Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas
Tugasan Kursus Kepimpinan Pengawas
Berdasarkan kepada masalah diatas, saya telah mengambil insiatif untuk merangka satu
kursus untuk pelajar pendidikan khas. Kursus ini akan ditumpukan kepada pelajar-pelajar
pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah terencat akal ringan di
daerah Kinta Selatan yang akan dijalankan SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Jumlah
pelajar yang terlibat adalah seramai 50 orang dari seluruh daerah Kinta Selatan. Pada bahagian
pengenalan ini, saya akan menjalaskan aliran falsafah pendidikan yang diambil, rekabentuk
kurikulum yang dipilih, kerangka konseptual yang dicadangkan dan model kurikulum yang
digunakan dalam merangka rekabentuk kurikulum kursus motivasi dan keusahawanan ini.
Pengenalan
Bagi merangka rekabentuk kursus motivasi dan keusahawanan, saya memilih aliran
falsafah moden iaitu aliran falsafah Progressivism dan aliran falsafah Reconstructionism. Ini
adalah kerana aliran falsafah Progressivism adalah berpusat kepada pelajar. Aliran falsafah
Reconstructionism pula menekankan kepada menyelesaikan masalah masyarakat seperti
masalah sosial, ekonomi dan politik. Tujuan saya memilih kedua-dua aliran ini adalah kerana
aliran rekabentuk berpusatkan pelajar adalah untuk memberikan pengalaman kepada pelajar
pendidikan khas supaya mereka dapat melalui situasi yang sebenar dan memotivasikan diri
mereka untuk melakukan dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka dapat
perkara-perkara sebaik pelajar-pelajar normal. Guru hanya akan berperanan sebagai penasihat
atau fasilitator dalam menyelesaikan masalah. Aliran falsafah Reconstructionism juga
mengutamakan guru sebagai agen yang membawa perubahan kepada pelajar berdasarkan
kehendak sesuatu masyarakat. Dimana dalam kursus ini pemahaman atau motivasi yang
diberikan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas akan membantu mereka berdikarai dan
menceburi bidang perniagaan apabila mereka meninggalkan bangku sekolah dan ini akan
mengubah pandangan dan pemikiran masyarakat terhadap golongan ini. Melalui pemilihan
kedua-dua aliran ini, pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pengalaman dimana
mereka dapat berinteraksi di antara satu sama lain dan juga masyarakat sekeliling dan secara
tidak langsung akan mengubah persepsi dan pandangan masyarakat yang salah terhadap
pelajar-pelajar istimewa. Disamping itu, pemusatan pelajar akan menjadikan mereka lebih aktif
dan seronok untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sebegini pada masa yang akan datang..
Oleh itu, saya berpendapat bahawa kursus ini sangat sesuai menggunakan aliran kurikulum
berpusatkan pelajar dan juga masyarakat kerana melalui kursus ini, pelajar akan dapat
pendedahan dan pengalaman mengenai motivasi dan keusahawanan dan secara tidak
langsung dapat mengubah tanggapan masyarakat terhadap keupayaan pelajar-pelajar
pendidikan khas.
Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), guru hanya membantu pelajar menganalisis,
menginterprestasi dan mengembangkan idea untuk membuat sesuatu keputusan. Disamping
itu, aliran ini telah menetapkan bahawa pembentukkan sesuatu kurikulum hendaklah
berdasarkan kepada kehidupan pelajar. Oleh itu, saya berpendapat bahawa aliran falsafah ini
sesuai digunakan dalam merekabentuk kursus ini kerana ianya melibatkan penglibatan pelajar
dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dan membolehkan pelajar berfikir secara kreatif dan
kritis untuk mengembangkan potensi diri mereka. Kursus ini juga direka supaya pelajar
pendidikan khas dapat melibatkan diri secara sepenuhnya.
