Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh
guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran
bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan
pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan
utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi
mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif
dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara
serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk
pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
10
3.2.2.2 Jenis Respons Lanjutan(Terbuka)
Secara perbandingan, jenis respons lanjutan/ terbuka memberi
calon peluang untuk memilih tujuhala dan skop jawapan. Calon
bebas untuk melanjutkan jawapannya, menggunakan pemikiran-
pemikiran sendiri dan pendapat, menggunakan gaya penulisan
sendiri tetapi menepati topik. Biasanya, soalan jenis ini
menggunakan perkataan seperti “ Bincangkan sebab-sebab
yang mungkin…..” , “ Bandingbeza ……” , “ Bagaimana , pada
pendapat anda …..” Sebagai contoh, “ Bincangkan kepentingan
penilaian dalam bilik darjah”
11
pencapaian individu pencapaian individu dengan
dengan norma kriteria yang ditetapkan
2 Mengukur perbezaan Banding pencapaian
pencapaian individu dengan kriteria
3 Meliputi bidang pelajaran Menumpu kepada tugas
yang luas pembelajaran yang terhad
4 Menggunakan JSU yang Kriteria terperinci ditentukan
disediakan
5 Menentukan pangkat Menentukan peringkat
pencapaian pencapaian
3.4 Portfolio
12
Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu
rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman
dan harapan.
Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik.
Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja
melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja
amali atau kerja-kerja lapangan.
Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru
seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk
menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar
merenung dan
membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk
menentukan tindakan susulan.
Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui
bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar
untuk mengambil bahagian secara aktif.
13
3.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio
Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan
pembelajaran
Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai
pencapaian muri-murid
Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan
murid-murid
Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan
tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran
yang diberi oleh guru.
3.5 Prestasi(Performance-based)
Prestasi belajar banyak ditafsirkan sebagai hasil yang telah
dicapai murid dalam penguasaan tugas-tugas atau mata
pelajaran yang diterima dalam jangka waktu tertentu. Prestasi
belajar pada umumnya dinyatakan dalam angka atau huruf
sehingga dapat dibandingkan dengan satu kriteria (Prakosa,
1991). Prestasi belajar harus memiliki tiga aspek, iaitu kognitif,
affektif dan psikomotor. Prestasi belajar adalah hasil yang
dicapai sebaik-baiknya pada seorang murid dalam pendidikan.
Prestasi belajar adalah penilaian hasil usaha kegiatan belajar
yang dinyatakan dalam bentuk simbol, angka atau huruf
14