Anda di halaman 1dari 2

ISU SEMASA:

Soalan :

a) Bagaimanakah guru bimbingan dan kaunseling dapat memiliki tahap profesionalisme


yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka? (5markah)

Jawapan : Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling perlu mempunyai


peningkatan ilmu pengetahuan melalui tiga kaedah, peningkatan kendiri, penyertaan
kursus peningkatan profesionalisme keguruan serta kerjasama professional dalam
menyelesaikan masalah. Mereka juga perlu menguasai kemahiran asas dalam bimbingan
dan kaunseling serta menggunakan pengalaman menyelesaikan masalah dengan sebaik
mungkin.

b) Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling, apakah cara yang sesuai untuk
membantu pelajar dalam mengurus emosi? (5 markah)
Jawapan:
 Mengelola aktiviti kumpulan dengan baik
 Menggunakan percakapan yang sesuai
 Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik
 Mempunyai sikap yang penyayang
 Memberi galakan dan motivasi pembelajaran

c) Matlamat utama bimbingan dan kaunseling ialah memberi bimbingan dan cara
menyelesaikan masalah seseorang dari segi peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang
dihadapi mereka. Jelaskan berserta huraian matlamat utama bimbingan dan kaunseling.
Jawapan (15markah)

Memudahkan perubahan tingkah laku klien


-Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah
laku yang membolehkan pelajar menjalani kehidupan yang lebih produktif dan
memuaskan. Contoh: Ahmad selalu memberi respond yang negatif kepada guru semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jadi ini akan menimbulkan masalah dan
menganggu keberkesanan pengajaran. Semasa sesi kaunseling kaunselor mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh Ahmad dan selepas itu kaunselor akan membantu Ahamad
mengubah tingkah lakunya supaya tidak menganggu keberkesanan pengajaran.

Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan.


-Dalam kehidupan kini, terdapat juga pelajar yang bersifat pendiam disebabkan latar
belakang keluarga jadi kadang-kala akan menghadapi masalah komunikasi . Jadi
matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya pelajar tersebut dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi. Sebagai contohnya: Mei Ling berasal dari keluarga yang porak
peranda maka dia setiasa mendiamkan diri dan jauhkan diri daripada bergaul dengan
kawan. Maka sebagai sorang kaunselor akan meluangkan masa berbual dengan dia
supaya dia dapat bergaul dengan rakan yang lain.

Membantu klien mengurus diri


-Tingkah laku negatif yang dipelajari masa kecil akan memberi kesan yang tidak
dijangka dan secara tidak langsung akan menimbulkan masalah padanya. Jadi dalam
keadaan yang demikian, kaunselor akan melatih pelajar mengurus diri dengan berkesan
terutama apabilan menghadapi masalah atau situasi baru.

Menggalakkan proses membuat keputusan


-Dalam kehidupan harian setiap orang juga akan membuat sesuatu keputusan yang
penting dan amat menyukarkan. Jadi matlamat dalam kaunseling adalah untuk
membantunya membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidupnya. Ini tidak
bermaksud bahawa kaunselor akan membuat keputusan untuk pelajar tersebut .
Keputusan muktamad diambil oleh pelajar sendiri.

Membantu perkembangan dan pencapaian potensi pelajar


-Matlamat ini adalah memberi peluang dan mengembangkan potensi yang sedia ada pada
pelajar ke tahap yang maksimum. Selain itu, ia mengurangkan atau mengatasi apa sahaja
yang menyekat perkembangan potensi kebolehan dan minat seseorang.

Anda mungkin juga menyukai