Menurut Ornstein dan Hunkins (2009), komponen menegak merujuk kepada kemahiran
yang meningkat dari satu tahap ke tahap berikutnya. Jika dilihat dari segi turutan, ianya lebih
menjurus kepada pemeringkatan isi pelajaran daripasa konsep asas kepada konsep-konsep
yang lebih sukar. Dalam komponen mendatar pula, skop merujuk kepada keluasan sesuatu isi
pelajaran yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Keseimbangan pula
bermaksud perkaitan antara pelbagai jenis pengetahuan dalam pelbagai matapelajaran. Oleh
itu, kesemua komponen ini, saya telah gunakan dalam kerangka konseptual bagi kursus
motivasi dan keusahawanan.
Dalam kursus ini saya menggunakan komponen menegak dan mendatar mengikut
turutan. Pada permulaan kursus ini, pelajar akan mengabungkan pengalaman yang mereka
sedia ada dengan pengalaman yang mereka belajar. Kemudian diikuti dengan perkembangan
ke bidang keusahawanan dan cara-cara membuat urusan jual beli. Perkembangan ini adalah
daripada yang tajuk yang senanag kepada tajuk yang lebih rumuit. Sebagai contohnya dalam
slot pertama mereka akan didedahkan kepada motivasi dan cara-cara memotivasikan diri
sendiri dan dalam slot yang kedua motivasi akan dikaitkan dengan sikap keusahawanan
dikalangan pelajar. Selepas itu dalam slot yang ketiga pengetahuan dan kemahiran urusan jual
belia akan diperkenalkan dan tajuk ini mempunyai kesinambungan daripada tajuk-tajuk yang
lepas.
Dalam kesinambungan pula, adalah kemahiran yang meningkat dari satu tahap ke satu
tahap. Slot-slot yang diadakan adalah berkaitan diantara satu sama lain dimana pelajar akan
menggunakan pengalaman dan hasil dapatan mereka pada setiap slot dan akan
menghubungkaitkannya pada aktiviti kumpulan yang akan diberikan pada akhir kurus.Dalam
aktiviiti kumpulan ini, pelajar-pelajar dikehendaki mengabungjalinkan aspek yang telah didapati
daripada kursus ini dan mengaplikasikanya dalam urusan jual beli yang akan dilakukan kelak.
Ini akan membantu pelajar berfikir dengan lebih mendalam mengenai sesuatu aspek dan
bagaiman untuk berjaya dalam sesuatu bidang dengan ilmu yang mereka perolehi..
Komponen Menengak
1. Turutan
Turutan bererti bagaimana isi kandungan dan pengalaman pembelajarna
sebelum itu dapat disatukan bagi proses pemahaman pembelajaran ke peringkat
berikutnya. Berdasarkan kepada kerangka konseptual motivasi dan keusahawanan
pada rajah di bawah, pada komponen menegak saya telah menandakan dengan warna
merah untuk turutan. Turutan yang dibuat di dalam kerangka ini akan mengabungkan
pengalaman sebelum dengan pengalaman yang baru dipelajari. Sebagai contoh, dalam
slot pertama mengenai motivasi mempunyai tiga isi kandungan iaitu definisi motivasi
akan diterangkan kepada pelajar-pelajar. Selepas itu isi kandungan akan pergi ke tahap
yang lebih tinggi iaitu kepercayaan tentang kebolehan diri dan kepercayaan diantara
motivasi dan efikasi. Dalam slot yang kedua mengenai mengamalkan sikap
keusahawanan pula pelajar akan didedahkan dengan keusahawanan yang
mengandungi enam isi kandungan iaitu bertanggungjawab terhadap keputusan, peka
kepada peluang, berani menghadapi risiko, fleksibiliti , kesanggupan belajar dari
kesilapan dan berdaya tahan. Dalam slot ketiga pula mengandungi satu is kandungan
iaitu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah
dalamiviti kehidupan seharian.
