Anda di halaman 1dari 10

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BEHRANG STESEN,
35950 BEHRANG, PERAK
Tel : 05 – 4544431 FAKS : 05 - 4544993

KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN TEMPURUNG KELAPA SEBAGAI BAHAN


TAMBAH DALAM BANCUHAN KONKRIT

OLEH:

ANIZA BT TAHIR

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM


POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

2010
KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN TEMPURUNG KELAPA SEBAGAI BAHAN
TAMBAH DALAM BANCUHAN KONKRIT

ANIZA BT TAHIR

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kekuatan mampatan konkrit dan tahap
kebolehkerjaan konkrit yang dicampurkan dengan tempurung kelapa. Perbandingan dilakukan di
antara campuran konkrit biasa dengan campuran konkrit tempurung kelapa. Tiga jenis bancuhan
konkrit, iaitu konkrit kawalan, konkrit yang ditambah dengan 5% tempurung kelapa dan konkrit
yang ditambah dengan 10% tempurung kelapa telah disediakan. Ujikaji yang dijalankan adalah
ujian runtuhan dan ujian mampatan. Daripada ujikaji yang dijalankan, ketiga-tiga bancuhan
konkrit mengalami runtuhan benar. Untuk ujian kekuatan pula, konkrit kawalan menunjukkan
kenaikan secara konsisten. Konkrit dengan tempurung kelapa 5% dan konkrit dengan tempurung
kelapa 10% juga menunjukkan kenaikkan tetapi tidak melepasi konkrit kawalan.

1.0 PENDAHULUAN

Pada masa ini banyak kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti ciri-ciri dan tingkah
laku sebenar konkrit Ini kerana, konkrit yang digunakan mempunyai sifat dan tingkat laku
berbeza disebabkan pelbagai faktor. Faktor-faktor ini kebiasaannya akan menyebabkan
perubahan yang drastik terhadap kekuatan dan ketahanlasakan konkrit. Keadaan ini seterusnya
akan memberi masalah utama terhadap kestabilan dan keselamatan struktur konkrit. Di dalam
keadaan sekarang, konkrit yang dihasilkan seharusnya mempunyai kualiti yang baik dari segi
kekuatan, tahan lasak serta kebolehkerjaannya dan dalam masa yang sama mempunyai kos masa
dan tenaga yang lebih efektif. Ini penting kerana faktor-faktor ini akan menyebabkan konkrit
tetap terus digunakan sebagai komponen utama dalam bidang binaan dan kejuruteraan awam.
Memandangkan salah satu komposisi yang mempengaruhi kekuatan konkrit ialah bahan
campurannya, maka satu kajian dan penyelidikan terhadap bahan campurannya telah dikaji.
Tujuannya ialah supaya menghasilkan konkrit yang lebih ringan daripada konkrit biasa. Hasil
daripada itu, tempurung kelapa telah digunakan sebagai alternatif ke dalam bancuhan konkrit.

1.1 Objektif Kajian

1. Mengkaji kekuatan mampatan konkrit yang dicampurkan dengan tempurung kelapa.


2. Mengkaji tahap kebolehkerjaan konkrit yang dicampurkan dengan tempurung kelapa.
3. Membuat perbandingan di antara campuran konkrit biasa dengan campuran konkrit
tempurung kelapa dari segi kekuatan mampatan dan kebolehkerjaan.

1.2 Skop Kajian

1. Nisbah bancuhan yang digunakan adalah 1:2:4.


2. Tiga jenis bancuhan dilakukan iaitu konkrit kawalan, 5% tambah tempurung kelapa dan 10%
tambah tempurung kelapa
3. Tiga ujikaji dijalankan iaitu ujian runtuhan, ujian faktor angkadar kepadatan dan ujian
mampatan kiub.
3.0 METODOLOGI KAJIAN

Mula

Mengenalpasti masalah

Menjalankan kajian

Konkrit kawalan Tambahan 5% Tambahan 10%


tempurung tempurung

Ujian Runtuhan Ujian Angkadar kepadatan Ujian Kiub

Pengumpulan data

Analisis

Kesimpulan dan cadangan

Rajah 3.1 Kerangka Operasi


4.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian adalah berdasarkan data-data yang diperolehi melalui ujian runtuhan, ujian faktor
angkadar kepadatan dan ujian mampatan kiub.

