Anda di halaman 1dari 78

APA ITU DAYA?

Daya ialah satu tindakan yang dapat mengubah jenis gerakan sesuatu jasad seperti memulakan, menghentikan,
memecutkan, melambatkan, dan mengubah arah gerakan.

Merupakan suatu kuantiti vektor yang mempunyai arah dan magnitud.


Dalam kajian kesan daya ke atas gerakan; paduan dan leraian daya sering digunakan.

Daya yang dikenakan kepada suatu jasad adalah berkadar langsung kepada kadar
perubahan momentum jasad itu, dan pada arah yang sama.
Jika suatu jasad berjisim m dikenakan suatu daya F dan halajunya berubah dari u ke v,
maka

daya Kadar perubahan momentum

daya Perubahan momentum


masa

F mv - mu
t

m(v - u) tetapi
t
v - u = a, pecutan
t

F ma

F = kma, k = pemalar

F adalah dalam unit N, jisim m dalam unit kg, pecutan a dalam unit m s-2, dan nilai k = 1,
oleh itu

F = ma

APA ITU IMPULS?


Impuls adalah hasil darab daya dengan masa tindakannya.

Unit SI bagi impuls adalah Newton sesaat (Ns) atau kilogram meter sesaat (kg
m s-1)
Daripada persamaan

F = ma

= m (v - u)
t

= mv - mu
t

Ft = mv - mu

Hasil darab daya F dengan masa tindakannya t dikenali sebagai impuls


suatu daya

Impuls = Ft

Daripada Ft = mv - mu

Impuls = Ft = Perubahan momentum

Daya impuls adalah daya yang bertindak dalam masa yang singkat seperti
dalam pelanggaran atau hentaman.
Unit SI adalah Newton (N).
Magnitud daya impuls biasanya adalah besar.

APA ITU PRINSIP REJANGAN JET DAN


ROKET?
Prinsip ini adalah berdasarkan kepada prinsip
keabadian momentum dan hukum gerakan
Newton.

Udara yang keluar dari muncung menghasilkan satu momentum.


Untuk mengekalkan jumlah momentum pada sifar, belon bergerak ke depan
dengan magnitud yang sama tetapi bertentangan arah.
Daya pada belon F2 adalah sama magnitud tetapi bertentangan arah.

F2 = -F1

Enjin Jet

Udara disedut dan dimampatkan di kebuk pembakaran.


Bahan api (biasanya parafin) disembur ke dalam kebuk pembakaran.
Pembakaran menghasilkan gas panas yang dikeluarkan dengan laju dari
ekzos dengan satu momentum.

Roket
Bahan api dicampurkan dengan oksigen cecair di kebuk pembakaran.
Gas panas dikeluarkan dari ekzos dan menggerakkan roket itu.

Perbezaan antara enjin jet dan roket


JET ROKET
Menyedut oksigen dari udara Membawa gas oksigen cecair sendiri
Boleh terbang di udara dan angkasa Boleh terbang di udara sahaja
Bahan api adalah parafin Bahan api adalah hidrogen cecair
Form 4 Physics - Chapter 2 (BM version)
2.1 MENGANALISA GERAKAN LINEAR

Gerakan linear ialah gerakan sepanjang garis lurus.

Kuantiti skalar
- kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.
- contoh ialah jisim, masa, jarak, laju

Kuantiti vektor
- kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah.
- contoh ialah sesaran, halaju, pecutan, daya, momentum

Jarak (distance), s
- jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh suatu objek.
- kuantiti skalar
- unit SI ialah meter, m

Sesaran (displacement), s
- jarak (terdekat) suatu objek daripada kedudukan asalnya, mengikut arah dari titik asal itu.
- kuantiti vektor
- unit SI ialah meter, m

Laju (speed), v

- kadar perubahan jarak:

- unit SI ialah ms -1
- kuantiti skalar

Halaju (velocity), v
- kadar perubahan sesaran atau perubahan jarak pada suatu arah tertentu
- unit SI ialah ms -1
- kuantiti vektor mengikut arah sesaran paduan.
Pecutan (acceleration), a
- kadar perubahan halaju.

- kuantiti vektor.
- unit SI ialah ms -2

Pecutan seragam (constant acceleration)


- jika halaju objek (yang bergerak secara linear) berubah dengan kadar malar (constant).

Nyahpecutan (deceleration)
- halaju objek semakin berkurang
- pecutan negatif.

Contoh:
1. (a) Sebuah kereta bergerak dari keadaan pegun dan memecut secara seragam supaya
mencapai halaju 20 ms -1 dalam masa 5 saat. Berapakah pecutan kereta itu?

Penyelesaian:
halaju awal, u = 0 ms -1
halaju akhir, v = 20 ms -1
masa, t = 5 saat

= 20 - 0 = 4 ms -2
5
(b) kemudian brek di tekan dan kereta itu semakin perlahan dengan kadar seragam
sehingga berhenti dalam masa 4 saat. Berapakah pecutan kereta itu?

Penyelesaian
halaju awal, u = 20 ms -1
halaju akhir, v = 0 ms -1
masa, t = 4 saat

= 0 - 20 = - 5 ms -2
4
Kereta itu mengalami nyahpecutan dengan magnitud 5

LATIHAN

1. Sebuah lori memecut secara seragam dari halaju 5 ms -1 sehingga 20 ms -1 dalam masa
20 saat. Tentukan pecutan lori itu.

2. Hisham mula memandu keretanya dari rumah dengan pecutan seragam dan mencapai
halaju 15.0 ms -1 dalam masa 5.0 saat. Berapakah pecutan kereta Hisham?

Jangka masa detik (ticker timer)


- alat yang digunakan untuk mengkaji gerakan suatu objek bagi selang masa yang singkat.
- pita detik berkarbon dipasang melalui jangka masa detik dan ditarik oleh objek yang
bergerak.

- digunakan untuk menentukan masa, sesaran, halaju purata, pecutan dan jenis gerakan suatu
objek.
Contoh:

Jenis-jenis gerakan (yang digambarkan di pita detik)


- Jarak antara titik-titik sama - halaju objek adalah seragam (constant velocity)

- Jarak antara titik-titik bertambah secara seragam - pecutan seragam (constant acceleration)
22 Februari 2012

Hubungan kait sesaran, halaju, pecutan dan masa.

Gerakan dengan halaju seragam


1. Objek yang bergerak dengan halaju seragam - pecutannya sifar.
2. Sesaran, s selepas t saat :
s=vxt [ v - halaju seragam objek ]

Gerakan dengan pecutan seragam

Objek yang bergerak dengan pecutan seragam, a, sesaran, s objek :

Contoh:
Hisham mula memandu keretanya dari rumah dengan pecutan seragam dan mencapai halaju 15.0 ms-1
dalam masa 5.0 s. Berapakah
(a) pecutan kereta Hisham?
(b) sesaran kereta Hisham 5.0 saat selepas mula bergerak?
(c) halaju kereta Hisham pada masa t = 4.0 saat?
(d) halaju kereta Hisham setelah bergerak sejauh 20.0 m dari tempat permulaan.
Penyelesaian:

GRAF GERAKAN LINEAR

GRAF SESARAN - MASA

 Kecerunan graf = halaju objek


GRAF HALAJU - MASA
2.2 JISIM DAN INERSIA

Jisim

- jumlah atau kuantiti jirim yang terkandung dalam sesuatu objek.


- bergantung kepada bilangan dan jenis atom dalam objek itu
- unit SI ialah kilogram )kg)
- merupakan kuantiti skalar
- sentiasa tetap dan tidak dipengaruhi oleh faktor seperti daya tarikan graviti.

2.2 INERSIA
- merupakan sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang
perubahan keadaan asal gerakannya, sama ada keadaan pegun atau keadaan bergerak.

Situasi tentang inersia jika


keadaan asal objek: pegun

- apabila kadbod disentap (tarik serta merta) secara mengufuk (horizontal), duit syiling akan
terjatuh ke dalam gelas.
- inersia duit siling menentang perubahan keadaan asalnya, iaitu keadaan pegun. Oleh itu ia
tidak bergerak bersama kepingan kadbod lalu jatuh ke dalam gelas kerana daya tarikan
graviti.

keadaan asal objek: bergerak

sedang bergerak berhenti secara tiba-tiba

- apabila sebuah kereta bergerak, pemandu dan penumpang juga bergerak bersama-sama.
- apabila kereta itu di perlahankan atau berhenti secara tiba-tiba, pemandu dan penumpang
akan terhumban ke hadapan.
- inersia pemandu dan penumpang itu menentang perubahan keadaan asalnya iaitu keadaan
bergerak. Oleh sebab itu mereka meneruskan pergerakkan ke hadapan.

Applikasi konsep inersia.


A B C D

A - Sos cili lebih mudah keluar daripada botol jika botol digoncang ke bawah dengan kuat
dan dihentikan secara mendadak.
- Sos cili dalam botol itu cuba mengekalkan keadaan asalnya yang bergerak ke bawah
apabila botol dihentikan secara tiba-tiba.

B - Payung diputarkan laju untuk menanggalkan titisan air di permukaannya.


- Titisan air cuba mengekalkan keadaan asalnya pegun apabila payung diputar.

C - Budak lelaki berlari secara zig-zag (lintang pukang) ketika dikejar oleh lembu.
- Jisim lembu yang besar maka inersianya juga besar, menyukarkannya mengubah arah
gerak secara pantas.

D - Bahagian pemegang tukul dihentakkan ke lantai/permukaan yang keras untuk


mengetatkan kepala penukul yang longgar.
- Kepala penukul cuba mengekalkan keadaan asalnya yang bergerak ke bawah apabila
pemegangnya terhentak ke tanah yang keras.

Kaedah mengurangkan kesan negatif inersia.