2. Kesinambungan
Pada bahagian kesinambungan pula, pada peringkat awal kursus, pelajar akan
didedahkan dengan definisi motivasi dan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
motivasi untuk memotivasikan pelajar dan membina keyakinan dan juga pelajar tidak
keliru apabila ke slot yang berikutnya. Selepas itu, pelajar akan didedahkan dengan
prinsip keusahawanan dan bagaimana melakukan aktiviti jual beli yang mudah.
Komponen Mendatar
3. Skop
Skop boleh dijelaskan sebagai proses pembelajaran yang meliputi domain
kognitif, afektif dan psikomotor dari pelbagai cabang subjek. Sebagai contoh, dalam
kursus ini, definisi motivasi, kepercayaan tentang kebolehan diri dan kepercayaan
diantara motivasi dan efikasi merupakan salah satu daripada aspek kognitif. Bagi aspek
afektif pula, mengamalkan sikap keusahawanan dari segi membuat keputusan, peka
kepada peluang, berani menghadapi risiko, fleksibiliti, kesanggupan belajar daripada
kesilapan dan berdaya tahan. Dari segi psikomotor pula pengetahuan dan kemahiran
pengurusan asas jual beli dalam kehidupan seharian.
4. Integrasi
MENEGAK
3. Afektif Psikomotor
Mengamalkan
pengetahuan
dan kemahiran
pengurusan
asas jual beli
yang mudah
dalam aktiviti
kehidupan
seharian
1. Bertanggungjawab
2.Mengamalkan terhadap Kognitif
Sikap keputusan
keusahawanan 2. Peka kepada
peluang
3. Berani
mengambil risiko
4. Amalan nilai
murni
5. Kesanggupan
belajar dari
kesilapan
6. Berdaya tahan
1.Motivasi 2.Kepercayaan Moral Sivik dan
diantara Motivasi kenegaraan
dan efikasi
1.Kepercayaan
Tentang kebolehan
Diri
MENDATAR
PETUNJUK
Kesinambungan Skop
Turutan Integrasi
Model Kurikulum Tyler
Setelah mengkaji dengan teliti model untuk kursus motivasi dan keusahawanan pelajar
pendidikan khas, saya telah memilih Model Tyler. Berikut adalah model kurikulum yang
dicadangkan oleh Tyler.
Objektif
Penilaian Kandungan
Kaedah
Peringkat seterusnya ialah memilih model kurikulum yang akan digunakan bagi
menerangkan dan menghuraikan kerangka konseptual kursus motivasi dan keusahawanan
yang akan saya bina. Terdapat beberapa modelkurikulum yang telah dikenalpasti antaranya
model Tyler dan Model Giles. Saya telah memilih model Tyler untuk menghuraikan kerangka
konseptula yang telah say acadangkan kerana model ini adalah lebih mudah. Model Tyler
menekankan kepada empat bahagian iaitu objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Tujuan
saya memilih model ini kerana ianya menekankan perkembangan kurikulum untuk bidang
pembelajaran harus berpandukan kepada soalan-soalan seperti di bawah :
Oleh itu, kursus motivasi dan keusahawanan ini akan dijalankan mengikut proses
perkembangan kurikulum model Tyler iaitu berdasarkan objektif, kandungan, kaedah dan
penilaian.. Keempat-empat proses ini penting dari peringkat awal perancangan hingga ke
peringkat akhir selepas pelaksanaan kursus ini. Selepas mengenal pasti proses-proses tersebut
langkah-langkah seperti di bawah telah dijalankan untuk memastikan kursus ini dijalankan
secara teratur dan dikendalikan secara professional. Langkah-langkah yang telah diambil
adalah seperti dibawah dan ianya berasaskan kepada objektif Model Tyler.
a. Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi dan spiritual.
b. Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap dan tabiat pelajar.
c. Menentukan apakah minat pelajar.
