Anda di halaman 1dari 10

1.

Pengenalan
Pengenalan kepada Bola Tampar
Bola tampar adalah suatu permainan yang dimainkan oleh 6 orang pemain
dalam satu pasukan. Manakala sesuatu pasukan bisanya mempunyai maksimum 12
orang pemain. Permainan bola tampar merupakan salah satu permainan yang
dipertandingkan di dalam senarai sukan dalam sukan Olimpik. Permainan ini
merupakan permainan dimana ia dua pasukan dipisahkan oleh satu jaring tinggi
menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar
sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan dibenarkan memukul
bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam
gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan
bola dengan betul.
Bola tampar merupaka satu sukan yang aktif keran banyak memerlukan
serangan memukul bola dan melakukan lompatan.

Sejarah Permainan Bola Tampar

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun
asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama
dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika
Tengah dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya
Sports and Games telah melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah
diubahsuai daripada Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893.
Begitu juga dengan permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David
McConnaughly Jr. pada tahun 1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut
mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau
bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta
permainan bola tampar.
Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium
Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J.
Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang
pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan
rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada
peringkat mula, bola keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara.
Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring
ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah
menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan
seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu
yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini
terus diminati dan diterima oleh Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola
tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H.
T. Halstead pada tahun 1896.
Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara
pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang
sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba
(1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum
ianya diperkenalkan ke Eropah.
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan
permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland
(1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah
berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang
dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan
antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan
semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua.
Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar
ditubuhkan. Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928
dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali
dan Belgium masingmasing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun
1936,1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball
(FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli.
Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang
jawatan selama 37 tahun.
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau
Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti
Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain
2.Kemahiran-kemahiran asas

a) Servis
Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari
bahagian belakang luar gelanggang. Terdapat dua jenis servis, iaitu servis
bawah tangan dan servis atas kepala. Servis adalah satu tindakan untuk
memulakan permainan dari kawasan servis.

 Servis bawah tangan (underhand)


i. Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang seluas bahu.
ii. Bengkok sedikit lutut
iii. Badan menghadap ke hadapan, ke gelanggang lawan.
iv. Bola dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan sekaligus tangan
akan memukul bola tersebut.
v. Semasa bola dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan
akan dipindahkan dan hayunkan tangan kehadapan.
vi. Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
vii. Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.

 Servis atas kepala (overhead)


i. Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
ii. Melambungkan bole lebih kurang 3 kaki di kepala dan dihadapan bahu
lengan yang membuat servis.
iii. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
iv. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola
v. Memukul denga tapak yangan dan jari di sekeliling bola.
vi. Ikut lajak dnegan lengan servis ke pertengahan badan.
b) Menyangga
kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar
bola ke pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran
menyangga atau 'dig'. Hantaran ini dilakukan pada aras bawah tangan yang
menggunakan dua belah tangan (a two-handed underhand pass) dan
merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar.
Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat
dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk
menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai
teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan juga
mengawal semula bola. Teknik-teknik Menyangga:

 Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.


 Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
 Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan
ke hadapan.
 Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
 Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap
sasaran sebelum bermain bola.
 Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
 Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
 Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
 Kendurkan bahagian atas tubuh.
 Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut
dengan baik oleh ahli pasukan yang lain
c) Mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan


rakan sepasukan melakukan rejaman.

 Fleksi kedua-dua belah lutut


 Kedua-dua belah tangan di atas kepala
 Kontak bola di hadapan dahi
 Luruskan siku dan lutut serentak
 Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran.

d) Merejam
Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola ke dalam gelanggang pihak
lawan bagi mendapatkan mata. Pemain perlu memukul bola dengan tapak
tangan dengan kencang ke kawasan pihak lawan.
i. Rejam berdiri
ii. Rejam sambil berlari (running spike)

Cara-cara merejam.
 Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku
 Bergerak ke arah bola sambil melihat kelajuan bola
 Lengan mula digerakkan ke belakang dalam persediaan untuk
melakukan lompatan
 Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan
 Pergelangan tangan bengkok dengan serta merta ke depan denga
tapak tangan dan jari-jari melindungi bola
 Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike atau
menadahkan tangan untuk mendapatkan kuasa
 Hayunan tangan mengikut lajak sehingga ke pertengahan badan
 Mendarat di atas jari kaki
 Lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap tekanan dan mendarat di
tempat yang sama semasa membuat lonjakan

e) Menghadang
Tindakan menghadang bola dilakukan untuk menentang spike oleh pihak
lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati
dalam gelanggang pihak lawan.
Cara-cara menghadang
 Badan dan tapak tangan menghadap jaring
 Lompat dengan kedua-dua belah kaki
 Luruskan kedua-dua tangan ke atas
 Jarakkan jari-jari tangan
 Mata pandang arah pergerakan bola
 Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat
Kelengkapan dan peralatan
i. Peralatan pemain terdiri daripada jersi, seluar yang sesuai dan kasut
sukan yang sesuai
ii. Jersi, seluar dan stokin mestilah seragam, bersih dan sama warna untuk
sebuah pasukan.
iii. Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau kulit
tanpa tumit.
iv. Jersi pemain mestilah bernombor dari 1-18 dan terletak pada bahagian
depan dan belakang.
v. Warna nombor mestila jelas dan mudah dibezakan daripada warna jersi
dan mempunyai ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm
dibelakang. Jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut
hendaklah sekurang-kurangnya 2cm.
vi. Bola
 Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan
kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang
serupa dalamnya.
 Warna : seragam dan cerah
 Ukur lilit : 65-67 cm
 Berat : 260-280 gram
 Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm
vii. Jaring
 Ukuran : 1 m lebar dan 9.5 m panjang
 Dijalin dengan tali berwarna hitam supaya membentuk lubang-
lubang segi empat sama 10 cm.
 Atas jaring terdapat kanvas berwarna putih 5 cm
 Tinggi jaring : 2.43 m bagi dewasa lelaki dan 2.24 bagi
dewasa wanita
: 18 tahun, 2.35 m untuk lelaki dan 2.20
bagi wanita
: 15 tahun, 2.30 m lelaki dan 2.10 m wanita
viii. Tiang-tiang :bulat dan licin
: tinggi 2.55 m dan dipasang 0.5-1m
daripada garisan tepi gelanggang.

Anda mungkin juga menyukai