Anda di halaman 1dari 48

EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

Halaman Pengakuan

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah dijelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Ahmad Ikmal Fajri bin Saufi

Tarikh : 23 Mac 2012

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


1
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

Halaman Pengakuan

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah dijelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Anim bin Jabur

Tarikh : 23 Mac 2012

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


2
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

Halaman Pengakuan

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah dijelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Faid bin Kemi

Tarikh : 23 Mac 2012

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


3
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PENGHARGAAN

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


4
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT atas limpah
rahmat dan kurnianya serta selawat dan salam buat baginda nabi SAW, keluarga serta para
sahabat baginda yang mulia.

Bersyukurnya kami kerana atas petunjuk daripada-Nya maka kami akhirnya dapat
menyumpurnakan kerja kursus EDU3101 (Falsafah dan Pendidikan di Malaysia) ini.
Pertamanya, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Balkisnah binti Shaharuddin
selaku pensyarah yang membimbing kami bagi subjek ini atas tunjuk ajar, nasihat serta garis
panduan yang telah diberikan kepada kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya, ribuan terima kasih juga kami hadiahkan buat rakan-rakan seperjuangan
yang turut sama membantu dan memberikan komitmen yang jitu kepada kami bagi menyiap
serta melengkapkan hasil kerja yang tidak seberapa ini. Sesungguhnya, setiap perkongsian
idea, maklumat serta pertolongan yang anda berikan amat kami hargai.

Selain itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih kami hulurkan kepada semua individu atau
mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang turut serta
memberi panduan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih sekali lagi atas segala jasa
dan sumbangan yang diberikan. Sekian, terima kasih.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


5
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PRAKATA

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


6
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PRAKATA

Tugasan ini memerlukan kami untuk bergerak dalam satu kumpulan yang terdiri daripada
3 hingga 4 orang. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Amad Ikmal Fajri bin
Mohd Saufi, Anim bin Jabur dan Faid bin Kemi.

Dalam tugasan EDU3101 ini, kami telah mendapat tajuk berkaitan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). FPK dan FPG sememangnya
memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha kita untuk memperkembangkan dan
melaksanakan sistem pendidikan di Malaysia.

Fokus utama yang dikehendaki dalam tugasan ini adalah berkaitan peranan guru dalam
merealisasikan FPK dan FPG ini semasa pengajaran dan pembelajaran. Dari situ, kami akan
cuba menghurai serta mendedahkan serba sedikit tentang bagaimana setiap guru itu perlu
mengamal serta menghayati prinsip-prinsip dan kehendak yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam perkhidmatan
perguruan itu sendiri.

Sebelum itu, bagi memudahkan kami untuk memahami tajuk ini, kami akan menjelaskan
serba sedikit latar belakang ataupun sejarah yang membawa kepada pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Maka dari situ nanti barulah kami dapat dan cuba untuk
mengetengahkan serta menghuraikan konsep dan matlamat serta analisis bagi setiap elemen-
elemen yang terkandung dalam falsafah tersebut. Dalam pada itu, kami juga akan menyelitkan
juga perkaitan dan hubungkait antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru.

Setelah itu nanti, barulah kami akan membuat sedikit kesimpulan atau rumusan atas
hasil kerja atau maklumat yang kami huraikan. Mudah-mudahan ia dapat memberi kami
kemudahan untuk memahami dengan lebih terperinci berkaitan falsafah tersebut.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


7
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
(FPK)

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


8
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FPK

Pada awalnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dikenali sebagai Falsafah


Pendidikan Negara (FPN) yang merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) ini telah digubal secara bertulis pada tahun 1987 dan diperkenalkan
pada tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”

Kemudian, pada tahun 1996 barulah FPN ini dimurnikan semula dan dikenali sebagai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sehinggalah sekarang. Berikut adalah pernyataan yang
terkandung dalam FPK:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara.”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah


yang termaktub dalam laporan Pendidikan dan Akta Pendidikan yang digubal setelah
kemerdekaan negara dicapai seperti Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran
1962 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Malahan, ia juga terbentuk berdasarkan

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


9
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru serta ideologi dan
budaya masyarakat Malaysia.