Sumber objektif pendidikan didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa :
Falsafah boleh digunakan dalam memilih objektif sesuatu pendidikan atau kursus.
a. Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk
memilih objektif pendidikan atau kursus.
b. Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada
menerima atau menolak sesuatu objektif.
a. Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau
tidak bagi tahap pencapaian umur pelajar.
b. Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan
oleh pelajar.
Objektif Umum
Objektif utama dalam rekabentuk kursus motivasi dan keusahawanan ialah untuk
mendedahkan kepada para pelajar pendidikan khas kepada konsep keusahawanan dan
membina keyakinan diri mereka. Sebagai contoh dengan memberi motivasi kepada pelajara
pendidikan khas dan pendedahan kepada keusahawanan, mereka dapat membina keyakinan
diri dan bergiat dalam urusan jual beli yang mudah. Disamping itu , pelajar pendidikan khas
akan mendapat pendedahan dalam urusan jual beli.
Objektif Khusus 2
Objektif Sampingan 3
Objektif Sampingan
Objektif sampingan kursus ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai
kebolehan dan keupayaan pelajar-pelajar berkeperluan khas dan masyarakat tidak akan
memandang rendah terhadap mereka lagi. Objektif sampingan kursus ini juga untuk memberi
kesedaran dikalangan ibubapa tentang potensi diri anak-anak mereka dan jangan memandang
rendah terhadap kebolehan anak mereka walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan.
Dengan mengikuti kursus ini juga, pelajar-pelajar pendidikan khas akan dapat berdikari apabila
meninggalkan alam persekolahan dan mereka tidak akan mengharapkan bantuan daripada
ibubapa mereka atau orang lain untuk menyara mereka.
Kaedah yang akan digunakan dalam slot ini adalah kaedah koperatif. Dalam kaedah ini,
setiap ahli kumpulan dikehendaki bekerjasama diantara satu sama lain untuk melakukan aktiviti
yang akan dikemukan oleh guru pendidikan khas. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada enam
kumpulan dan setiap kumpilan mengandungi enam orang. Mereka akan dibantu oleh seorang
fasilitator dalam kalangan guru pendidikan khas. Satu senario yang sama akan diberikan
kepada setiap kumpulan. Senarionya ialah lima orang pelajar akan dipilih untuk menyertai
aktiviti lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands selama 3 hari 4 malam. Untuk mengikuti
lawatan itu, setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat iklan mengenai ahli kumpulan
mereka. Dalam komersial itu, para pelajar dikehendaki menerangkan mengenai kelebihan diri
mereka dan setiap ahli dalam kumpulan mereka. Pelajar-pelajar boleh melukis atau menulis
untuk mengambarkan diri mereka dan ahli kumpulan mereka. Setiap kumpulan dikehendaki
menulis nilai-nilai yang baik dalam diri mereka. Setelah selesai para pelajar dikehendaki
membentangkan hasil kerja masing-masing. Pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran untuk
menulis atau memahami keadaan akan dibantu oleh fasilitator.
1.3 Penilaian
Penilaian akan dilakukan dengan melihat pembentangan pelajar dari segi cara
pembentangan, kreativiti dan kerjasama diantara ahli kumpulan masing-masing. Kumpulan
yang paling menonjol dari segi keyakinan diri dan motivasi akan diberikan ganjaran dalam
bentuk hadiah. Disamping itu, kumpulan yang lain juga akan diberikan hadiah untuk
mengekalkan motivasi diri mereka.
1.4 Objektif
Dalam kandungan kursus ini, objektif pertama iaitu pelajar-pelajar pendidikan khas dapat
membina dan menanamkan keyakinan diri dalam diri mereka untuk membuat dan mencuba
sesuatu yang baru dapat dicapai. Disamping itu mereka dapat membina keyakinan diri dan
memotivasikan bukan sahaja diri mereka tetapi ahli kumpulan yang lain. Oleh itu objektif dari
segi kognitif, psikomotor dan efektif dapat dicapai.
