Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK

NAMA PELAJAR : SYAZA WAJIHAH BINTI ZULKEFLI

PROGRAM : PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2015

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN MALAWA

NAMA PROJEK : SAYANGI BILIK SUKAN SEKOLAH KITA

TEMPOH PELAKSANAAN : 04 SEPTEMBER 2017 – 08 SEPTEMBER 2017

OBJEKTIF :

Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk memenuhi objektif seperti:-

1) Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan di bilik sukan sekolah.

2) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam bidang keceriaan dan juga kebersihan sebagai

salah satu sumbangan kepada sekolah.

3) Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme guru.

4) Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan dan cara penggunaan alatan

di stor.

5) Mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi siswa guru dengan warga sekolah.

6) Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.


STRATEGI PELAKSANAAN

1. Pada 15 Ogos 2017 saya, rakan guru pelatih dan salah seorang mentor pembimbing kami,
Puan Siti Hajar Binti Ab Ghani telah membuat perbincangan tentang projek-projek yang boleh
dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk praktikum fasa 1 ini. Hasil keputusan perbincangan
tersebut, kami telah bersetuju untuk menjadikan “Projek Sayangi Bilik Sukan Sekolah Kita”
sebagai projek kami di sekolah ini. Projek ini sangat bertepatan dengan opsyen kami iaitu
Pendidikan Jasmani.

2. Pada 18 Ogos 2017, kami telah berjumpa dengan mentor kami untuk membincangkan
mengenai projek yang dirancang. Perbincangan ini meliputi perubahan-perubahan yang boleh
dilakukan di dalam stor sukan tersebut.

3. Pada 25 Ogos 2017, kami telah masuk ke dalam stor sukan tersebut bagi meninjau keadaan
stor tersebut. Hasil daripada tinjauan menunjukkan bahawa stor tersebut dalam keadaan yang
berselerak. Ini adalah kerana kebanyakan guru-guru rumah sukan telah meletakkan barang-
barang yang berkaitan rumah mereka di dalam stor tersebut.

4. Selain itu, tinjauan yang dilakukan juga menunjukkan terdapat banyak alatan sukan yang telah
rosak namun masih diletakkan di atas rak dan tidak dihapus kira.

5. Pada 4 September 2017, kami telah masuk semula ke stor tersebut untuk melakukan kerja-
kerja mengepam bola yang kurang angin dan mengasingkan alatan-alatan sukan yang rosak.

6. Pada 5 September, kami telah membuat label bagi setiap alatan sukan bagi menggantikan
label yang lama. Label ini bertujuan supaya memudahkan murid dan guru untuk mengambil
alatan sukan semasa kelas Pendidikan Jasmani. Label tersebut telah di laminate supaya tahan
lebih lama.

8. Pada 6 September 2017, kami telah melekatkan label-label alatan sukan pada setiap rak.
Selepas itu, proses meletakkan semula alatan sukan mengikut label telah dilakukan. Kami juga
telah mengasingkan alatan-alatan sukan yang rosak bagi tujuan hapus kira. Kami juga
menyenaraikan peralatan yang diperlukan agar proses pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan lebih lancar dimana peralatannya adalah lengkap.
KEKUATAN PROJEK

Kekuatan yang pertama adalah projek ini dapat memberi keselesaan dan kemudahan
kepada semua guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Ini adalah kerana sebelum ini,
stor sukan ini berada dalam keadaan yang berselerak dan alatan tidak disusun mengikut label
yang telah dibuat. Selain itu, banyak juga alatan yang telah rosak tetapi masih diletakkan di atas
rak. Jadi semasa menjalankan projek ini, kesemua masalah tersebut telah diatasi dan kesemua
alatan telah disusun dengan baik dan kemas. Keadaan ini dapat memudahkan guru Pendidikan
Jasmani semasa ingin mengambil alatan untuk digunakan.

Kekuatan yang kedua adalah berkaitan dengan rak alatan sukan. Rak di dalam bilik sukan
tersebut tidak mempunyai label mengikut peralatan masing-masing. Dalam projek “Sayangi Bilik
Sukan Sekolah Kita” yang telah dijalankan ini, kami telah membuat label baru bagi setiap
peralatan di dalam bilik sukan terebut. Label-label ini akan memudahkan semua guru dan murid
untuk mengambil dan menyimpan alatan disamping alatan tersebut dapat diletakkan di tempat
yang betul. Secara tidak langsung, hal ini juga dapat memastikan kebersihan dan kekemasan
dalam bilik sukan berada dalam keadaan baik.

Kekuatan yang ketiga adalah projek ini dapat mewujudkan suasana yang kondusif di
dalam stor sukan. Suasana kondusif dapat diwujudkan di dalam stor ini setelah kesemua
peralatan telah disusun dengan kemas. Apabila suasana stor sukan menjadi kondusif maka
pengaliran udaraakan menjadi lebih lancar. Jadi keadaan ini akan membuatkan semua warga
sekolah berasa selesa untuk masuk ke dalam stor sukan.

Selain itu juga, kekuatan yang terakhir semasa kami melaksanakan projek ini adalah kami
telah mengeratkan silaturahim antara warga dan staf sekolah. Kami banyak berinteraksi dan
berkomunikasi dengan warga seperti mentor kami sendiri untuk meminta pandangan mengenai
pelaksanaan projek yang kami lakukan ini.

KELEMAHAN PROJEK

Kelemahan saya dapati adalah berkaitan dengan peralatan. Semasa mengemas bilik
sukan tersebut, terdapat banyak peralatan yang tidak boleh digunakan telah dikenalpasti. Kami
tidak pasti untuk meletakkan kesemua peralatan tersebut pada ruang yang sesuai. Masalah ini
mungkin boleh memberi risiko kepada guru dan juga murid. Jika peralatan yang rosak ini
digunakan semasa P&P, iannya boleh memberi kesan dan juga risiko yang buruk.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan terhadap projek yang telah kami


laksanakan ini. Cadangan penambahbaikkan ini adalah untuk tujuan pada masa hadapan.
Cadangan yang pertama kami adalah untuk meminta sekolah menyediakan satu bilik khas untuk
guru sukan (PJ) mengasingkan peralatan yang tidak boleh digunakan untuk proses P&P dan juga
aktiviti kokurikulum. Langkah ini juga secara tidak langsung akan memastikan kekemasan dan
keselamatan bilik sukan dapat dikawal dan dipantau secara berterusan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya menyiapkan projek kemas kini bilik
sukan ini walaupun menghadapi beberapa masalah. Namun atas semangat iltizam yang tinggi,
projek ini telah berjaya disiapkan. Melalui projek ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk
guru dan murid berasa selesa semasa menggunakan bilik sukan ini. Akhir sekali, saya berharap
semua guru dan warga sekolah berpuas hati dengan hasil kerja saya dan rakan guru pelatih yang
lain.
LAMPIRAN

SEBELUM

SELEPAS

Anda mungkin juga menyukai