Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASANKERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2016

Program: PPISMP Nama Pelajar:

Kod: GCI1102 Semester / Tahun: 1 (PPISMP)


Ambilan: JULAI 2017
Nama Kursus: Cabaran dan Isu Semasa
Dunia Kumpulan: RBT 1,2,3,4, SAINS 1,2,
MATH 1,2,3,4

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. PENULISAN ESEI / PENULISAN
8 OGOS 2017 8 SEPT 2017
AKADEMIK
2. PEMBENTANGAN 14 OGOS 2017 08 SEPT 2017

A. HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:


1. Menerangkan isu-isu politik dan konflik dunia semasa di Eropah dan Timur Tengah
serta implikasinya terhadap sistem pendidikan di Malaysia dengan merujuk pelbagai
sumber ( C2, A3, L01,L06, LL1 )
2. Membincangkan isu-isu ekonomi dunia semasa yang memberi kesan terhadap ekonomi
Malaysia melalui pembentangan secara berkumpulan. (C5, A2, L04, L05, CS3, TS1 )
3. Menghuraikan secara kritis isu-isu global dan impaknya terhadap peluang pendidikan di
Malaysia (C5, A4, L03, CTPS2 )
4. Menganalisis cabaran-cabaran terhadap negara dan langkah-langkah menanganinya
dengan merujuk pelbagai sumber . (C4, A3, L01, L06, LL1 )

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 ,2 dan 3

B. OBJEKTIF KERJA KURSUS:


Pelajar dapat:
1. Menilai secara kritis isu-isu politik dan konflik dunia semasa yang berlaku dengan
berfokus kepada isu pelarian Rohingya di Myanmar dan implikasinya kepada
Malaysia.
2. Membincangkan isu-isu ekonomi dunia semasa yang memberi kesan terhadap
ekonomi dan pendidikan di Malaysia

C. TUGASAN
TUGASAN 1 : Penulisan Akademik
Isu kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang berlaku ke atas penduduk Rohingya
merupakan isu yang harus dipandang serius oleh seluruh dunia. Penindasan dan kezaliman
ini harus dihentikan dan mereka perlu mendapat pembelaan oleh dunia demi memastikan
hak mereka di negara sendiri.

Berdasarkan rangsangan di atas pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:


Menghasilkan penulisan akademik tentang isu-isu politik dan konflik dunia semasa yang
berlaku dengan berfokus kepada isu pelarian Rohingya di Myanmar dan impak terhadap
Malaysia

a) Membincangkan secara khusus konflik pelarian Rohingya di Myanmar


b) Menilai secara kritis isu tersebut daripada pelbagai sudut termasuk impak terhadap
negara.
c ) Menjelaskan pendirian dan peranan Malaysia ke arah penyelesaian isu tersebut.

Panjang penulisan akademik 2000 patah perkataan.

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN
Membentang Isu-isu Ekonomi Dunia Semasa

Keteguhan dan kemajuan sesebuah negara ditentukan oleh pencapaian ekonomi yang
dinikmati. Pencapaian ekonomi negara juga berhubung rapat dengan keadaan ekonomi
global semasa. Apabila berhadapan dengan krisis ekonomi, sesebuah negara perlu
membuat perancangan ekonomi yang sistematik bagi memastikan keadaan ekonomi negara
tidak mengalami masalah yang besar.
Berdasarkan rangsangan di atas, bentangkan isu-isu ekonomi berkaitan tajuk-tajuk yang
ditetapkan dibawah.

i. Krisis kewangan global


ii. Kemunculan kuasa baru ekonomi dunia dengan merujuk kepada China dan India.
iii. Perubahan harga komuniti utama dunia- Petroleum.
iv. Kesan ekonomi terhadap pendapatan negara dan perbelanjaan pendidikan di
Malaysia.

D. ARAHAN PELAKSANAAN TUGAS :


1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu dan berkumpulan.

2 Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.
 Nama pelajar
 Angka Giliran
 No kad Pengenalan
 Kumpulan/Unit
 Kod dan nama kursus
 Tajuk Tugasan Projek
 Nama Pensyarah Akademik
 Tarikh Hantar
3.2 Fon Arial, saiz huruf – 11 dan langkau 1.5 baris; format justify.
3.3 Rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association).

4. Tajuk untuk tugasan ke-2 akan ditentukan melalui undian

5. Tugasan ke-2 dibuat berpasangan dan pembentangan mengambil masa 30 minit.


7. Keseluruhan tugasan ini membawa markah 100 % (Wajaran: 70%)
E. KRITERIA TUGASAN YANG BAIK :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci


2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :

 Penghasilan esei yang sesuai dengan kandungan mata pelajaran


Cabaran dan Isu Semasa Dunia
 Penghasilan esei mestilah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
 Penghasilan esei adalah hasil daripada pembacaan dan maklumat
daripada pelbagai sumber institusi maklumat terpilih.
 Penghasilan esei mestilah tepat dan padat serta jelas.
 Pembentangan yang berinformatif dan kreatif menggunakan
kemahiran ICT yang pelbagai serta kelancaran dalam aspek kupasan,
persembahan dan bahasa .

3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan ’citation’ yang dapat menyokong hujah-hujah anda


hendaklah dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan ulasan kritis/ refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa
yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
7. Rujukan hendaklah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan.

F. KRITERIA PENTAKSIRAN
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan seperti berikut :
(1) Rubrik Pemarkahan Holistik Penghasilan / penulisan akademik.
(2) Rubrik Pemarkahan Holistik Pembentangan Kumpulan ( berpasangan )

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _____________________________
(Nama: MOHD HANAFI BIN ZAINAL ) (Nama: ZAWIAH BT BAHROM)

Pensyarah / Penyelaras Kursus GCI1022 Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus/


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: PN KAMSIAH BT OMAR )
TARIKH :
Ketua Jabatan