dalam
tempoh pembinaan asrama itu, pihak university dikehendaki membayar sewa tahunan sebanyak
RM100 000 berasaskan pajakan ke hadapan (forward lease) kepada institusi kewangan Islam
tersebut. Apabila siap pembinaan, institusi kewangan Islam akan menetapkan bayaran sewa
untuk tempoh lima tahun seterusnya. Pada akhir tempoh sewaan, institusi kewangan Islam
terbabit akan memindahkan pemilikan asrama tersebut kepada universiti melalui kontrak jualan
ataupun hibah (Ijarah Muntahiyah bi al-Tamlik).

Parameter juga menjelaskan bahawa kontrak ijarah ini, di mana bayaran sewa boleh dalam
bentuk tetap atau boleh dalam bentuk fleksibel bergantung kepada persetujuan pihak-pihak
semasa kontrak dibuat. Bayaran juga boleh dibuat secara sekali gus atau beransur-ansur.

Para fuqaha mempunyai dua pandangan tentang status keharusan kontrak Ijarah Mausufah Fi
AlDhimmah ini. Majoriti mazhab terdiri daripada Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali
mengharuskan kontrak sewa ke hadapan ini melainkan mazhab Hanafi yang tidak
mengharuskannya. Majlis syariah AAOIFI (Accounting and Auditing Organization for Islamic
Financial Institutions) juga mengharuskannya.

Mazhab Syafie dan Maliki berpendapat bahawa sewaan perlu dibayar pada awal akad kerana
mereka menyamakannya dengan jualan salam. Jika berpisah tanpa membayar harga pada
awalnya, kontrak adalah terbatal. Manakala pendapat mazhab Hanbali dan majlis syariah
AAOIFI pula, bayaran sewa hanya perlu dibayar pada awal majlis menandatangani kontrak jika
perjanjian tersebut dilakukan menggunakan lafaz jualan salam atau salaf pada akadnya.
Sebaliknya jika akad tersebut dilakukan menggunakan lafaz sewa atau ijarah, bayaran sewa
adalah tidak disyaratkan mesti dibayar pada awal akad.

Mazhab Hanafi berpendapat kontrak ijarah jenis ini tidak sah. Ini kerana mereka menyatakan
bahawa ijarah mestilah berlaku terhadap suatu aset yang spesifik tetapi ijarah jenis ini tidak
spesifik atas satu-satu aset.

Dalam Resolusi Syariah edisi kedua terbitan Bank Negara Malaysia, pihak Majlis Penasihat
Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa penggunaan Ijarah Mausufah Fi AlDhimmah
dalam produk pembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan yang berasaskan kontrak
musyarakah mutanaqisah adalah dibenarkan. Keputusan yang dibuat ini adalah berdasarkan
beberapa pendapat yang telah membahagikan ijarah kepada dua bahagian iaitu:

Ijarah ke atas manfaat yang boleh didapati secara terus daripada aset sedia ada; atau
Ijarah ke atas manfaat yang boleh didapati menerusi tanggungan (dhimmah) seperti
menyewa haiwan yang belum wujud untuk kegunaan yang dijelaskan sifatnya, atau
tanggungan membina sesuatu.
Asas keputusan membenarkan ijarah jenis ini juga adalah berdasarkan pandangan mazhab Maliki
dan Syafie yang menyatakan bahawa barangan/aset yang boleh disewakan terbahagi kepada dua
iaitu sewaan manfaat barangan sedia ada dan sewaan manfaat tanggungan.

Dinyatakan juga bahawa ijarah Mausufah Fi AlDhimmah telah diputuskan keharusannya


berasaskan qiyas kepada akad salam. Walau bagaimanapun, berbeza dengan kontrak salam,
pembayaran sewa pendahuluan semasa aset tersebut masih dalam pembinaan adalah tidak
disyaratkan.

Figure 5 Struktur Ijarah Mawsufah Fi Al-Dhimmah

IJARAH MUDHAFAH ILA MUSTAQBAL


Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal adalah suatu kontrak pajakan bagi aset yang telah wujud di mana
Penerima Pajak dan Pemberi Pajak bersetuju ketika pemeteraian kontrak bahawa penyerahan
manfaat aset yang diberi pajak akan berkuatkuasa pada tarikh hadapan yang ditetapkan.

Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti- Majlis Penasihat
Syariah (SAC SC) dan ia boleh diaplikasikan kepada produk-produk pembiayaan Islam. Mazhab
Hanafi, Maliki dan Hanbali telah membenarkan penggunaan Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal.
Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal adalah sejenis kontrak
Ijarah yang tidak mengikat (ghair mulzim) ke atas pihak-pihak yang terlibat di dalam kontrak.
Mengikut pendapat mazhab Hanafi, kedua-dua pihak boleh menamatkan (fasakh) kontrak tanpa
persetujuan pihak yang satu lagi dengan syarat tempoh pajakan belum lagi bermula. Namun
apabila tempoh pajakan telah bermula, Pemberi Pajak tidak boleh menamatkan kontrak atau
menghalang Penerima Pajak daripada memajak aset berkenaan.

Mazhab Shafii tidak membenarkan penggunaan Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal kerana pada
pandangan mereka tempoh pajakan mesti bermula apabila kontrak dimeterai dan tidak boleh
ditangguhkan. Walaubagaimanapun mazhab ShafiI membenarkan Ijarah Mudhafah Ila
Mustaqbal dalam situasi di mana tempoh pajakan sedia ada ingin dilanjutkan, dengan syarat
ianya dilanjutkan sebelum tamat tempoh pajakan sedia ada.

Cendekiawan Shariah pada masa kini seperti Dr Wahbah al-Zuhaily dan Dr Abdul Sattar Abu
Ghuddah juga telah meluluskan aplikasi Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal di dalam pembiayaan
Islam.

Kaedah Pembayaran Pajakan

Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat bahawa pembayaran pajakan di bawah Ijarah
Mudhafah Ila Mustaqbal bermula pada tarikh di masa hadapan apabila Penerima Pajak
menikmati manfaat aset yang dipajak dan bukan ketika kontrak dimeterai. Kontrak tersebut
dianggap batal dan fasid (batal kerana kecacatan) jika ia menyatakan bahawa pembayaran
pajakan harus dibuat ketika kontrak dimeterai.

Mazhab Hanafi berpendapat bahawa memandangkan kontrak tersebut tidak mengikat, Penerima
Pajak tidak perlu membayar pajakan bulanan dengan serta merta kerana Penerima Pajak masih
belum menikmati manfaat daripada aset yang dipajak tersebut.

Menurut mazhab Maliki, pajakan bulanan perlu dijelaskan dengan serta merta ketika kontrak
dimeterai di dalam situasi seperti berikut:

Jika ianya termaktub di dalam kontrak;


Jika ia berdasarkan amalan biasa (uruf);
Jika ia melibatkan pajakan hadapan (Ijarah Mawsufah Fi Al-Dhimmah);
Jika ia adalah bayaran (ujrah) yang dibayar dalam bentuk barangan (ayn).

Para sarjana masa kini seperti Sheikh Taqi Usmani membenarkan Ijarah Mudhafah Ila
Mustaqbal dengan syarat pajakan bulanan hanya perlu dijelaskan apabila aset yang dipajak telah
diserahkan kepada Penerima Pajak.

Aset pajakan tidak diserahkan

Merujuk kepada struktur Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal, jika Pemberi Pajak gagal menyerahkan
aset yang dipajak pada tarikh yang dipersetujui di dalam kontrak, contoh pada 1 Januari 2011
kemudian menangguhkan penyerahan aset sehingga 1 Februari 2011, Penerima Pajak
mempunyai hak untuk tidak membayar pajakan bulanan di antara kedua-dua tarikh tersebut.

Sekiranya bayaran pajakan bulanan telah dibayar, maka Pemberi Pajak perlu sama ada:

I. menolak bahagian pajakan yang telah dijelaskan seadanya; atau


II. melanjutkan tempoh pajakan seadanya.

Di Malaysia, SAC SC telah memutuskan bahawa kaedah pembayaran pajakan adalah bergantung
kepada persetujuan pihak-pihak yang terlibat di dalam kontrak menurut salah satu situasi berikut:

i. Bayaran pajakan akan bermula pada suatu tarikh di masa hadapan apabila Penerima Pajak
menikmati manfaat aset yang dipajak;
ii. Berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat kontrak; atau
iii. Berdasarkan `uruf.

Berdasarkan amalan pada masa kini, SAC SC juga telah mencadangkan bahawa Pemberi Pajak
boleh mengenakan pajakan bulanan pendahuluan ke atas Penerima Pajak sebaik kontrak
dimeterai bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak. Ia menandakan komitmen penerima
pajak untuk memajak asset pada tarikh masa hadapan.
KESIMPULAN
Daripada pemahaman yang dibahaskan dalam tajuk ini, apa yang dapat disimpulkan ialah
Ijarah merupakan satu akad yang mana mengutamakan manfaat hak dalam penggunaan tanpa
terjadinya pemindahan pemilikan, sehingga banyak menyamakan ijarah dengan leasing.

