Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MANIS,

MANIR,
21060 K.TERENGGANU, TERENGGANU.

KEM KEPIMPINAN
TAHUN 2018

KUMPULAN
PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER,

KETUA DAN PENOLONG KELAS

TARIKH

11 – 19 JAN 2018

TEMPAT

DEWAN SK PULAU MANIS


1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Pulau Manis akan mengadakan Kem Kepimpinan khusus untuk melatih
pemimpin cilik menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan
contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Kem Kepimpinan adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan
dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Program ini perlu diadakan sebagai
wadah membentuk dan melahirkan pemimpin cilik yang mempunyai karisma kepimpinan
khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman
dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugas harian, yakin kepada diri sendiri dan sedar
akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, pemimpin cilik akan didedahkan
dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian
dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Pada tahun ini, Unit Disiplin Pengawas Sekolah Kebangsaan Haji Hussain sekali lagi
mengelolakan Kem Kepimpinan yang melibatkan pemimpin cilik iaitu Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas bertempat di Dewan SK Pulau Manis.
Pemimpin cilik ini terdiri dari tahun 3, 4, 5 dan tahun 6. Dengan semangat dan kepercayaan,
adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar Kem
Kepimpinan ini akan dapat memberikan peluang kepada pemimpin cilik menonjolkan
kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, program ini nanti akan dapat
mengeratkan tali persaudaraan sesama pemimpin cilik dan juga guru – guru.

Ketrampilan pemimpin cilik mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-


murid SK Haji Hussain yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
2.2 Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
2.3 Menerap rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan
tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
2.4 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
2.5 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan “role model” oleh murid-murid lain.
2.6 Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi
dan visi organisasi.

3.0 NAMA PROGRAM


“ Kem Kepimpinan 2018”

4.0 MOTTO
“Tanggungjawab Dipikul, Karisma Ditonjol”

5.0 ANJURAN
Unit Pengawas Dan Displin SK. Pulau Manis.

6.0 PENCERAMAH
Encik Mazlan bin Abdul Rahman

7.0 TEMPAT
Dewan SK Pulau Manis.

8.0 TARIKH
11 dan 14 Jan 2018

9.0 SASARAN
9.1 Pengawas Sekolah : 36 orang
9.2 Pengawas Pusat Sumber : 30 orang
9.3 Ketua Kelas : 8 orang
9.4 Penolong Ketua Kelas : 8 orang
JUMLAH : 82 orang
10.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Hasnah binti Md Zin
Timbalan Pengerusi : En Shahrul Amri bin Abdul Mubin
Naib Pengerusi 1 : Puan Noraini binti Mat Rais
Naib Pengerusi 2 : Puan Hayati binti Abdullah
Penyelaras Program : En. Mazlan bin Abdul Rahman
Setiausaha : En
Naib Setiausaha : Encik
Bendahari : Puan

Ahli Jawatankuasa Kerja

Persiapan & Teknikal : Encik


: Puan
: Puan
Kerohanian : Pn.
Disiplin & Protokol : En.
: Puan
: Puan
Brosur :
Tugas Khas, Cenderamata : Puan
& Sijil : Puan
Pengacara Majlis : Encik
: Encik
Makanan VIP,Guru & Murid : Puan
: Puan
: Puan
Kebersihan & Keselamatan : Encik
: Encik
: Puan
: Puan
Pendaftaran : Puan
: Puan
: Cik
Penggambaran : Puan
: Puan
Dokumentasi : Puan
Fasilitator : Semua Guru Disiplin

11.0 MANUAL JAWATANKUASA


Setiausaha
 Mencatat dan mengedar minit mesyuarat
 Menguruskan surat menyurat
 Bertugas menjemput eksekutif bermesyuarat

Naib Setiausaha
 Membantu tugas-tugas setiausaha

Bendahari
 Menguruskan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan
 Mengawal aliran wang masuk dan keluar
 Menguruskan resit-resit pembelian dan pembayaran
 Membuat laporan kewangan setelah program tamat