A B
A Penggunaan beg udara dan tali pinggang keledar
 Beg udara akan mengembang apabila berlaku perlanggaran.
 Pemandu dan penumpang yang cuba mengekalkan keadaan asalnya yang bergerak akan
terhumban ke hadapan.
 Beg udara akan menghalang mereka daripada terhentak ke stering atau cermin kaca dan ini
membantu mengurangkan kecederaan mereka.
 Tali pinggang keledar pula menghalang mereka daripada terhumban ke hadapan.
B Mengangkut barangan berat menggunakan lori.
 Muatan mesti diikat kuat supaya tidak jatuh semasa lori berhenti atau mula bergerak.
 Barangan yang berat cuba mengekalkan keadaan asalnya samada pegun atau bergerak
menyebabkan ia terjatuh apabila lori mula bergerak atau berhenti.

2.3 MOMENTUM LINEAR


Momentum
 ialah hasil darap jisim dengan halaju.
Momentum = jisim x halaju
= mv
 merupakan kuantiti vektor, dengan arah mengikut arah halaju.

 unit SI nya ialah kg ms-1


 bertambah apabila - jisim bertambah, halaju bertambah atau kedua-dua jisim dan halaju
bertambah.
Prinsip keabadian momentum menyatakan bahawa
 jumlah momentum dala suatu sistem adalah dikekalkan sekiranya tida daya luar yang bertindak
 momentum sebelum ... = momentum selepas ...
Perlanggaran
 elastik / kenyal / anjal
 tidak elastik
Perlanggaran elastik
 Semua objek yang terlibat berpisah selepas perlanggaran dengan halaju masing-masing.
 momentum dikekalkan
 tenaga kinetik dikekalkan
 jumlah tenaga dikekalkan

sebelum perlanggaran selepas perlanggaran

jumlah momentum sebelum = jumlah momentum selepas

m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2

Perlanggaran tidak elastik

 Semua objek yang terlibat bercantum selepas peerlanggaran dengan halaju yang sama.
 momentum dikekalkan
 tenaga kinetik berubah / tidak dikekalkan
 jumlah tenaga dikekalkan
sebelum perlanggaran selepas perlanggaran

jumlah momentum sebelum = jumlah momentum selepas

m1u1 + m2u2 = ( m1 + m2) v

Letupan
 Sebelum letupan semua jasad / objek dalam keadaan bercantum dan pegun / rehat.
 Selepas letupan semua jasad / objek yang terlibat bergerak dalam arah yang berlawanan.

Jumlah momentum sebelum letupan = Jumlah momentum selepas letupan

0 = m1v1 + m2v2

m1v1 = - m2v2
 tanda ( - ) menunjukkan arah berlawanan
APLIKASI PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM
Enjin jet

 Udara disedut masuk dan dimampatkan dalam bahagian kompresor. Udara termampatmengalir k
e ruang kebuk pembakaran (combustion
chamber), bercampur dengan bahanapidan terbakar lalu membebaskan gas-gas panas.
 Gas panas berkelajuan tinggi dibebaskan ke belakang dengan momentum yang tinggi.
 Momentum yang sama magnitudnya tetapi dalam arah bertentangan dihasilkan, lalumenggerakk
an jet ke hadapan.
Enjin roket

 Campuran hidrogen dan bahan api oksigen dalam kebuk enjin terbakarhebat.
 Gas-
gas panas dibebaskan dengan kelajuan sangat tinggi melalui ekszos,akan menghasilka
n momentum ke bawah yang besar.
 Berdasarkan prinsip keabadian momentum, menyebabkan momentum
yangsama magnitudnya tetapi berlawanan arah akan terhasil. Maka roket akanbergera
k keatas
Mennggunakan bot kipas di kawasan paya.

 Kipas menghasilkan halaju udara yang tinggi ke belakang, lalu momentum


yang besar dalam arah yang sama terhasil.
 Berdasarkan prinsip keabadian momentum, momentum
yang sama tetapiberlainan arah dihasilkan dan bertindak ke atas bot itu. Maka bot akan
bergerak ke hadapan.

LATIHAN

1.
Kereta A berjisim 1000 kg bergerak pada kelajuan 20 ms -1 berlanggar dengan kereta B
yang berjisim 1200 kg, berkelajuan 10 ms -1 dalam arah yang sama. Jika kereta B
terdorong ke hadapan pada 15 ms -1 kesan daripada impak tersebut, apakah halaju, v,
kereta A sebaik sahaja perlanggaran itu terjadi?

2.

Sebuah trak berjisim 1200 kg bergerak pada kelajuan 30 ms -1 berlanggar dengan


sebuah kereta berjisim 1000 kg yang bergerak dalam arah bertentangan dengan
kelajuan 20 ms -1. Selepas perlanggaran, kedua-dua kenderaan bergerak bersama.
Berapakah halaju kedua-dua kenderaan sebaik sahaja selepas perlanggaran terjadi?
3.

Seorang lelaki menembak menggunakan pistol berjisim 1.5 kg. Jika jisim peluru ialah 10
g dan mencapai halaju 300 ms -1 selepas tembakan, berapakah halaju sentakan (recoil
velocity) pistol itu?

2.5 MENGANALISA KESAN DAYA

Keseimbangan daya (Balanced Force)


Keseimbangan daya suatu objek tercapai apabila paduan beberapa daya yang
bertindak ke atasnya adalah sifar.
Weight, W = Lift, U
Thrust, F = Drag, G