Anda di halaman 1dari 11

S.J.

K (C) KHAI CHEE ,KATI


MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID

Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid


berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan
berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan
ke tahap maksima dab menyuburkan potensi kepimpinan.

OBJEKTIF

 Memahami konsep dan peranan seta bidang tugas Pengurusan Hal


Ehwal Murid.
 Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu
kecemerlangan di peringkat sekolah.
 Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan
berketrampilan.

UNIT - UNIT DI BAWAH HAL EHWAL MURID

1) UNIT DISIPLIN & PENGAWAS

Objektif : Mengurangkan jumlah kes - kes salah laku murid.

2) UNIT KESELAMATAN & KECEMASAN

Objektif : Mewujudkan kesedaran dikalangan murid-murid dan warga sekolah


tentang aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah.

3) UNIT PERABOT & INVENTORI

Objektif : Memastikan bekalan perabot untuk murid mencukupi, segala


kerosakan dibaik pulih serta pengemaskinian stok perabot dilakukan.
4) UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Objektif : Menyelaraskan hal - hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira


buku teks.

5) UNIT LAWATAN

Objektif : Menambah pengetahuan dengan membuat lawatan ke tempat -


tempat pelancongan.

6) UNIT KEBAJIKAN MURID

Objektif : Menyediakan keperluan yang sesuai kepada murid yang


menghadapi tekanan dan masalah.

7) UNIT RMT / PSS / KANTIN

Objektif : Kebersihan kantin terjaga dan memastikan murid - murid yang layak
saja yang menerima bantuan RMT dan PSS.

8) UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Objektif : Membentuk sikap berdikari, bermotivasi dan bantu - membantu


diantara murid - murid.
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

SJK (C) KHAI CHEE,KATI

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada
semua pelajar.

1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua


bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.

1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama,
bertimbang rasa, dan kasih sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa
sekatan.

2.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkn ke dalam buku rekod


pendaftaran dan ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).

2.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi


akademik.

2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada
setiap masa.

DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR

3.1 Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke


Lembaga Disiplin.

3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin
akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam
menangani permasalahan disiplin pelajar.

3.4 Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu
memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah.

3.5 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-
turut dikira ponteng sekolah.

DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR

4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang


mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.

4.2 Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis
nama didalam Buku Kebenaran Keluar yang terletak pejabat.

4.3 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.

DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR

5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui
program-program yang dirancang seperti :

• Pemeriksaan Gigi dan Mata

• Pemeriksaan Kesihatan

• Program RMT

• Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan

• Ceramah dan Kempen

5.2 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa /


penjaga.

5.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa
berada di sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa
menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik.

5.5 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai


masalah Kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR

6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba


dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat
sekolah.

6.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin
memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.

6.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang


bermasalah demi menjaga maruah pelajar tersebut.
MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN
SAHSIAH PELAJAR SJK (C) KHAI CHEE,KATI

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada


bagaimana sekolah menguruskn hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan
komitmen murid-muridnya. Sehubung dengan itu, pengurusan hal ehwal
murid dan sahsiah pelajar sekolah telah menetapkan beberapa matlamat
yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut ialah :

1. Memastikan pelajar sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang


lengkap dan kemaskini.

2. Memastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

3. Memastikan pelajar di sekolah ini mengamalkan “ Budaya Hidup Sihat”.

4. Memastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang
dari guru-guru.

5. Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan


yang tidak bermoral seperti berikut:

• ponteng sekolah

• merokok

• pergaduhan

• kelakuan lucah

• membuli

• kurang ajar atau biadap

• merosakkan harta benda sekolah/awam (VANDALISME)

6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan


pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.
7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang
dirancang oleh pihak sekolah.

8. Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri,


keluarga, dan harta benda sekolah.

9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan


menaikkan nama sekolah.

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID & SAHSIAH PELAJAR

1. Sistem Pendaftaran Pelajar.

• Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid tahun 1.

• Hari pendaftaran murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan
sebenar.

• Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa


hadir pada hari pendataran.

• Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :

• pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.

• Bayaran yuran persekolahan.

• Pengagihan buku teks

• Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.

• Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan


sistem maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.
2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.

2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.

2.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher.

2.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun
tiga hingga tahun enam.

2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan


murid pada tahun semasa.

2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :

• Pencalonan oleh guru kelas.

• Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.

• Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.

• Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.

• Majlis watikah perlantikan

2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering


melanggar peraturan.

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


menepati sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut :

• bilangan murid yang terlibat.

• Pemilihan murid yang tepat.

• Penyediaan menu yang berkhasiat.

3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara


berfaedah seperti berikut :

• Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.

• Berinteraksi dengan kawan-kawan.


• Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.

• Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat


akses.

3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :

• Pemeriksaan mata.

• Pemeriksaan gigi.

• Pemeriksaan kuku dan rambut.

• Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.

3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.

• Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.

• Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.

• Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri

• Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :

• Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.

• Gotong-royong.

• Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila


menjumpainya.

• Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.

4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid
dalam sebarang tindakan yang diambil.

4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN


MENGHUKUM”.

4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU PEMBANGUNAN


SAHSIAH.
5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.

5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan
sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :

• Program mentor mentee

• Program Guru Penyayang

• Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.

• Kem Jati diri

6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti


kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.

6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara


berikut :

• Keselamatan jalan raya.

• Jenayah juvana

• Pertolongan cemas

• Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan
oleh perbagai pihak seperti :

• Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.

• Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.

• Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.

• Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan


masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :

• Pembacaan di pusat sumber atau perpustakaan.

• Menghadiri kelas tambahan atau tuisyen.

• Program Bersama Keluarga.