Efikasi dapat dijelaskan sebagai kepercayaan ke atas keupayaan diri sendiri dan mengambil
tindakan yang sepatutnya dalam situasi yang tertentu. Ciri-ciri efikasi mempengaruhi empat
perkara utama iaitu pengalaman penting di masa yang lalu, vikarious, persekitaran sosial dan
maklum balas berbentuk fisiologi dan juga emosi. Diantara faktor-faktor ini, yang paling penting
ialah pengalaman yang kita sendiri lalui. Dalam slot ini juga pelajar-pelajar akan didedahkan
mengenai efikasi diri melalui aktiviti-aktiviti kumpulan dan dibantu oleh fasilitator.
Kaedah
Kaedah Koperatif
Dalam kaedah ini, aktiviti untuk meningkatkan motivasi diri pelajar dijalankan.
Permainan ‘to be or knot to be’ akan dijalankan. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar akan kekal
dalam kumpulan yang sama. Pelajar-pelajar ini akan dibantu oleh fasilitator yang terdiri
daripada guru pendidikan khas. Dalam aktiviti permainan ini, pelajar-pelajar akan membentuk
satu kumpulan kecil dan mereka akan bersemuka di antara satu sama lain. Pelajar-pelajar
dikehendaki menutup mata masing-masing. Mereka dikehendaki memegang tangan kanan
pelajar yang berada di depan mereka. Selepas itu pelajar-pelajar akan membuka mata dan
akan memegang tangan kiri pelajar yang lain. Selepas itu, pelajar-pelajar dikehendaki
melepaskan diri mereka daripada silangan tangan tanpa melepaskan tangan mereka. Jika
pelajar-pelajar bekerjasama diantara satu sama lain, mereka akan membentuk bulatan yang
besar dan jika tidak bulatan mereka akan kekal dengan silangan tangan.
Penilaian
Penilaian akan dibuat oleh fasilitator dalam bentuk pemerhatian. Bagaimana ahli
kumpulan berkerjasama di antara setiap ahli kumpulan akan dinilai. Kumpulan yang berjaya
membuka silangan tangan tanpa melepaskan tangan mereka dikira sebagai berjaya
mengekalkan kerjasama diantara kumpulan.
Objektif
Dalam kandungan kursus ini objektif kedua dan ketiga akan tercapai dimana pelajar-pelajar
pendidikan khas tidak akan berasa takut atau segan apabila berinteraksi dengan warga sekolah
dan juga masyarakat sekeliling mereka dan akan dapat menonjolkan diri mereka dalam
sebarang aktiviti sekolah dan tidak merasa rendah diri. Meningkatkan motivasi pelajar-pelajar
pendidikan khas dalam kerjasama dalam kumpulan. Oleh itu objektif dari segi kognitif,
psikomotor dan efektif dapat dicapai.
2.1 Mengamalkan Sikap Keusahawanan
Pelajar perlu bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan yang diambil. Pelajar diberi
kebebasan untuk mengawal sumber-sumber berkaitan pembelajaran dan menggunakannya
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
Setiap kumpulan akan diberikan satu edaran kertas yang ditulis nombor dari satu hingga
seratus. Seperti pada rajah di bawah. Selepas itu guru akan membacakan soalan matematik
dan pelajar-pelajar dlam kumpulan dikehendaki bersamam-sama mencari jawapan dan
menandakan jawapan tersebut pada kertas jawapan yang diedarkan tadi. Kertas nombor yang
diberikan pada setiap kumpulan adalah tidak sama. Kumpulan yang mendapat bingo akan
dikira sebagai pemenang. Sebagai contoh, guru akan menyatakan 20 + 30 = ?, 44 + 6 = ?, 15 +
30 = ? dan sebagainya.
