Anda di halaman 1dari 2

1.

Isu / Masalah

Pengajaran saya sepanjang minggu ini agak tergugat dengan kebisingan di dalam
kelas. Pelajar agak agresif mungkin disebabkan tindakan saya yang tidak memarahi
mereka sebelum ini jika mereka membuat bising. Ada beberapa orang murid yang
berlari di dalam kelas semasa saya memasuki kelas dan tidak mengedahkan arahan
saya supaya senyap. Mereka juga bercakap semasa saya memberikan latihan untuk
disiapkan di dalam kelas.

2. Analisis

Masalah ini dapat diatasi jika saya bijak mengawal kelas dari awal. Kawalan kelas
yang bijak harus dipelajari dan diaplikasikan oleh saya semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung di dalam kelas.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

a) Saya harus mendapatkan beberapa tips pengajaran dan kawalan kelas


daripada guru-guru yang berpengalaman dan rakan-rakan yang lain.
b) Bimbingan awal daripada guru pembimbing amat diperlukan supaya saya
tahu apa tindakan yang perlu saya lakukan selepas ini bagi menyiapkan diri
sebelum berhadapan dengan murid.
c) Saya juga perlu berbincang bersama-sama rakan guru praktikal yang lain
untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani praktikum.
d) Saya perlu bijak menguruskan diri dan sentiasa perlu bersedia untuk
berhadapan dengan apa jua situasi.
e) Bimbingan daripada guru-guru yang lebih berpengalaman amat diperlukan.
f) Saya perlu melatih diri untuk bersifat tegas demi kebaikan para murid.
4. Tempoh Masa

Saya berharap pada minggu seterusnya saya dapat mengaplikasikan apa yang telah
saya pelajari dalam mengawal kelas dan mengawal keadaan kelas dengan baik.

5. Penilaian Kejayaan

Saya akan meminta kerjasama pihak sekolah, pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing untuk membantu saya bagi melancarkan aktiviti praktikum yang sedang
berjalan.

6. Tindakan Susulan

Saya perlu mengaplikasikan pendekatan asertif sebagi langkah awal untuk


memperbaiki keadaan. Saya juga perlu sentiasa mendapatkan pandangan rakan-
rakan dan guru-guru yang berpengalaman apabila menghadapi sesuatu masalah.

Anda mungkin juga menyukai