Anda di halaman 1dari 5

Bila Turki mendapat kembali rohnya, ada yang menyangka satu drama, kata

Husam

MALAYSIA DATELINE

Husam terkejut ada yang mengaku pengikut Qardawi sanggah pendapat


ulamak itu berkaitan kejadian di Turki

Rakyat Turki telah mencipta sebuah keajaiban moden yang hampir tidak
dapat dipercayai, mematahkan sebuah rampasan kuasa tentera di subuh
hari dengan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri, kata Adun Salor,
Datuk Husam Musa.

"Begitu tangkas, cekal dan serentak, sehingga menjadikan rampasan


kuasa ini begitu dramatik - seakan sebuah drama.

"Mungkin kerana itu, ramai pimpinan dan penyokong sebuah parti Islam
di negara kita memberikan komen senada - 'lakonan Erdogan!', katanya
melalui kenyataan hari ini

Komen seperti ini katanya, akibat mereka tidak dapat mengawal 'dendam
dan penolakan politik' bagi gerakan Islam selain bentuk dan wadah
mereka - sampai ke Turki!

"Erdogan telah digelar berjuang atas jalur sekular. Pemimpin liberal yang
telah meninggalkan 'jama'ah Islam'. Tidak ada sedikit pun jasanya
kepada Islam dan negara Turki.

"Erdogan bukan lagi dalam senarai anggota 'jama'ah Islam', apa lagi
pemimpin gerakan Islam - bila beliau tidak lagi bersama 'jama'ah Islam'
asal iaitu Sa'adat Party," katanya.

Beliau mengimbas kembali bagaimana kudeta ini dipatahkan - laungan


azan di seluruh masjid secara berterusan, solat subuh memenuhi
jalanraya dan dataran, rakyat tanpa senjata meredah tembakan
mesingan dan laungan takbir membelah malam.

"Perhatikan reaksi negara Barat pada detik-detik awal rampasan kuasa ini
bermula. Mengapa Barat menunggu sehingga rampasan kuasa telah
ditundukkan untuk membuat kenyataan menyokong kerajaan demokratik
pilihan rakyat?

Mengapa mereka membisu sebelum itu?" soalnya.

Beliau mengajak kita memerhati pergolakan dalaman dan geo politik


tempatan dan antarabangsa yang melatari rampasan kuasa ini. Termasuk
elemen Gulen yang tidak difahami atau cuba dilupakan oleh setengah
pihak yang tidak biasa dengan politik Turki.
Paling menarik katanya adalah keajaiban teknologi moden - apa lagi di
tangan seorang pemimpin yang berhati waja, cekap dan bijak.

"I Phone telah mendapat lonjakan baru.

"Face Time Erdogan menyeru kebangkitan rakyat Turki adalah klimaks


drama ini!," kata beliau.

Beliau seterusnya mengajak untuk imbas kembali detik-detik peristiwa


ini.

"Tentera merampas stesen tv dan radio (TRT) sehingga jalur komunikasi


massa tidak lagi di tangan kerajaan. TV Turki mengumumkan, Majlis
Keamanan telah ditubuhkan tentera selepas rampasan kuasa didakwa
telah berjaya.

"Tentera mengawal dua airport dan menutup yang ketiga. Menutup


jambatan yang menghubungkan Istanbul. Mengebom bangunan Parlimen
di Ankara sebanyak sembilan kali.

"Bertempur dengan anggota polis di ibu pejabat risikan Turki atau MIT.

"Meletakkan kereta kebal, tentera ber-mesingan, helikopter dan jet


pejuang mengawal tempat-tempat strategik di seluruh negara.

"Mengumumkan tentera telah berjaya mengambil alih Turki," katanya.

Semua ini menurut beliau disambut oleh media Barat dengan propaganda
yang selari.

"Naratif mereka adalah kudeta ini berjaya. Erdogan cuba melarikan diri ke
German tetapi gagal.

"Laman web Geopolitical Future dalam analisa awalnya telah menyiarkan


berita kudeta itu telah berjaya.

"Enam jam kemudian, baru mereka memaklumkan, laporan awal mereka


agak tersasar," katanya.

Komen selari katanya, dibuat oleh belasan stesen berita Barat termasuk
BBC Arabic adalah kerajaan Erdogan telah berjaya ditumbangkan.

"Pengarang Guardian menyambut baik ketewasan Erdogan - pada detik-


detik pertama kejadian," katanya.
Menuerutnya, hanya tiga negara, di awal kejadian, membuat kenyataan
menyokong kerajaan demokratik dan menolak rampasan kuasa -
Morocco, Sudan dan Qatar.

