Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT

32600 BOTA, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEEMPAT 2017

Tarikh : 24 Oktober 2017( Selasa )


Masa : 1.05 p.m.
Tempat : Bilik Gerakan Sk Padang Changkat

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong ( GPK 1 )


2. Pn. Syafiah binti Salleh ( Ketua Panitia )
3. En. Ahmad Saizali bin Ibrahim ( Setiausaha )
4. Pn. Azlina binti Ramly ( AJK )

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Post-mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2017
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali keempat Tahun 2017.

1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kelancaran pengendalian


Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berlangsung pada awal Oktober.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Wakil Guru Besar

2.1 Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan
salam dan mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains.
2.2 Mengingatkan guru panitia Sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir bulan November ini.

Tindakan : Tindakan guru.


3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 En.Ahmad Saizali bin Ibrahim mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan dan disokong oleh Pn. Azlina binti Ramly.

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Tiada sebarang bangkitan minit diketengahkan..

Tindakan : Makluman

5. Post-mortem Peperiksaan Akhir Tahun.

5.1 Analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun adalah seperti berikut:

ANALISA UJIAN AKHIR TAHUN 2017.

BIL
TAHUN
MURID A % B % C % D % LULUS % E %
TAHUN 1 10 5 50.0 0 0.0 5 50.0 0 0.0 10 100.0 0 0.0
TAHUN 2 13 8 61.5 2 15.4 3 23.1 0 0.0 13 100.0 0 0.0
TAHUN 3 9 3 33.3 3 33.3 2 22.2 0 0.0 8 100.0 1 11.1
TAHUN 4 17 0 0.0 5 29.4 5 29.4 3 17.6 13 76.5 4 23.5
TAHUN 5 14 1 7.14 3 21.4 2 14.3 2 14.3 8 57.1 6 42.9

ANALISA UJIAN PERCUBAAN UPSR SAINS TAHUN 2017.

BIL
TAHUN DARJAH MURID A % B % C % D % LULUS % E %

2017 6 9 0 0.0 2 22.2 4 44.4 2 22.2 8 88.9 1 11.1

5.2 Berdasarkan data markah yang diperolehi ,para guru diminta mengenalpasti
murid yang dikategorikan sebagai cemerlang dan lulus. Ini bertujuan untuk
mengambil langkah berikutnya bagi memastikan sasaran yang dibuat tercapai.

5.3 Beberapa masalah dan cadangan penyelesaian berkaitan pembelajaran telah


dikemukakan oleh guru-guru Subjek Sains. Antaranya ialah :

Bil Masalah Cadangan penyelesaian


1 Murid sangat lemah dan tidak Murid terlibat dibimbing oleh
memahami isi pelajaran. guru lain, untuk memberikan
pendekatan berbeza
2 Murid tidak menjawab soalan semasa Guru menekankan kata kunci
peperiksaan kerana tidak menguasai dalam soalan dan perlu
kemahiran proses Sains menegaskan mengenai
kemahiran proses sains sewaktu
membuat latihan di dalam kelas.
3 Murid tidak menguasai teknik Guru menyelitkan slot teknik
menjawab soalan. menjawab soalan semasa kelas
dijalankan.

Tindakan: Guru Subjek

6.0 Hal – hal lain.

6.1 Kajian semula Program Tahun 2017


6.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
telah membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh
panitia.
6.1.2 Pengerusi juga memohon maaf atas kegagalan untuk menjalankan
beberapa aktiviti panitia seperti yang dirancang dan berharap agar
pada tahun hadapan, segala program yang dirancang akan dapat
dilaksanakan dengan jayanya mengikut rancangan.

6.2 Penggunaan Makmal Sains


6.2.1 Guru yang menggunakan makmal Sains diingatkan supaya memastikan
segala peralatan dan kerusi yang telah digunakan disimpan serta
disusun dengan teratur sebelum meninggalkan makmal

Tindakan : Guru Sains

7.0 .Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..
( Pn. Syafiah binti Salleh ) ( Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong )
Ketua Panitia Sains, Guru Penolong Kanan 1,
SK Padang Changkat, Bota SK Padang Changkat, Bota
Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai