Anda di halaman 1dari 7

Ucapan Tuan Rumah 1

TEKS UCAPAN DARI IBUBAPA


KEPADA
PASANGAN PENGANTIN

Disediakan Oleh :
EN MUHAMAD ISMADI BIN HJ DAMSUKI
( teks ini hendaklah dibacakan oleh ibu bapa / wakil pengantin )

Bismillahir rahman nil rahim


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakahtuh, salam
sejahtera, salam perpaduan dan salam satu Malaysia.

Yang berusaha , saudara pengacara majlis,


Yang Berbahagia. . . .. .. .. . .. .. . .. .. .. . .. .. .. . .. .. . .. . ( VIP yang
hadir )
Yang dikasihi ....................................... ( sanak saudara yang
hadir )

Tuan-tuan dan puan-puan yang menjadi tetamu kami pada


hari ini.

Sekalung budi seuntai bahasa,


Awal bismillah pembuka bicara,
Besar hati kedatangan semua,
Budi yang baik dikenang jua.

Miracle Sound System Entertaiment


Ucapan Tuan Rumah 2

Beras kunyit kami taburi,


Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Alhamdulillah, pertamanya marilah kita sama-sama


memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan
izinNya jua maka rancangan majlis ini menjadi kenyataan
yang sah. Pada masa yang sama, marilah kita semua
mengangkatkan salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi
Muhammad SAW bagi mendapatkan shafaat Baginda
siang dan malam.

Tuan-tuan & Puan-puan,

Sesunguhnya saat paling bahagia bagi ibu bapa semasa hidup


ialah ketika berlangsungnya pernikahan anak mereka. Sanak
saudara, kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai
diundang dan, jika berkesempatan, mereka akan turut
memeriahkan dan sama-sama bergembira pada hari bahagia
itu, seperti di majlis seperti pada hari yang bertuah ini. Saya
sedar mungkin ada di antara tuan tuan dan puan puan yang
hadir pada hari ini mempunyai pelbagai urusan yang lain.

Miracle Sound System Entertaiment


Ucapan Tuan Rumah 3

Namun Tuan-tuan & Puan-puan telah memilih untuk


menghormati undangan kami. Lantaran itu, kehadiran semua
tetamu undangan kami amatlah kami hargai. Dengan rendah
diri, kami hargai semua penghormatan yang telah diberikan
kepada kami

Rama-rama terbang ke dusun


Anak ketam bermain kaca
Bukan anak termakan racun
Hati tertikam kerlingan mata.

Kalau pukat sudah direntang


Jangan dikira kering dan basah
Kalau kasih sudah dipasang
Janganlah suka berpaling tadah

Buah seletup berongga-rongga


Kalau bertangkai, tangkai selidi
Bertuah hidup berumah tangga
Kalau berpisah, bercerai mati.

........................................................................................ ( nama anak )


dan ...........................................................................( nama menantu ),
hendaklah ingat bahawa rumahtangga umpama sebuah
kerajaan, suami menjadi raja dan isteri adalah ratu yang

Miracle Sound System Entertaiment


Ucapan Tuan Rumah 4

mempunyai kuasa yang cukup di dalamnya Dan ingatlah,


perselihan itu sebahagian daripada asam garam hidup; bak
kata Seniman Agong P. Ramlee ³sedangkan lidah lagi tergigit,
inikan pula suami isteri.´
Hujan lebat jauh di hulu
Hujan menimpa pohon belimbing
Bila marah berundur dulu
Bila sejuk baru berunding.

Jangan menjaring di tengah laut


Banyak gelombang datang menerpa
Jangan berunding muka berkerut
Banyaklah datang silang sengketa

..................................... ( nama anak ) ,Wahai anakanda


kesayangan ayahanda dan bonda,

Banyak sudah ayahanda/bonda bermadah


Mendengarkan nasihat jangan menyalah
Semat olehmu petua amanah
Supaya hidup mu akan berkat lah

Wahai anakanda kekasih ayahanda/bonda


Mendengar nasihat janganlah jemu
Di dalamnya banyak terkandung ilmu

Miracle Sound System Entertaiment


Ucapan Tuan Rumah 5

Untuk menjadi bekal hidupmu.

Berguna hidup kerana beradat


Adat lembaga jadi pedoman
Sempurna hidup kerana Syahadat
Syahadat dijaga mengukuhkan iman.

Tuan-tuan & puan-puan,

Saya dan bapa pihak ( perempuan / lelaki ) , telah menjadi


keluarga melalui perkahwinan di mana kedua-dua kami telah
menyerahkan anak dan menerima menantu dan telah sepakat
untuk mengadakan majlis ini secara sederhana ³Sebaik-baik
perbuatan
ialah yang sederhana´.
Menyedari hakikat bahawa bumi mana yang tak ditimpa hujan,
laut mana yang tak bergelora maka, dalam majlis sesederhana
ini, biasanya adalah pinggan yang retak, cawan yang pecah;
ada yang termasin dan pula yang termanis; ada yang kurang
dan ada pula yang terlebih.
Lantaran itu:
Kapal api dari seberang
Sarat dengan barang-barangan
Jika ada terlebih terkurang
Diumpat tidak dicaci pun jangan.

Miracle Sound System Entertaiment


Ucapan Tuan Rumah 6

Namun kami perlu memohon maaf atas segala kekurangan itu:

Kunang-kunang terbang ke lembah


Hinggap bersarang dipohon buluh
Pinang mengadap sirih menyembah
Kami menyusun jari sepuluh.

Akhirnya, tuan-tuan & puan-puan, kami mohon berkat doa


saudara mara dan para sahabat semua agar sama-samalah
mendoakan kebahagian rumah tangga dua mempelai ini
supaya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sayang Cik Mamat menjual cermin


Cermin dijual di Kg. Hulu
Ucap selamat pengantin di pelamin
Selamat sampai ke anak cucu.
Punya satu isteri mahu dakap sampai mati
Hilang semua gigi hanya tinggal dua gusi
Namun mereka tetap kasih, sayang dan saling mencintai
Sepanjang hayat kekal abadi, hanya pemisah cangkul penggali.

Itulah doa kami, Rabbana atinah fitdunia hasanah, wafil


akhirati hasanah, waqinnah 'azabannar Wassabihi wasallam.

Miracle Sound System Entertaiment


Ucapan Tuan Rumah 7

Sekian, wabillahitaufiq wall hidayah wassalammualaikum


warahmatullhi wabarakatuh.. Terima kasih.

Miracle Sound System Entertaiment