Secara keseluruhannya, FPK menggambarkan hasrat negara untuk menghasilkan


warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketerampilan, sejahtera diri dan mampu menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan
negara. Hasrat negara ini dijayakan melalui pendidikan yang merupakan suatu proses yang
berterusan. Selain itu, FPK juga menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang
dilaksanakan di negara ini.Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di
Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan
membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses
pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


10
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

KONSEP DAN MATLAMAT FPK

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan
ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan
yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan
sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang
menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pada masa yang sama, pendidikan adalah satu
proses atau aktiviti yang berlaku sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan
memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman
bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah
ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula
dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Pendek kata, berdasarkan kepada
FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah
atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang
supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Seterusnya, kita beralih kepada matlamat atau hasrat yang terkandung dalam FPK.
Berlandaskan kepada FPK, maka matlamat utamanya yang dapat kita lihat adalah untuk
melahirkan insan yang baik dan sempurna agar menjadi warganegara Malaysia yang berguna.
Malahan, ia juga bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna, memiliki serta
menghayati ciri-ciri berikut:

 Percaya dan patuh kepada Tuhan;


 Berilmu pengetahuan;
 Berakhlak mulia;
 Bertanggunggjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu;

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


11
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

 Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Melalui proses pendidikan juga, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk


melahirkan masyarakat yang:

 Bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara;


 Mahir serta cekap serta menjalankan tugas secara produktif;
 Memahami, menerima mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut
Perlembagaan;
 Taat setia pada Raja dan negara;
 Memahami dan mengamalkan prinsip2 Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan;
 Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan menyediakan kemudahan asas
pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


12
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

ANALISIS ELEMEN-ELEMEN DALAM FPK

Berikut adalah intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang telah dinyatakan tadi.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara.”

1) Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai
murni. Proses ini berlangsung secara berterusan (dari kecil hinggalah akhir hayat).
Pendidikan awal kanak-kanak untuk membentuk asas sahsiah (kanak-kanak berusia
lingkungan 1-6 tahun). Hal ini kerana sahsiah akan terus berkembang sepanjang tempoh
persekolahan. Apabila tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu,
kemahiran dan akhlak mereka. Proses ini akan membantu individu menyesuaikan diri dalam
pelbagai keadaan.

2) Perkembangan potensi individu

Setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi intelek, jasmani, emosi dan
rohani sejak lahir. Kebanyakannya terpendam dalam kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah
memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang.
Bakat, potensi dan kebolehan dapat dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan ditingkatkan.
Ianya akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


13
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

3) Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara
berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Maka, untuk
membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan
sempurna, aktiviti kokurikulum juga harus diberi penekanan di samping kurikulum akademik
di dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu harus dikembangkan ke peringkat
optimum dengan mengintegrasi bakat dan kebolehan yang saling berkait rapat.

4) Insan yang seimbang dan harmonis

Insan yang seimbang memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada
Tuhan serta memiliki akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Insan
yang seimbang dan harmonis memiliki kesedaran dan keinsafan akan tanggungjawab
terhadap diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa berikhtiar menyelesaikan
masalah yang dihadapi, melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan diri, keluarga, bangsa
dan negara.

5) Unsur intelek

Setiap individu mesti mempunyai asas 3M (membaca, menulis, mengira). Mereka perlu
berusaha memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar. Mereka juga perlu
berkemahiran untuk berfikir secara, kreatif , kritikal dan reflektif . Di samping itu, mereka perlu
berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

6) Unsur rohani

Dalam hal ini, individu perlu menyedari dan percaya kepada Tuhan . Ini menunjukkan kita
bersyukur dengan pemberian Tuhan. Seseorang juga perlu berakhlak mulia dan berpegang
dengan nilai-nilai murni.

7) Unsur emosi

Setiap individu mesti mempunyai emosi yang matang dan stabil. Selain itu, individu juga
mesti memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan
perpaduan.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


14
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

8 ) Unsur jasmani

Setiap insan harus menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Ia penting bagi
mengembangkan bakat dan kemahiran seperti teknikal, manipulatif ,dan sosial. Malah
mereka juga harus menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk manfaat kepada
masyarakat.

9) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan kepada aspek seperti berikut:

 Mengakui wujudnya Pencipta;


 Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam ;
 Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan
oleh Tuhan;
 Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan
dan tindakannya;
 Melakukan kebaikan dan menghindari keburukan;
 Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan agama.

10) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri:

 Mencintai ilmu pengetahuan


 Minat membaca
 Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
 Sentiasa meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan
 Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain
 Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.

11) Rakyat Malaysia yang berketerampilan

Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa sedia memberi
sumbangan kepada negara tercinta. Rakyat Malaysia yang berketerampilan merupakan
rakyat yang memiliki seperti berpengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas
yang dipertanggungjawabkan, mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


15
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

tugasnya, dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna serta berpandangan
jauh dan berinisiatif.

12) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat berakhlak mulia adalah rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun,
berdisiplin dan baik serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Antara ciri rakyat
Malaysia yang berakhlak mulia ialah dapat menilai perkara yang baik dan yang buruk,
mempunyai perwatakan yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral
sebagai prinsip hidup.

13) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara
dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat yang
bertanggungjawab ini akan senantiasa menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri yang
harus dilaksanakan dengan sempurna, mematuhi peraturan dan undang-undang negara
serta berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14) Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan memiliki jiwa yang
tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Rakyat yang berupaya mencapai kesejahteran diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan
daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup serta berfikiran waras dan
berjiwa tenang.

16) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara

Rakyat yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui sifat toleransi, bertimbang rasa,
bersifat kekitaan, hormat-menghormati dan lain-lain. Mereka juga akan berusaha untuk
memajukan ekonomi negara melalui dasar-dasar yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka
akan mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan
serta peraturan negara di samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa
dan negara.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


16
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PERKAITAN FPK DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT,


TIMUR DAN ISLAM

Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan, sama ada dari negara Barat,
Timur mahupun falsafah Pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu
falsafah pendidikan yang mempunyai ciri tersendiri. Namun, ia juga sebenarnya mengandungi
unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan Islam.

Jika ditinjau secara keseluruhan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah lebih mirip
kepada falsafah Pendidikan Barat ‘Rekonstruktivisme’. Kedua-duanya menekankan matlamat
pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat yang harmoni
dan makmur.

Oleh sebab falsafah pendidikan Rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah


Progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri ‘Progresivisme’
dan ‘Pragmatisme’. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu sekolah rendah dan
sekolah menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri,
penemuan serta strategi berpusatkan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi ilmu dan
menguasai kemahiran individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat kecil
yang bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara
berkumpul. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah
pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, iaitu mata pelajaran yang pula
dititikberatkan melalui tafsiran falsafah pendidikan ‘Progresivisme’.

Salah satu fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. Fungsi ini
pula dihayati daripada falsafah pendidikan Rekonstruktivisme, Konfusianisme, Nasionalisme
dan Internasionalisme.

Mengikut Falsah Pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani,
emosi adalah berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Inilah yang juga telah diterapkan ke
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tambahan pula, Pendidikan Agama dan Pendidikan

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


17
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

Moral dalam kurikulum di Malaysia mencerminkan cirri-ciri pelajar yang efektif untuk
perkembangan individu khususnya dari segi rohani, emosi dan agama.

Oleh sebab sisem pendidikan pula menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki


mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia juga boleh dikatakan
mengandungi unsure essentialisme yang bercorak tradisional. Abdul Rahman Aroff dan Zakaria
Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah
‘Eklektisisme’ iaitu sesuatu falsafah yang dicipta tersendiri daripada falsafah-falsafah yang sedia
ada.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan


merupakan satu falsafah pendidikan yang mengambil kira setiap aspek serta menerapkan
semua unsur yang telah terkandung dalam falsafah pendidikan Barat, Timur serta Islam yang
telah kita ketahui.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


18
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FPK

Setiap guru sepatutnya sudah memahami dan menghayati sedalam-dalamnya tafsiran


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di
negara kita selama ini. Jika diteliti secara mendalam intipati FPK, ia sememangnya sudah
lengkap dan tepat dalam usaha membina generasi atau warganegara yang seimbang dan
mampu menjana keperkasaan tamadun bangsa serta negara. Justeru, sewajarnyalah guru
memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK serta misi membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia dan menjadikannya sebagai pusat kecemerlanagn pendidikan
serantau.

Sehubungan dengan itu, antara peranan guru dalam merealisasikan FPK ini ialah guru
perlulah tahu akan tanggungjawab utamanya iaitu untuk memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Seterusnya, dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di
sekolah juga bertambah lebih kompleks. Dari situlah, guru perlu mula memainkan peranan
sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras, innovator bahkan
juga sebagai pendakwah yang akan membawa suatu perubahan dan pembaharuan kepada
anak didiknya.

Selain itu, seseorang guru juga sepatutnya menjalankan pemantauan secara berterusan
kepada anak muridnya iaitu dengan menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid.
Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu
terhadap topik yang akan disampaikan. Hal ini demikian kerana proses pembelajaran akan
berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu.
Oleh itu, adalah amat penting juga bagi guru untuk menggerakkan muridnya dengan berbagai-
bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, melaksanakan main
peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.

Kemudian, guru juga perlulah memainkan peranan penting untuk mengelolakan semua
aktiviti yang akan dijalankan dalam bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran semestinya ada
IPG KAMPUS SARAWAK MIRI
19
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Maka, tiap-tiap langkah
pembelajaran ini haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti
pembelajaran tersebut. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran ini, guru perlulah
merancang terlebih dahulu. Apabila membuat perancangan, keperluan-keperluan murid,
objektif-objektif pembelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar dan lain-lain seharusnya
dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang
besar kepada murid-murid.

Pada masa yang sama, guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami
topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-
pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih
mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan
penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar,
perbandingan dan graf dapat menperjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga
menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan
bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu
mengajar lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid untuk mempraktikkan dan mengulangi aktiviti
sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Malahan, guru juga berperanan untuk menilai
murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani
sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.

Sejajar dengan itu, usaha guru untuk merealisasikan strategi Kementerian Pelajaran ini
secara keseluruhannya adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut :

 Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan


potensi pelajar dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani secara menyeluruh dan
bersepadu.

 Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya


kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin, optimum serta
dalam keadaan yang baik dan selamat.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


20
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

 Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar


(smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat
kerjasama supaya dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber
kewangan mahupun tenaga yang diperlukan.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


21
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen rasmi yang menggariskan


hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas.
Dengan itu, para guru haruslah menghayati dan mengusahakan FPK bagi memastikan hasrat
Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam hal ini juga, kaum pendidik juga perlu
menjadikan FPK sebagai garis panduan dan rujukan semasa menjalankan tugas- tugas
pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing.

Di samping itu, para pendidik juga hendaklah memainkan peranan aktif dalam
merealisasikan FPK. Oleh itu, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan pesat
dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Mereka juga harus menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan mempelajari
kemahiran-kemahiran baru yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar ini.

Selain daripada itu, para pendidik perlulah menyedari bahawa tugas mereka bukan
hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja, tetapi mereka
juga perlu memberi perhatian serius kepada pembentukan modal insan seperti mana yang
diharapkan oleh kerajaan. Para guru adalah individu yang amat diharapkan oleh masyarakat
untuk membimbing generasi akan datang. Justeru, mereka perlu melakukan perkembangan
secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan
tenaga mereka demi kemaslahatan bersama.

Dalam buku Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Menengah), ada menerangkan
mengenai implikasi-implikasi falsafah pendidikan ini kepada sistem pendidikan negara.
Antaranya adalah seperti berikut :

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


22
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

Implikasi terhadap kurikulum

Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ini meliputi :
 Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.
 Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan
dalam semua mata pelajaran.
 Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis.
 Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum.
 Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang
vokasional dan teknologi.

Implikasi terhadap pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan
dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

 Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
 Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang
sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta
berakhlak mulia.

Implikasi terhadap institusi pendidikan

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan
pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

 Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang


mengembangkan potensi mereka dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga
sosial, secara menyeluruh dan seimbang.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


23
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

 Perubahan aktiviti budaya yang kondusif untuk memupuk nilai- nilai murni dalam jiwa
pelajar.
 Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

Kesimpulannya, jika para pendidik berpegang kepada Falsafah Pendidikan kebangsaan


dalam melaksanakan tugas mereka, maka sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan
tercapai dan terlaksana.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


24
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU
(FPG)

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


25
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FPG

Falsafah Pendidikan Guru telah digubal untuk dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru
pelatih dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kandungannya menggariskan
panduan-panduan tentang ciri-ciri guru yang diperlukan oleh kerajaan bagi merealisasikan
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ideal. Pelaksanaan ini penting kerana
dengan wawasan kedua-dua Falsafah Pendidikan ini, negara kita akan mempunyai identiti
pendidikan yang unik dan tersendiri untuk mencapai cita-citanya. Disamping mencapai
matlamatnya, negara akan menikmati keuntungan jangka panjang hasil dari kelahiran generasi
baru yang lebih berdaya saing, seimbang dalam segenap aspek dan lebih berkualiti. Dengan
itu, negara akan mengeluarkan potensi-potensi yang akan memacu pembangunan negara ke
tahap yang lebih tinggi untuk mencapai wawasan negara maju sebelum 2020.

Falsafah ini digubal selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seiring dengan
matlamat kerajaan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, suatu falsafah
pendidikan yang baru perlu digubal khas untuk guru-guru pelatih yang akan menjadi teras untuk
melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seiring dengan itu, suatu falsafah pendidikan
digubal dengan mengkaji falsafak pendidikan timur, barat dan Islam serta mengambil kira sudut
sosial, budaya dan ekonomi masyarakat negara ini agar arkitek pembina bangsa yang efisien
dilahirkan untuk membantu mencapai matlamat pihak kerajaan.

PERNYATAAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU :

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu mesyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.”

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


26
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

MATLAMAT FPG

Falsafah Pendidikan Guru tidak disasarkan kepada golongan yang sama dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula sebaliknya,
turut menyasarkan guru-guru pelatih agar guru-guru pelatih dapat dikembangkan menjadi
individu yang seimbang dari segenap aspek - jasmani, emosi, rohani, intelek dan tambahannya
iaitu sosial.

Namun begitu, Falsafah Pendidikan Guru yang menjadi teras falsafah mendidik guru-
guru pelatih mempunyai peranan dan matlamat yang tersendiri berbanding falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang memfokuskan keseimbangan individu. Falsafah Pendidikan Guru ternyata
lebih khusus menggariskan matlamat mereka iaitu untuk melahirkan guru-guru yang :

 Profesional.
 Tinggi Daya Tahan.
 Beretika.
 Berfikiran kreatif.
 Mengamalkan nilai murni.
 Mempunyai kemahiran yang diperlukan.
 Menguasai ilmu berkaitan teknologi.
 Mampu hidup dan menegakan warisan negara seperti demokratik, integrasi antara
budaya dan ilmu.
 Dapat menghasilkan murid yang membantu akan pembinaan negara.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


27
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

ANALISIS ELEMEN-ELEMEN DALAM FPG

1) Perawakan Yang Mulia:

Sebagai seorang guru, tauladan dan budi pekerti yang mulia adalah perkara pertama yang
perlu ada dalam diri sesuai dengan situasi dan persekitaran kerja seorang guru. Iaitu
mengajar dan mendidik kanak-kanak dalam suasana yang positif dan ceria.

