Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang
ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus
memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera
agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan
sekolah.Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan
daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan
bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan
sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan
semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan
pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya
untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan
mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman
yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan
itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Disiplin
dan perturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para
pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak
membuat kesalahn seperti penglibatan dalam gejala sosial seperti membuli.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan
tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai
Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-
matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan
akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribhasa Melayu
‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak
haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah
kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan
onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan
generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat
bangsa di persada dunia.