Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertanggungjawab
kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji
konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai
sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan
penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk
memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil.
Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah
ditetapkan dalam kurikulum, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang
bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru dipertanggungjawabkan
untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai
akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang
pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak.
Seorang guru yang mengamalkan akauntabiliti terhadap sekolah merupakan seorang guru yang
mengambil berat terhadap pencapaian sekolah dan segala aktiviti di sekolah. Guru ini akan
sentiasa memastikan kaedah pengajaran yang digunakan sejajar dengan perkembangan kognitif
pelajar. Guru perlu mengikuti perkembangan semasa tentang isu-isu yang berkaitan sekolah
terutama sekali isu-isu yang melibatkan kaedah pengajaran yang terkini dan serba canggih.
Guru melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan di sekolah