Antara perawakan mulia yang patut terpahat dalam diri seorang guru ialah:

 bersopan dan berdisiplin.


 Mampu membezakan buruk/baik.
 Mempunyai nilai murni.
 Menghargai manusia, kewarganegaraan dan aspek rohani.

2) Berkembang Maju dan Berpandangan Saintifik:

Seiring dengan hasrat negara yang ingin memacu kualiti dan pembangunan hidup rakyat
kearah hidup rakyat negara maju, guru-guru menjadi pemangkin mendidik murid-murid
mestilah berilmu kreatif dan inovatif disamping memiliki ciri-ciri ini:

 Ada pengetahuan dan kemahiran.


 Ada kemahiran profesional dlm menggunakan dan menghasilkan bahan P&P bagi
meningkatkan mutu P&P.

3) Berkomited Menegakkan Aspirasi Negara :

Hasrat kerajaan dalam membentuk generasi baru negara digalas beban pelaksanaannya
oleh guru-guru diseluruh negara. Oleh itu, guru-guru mestilah berkeyakinan dan berazam

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


28
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

membantu merealisasikan harapan kerajaan yang terletak dibahu mereka ini. Ciri- ciri guru
yang komited menegakkan aspirasi negara ialah:

 Cekap, jujur, boleh dipercayai, patuh kpd undang-undang negara.


 Sentiasa memperbaiki diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

4) Mengekalkan Warisan Budaya Kebangsaan:

Malaysia sebagai negara unik menjadi payung kepada pelbagai bangsa di Malaysia.
Hasilnya, kekayaan budaya warisan setiap bangsa menjadi satu warisan penting negara.
Sebagai guru di Malaysia, kita boleh membantu mengekalkan warisan budaya kebangsaan
dengan:

 Menegakkan amalan dan mempromosikan budaya Malaysia dan cara hidupnya.


 Mengamalkan nilai murni, penyayang dan berempati, inovatif dan kreatif.
 Patuh kpd etika profesion perguruan.

5) Pembangunan Individu dan Pengekalan Masyarakat Yang Bersatu, Demokratik,


Progresif dan Berdisiplin:

Selain membantu negara melaksanakan matlamat negara, guru-guru mestilah sentiasa


mengingati fungsi asas seorang guru agar tujuan utama pendidikan tidak menyeleweng dari
landasan asalnya. Fungsi sebenar guru yang mesti kita teruskan ialah:

 Guru sebagai agen perubahan.


 Menegak dan mempromosi rasa hormat antara budaya dan kehidupan yang
harmoni.
 Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran seumur hidup.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


29
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FPG

Berikut adalah anatara peranan guru dalam merealisasikan FPG :

 Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam


mata pelajaran khasnya pengetahuan ikhtisas keguruan.
 Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG, khasnya
mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
 Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan
pelajar selaras dengan tuntutan FPG.
 Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa
mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan
masa depan.
 Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang
perkembangan pelajar.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


30
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

IMPLIKASI FPG TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Seiring dengan hasrat kerajaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Kebangsaan menjadi
tanggungjawab untuk dilaksanakan oleh guru-guru pelatih. Semenjak penggubalan dan
pelaksanaannya dua dekad yang lalu, kesan-kesan hasil dari pelaksanaan dua falsafah ini telah
lama kelihatan.

Guru-guru yang menjadi pelaksana, dan arkitek yang membina generasi baru Malaysia
berdasarkan pelan yang telah dicadangkan kerajaan telah melalui suatu latihan khas, untuk
membantu mereka menjadi lebih bersedia untuk menghadapi klien mereka. Antara implikasi
pasca Falsafah Pendidikan Guru dan Kebangsaan kepada para guru diseluruh Malaysia ialah:

 Guru mempunyai akauntabiliti dan sentiasa berusaha untuk memperolehi dan


mengamalkan apa yang telah dipelajari bagi memanuhi aspirasi falsafah ini.
 Guru mampu mengawal aktiviti dan perkembangan gejala negatif.
 Guru sebagai seorang yang saintifik dan progresif, guru perlu sentiasa mengikuti
perkembangan trenda pendidikan terkini serta dapat membina dan
memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


31
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

RUMUSAN

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


32
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

RUMUSAN

Kedua-dua falsafah iaitu FPK dan FPG adalah satu pendekatan yang menyeluruh
terhadap kehidupan manusia dan juga kaitan terhadap dunia dan alam sejagat. Ianya juga
merupakan satu kajian untuk mencari kebenaran dan nilai-nilai yang perlu ada dalam diri
manusia itu sendiri. Falsafah pendidikan adalah satu kajian mengenai pendidikan ataupun
dalam erti kata yang lain dari segi maksud, tujuan dan kaedah, merupakan satu inkuiri terhadap
minda semula jadi, semula jadi manusia, dan bagaimana pendidikan dan masyarakat saling
berhubung antara satu sama lain.

