Anda di halaman 1dari 13

Contoh Kertas Kerja

No Rujukan :UPSI/FPPM/AT04/3/-3

Pengarah Program : Siti Hajar Binti Aliyais

Tel : 013-4905xxx

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


KERTAS KERJA

________________________________________________________________

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN KAJIAN LAPANGAN (PROLINK)


________________________________________________________________

TARIKH :
10/17 OKTOBER 2011

TEMPAT :
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN :
PELAJAR PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEMESTER 3 SESI 2011/2012
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan peruntukan kewangan
daripada pihak pentadbiran Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dengan tujuan
berikut :
i. Untuk mendapat kelulusan program
ii. Mendapat bantuan pengangkutan

2.0 PENGENALAN

Program lawatan ke institusi kesihatan mental ini diadakan bagi membantu dan membimbing
mahasiswa/i yang mengikuti kursus Psikologi Abnormal (KKD 3063) sebagai pendedahan awal
tentang keadaan dan skop sebenar yang berkaitan dengan bidang kesihatan mental. Selain itu,
dengan pengetahuan dan pengalaman baru ianya dapat menyedari kepentingan dengan melihat
gambaran realiti pesakit di institusi mental dan mampu mengukuhkan tentang kefahaman dari
kandungan topik yang bakal dipelajari di dalam kelas. Melalui program lawatan (PROLINK) ini,
mahasiswa/i dapat melakukan pemerhatian, analisis dan lebih memahami gambaran sebenar
individu yang mengalami isu kesihatan mental serta isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan
mental dalam konteks dunia realiti dan seterusnya membuat hubungkait dengan skop pengajaran
dan pembelajaran KKD 3063.

3.0 OBJEKTIF
i. Memenuhi keperluan khusus dan tuntutan tugasan KKD 3063 yang diberikan.
ii. Mendapat pendedahan awal tentang situasi dan makluman sebenar berkait dengan isu kesihatan
mental.
iii. Pendedahan awal tentang pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi.
iv. Menghasilkan kemahiran berkomunikasi sesama mahasiswa/i dan pihak yang berurusan.
v. Mempraktikkan kemahiran sosial, kerja berpasukan, menghormati individu lain daripada pelbagai
sosiobudaya dan bertanggungjawab.

4.0 JUSTIFIKASI

Program lawatan seperti ini perlu dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa/i
terhadap gambaran sebenar yang berlaku di institusi kesihatan mental. Memandangkan
mahasiswa/i bakal menceburi profesion kaunselor kelak, maka lawatan seperti ini dapat
mempersiapkan diri mahasiswa/i dengan cabaran pada masa akan datang. Lawatan seperti ini
juga dapat membantu mahasiswa/i mengukuhkan pemahaman berkaitan subjek pembelajaran
dalam subjek Psikologi Abnormal dan secara tidak langsung juga lawatan ini dapat meningkatkan
kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa/i kerana ia melibatkan kesemua pelajar.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 10 Oktober 2011


Hari : Isnin
Tempat Program : Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

6.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA


- 27 orang mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling.
-1 pensyarah kursus.

7.0 TENTATIF PROGRAM


Lampiran A

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

NAMA DAN JAWATAN BIDANG TUGAS


Penaung

Prof. Madya Dr. Noor Shah bin Saad Meluluskan kertas kerja yang disediakan

Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penasihat Menyokong dan memperakukan kertas kerja


yang disediakan
Dr. Mohd Muzafar Shah bin Mohd Razali

Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penyelaras Memantau dan menasihati perkara berkaitan


program yang sedang dijalankan dan
Cik Amelia binti Mohd Noor menyemak kertas kerja serta perjalanan
program lawatan.

Pensyarah Kursus

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengarah Program Merangka, merancang, dan menganalisis


program yang akan dijalankan.
Siti Hajar binti Aliyais
Timbalan Pengarah Program Membantu pengarah program dalam
merangka dan menganalisis program yang
Nur Safikah binti Saidon dijalankan.