AJK Disiplin & Protokol


 Menjaga disiplin peserta-peserta supaya berada dalam keadaan terkawal
 Melaksanakan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar mengikut protokol yang
betul
AJK Persiapan & Teknikal
 Menyediakan segala peralatan yang diperlukan oleh eksekutif-eksekutif lain untuk
kegunaan sepanjang program
 Memastikan dan menyediakan peralatan dewan yang mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan yang baik sebelum digunakan

AJK Tugas-Tugas Khas, Cenderamata Dan Sijil


 Memberi bantuan kepada mana-mana eksekutif yang memerlukan bantuan
 Menyediakan cenderamata dan hadiah kepada pihak sekolah, penceramah dan
pertandingan yang diadakan
 Menyediakan cenderamata untuk penceramah dan sijil pemimpin muda.
 Menguruskan penempatan pelajar dan fasilitator

Pengacara Majlis
 Menjadi juru acara semasa slot dan majlis perasmian/ penutup berlangsung.

AJK Kerohanian
 Membaca doa majlis
 Bertanggungjawab memastikan pelajar menunaikan solat secara berjemaah.
 Melantik Imam bagi setiap solat jemaah.
 Mengetuai bacaan surah al-Mulk.
 Memastikan surau dalam keadaan teratur dan selesa.

Makanan Vip, Guru & Murid


 Menguruskan persiapan tempat jamuan
 Memastikan VIP, guru dan murid mendapat makanan
 Menjaga kebersihan di tempat jamuan

Kebersihan & Keselamatan


 Memastikan kebersihan kawasan sekitar program
 Memantau keselamatan murid sepanjang program
Pendaftaran
 Menyediakan borang kehadiran
 Mencatat/ mengambil kehadiran murid
 Melaporkan kehadiran murid kepada setiausaha

Penggambaran
 Merakam aktivti sepanjang program
 Menyerahkan gambar kepada AJK Dokumentasi untuk laporan

Dokumentasi
 Mengumpul bahan
 Membuat laporan lengkap

12.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM

Hari Khamis (11 Jan 2018)


12.30 tgh : Berkumpul di Dewan SKPM
1.00 petang : Solat Zohor Berjemaah
1:30 petang : Makan Tengahari
2.00 petang : SLOT 1 – Taklimat / Peraturan
4.00 petang : Solat Asar Berjemaah
4.45 petang : Minum Petang
5:00 petang : Aktiviti Riadah
6.00 petang : Bersurai
Hari Ahad (14 Jan 2018)
12.30 tgh : Berkumpul di Dewan SKPM
1.00 petang : Solat Zohor Berjemaah
1:30 petang : Makan Tengahari
2.00 petang : SLOT 2 – Ujian Bertulis
3.15 petang : Perasmian Penutup Kem Kepimpinan 2018
: Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas dan Ketua Kelas 2018
4.00 petang : Jamuan ringan VIP dan Peserta Kem.
4.30 petang : Bersurai

14.0 PERBELANJAAN

Bil Perkara Perbelanjaan Jumlah


1 Makan dan Minum 60 Peserta RM6 x 60 orang x 2 hari RM 720.00
2 Alat Tulis Program LDK RM50 x 2 hari RM 100.00
Jumlah RM 800.00

15.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan
mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang
dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga
diaplikasi di dalam kehidupan pemimpin cilik. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan program ini.

“TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL”

Disediakan oleh :
_____________________________
(MAZLAN BIN ABDUL RAHMAN)
Penyelaras,
Kem Motovasi,
SK. Pulau Manis

Disemak oleh :

______________________________
(SHAHRUL AMRI ABDUL MUBIN
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK. Pulau Manis

Disahkan oleh :

______________________________
(HASNAH BINTI MD ZIN )
Guru Besar,
SK. Pulau Manis

Anda mungkin juga menyukai