Jikalau kita melihat dan menilai kembali, sistem pendidikan yang digunakan di Malaysia
adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala latihan dan kualiti guru adalah
berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Guru. Falsafah Pendidikan Negara adalah berasaskn
falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam.

Perennialisme berfokuskan kepada perkembangan diri dengan tujuan utama adalah


pendidikan ialah untuk mengajar nilai-nilai dan ilmu sejagat serta memupuk nilai rasional dan
juga intelek. Essentialisme melihat pendidikan sebagai persediaan untuk kerjaya dan
kewarganegaraan. Sekolah memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan
intelek seseorang individu. Guru juga mempunyai kuasa terhadap pengajaran dan kurikulum.

Manakala progressivisme menyarankan bahawa kebenaran itu adalah relative dan


tentative. Ilmu membawa kepda pertumbuhan dan perkembangan. Pendidikan haruslah
menyediakan murid supaya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan situasi melalui usaha
koloboratif. Seterusnya, Rekonstruktisme menyarankan kepada pembaikan dan pembangunan
semula masyarakat. Mengikut kepada mazhab ini, sekolah dianggap sebagai tempat untuk
mengenal pasti penyakit masyarakat dan mencari jalan untuk mengurang dan menyelesaikan
masalah.

Jikalau kita mengimbas kembali, objektif utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
untuk menghasilkan perhubungan melalui nilai-nilai merni seperti kepercayaan kepada Tuhan,
peribadi yang baik, bertanggungjawab, setia kepada negara serta mempu memberikan
sumbangan kepada kemajuan negara serta menggalakkan perpaduan antara manusia yang
berbilang kaum dan bangsa.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


33
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dijadikan rujukan kepada pendidik memahami system
pendidikan kebangsaan, penyuluh kepada murid, menyumbangkan bimbingan dan halatuju
kepada semua usaha pendidikan, samada dalam atau luar institusi pembelajaran. Ia
menyediakan polisi dan pertimbangan asas untuk merancang kurikulum sekolah, mereka
mencipta bahan pembelajaran dan menentukan strategi untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Falsafah Pendidikan Guru ditubuh ataupun dicipta sebagai salah satu panduan untuk membina
setiap program pendidikan guru. Program pendidikan guru menekankan kepda perkembangan
potensi guru dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ia haruslah melahirkan guru yang
mempunyai permulaan dengan bermoral tinggi, seimbang, bersepadu secara harmoni dari segi
sikap, amalan dan kecekapan dalam menguruskan sesuatu tugas ataupun kerja.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


34
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

REFLEKSI

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


35
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

REFLEKSI KENDIRI : AHMAD IKMAL FAJRI BIN MOHD SAUFI

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke-hadrat Allah, kerana masih lagi


memberikan kesempatan waktu kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Apa yang dapat
saya simpulkan melalui pengamatan, penghayatan, pembacaan, pengolahan dan sebagainya,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) adalah salah satu usaha bagi memberikan pendidikan
kepada setiap manusia secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan manusia yang
berkebolehan dan berkeyakinan diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Satu konsep
yang diambil iaitu berlandaskn kepercayaan kepada Tuhan dan kepatuhan kepadanya.

Konsep ini amatlah sesuai dinegara kita. Ianya juga bertujuan untuk menyatupadukan
masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Secara amnya, FPK menggabungkan kesemua
hasrat setiap individu yang bernama manusia agar menjadi warganegara yang baik serta
menjadi orang-orang yang berilmu, berakhlak dengan akhlak yang mulia, bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas, berkeyakinan serta dapat memajukan negara kea rah yang lebih
produktif. Konsep ini juga mestilah dijadikan sebagai panduan kepada setiap pendidik supaya
dapat menyelaraskn setiap aktiviti dan juga persekolahan di Malaysia.

Manakala Falsafah Pendidikan Guru (FPG) pula digubal dan dijadikan garis panduan
dalam pelaksanaan FPK kepada setiap guru yang diperlukan oleh negara bagi merealisasikan
isi kandungan FPK yang ideal. Hal ini kerana pembangunan individu dan pengekalan
masyarakat yang bersatu padu perlulah dimulakan dengan pembangunan dalaman guru
sebagai agen perubahan, menegak dan mempromosikan rasa hormat antara budaya serta
mengamalkan kehidupan yang harmoni.

