Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan teknologi dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti

Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara,
Malaysia tidak ketinggalan dalam menghadapi arus pembangunan berasaskan teknologi. Dasar
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaraan.
Dasar ini kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari yang menekankan penggunaan
teknologi sebagai wahana mengalakkan perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara
bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Contoh inisatif yang dijalankan oleh
kerajaan untuk menjadikan ICT sebagai teknologi pendidikan ialah penggunaan School Net,
Makmal komputer Eduweb TV, Pusat Akses dan sebagainya.

Di samping itu, tugas mendidik menjadi lebih efektif dan berkesan dengan adanya teknologi
multi media. Seluruh dunia menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya
teknologi. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat
diperluaskan. Ilmu tidak lagi melalui perantaraan guru dan pelajar sahaja, malah boleh dilakukan
dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu,
sebaliknya alam maya. Para pelajar boleh mengakses maklumat berkaitan mata pelajaran yang
diingini dengan hanya mengakses di internet dan mereka akan mendapat banyak maklumat.
Namun ini tidak bermakna pengajaran guru di sekolah tidak penting.

Anda mungkin juga menyukai