4.1 Ujian Runtuhan

Ujian runtuhan dijalankan untuk mengukur kesenangan kerja yang paling praktis dan
amat berguna untuk memeriksa kesegayaan dan ketetapan campuran konkrit di tapak bina [MS
7.1: 1971]. Nisbah bancuhan yang digunakan dalam bancuhan konkrit ini ialah 1:2:4 manakala
nisbah air-simen pula ialah 0.6. Data-data bagi keputusan bagi ujian runtuhan boleh dilihat pada
Jadual 4.1.

Melalui kajian yang dijalankan bagi ujian ini terhadap semua sampel, didapati setiap
sampel telah menghasilkan runtuhan benar, iaitu 150-200mm. Ini menunjukkan bahawa setiap
sampel konkrit yang dihasilkan mempunyai tahap kebolehkerjaan yang baik.

Jenis Konkrit Ketetapan Kekuatan Keadaan


Runtuhan (mm) Runtuhan

Konkrit Kawalan Cair 150-200 Runtuhan Benar

Konkrit dengan Tempurung Cair 150-200 Runtuhan Benar


Kelapa 5%

Konkrit dengan Tempurung Cair 150-200 Runtuhan Benar


Kelapa 10%
4.2 Ujian Faktor Angkadar Kepadatan

Dalam kaedah ini, perkara yang diukur ialah darjah kepadatan atau nisbah ketumpatan konkrit
yang diuji dengan ketumpatan konkrit yang sama, yang dipadatkan sepenuhnya (MS 7.1: 1971).
Data-data bagi keputusan bagi ujian angkadar kepadatan boleh dilihat pada Jadual 4.2. Melalui
ujian angkadar kepadatan, keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor mampatan
yang diperolehi bagi semua sampel adalah melebihi 0.92. Keputusan yang diperoleh
menunjukkan bahawa darjah kebolehkerjaan bancuhan adalah tinggi.

Jadual 4.2: Keputusan Ujian Angkadar Kepadatan

Bancuhan (1:2:4) Konkrit Konkrit dengan Konkrit dengan


Kawalan (kg) Tempurung Tempurung
Kelapa 5% (kg) Kelapa 10% (kg)

Berat Silinder 2.605 2.605 2.605


Berat Silinder + Konkrit 11.825 12.740 11.875
Separuh Padat
Berat Konkrit Separuh 9.220 10.135 9.270
Padat
Berat Silinder + Konkrit 12.070 12.675 11.805
Betul-betul Padat
Berat Konkrit Betul-betul 9.465 10.070 9.200
Padat
Faktor Mampatan 0.97 1.00 1.00
(Cair) (Cair) (Cair)
4.3 Ujian Mampatan Kiub

Ujian Mampatan Kiub dibuat untuk mengetahui tahap kekuatan konkrit . kekuatan
konkrit akan bertambah mengikut umurnya dan pertambahan kekuatan ini berterusan untuk
beberapa ketika. Konkrit yang telah siap dibancuh dimasukkan kedalam acuan dan dibiarkan
selama 24 jam untuk mengeras pada suhu bilik. Kemudian, konktit dikeluarkan dari acuan dan
direndam dalam air selama 7 hari, 14 hari dan 21 hari. Jadual 4.3 menunjukkan purata keputusan
ujian mampatan kiub bagi ketiga-tiga jenis konkrit mengikut hari.

Jadual 4.3 : Purata Bagi Keputusan Ujian Mampatan Kiub Bagi Konkrit Kawalan, Konkrit
Dengan Tempurung Kelapa 5% dan Konkrit Dengan Tempurung Kelapa 10%

Konkrit Konkrit Kawalan Konkrit Dengan Konkrit Dengan


Hari (kg) Tempurung Kelapa Tempurung Kelapa
5% (kg) 10% (kg)

7 14.377 15.693 17.963

14 22.232 17.930 18.957

21 26.083 20.390 19.747


Kekuatan Mampatan (N/mm2)
30

25

20
Konkrit Kawalan
15
Konkrit dengan
Tempurung Kelapa 5%
10 Konkrit dengan
Tempurung Kelapa 10%
5

0
Hari
7 hari 14 hari 21 hari

Rajah 4.3: Graf Kekuatan Mampatan Terhadap 7 hari, 14 hari dan 21 hari

Keputusan ujian mampatan kiub bagi konkrit kawalan berumur 7 hari menghasilkan nilai
kekuatan mampatan konkrit 14.377 N/mm2. Pada umur 14 hari, nilai kekuatan mampatan konkrit
sebanyak 22.232 N/mm2, manakala konkrit berumur 21 hari menghasilkan nilai kekuatan
mampatan sebanyak 26.083 N/mm2.