10 33 55 20 43 60 52 48 23
21 46 61 49 34 16 28 54 32
17 57 67 11 72 38 71 64 40
41 25 45 50 63 68 19 58 27
35 51 59 12 30 24 44 69 47
Penilaian :
Objektif :
Dalam aktiviti ini, objektif pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pengalaman
dalam bidang keusahawanan. Oleh itu objektif dari segi kognitif, psikomotor dan efektif dapat
dicapai.
Pelajar perlu peka dengan keupayaan sendiri dan boleh melihat serta mengambil
peluang yang terdapat di persekitaran. Peluang perniagaan boleh wujud akibat masalah yang
ditimbulkan oleh orang lain. Perubahan teknologi, perubahan citarasa pengguna, perubahan
cara hidup, perubahan sikap dan sumber-sumber alam.
Kaedah;
Penilaian:
Penilaian akan dilakukan berdasarkan kumpulan yang dapat mencari idea yang paling
kreatif untuk memulakan perniagaan baru.
Objektif:
Dalam objektif ini, pelajar-pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan
keyakinan diri dalam diri mereka untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru. Disamping
itu, ianya dapat memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar khas tentang
pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan dan memberi pendedahan kepada
pelajar-pelajar pendidikan khas mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan
pembelajaran di dalam kehidupan seharian mereka disamping pelajar-pelajar akan dapat
mengetahui prinsip-prinsip asas dalam pemasaran produk
Pelajar perlu berani mengambil risiko dan memastikan risiko yang diambil adalah
munasabah dan berpatutuan dangan ganjaran yang diterima.
Kaedah :
Kumpulan satu akan diberi satu situasi dimana mereka dalam kumpulan mereka kena
bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Sebagai contoh pelajar akan diberi aktiviti
halangan. Dimana dalam permainan ini, pelajar akan ditutup mata dan mereka akan dipandu
oleh rakan mereka yang lain merentasi halangan-halangan yang disediakan. Setiap ahli
kumpulan akan bergilir-gilir dalam melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini akan mengajar pelajar-
pelajar teknik menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar akan belajar untuk menumpukan fikiran
dan mematuhi arahan. Disamping itu mereka akan belajar untuk bekerjasama di antara satu
sama lain untuk mencapai kejayaan.
Penilaian:
Dalam aktiviti ini penilaian dalam bentuk pemerhatian akan dilakukan oleh guru
fasilitator. Pemerhatian akan dilakukan dari segi keyakinan diri pelajar untuk mengikut arahan
ahli kumpulannya.
Objektif
Dalam objektif ini pelajar-pelajar pendidikan khas dapat memupuk sifat kreatif, inovatif,
suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja
yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Disamping itu pelajar-pelajar pendidikan khas
dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan mereka.
Pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap keputusan yang diambil oleh
mereka. Mereka juga dapat menilai perbuatan yang baik dan yang kurang baik dalam sesuatu
keadaan tertentu.
Kaedah Perbincangan:
Setiap kumpulan akan diberikan soalan mengenai satu situasi dan pelajar-pelajar
dikehendaki membincangkan situasi tersebut dan memikirkan jawapan yang paling berkesan
untuk situasi tersebut. Dalam kumpulan yang sama pelajar-pelajar akan diberikan satu situasi.
Pelajar-pelajar dikehendaki membaca situasi tersebut dan berbincang dalam kumpulan.
Selepas itu pelajar-pelajar dikehendaki membuat keputusan yang beretika. Setiap kumpulan
perlu alternatif yang perlu diambil dan memberi sebab mengapa mereka memilih alternatif
tersebut.
Kumpulan 1:
Kes 1 :
Salmah adalah pembantu pengurusan di Bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat. Kawan
baiknya Lisa memohon jawatan di syarikat tersebut dan Salmah telah bersetuju untuk menjadi
perujuk untuk kawannya. Lisa meminta nasihat beliau untuk membuat persediaan untuk
temuduga. Salmah mempunyai soalan-soalan yang akan ditanya semasa ditemuduga dan
hendak memberikan Lisa satu salinan supaya beliau boleh bersedia. Adakah tindakan Salmah
itu betul?
