Anda di halaman 1dari 2

2.

Bumi yang lestari hanya impian kerana kerakusan manusia mengeksploitasi alam
sekitar. Bincangkan.

Bumi yang lestari merupakan amanah dan anugerah Tuhan kepada manusia yang harus dipelihara
sebagai warisan generasi yang berpanjangan. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma
dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah. Walaupun
tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting namun ianya seringkali diabaikan dalam keghairahan
mengejar kemajuan dan kemewahan demi kepentingan diri sendiri. Warisan ini sebenarnya terlalu tinggi
nilainya dalam kehidupan manusia. Adakah arus modensasi ini mempengaruhi kerakusan manusia yang
mengeksploitasi alam sekitar yang tidak terhingganya.? Tepuk dada Tanya selera?

Pada pendapat saya, bumi yang lestari hanya impian kerana kerakusan manusia
mengeksploitasi alam sekitar sehingga hari ini terus berlaku disebabkan pelbagai faktor dan projek
sosioekonomi giat dijalankan. Faktor pertama merujuk kepada minda manusia berjiwa rakus
terutamamanya golongan pemaju perumahan merupakan penyumbang utama kepada pencemeran
alam sekitar. Golongan inilah yang hanya mementingkan diri dan sanggup mengaut keuntungan yang
lebih sehingga mengalpakan kelestarian bumi. Pemaju perumahan asyik meneroka hutan yang tidak
terkawal untuk membina perumahan baru. Hai ini akan menyebabkan reka bentuk perbandaran yang
tidak bersistematik akan menyumbang kepada banjir kilat dan tanah runtuh. Mengikut kajian yang
dibuat, banyak pemaju perumahan terbabit dalam meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh di
sesuatu kawasan, khusunya di hilir tadahan hujan. Kebanyakan penyediakan tapak binaan
memusnahkan bentuk muka bumi asal dan kelestarian bumi yang menghijaukan.

Anggota masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab merupakan penyumbang kepada pencemaran alam sekitar berlaku. Ini dapat
dibuktikan dengan sikap anggota masyarakat yang tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk
menjaga alam sekitar sehingga menjadikan sungai atau tali air sebagai tempat untuk membung sampah
sarap. Hai ini bertambah buruh apabila sesetengah kilang membuang sisa toksik dari kilang ke dalam
sungai atau laut. Tindakan sedemikan akan mengancam kehidupan akuatik di dalam sungai atau laut
kerana mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Pencemaran air akan memudaratkan kesihatan
manusia, memusnahkan hidupan air dan memburukkan keindahan alam. Pihak yang tidak
bertanggungjawab ini disifatkan seperti “ enau di dalam berlukar yang hendak melepaskan pucuk
masing-masing ” , tetapi kesannya akan dirasai oleh orang lain juga.

Tambahan pula, isu pencemaran diperkasakan lagi dengan pencemaran udara. Penggunaan
kenderaan bermotor yang semakin meningkat dan juga aktiviti pembakaran terbuka serta pembebasan
asap – asap tanpa tapisan terus ke udara berpunca dari industri perkilangan menyebakan pencemaran
udara berlaku. Hal yang demikian menyebabkan pemanasan global berlaku kerana kandungan karbon
monoksida, metana, dan sebahagian karbon lain meningkat di ruang bumi. Tumbuh-tumbuhan yang
semakin berkurangan kerana ditebang untuk pembangunan dan pertanian tidak manpu membekalkan
oksigen. Disebaliknya pertambahan karbon monosida menyebabkan kesan rumah hijau yang teruk.
Dengan itu, kecairan salji di kutub utara dan di kutub selatan menyebabkan punca kanaikan paras air
laut di dunia yang akan membawa kesan buruk jika kawasan daratan yang sedia ada ditenggelami air.
Nahtijahnya, kehidupan manusia serta hidupan-hidupan lain akan terancam.

Kesimpulannya, semua pihak perlu serius dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar
yang boleh menggugat kelestarian alam sekitar. Usaha-usaha yang lebih proaktif dan drastik perlu
diambil dengan segera untuk melestarikan bumi semula. Cogan kata “ Cegah Sebelum Parah ” wajar
dijadikan pegangan supaya kita dikatakan sudah terantuk baru nak terngadah. Sekiranya pencemaran
alam dapat dikawal dengan berkesan, masyarakat akan hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Dengan itu, keindahan dan kehijauan bumi yang lestari dapat diwarisi turun-temurun kepada generasi
baharu.