Anda di halaman 1dari 1

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Taala menjadikan akan lidah bagi engkau supaya membaca

engkau akan dia Al-Quran dan Hadith nabi dan segala zikir dan pengetahuan yang memberi manfaat
dan supaya mengajar engkau dengan dia akan ilmu yang memberi manfaat dan menyuruh engkau
dengan kebajikan dan melarang dari kejahatan. Dan memberi nasihat engkau akan orang islam dan
menunaikan engkau akan hajat mereka itu dan mendamaikan engkau akan mereka itu, dan barang
sebagainya daripada segala faedah akhirat yang dikerjakan dengan lidah, seperti menjadikan Allah
Taala akan lidah engkau itu kerana maslahah dunia. Seperti mencari harta dengan segala akad,
seperti akad jual beli, dan akad sewa. Dan hendaklah syukur engkau atas nikmat lidah ini, dengan
memeliharanya daripada barang yang tiada dijadikan dia kerananya, daripada berkata-kata dengan
yang dilarang seperti berdusta yang menyakiti akan orang yang lain-lain maka itu dosa besar,
bersalahan berdusta yang tiada menyakiti maka iaitu dosa kecil. Kecuali kerana hajat , maka tiada ada
ia dosa seperti berdusta kerana mendamaikan antara manusia, kerana sabda nabi:

،‫ليس بالكذاب من يصلح بين الناس‬

Ertinya tiada mereka yang mendamaikan antara manusia itu berdusta.

Bahkan terkadang wajib berdusta seperti melihat ia akan orang yang haram dibunuh, yang
bersembunyi ia daripada orang yang zalim yang mengkehendaki membunuhnya maka wajib berdusta
kerana melepaskannya daripada dibunuh orang yang zalim itu, dan seperti mengumpat, iaitu
menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika didengarnya.
Maka iaitu haram dengan ijmak ulamak bahkan berkata kebanyakkan mereka itu: Bahawasanya
mengumpat itu berdosa besar, kerana barang yang dating padanya daripada beberapa janji seksa
yang bersangatan seperti firman Allah Taala:
‫ه‬
‫سوُا ا وههل ي هجغهتب‬ ‫س ن‬ ‫ج ل‬ ‫ن إ ج ذث ممم وه هل ت ه ه‬‫ض ٱلظ ل م‬ ‫ن ب هجع ه‬ ‫ن إذ ل‬‫ن ٱلظ ل م‬ ‫م ه‬ ‫مننوُا ا ٱججت هن ذنبوُا ا ك هذثيِررا م‬‫ن هءا ه‬ ‫ذي ه‬ ‫ي هيأي يههاَ ٱل ل ذ‬
‫وُامب‬
‫ه ته ل‬‫ن ٱلل ل ه‬ ‫موُ ههه وهٱت ل ن‬
‫قوُا ا ٱلل لههه إ ذ ل‬ ‫مجيرتاَ فهك هرذجهت ن ن‬ ‫م أه ذ‬
‫خيِهذ ه‬ ‫ل ل هجح ه‬‫حد نك ن جم هأن ي هجأك ن ه‬‫بأ ه‬
‫ه‬
‫ح ي‬ ‫ضها أ هي ن ذ‬
‫كم ب هجع ض‬ ‫ض ن‬‫ب لجع ن‬
١٢ ‫حيِمم‬ ‫لر ذ‬
Ertinya hai sekalian mereka yang beriman jauhkan oleh kamu akan banyak dari sangka iaitu sangka
yang jahat kerana bahawasanya setengah dari sangka itu dosa dan jangan kamu mencari dan
memeriksa aib manusia.

Anda mungkin juga menyukai