Kumpulan 2:
Kes 2:
Ali bekerja di bahagian kawalan kualiti. Setiap tahun, penyelianya akan memberi komputer yang
diubah suai kepada sekolah yang berdekatan. Tiada rekod disimpan untuk pemberian ini. Ali
sangat memerlukan sebuah komputer untuk anaknya yang sedang menuntut di kolej.
Penyelianya menyuruhnya untuk menghantar 12 komputer ke sebuah sekolah. Apakah
tindakan yang wajar dilakukan oleh Ali?
Kumpulan 3
Kes 3:
Ah Meng adalah seorang setiausaha di bahagian Pengurusan Kemudahan. Dia telah menerima
sebuah komputer baru dan ingin mencubanya. Walaupun penyelia beliau tidak membenarkan
penggunaan komputer untuk urusan persendirian, dia ingin belajar mengenai email dengan
lebih mendalam lagi. Salah satu cara untuk belajar adalah dengan menghantar email kepada
rakan-rakan dan saudaranya. Beliau telah menghabiskan semua kerjanya dan penyelianya
telah balik awal. Apakah tindakan yang patut dilakukan olehnya?
Kumpulan 4
Kes 4 :
Kok Leong dan Rama sedang bercakap mengenai program kebaikan untuk para pekerja. Kok
Leong yang mempunyai masalah kewangan menerangkan kepada Rama bahawa program ini
mempunyai cara untuk membolehkannya menerima sedikit bantuan kewangan yang
membantunya membayar rawatan perubatan emaknya. Hassan, rakan sekerja mereka telah
mendengar perbualan tersebut. Keesokannya penyelia Hassan telah datang berjumpa
dengannya dan menyatakan beliau telah mendengar khabar angin ada orang yang memgambil
kesempatan terhadap program kebaikan tersebut. Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh
Hassan?
Kumpulan 5
Kes 5:
Ah Moi telah diambil bekerja sebagai pembantu am. Sebagai seorang pembantu am, beliau
bertanggungjawab untuk membuat salinan dokumen-dokumen kepada ketuanya. Anaknya Kok
Onn datang berjumpa dengan beliau dan menyatakan bahawa dia perlu membuat salinan untuk
projek sekolah. Dia telah membawa kertas sendiri dan memerlukan 300 salinan untuk kelasnya.
Jika dia tidak membawa salinan tersebut, dia akan gagal projek tersebut. Mesin photostat
syarikat belaiu tidak menyinpan rekod salinan yang dibuat. Apakah tindakan yang patut diambil
oleh Ah Moi.
Penilaian:
Penilaian akan dibuat berdasarkan pembentangkan oleh setiap ahli kumpulan dan
jawapan yang dikemukan oleh mereka.
Objektif:
Objektif yang dapat dicapai adalah melatih pelajar pendidikan khas mengamalkan nilai-
nilai etika dalam kehidupan seharian dan perniagaan.
Pelajar sanggup menerima kegagalan sebagai satu dorongan untuk mencapai kejayaan.
Kegagalan merupakan satu pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak diulangi.
Kaedah
Seorang pelajar dari setiap kumpulan akan bertanding dalam permainan catur.
Pemenang dalam setiap kumpulan akan bertanding dengan pemenang dari kumpulan yang
lain. Dalam pertandingan ini mereka akan mempelajari teknik-teknik untuk melemahkan lawan
mereka dan memperolehi kejayaan. Pelajar yang mengatur strategi yang salah akan mendapat
kekalahan dan pelajar yang mengatur strategi yang berkesan akan mendapat kemenangan.
Penilaian
Penilaian akan dibuat melalui pemerhatian. Ahli kumpulan yang mendapat tempat
pertama akan dikira sebagai pemenang.