Ijarah juga menjadi satu kontrak utama dalam pembiayaan produk perbankan Islam dan
banyak membantu dalam banyak aplikasi untuk memudahkan sebarang transaksi perbankan
Islam. Ijarah memiliki banyak makna dari pelbagai sudut yang lebih luas, yang tidak hanya
membawa makna sewa-menyewa barangan, malah ada juga makna memberi upah, membayar
tugasan yang diberi. Manakala leasing memiliki makna yang lebih khusus iaitu lebih kepada
sewa barangan sahaja.

Antara aplikasi yang telah dilakukan pada masa kini ialah pembiayaan ijarah, al-Ijarah
thumma al-Bai` dalam Pembiayaan (AITAB), Musharakah Mutanaqisah (MM), Sukuk Al-Ijarah,
Ijarah Mawsufah Fi Al-Dhimmah dan Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal. Segala apa yang
dilaksanakan dalam perlaksanaan tersebut mestilah berpandukan Syariah Islam dan tidak terlibat
dalam sebarang aktiviti gharar dan syubhah. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang
berlaku di dalam aplikasi pembiayaan tersebut khususnya dalam aspek perundangan dan
pematuhan prinsip Syariah yang sukar untuk dielakkan. Apa yang dapat dikatakan di sini ialah
antara punca kekangan tersebut ialah ketiadaan suatu perundangan khusus untuk mengawal selia
aplikasi instrumen pembiayaan berasaskan Ijarah serta bidang kuasa yang diberikan kepada
mahkamah sivil untuk membicarakan kes kewangan Islam. Justeru, langkah yang proaktif perlu
diambil bagi memastikan prinsip Syariah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dalam aplikasi
pembiayaan aset berasaskan Ijarah.

Penambahbaikan penting bagi memastikan instrumen pembiayaan tersebut terus relevan


sebagai salah satu instrumen pembiayaan aset dalam sistem perbankan Islam dan menjadi
alternatif kepada produk perbankan konvensional.
RUJUKAN
AAOIFI, Sharis Standards (Manama: AAOIFI: 2007), 148-149\

Abdul Wahab Abu Sulayman, Aqd al-Ijarah : Masdar min Masadir al-Tamwil Islamiyyah,
IDB, Jeddah, 1992, h. 22

Abu Daud, Sunan Abi Daud, Bait al-Afkar al-Dawliyyah, 1999, h. 398, hadis no. 3594

Al-Fairuz Abadi, Al-Qamus al-Muhit, Muassasah al-Risalah, Beirut, 2003, 342 Ibnu Manzur,
Lisan al-Arab, Dar Sadir, Beirut, 1990, j.4,10.

Al-Haskafi, al-Dur al-Muhtar Hashiyah Rad al-Muhtar, Dar al-Fikr, Beirut,1992, j6, 5
BNM, Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, edisi ke-2, 2010, 4. Didapati dari
https://www.bnm.gov.my/microsite/fs/sac/07_bahagian01.pdf

Hakimah Muhammad Zin, Hussin Salomon, Nurdianawati Irwani Abdullah. (2016). Pembiayaan
Aset Berasaskan Ijarah Di Malaysia Dan Isu-Isu Berkaitan. Journal of Global Business
and Social Entrepreneurship, Vol. 2: no. 1

Ibnu Juzay, Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, Beirut: Dar al-Qalam, t.t., h. 181

Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, Dar al-Fikr, (t.t.), j. 2, h. 737, hadis no. 2185

Muhammad Yusuf Musa, Al-Amwal wa Nazariyyah al-Aqd fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr
al-Arabi, Cairo, 1996, h. 298
Muhammad Nasri Md. Hussain, Nasri Naiimi & Mohd Sollehudin Shuib. (2013). Mengurus
Harta Menurut Fiqh Muamalat. Sintok, Kedah: UUM Press.

Mohd Usoff Zakaria, Ab Mumin Ab Ghani. (2015). Pembiayaan Kenderaan Berkonsepkan Al-
Ijarah Thumma Al-Bay (Aitab) Di Bank Muamalat Malaysia Berhad Dan Isu-Isu
Berkaitan. Jurnal Syariah, Jil. 23, Bil. 3