Bagi ujian mampatan kiub bagi konkrit dengan tempurung kelapa 5% yang berumur 7
hari menghasilkan nilai sebanyak 15.693N/mm2. Nilai kekuatan mampatan konkrit sebanyak
17.930 N/mm2 pada umur 14 hari dan 18.957 N/mm2 pada umur konkrit 21 hari. Untuk ujian
mampatan kiub bagi konkrit dengan tempurung kelapa 10% menghasilkan kekuatan mampatan
26.083 N/mm2 pada umur 7 hari. Manakala bagi 14 hari dan 21 hari, konkrit menghasilkan nilai
kekuatan mampatan sebanyak 20.390 N/mm2 dan 18.707 N/mm2.
Berdasarkan Rajah 4.3 graf bagi konkrit kawalan 7 hari, 14 hari dan 21 hari menunjukkan
kenaikan kekuatan mampatan yang begitu konsisten. Graf bagi konkrit dengan tempurung kelapa
5% pula juga menunjukkan kenaikkan yang konsisten tetapi kekuatan mampatan pula
berkurangan berbanding konkrit kawalan. Walaubagaimanapun, bagi konkrit dengan tempurung
kelapa 10% pula menunjukkan terdapat sedikit kenaikkan berbanding konkrit dengan tempurung
kelapa 5% bagi 7 hari dan 14 hari. Tetapi bagi 21 hari pula, kekuatan mampatan menurun
berbanding dengan kekuatan mampatan bagi konkrit dengan tempurung kelapa 5%. Ini
berkemungkinan kekuatan mampatan telah mencapai tahap yang maksima pada hari yang ke 14.

4.0 KESIMPULAN

Dalam kajian ini, penggunaan tempurung kelapa digunakan sebagai alternatif kepada
bahan tambah dalam konkrit. Tiga ujikaji telah dijalankan ke atas konkrit kawalan, konkrit
dengan tempurung kelapa 5% dan konkrit dengan tempurung kelapa 10%. Perbandingan
keputusan konkrit dibuat antara ketiga-tiga konkrit tersebut. Didapati bahawa penggunaan
tempurung kelapa sebagai bahan tambah bagi menggantikan aggregat halus boleh digunakan
dalam bancuhan konkrit. Daripada keputusan ujikaji yang dijalankan, ketiga-tiga bancuhan
menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Ujian kekuatan mampatan juga
menunjukkan ketiga-tiga bancuhan konkrit memberikan bacaan yang konsisten. Namun begitu,
konkrit yang dihasilkan dengan campuran tempurung kelapa memberikan nilai yang rendah pada
hari yang ke 14 dan 21 hari walaupun bacaan yang dihasilkan adalah konsisten. Nilai yang
dihasilkan tidak melepasi nilai kekuatan mampatan konkrit kawalan.
5.0 CADANGAN

Daripada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa cadangan sebagai penambahbaikan


projek pada masa akan datang:

i. Menjalankan kajian ini dengan lebih terperinci serta memperbaiki dari segi keputusan
dan ketetapan masa dalam membancuh konkrit supaya dapat menghasilkan konkrit yang
lebih berkualiti.

ii. Bahan-bahan yang digunakan untuk membancuh konkrit mestilah disukat dengan betul
supaya konkrit yang dihasilkan menepati spesifikasi konkrit yang ditetapkan.

iii. Membuat ujikaji bagi ujian kekuatan konkrit pada umur 28 hari.

RUJUKAN

Mat Lazim Zakaria (2005). Bahan dan Binaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

D.E Shirley terjemahan oleh Mohammad Ismail (1992). Pengenalan Kepada Konkrit. UTM

Thomas P. Fahl (2001). Concrete Principles. America: American Technical Publishers


Bang Yeong Lee, Taemin Kim and Yun Yon Kim (2010). Journal of Advanced Concrete
Technology, Volume 8.

Owens P.L (2007). Basic Mix Method. Palladian Publications Ltd.

Anda mungkin juga menyukai