Objektif
Dalam objektif ini pelajar-pelajar pendidikan khas akan mendapat pendedahan peringkat
awal tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan. Disamping itu, pelajar-
pelajar pendidikan khas dapat membina dan menanamkan keyakinan diri dalam diri mereka
untuk membuat dan mencuba sesuatu yang baru.
f.Berdaya tahan
Pelajar berani menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk menjayakan sesuatu
projek yang diberikan. Dia perlu mempunyai daya kekuatan mental, fizikal dan emosi yang
tinggi untuk terus bertahan di samping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan
tabah sehingga berjaya.
Kaedah
Pelajar dalam kumpulan yang sama akan diminta untuk menghasilkan satu barangan
yang unik untuk dipasarkan dengan bahan-bahan yang telah dibekalkan kepada mereka seperti
kertas manila, kotak, warna, kertas A4, tin kosong dan kayu. Pelajar-pelajar dengan kreativiti
masing-masing akan menggunakan bahan-bahan yang mereka perolehi untuk menghasilkan
satu barangan untuk dipasarkan.
Penilaian:
Objektif :
Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam
aktiviti kehidupan seharian
Pelajar boleh menguasai pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang
mudah. Pelajar boleh mengamalkan pengetahuan dan lemahiran pengurusan asan perniagaan
dalam urusan jual beli yang mudah dalam situasi kehidupan seharian . Pengetahuan dan
kemahiran pemgurusan asas jual beli yang mudah melibatkan proses-peoses :
a. Merancang sesuatu projek dengan teliti
b. Melaksanakan projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan
c. Memantau projek
d. Menilai projek
Kaedah:
Setiap kumpulan akan diberikan bahan yang diperlukan untuk membuka gerai dan
menjual barangan mereka di gerai tersebut. Pelajar dikehendaki menggunakan kreativi mereka
untuk menghias dan menyusun barangan di gerai untuk menarik perhatian orang ramai untuk
berkunjung ke gerai mereka. Barangan yang akan dijual di setiap gerai adalah sama iaitu : kek.
muffins, kraftangan, barangan makanan dan miniman.
Penilaian:
Setiap kumpulan dinilai melalui jualan yang paling banyak dan cara mereka menarik
pelanggan berkunjung ke gerai.
Objektif :
Objektif yang dapat dicapai daripada aktiviti ini adalah pelajar-pelajar dapat memupuk
sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang
bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Disamping itu dapat
memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga. Selain daripada itu
dapat memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar
khas dan melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.
Selepas kursus motivasi dan keusahawanan ini dilaksanakan, satu sesi validasi akan
dibuat bagi menilai sejauhmanakna kursus ynag dilaksanakan dapat mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Melalui sesi validasi ini, pendapat pelajar dan guru akan didengar demi
memperbaiki kursus ini pada masa yang akan datang. Hasil daripada pandangan pelajar-pelajar
dan guru ini akna dijadikan sebagai refleksi kursus motivasi dan keusahawanan . Tujuannya
supaya urus setia kursus motivasi dan keusahawanan dapat merangka semula kerangkan
konseptual yang lebih berkualiti bagi kursus yang akan dibuat pada masa akan datang.
Hari Pertama
Hari Kedua
Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof. (2004). Prinsip Keusahawanan (2nd ed.). Petaling Jaya;
Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn, Bhd.
Harold F. (2004). Motivation :Theory and Research. New Jersey : Lawrence Erlbaum
Associates, Inc.,Publishers.
Ismail Ab. Wahab & Zarina Salleh. (2008). Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan
Perniagaan. Shah Alam : Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Ismail Ramli. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2009). Curriculum : Foundations, Principles and issues. Boston:
Pearson Prentice Hall.
Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2007). Menjadi Usahawan. Selangir : PTS
Publications & Distributers Sdn. Bhd.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. (1997). Keusahawanan dan Motivasi Diri.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.