Anda di halaman 1dari 2

َّ ْ‫من ا‬

.‫لر ِحيْم‬ َّ ْ‫بِ ْس ِم هللاِ ا‬


ِ ‫لر ْح‬
‫علَى آ ِل ِه‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوال‬،‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
ِ ِّ ‫اَ ْل َح ْمدُ ِ ََّلِلِ َر‬
. َ‫ص َحا ِب ِه أَ ْج َم ِعيْن‬
ْ َ‫َوأ‬
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan
pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan
kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan
kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn. Azlina Bt. Mohd Isa,Pn. Habibah Bt.
Sulaiman Ashraf Khan,Pn. Ooi Chooi Lin,E. Victor Rajendran Francis yang
akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru.
Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria
dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat


dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau
curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah
Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang
tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab
sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang
tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-
mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi
pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan
pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat


dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari
perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas,
rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram


‫‪Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang‬‬
‫‪diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang‬‬
‫‪diBerkati.‬‬

‫ص ْو ًما‪َ ،‬والَ ت َ ْج َع ِل‬ ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‪َ ،‬وتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع ُ‬ ‫اَللَّ ُه َّم ْ‬
‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‪.‬‬ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْ‬‫اللَّ ُه َّم ِف ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َيتْ َبعُنَا َ‬
‫اب النَّار‪ِ.‬‬ ‫سنَة ًَوقِنَا َعذَ َ‬ ‫سنَة ً َوفِي األ َ ِخ َرةِ َح َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح َ‬
‫ب العَالَ ِميْنَ ‪.‬‬‫سلَّ َم‪َ ،‬و ْال َح ْمد ِ ََُّلِلِ َر ِّ ِ‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَى َ‬
‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءا ِل ِه َو َ‬
‫ص ْحبِ ِه َو َ‬ ‫َو َ‬