Akhirnya, implikasi daripada FPK dan FPG kepada guru sebagai pendidik ialah
menggalakkan guru memahami sistem pendidikan yang telah diterapkan dan ditetapkan selain
menjadikan ianya sebagai bimbingan kepada guru dalam melaksanakan tugas sebagai
pendidik. Guru yang tidak lain tidak bukan sebagai agen perubahan untuk mendidik serta
melahirkan generasi yang dapat mengubah dan mencorakkan negara itu sendiri di masa yang
akan datang. Pembangunan individu dan pengekalan masyarakat yang bersatu, berdemokratik,
progresif dan berdisiplin juga lahir daripada usaha seorang guru.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


36
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

Kesimpulannya, setiap apa yang digariskan dan dijadikan sebagai satu wasilah adalah
bertujuan memberikan kesempurnaan hidup kepada setiap manusia didunia mahupun diakhirat
kelak.

Sekian terima kasih.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


37
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

REFLEKSI KENDIRI : ANIM BIN JABUR

Pertamanya, lafaz syukur ke hadrat Allah SWT atas rahmat yang dilimpahkan kepada
alam seisinya, serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Terlebih dahulu, saya
ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Puan Balkisnah Bt Shaharuddin yang
telah banyak memberi bimbingan kepada kami untuk menyempurnakan tugasan EDU 3101 ini.

Secara keseluruhannya, melalui tugasan ini saya telah mendapat banyak input serta ilmu
baharu. Kajian serta pembacaan yang saya jalankan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini
amat berbaloi kerana ia sedikit sebanyak telah memberi kesan dan impak terhadap kemahiran
serta pengetahuan saya sebagai seorang bakal guru yang akan berkecimpung dalam profesion
keguruan suatu masa kelak. Insya-Allah. Apa yang jelas, ini telah meningkatkan lagi daya
pemikiran serta semangat inkuiri saya dalam memahami serta menghayati konsep dan hasrat
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru
(FPG).

Melalui tugasan ini, saya mula terkesan dan sedar betapa penting dan perlunya kita
memahami dan mendalami FPK dan FPG ini. Sebelum ini, secara jujurnya saya langsung tidak
mengambil berat akan hal ini kerana merasakan ia tidak mempunyai hubung kait dengan diri
saya. Namun kini saya merasakan bahawa ini adalah suatu kemestian bahkan suatu kewajipan
kepada diri saya untuk mendalaminya kerana sayalah yang akan mendokong falsafah ini kelak.

Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan insan yang baik
dan sempurna di samping melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang dalam segenap
aspek (JERI). Justeru, dari situ saya berfikir bahawa untuk mencapai matlamat tersebut, saya
perlulah lebih bersedia ke arah tersebut dengan menampilkan autoriti serta peranan saya
sebagai seorang bakal guru.

Pada saya, untuk menjadi seorang guru kita bukan sekadar datang ke kelas untuk
mengajar anak murid kita tetapi juga bertindak sebagai pendakwah. Maksudnya, sebagai
seorang guru pada masa hadapan saya memainkan peranan yang dominan dalam mendidik
jiwa serta nilai akhlak mulia dalam diri anak murid saya. Maka, dari situ barulah nampak
bahawa profesion keguruan ini bukanlah sekadar suatu lapangan profesion semata-mata

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


38
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

bahkan ia adalah suatu ibadah atau kerja yang membawa keuntungan kepada diri kita di dunia
dan akhirat.

Malahan, saya mula faham bahawa guru turut bertindak sebagai pemimpin yang akan
memimpin dan memandu pelajar menjalankan sesuatu tugasan dengan betul dan berkesan.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, saya perlulah memimpin diri saya sendiri
terlebih dahulu. Oleh sebab itu, saya haruslah mempersiapkan diri saya dari awal sebagai guru
pada masa hadapan yang akan cuba sedaya upaya memimpin serta membentuk insan pelajar
cemerlang yang menepati acuan yang termaktub dalam FPK.

Selain itu, saya juga perlulah memainkan peranan sebagai seorang pengusaha kerana
seorang guru itu adalah pengusaha kepada anak murid yang berada di bawah
tanggungjawabnya. Dengan itu, untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, saya perlulah
mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Maka, di
lembah ilmu inilah bermulanya misi saya untuk menguasai cara bagaimana seseorang guru itu
berupaya menarik perhatian pelajar agar sentiasa menerapkan disiplin diri yang unggul dan
mematuhi ajaran agama.