"Nama Malaysia termasuk antara yang diam membisu bersama negara


Barat yang lain!

"Kerajaan Saudi membuat kenyataan rasmi setelah lebih separuh hari


kejadian!

"Kedutaan Perancis ditutup dua hari sebelum kejadian - seakan mereka


telah mendapat berita risikan kejadian ini,"katanya.

Kenyataan pertama Setiausaha Negara Amerika Sayarikat, John Kerry,


katanya tidak menyebut apa-apa mengenai sokongan kepada kerajaan
demokratik Turki melainkan berharap wujudnya keamanan, kestabilan
dan penerusan.

SEPERTI LAKONAN

Menurut Husam, selain kebangkitan pantas rakyat Turki - membuktikan


ini bukan sebuah lakonan - juga solidariti parti bukan kerajaan di Turki
bersama Erdogan.

"Ini membuktikan benar-benar bahawa rakyat dan pemimpin politik Turki


sangat perit untuk kembali semula 'ke neraka rampasan tentera' - kalimat
yang digunakan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi," katanya.

Dalam keadaan ini, beliau hairan bagaimana pejuang Islam yang sering
bersandarkan kepada Qardhawi, tidak menerima pakai pendirian
Qardhawi dalam isu ini?

"Pendirian parti rival seperti CHP menyatakan solidariti menolak kudeta


dan bersama kerajaan - tidak boleh dilakonkan. Mereka adalah musuh
AKP, tetapi demi negara, mereka menegaskan pendirian mereka,"
katanya.

Rakyat juga katanya, mengharungi tembakan mesingan untuk menyekat


kemaraan kereta kebal tentera yang mustahil untuk dilakonkan.

Erdogan sekularkan Turki?

Beliau seterusnya menempelak mereka yang menuduh Erdogan telah


mensekularkan Turki.
"Tidak ada rakyat Turki - yang terkenal telah ditukar watak dan ruh
mereka oleh tokoh sekular Kamal Attartuk - akan memenuhi masjid-
masjid di subuh hari sampai melimpah.

"Senjata rakyat adalah azan, ia dikumandangkan di seluruh Turki.

"Ia telah membangkitkan seluruh rakyat Turki dari tidur mereka untuk
mengawal negara mereka. Ini yang menyebabkan air mata saya menitis -
apa juga yang dikatakan ke atas rakan-rakan perjuangan kita di Turki -
niat mereka, ijtihad politik mereka dan usaha gigih mereka - rakyat Turki
telah kembali kepada fitrah mereka - Islam.

"Kejayaan mereka merapatkan semula jiwa rakyat Turki dengan azan,


takbir, masjid, solat dan pengorbanan jiwa demi negara mereka - perlu
kita akui mulai hari ini. Turki telah mula mendapatkan ruh Islaminya yang
telah hilang," kata beliau.

ERDOGAN PEMBERANI

Di sudut yang lain katanya, keberanian dan kecekapan Erdogan boleh kita
pelajari.

"Rakyat Turki tidak akan menjadi pemberani tanpa pemimpin pemberani


seperti Erdogan.

"Selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa di TV, hanya


berbekalkan I Phone - menggunakan Face Time, beliau menyampaikan
pesannya kepada rakyat Turki yang segera disebarkan.

"Teknik yang mudah mengatasi sekatan siaran TV dan radio. Menewaskan


kereta kebal dan kekuatan tentera!

"Rakyat dan pemimpin tidak akan dapat bersatu hati, kecuali di sana ada
sentuhan dan ikatan yang telah lama terbina di atas asas kasih sayang
antara mereka," katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan mereka yang mengambil sikap sinis


kepada Erdogan.

"Siapalah kita untuk menghukum Erdogan?

"Ketika jet pejuang tentera berlegar mengawal ruang udara Istanbul,


Erdogan sekali lagi membuktikan keberaniannya dengan menaiki pesawat
menuju Istanbul dan mendarat di sana. Lalu muncul bersama rakyat
jelata di Istanbul.
"Jika pemimpin itu merasakan dirinya banyak berdosa, beranikah mereka
mempertaruhkan nyawanya di tangan jet pejuang tentera di ruang
angkasa luas?" soalnya.

Husam melahirkan kesyukuran tidak terhingga dapat menyaksikan


'drama' ini, di abad moden yang sedang memetakan semula perjalanan
politik dunia.
at 7/17/2016 10:54:00 PTG

Anda mungkin juga menyukai