Anda di halaman 1dari 3

TUGAS BIRO

TUGAS BIRO SUKAN, KEBUDAYAN DAN REKREASI

1. Merancang dan mengatur aktiviti sukan penghuni asrama


2. Merancang dan mengatur aktiviti riadah pelajar asrama
3. Mengatur dan merancang aktiviti sukan dengan asrama lain
4. Menubuhkan ahli jawatankuasa biro sukan, kebudayan dan rekreasi dikalangan murid
5. Berhubung dengan pentadbir dan penyelia untuk mendapatkan kemudahan atau bantuan
bagi aktiviti-aktiviti sukan dan riadah asrama.
6. menyediakan buku pinjaman peralatan stor sukan
7. mencadangkan calon pengawas stor sukan

BIRO AKADEMIK
1. Mengawasi kepentingan dan kebajikan pelajar dalam bidang pendidikan.
2. Merancang sebarang aktiviti untuk meningkatkan akademik murid asrama.
3. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pentadbir
4. Menampal keputusan peperiksaan di papan kenyataan.
5. Mengisi dan menganalisis keputusan peperiksaan murid.
6. Mengisi dan melengkapkan fail akademik asrama.
7. Membuat laporan keputusan akademik asrama.
8. Bertugas menjaga masa belajar.
9. Menyediakan ajdual waktu belajar dan jadual harian asrama.
10. Mengenalpasti dan menambah baik keperluan semasa murid semasa belajar ( Contoh :
Menyediakan kamus belajar )

BIRO 2K
1. Bertanggungjawab menyediakan pelan laluan keselmatan.
2. Menyediakan, menyenarikan dan melaksanakan program 3K Asrama
3. Menentukan dan memaklumkan keperluan kemudahan keselamatan asrama seperti
keperluan pemadam api.
4. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid di asrama.
5. Membuat pemeriksaan keselamatan katil.
6. Membuar sport check almari murid asrama.
7. Bidang persekitaran dan lokasi asrama : membuat pemantauan kawasan berlopak atau
kawasan menakung air untuk mengelakkan pembiakan denggi dan sebagainya.
8. Menentukan kawasan larangan kepada murid.
9. Mengenal pasti, memantau dan memaklumkan keadaan keselamatan permis asrama, tandas
dan sebagainya.
BIRO DISIPLIN
1. Memberikan ceramah disiplin murid asrama semasa sesi orientasi.
2. Menyediakan dan menampal risalah tentang disiplin di bangunan asrama.
3. Menerima laporan pemimpin pelajar/guru/ppm/warden dan seterusnya mengambil
tindakan yang sewajarnya.
4. Menanamkan semangat kekitaan melalui slogan, “ASRAMAKUKU RUMAHKU” supaya
peraturan asrama menjadi satu budaya.
5. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan
disiplin pelajar.
6. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.
7. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
8. Mencatat kes disiplin dan tindakan yang telah diambil ke dalam borang rekod disiplin, buku
laporan disiplin dan sistem maklumat berkomputer SSDM.
9. Memberi maklumat kepada GPK HEM / Guru Besar berhubung kes-kes serius seperti:

(a) Penyalahgunaan dadah / hidu gam.

(b) Menyimpan gambar dan majalah lucah

(c) Video dan VCD lucah

(d) Peras ugut

(e) Kumpulan haram / gangsterism

(f) Bohsia, bohjan dan lain-lain

(g) Merokok

(h) Meminum minuman keras

BIRO SURAU/KEROHANIAN
1. Merancang aktiviti pembangunan sahsiah murid islam.
2. Merancang takwim aktivti kerohanian
3. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
4. Mengenalpasti keperluan surau.
5. Solat bersama murid asrama
6. Merancang aktiviti kebersihan dan keceriaan
7. Memastikan kebersihan surau dalaman dan luaran dan juga kebersihan tempat wuduk
dan luarannya
8. Menyediakan khidamt nasihat kepada murid asrama beragama islam yang bermasalah.
9. Membantu murid
10. Mengadakan majlis membaca Yasin, tahlil dan solat hajat.
11. Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari masa ke semasa
BIRO KEBAJIKAN & PERKHIDMATAN
1. Memaklumkan kepada felo/warden jika ada pelajar sakit yang perlu dihantar ke klinik untuk
mendapatkan rawatan.
2. Menghantar murid sakit ke klinik
3. Memastikan peralatan kecemasan asrama lengkap untuk rawatan awal seperti kecederaan
fizikal.
4. Menyediakan bilik sakit yang selesa
5. Menjaga kebajikan dan memberi nasihat kepada penghuni berkaitan dengan kewangan
6. Membantu dan memantau keselamatan penghuni asrama.
7. Menyediakan rancangan biro kebajikan seperti membuat pungutan derma untuk penghuni
asrama yang ditimpa musibah atau keperluan berkaitan.