Setiausaha Program Membuat surat, laporan setiap gerak kerja


yang dijalankan berkaitan program.
Nik Sazura Asikin binti Zulkifli

Naib Setiausaha Program Membantu setiausaha dalam melakukan gerak


kerja berkaitan program.
Siti Aishah binti Imam Muslim

Bendahari Program Membuat perbelanjaan berdasarkan kewangan


program yang telah diberi serta membuat
Nur Shafina binti Mohamad catatan pengeluaran wang yang digunakan.
AJK Tanggungjawab Khas Menyediakan pengangkutan.

Suzilawani binti Shukar Noor

Nor Lela binti Lahap

Norlida Wati binti Azmi

Nor Afifah binti Jaafar @ Abd Manan

AJK Makanan Menempah dan mengurus makanan.

Solehah binti Md Noh

Nur Jalilah binti Sulaiman

Muhammad Shazrul Shafiq bin Derani

Mastura binti Mohd Yusoff

AJK Media Merekodkan aktiviti program secara


bergambar.
Emy Nazira binti Embong

Siti Thalathiah binti Che Pa

Pazilah binti Saadon


AJK Cenderahati Menguruskan hal-hal berkaitan cenderahati.

Nor Suhaida binti Sayuti

Khairul Jaiyidah binti Abdul Rahim

Nur Adilah binti Ramli

Zaini binti Abdul Halim

AJK Kebajikan, Keselamatan & Kebersihan

Norliza binti Hashim Menjaga kebajikan, kebersihan dan


keselamatan sepanjang program lawatan.
Siti Aminah

Noraini binti Mohamad Saad

AJK Urusetia Menguruskan nama setiap peserta yang


terlibat dan perkara berkaitan dengan
Repiah Ton Adawias binti Ibrahim pendaftaran peserta.

Salina binti Abd Aziz

Nurul Salwana binti Mazelan

Tengku Nurul Ain binti Tengku Anuar

9.0 ANGGARAN KEWANGAN


BIL. PERKARA HARGA JUMLAH

10.1 PENDAPATAN (A)

1. Sumbangan Pensyarah Kursus RM 100.00

JUMLAH RM 100.00

10.2 PERBELANJAAN (B)

YURAN PESERTA

1. Pentadbiran

RM 13.00
-Print dan fotostat kertas kerja dan surat
menyurat

2. Makanan

-Minum pagi
RM 3.00 x 29 orang RM 87.00
JUMLAH PENDAPATAN (A) – (B) RM 100.00 – RM 100.00 RM 100.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan menerusi program lawatan PROLINK ini, hasil pembelajaran yang telah
digariskan bagi kursus KKD 3063 : Psikologi Abnormal akan tercapai. Semoga pengetahuan
tentang ilmu kesihatan mental dapat diperolehi untuk manfaat dalam profesion kaunseling yang
bakal diceburi kelak.

Disediakan oleh : Siti Hajar binti Aliyais,

Pengarah,

Program Lawatan dan Kajian Lapangan PROLINK,

Kursus KKD 3063 : Psikologi Abnormal,

Jabatan Psikologi dan Kaunseling,

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim,


Perak Darul Ridzuan

Tandatangan : ...................................

Tarikh : ...................................

Disemak oleh : Cik Amelia binti Mohd Noor,

Pensyarah Psikologi Abnormal (KKD3063),

Jabatan Psikologi dan Kaunseling,

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.

Tandatangan : ...................................

Tarikh : ...................................
Disokong dan diperakukakan oleh : Dr. Hj. Mohd Muzafar Shah bin Mohd Razali

Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling,

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900Tanjong Malim,

Perak Darul Ridzuan.

Tandatangan : ...................................

Tarikh : ...................................
Diluluskan oleh : Prof. Madya Dr. Noor Shah bin Saad,

Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ...................................

Tarikh : ...................................

LAMPIRAN A

Tentatif Program Lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia:


17 Oktober 2011 (Isnin)

7.00 pagi Bertolak ke PPUKM

9.00 pagi Dijangka tiba

9.30 pagi Ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa (Wakil UPSI)

Mendengar taklimat dari pihak PPUKM

10.00 pagi Mendengar ucapan yang disampaikan dari pihak PPUKM

10.45 pagi Sesi soal jawab

12.30 Lawatan sambil belajar dan kajian lapangan ke wad psikiatrik


1.30 petang Penyampaian cenderahati

2.00 petang Solat Zohor

2.05 petang Bertolak pulang ke UPSI

Anda mungkin juga menyukai