Dalam pada itu, tugasan ini juga turut memberi kesan kepada saya agar menjadi
seorang insan guru yang ikhlas serta lebih bersedia untuk menghadapi cabaran, dugaan serta
kekangan pada masa akan datang. Hal ini kerana, salah satu ciri utama guru yang cemerlang
itu ialah ikhlas mengajar ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi manfaat yang terbaik
untuk anak muridnya dan berusaha kuat untuk menghantar mereka pada ketinggian darjat
orang yang berilmu. Imam Ghazali ada mengatakan: ‘Guru perlu menanamkan niat mereka
mengajar demi menyelamatkan anak muridnya daripada kesengsaraan di akhirat kelak.’
Hakikatnya, sebagai seorang guru ataupun ‘bakal guru’, kita perlulah sedar dan insaf bahawa di
bahu kita terletaknya amanah Allah dan harapan negara dalam membina generasi insan yang
berwibawa, berintelek tinggi, berakhlak mulia serta bersahsiah tinggi. Pendek kata, ‘tiada
manusia yang sempurna’, tetapi setidak-tidaknya kita cuba ‘berusaha ke arah kesempurnaan’.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


39
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

REFLEKSI KENDIRI : FAID BIN KEMI

Alhamdulillah, syukur kehadhrat Ilahi atas segala rahmat dan nikmat yang terlimpah
keatas kami.Salawat salam keatas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW. Sekalung
penghargaan ingin saya berikan kepada pensyarah dan pembimbing kami Puan Balkisnah Binti
Shaharudin yang sudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami dalam
menyempurnakan tugasan EDU 3101 ini.

Melalui tugasan in, saya telah menimba pelbagai pengetahuan yang baru dan asing yang
tak pernah saya ketahui sebelum ini. Dan pengetahuan yang baru saya dapati ini pula akan
saya amal dan terapkan dalam karier saya dikemudian hari apabila saya ditugaskan disekolah
kelak. Kaian penyelidikan yang kami lakukan bersama-sama ternyata membuahkan hasil yang
memuaskan kerana saya berjaya memperbaiki kemahiran dan pengetahuan saya sebagai
seorang bakal guru pada masa hadapan Insya-Allah. Selain itu, kajian kami diharap boleh
membantu menjelaskan rasa ingin tahu guru-guru pelatih untuk memahami dan menghayati
Falsafah Pendidikan Guru dan Kebangsaan dengan lebih baik.

Saya mula menyedari kepentingan memahami dan menghayati FPK dan FPG secara
mendalam sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Berbeza apabila di alam pelajar,
walaupun sering didedahkan tentang apa itu falsafah-falsafah pendidikan di Malaysia, saya
sering membuat tidak acuh dan menganggapnya sebagai tidak penting. Namun ini semua
berubah selepas mengkajinya, saya berpendapat adalah penting meneruskan pelaksanaan
falsafah pendidikan ini tambahan pula sayalah yang akan menggantikan guru-guru yang telah
lepas untuk mendokong falsafah ini disekolah.

Untuk menjadi seorang guru, bukan semata-mata mendokong falsafah-falsafah


pendidikan ini, sebaliknya kita mesti mempersiapkan diri kita dengan pelbagai ilmu. FPK dan
FPG yang kita amal dan hayati merupakan panduan dan suluh kita dalam mengharungi cabaran
dunia pendidikan yang semakin bergelora tika ini. Selain mengajar, saya sebagai bakal guru
pendidikan Islam (GPI) perlu memikul tanggungjawab sebagai pendakwah. Tanggungjawab
dakwah mesti digerakkan sebagai mana perintah Allah yang termaktub didalam Al-Quran.

Seorang guru juga akan menjadi tempat rujuk masyarakat, pemimpin disekolah,
pengerusi sesuatu majlis, pembimbing, pendidik. Seorang guru mesti menguasai serba-serbi
kemahiran kehidupan pula. Namun peranan sebenarnya menjadi agen pengubah masyarakat

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


40
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

melalui pendidikan kepada generasi muda. Untuk mengubah mereka, saya terlebih dulu perlu
berubah dan membina jati diri sebagai seorang guru agar pada masa hadapan, saya akan
berhasil membentuk dan mengubah masyarakat disekitar saya pula berdasarkan acuan FPK.

Selain mengajar, sepertimana yang saya katakan sebelum ini, kita diamanahkan dengan
bermacam-macam tanggungjawab. Ibu bapa menghantar anak mereka bukan percuma. Mereka
mahukan perubahan berlaku keatas anak mereka, sudah pastinya kearah yang lebih baik.
Pengorbanan mereka yang besar demi melihat perubahan yang baik anak-anak mereka,.
Justeru itu sebagai guru kita perlu mengambil berat perkembangan dan masalah yang dihadapi
mereka dengan adil dan saksama supaya hak dan pengorbanan ibu bapa mereka terbayar.

Dan yang terakhir, tugas mendidik, iaitu tugas guru, walaupun berat dan mencabar,
merupakan tugas yang mulia. Rasulullah SAW adalah conto guru yang terbaik, dengan lembut
dan sabarnya baginda membimbing generasi sahabat keluar dari gelapnya kejahilan. Sebagai
seorang guru yang percaya Islam sebagai suatu cara hidup, kita mesti meyakini janji-janji Allah
kepada insan yang membimbing insan yang lain kearah kebaikan akan diberi ganjaran yang
tidak terputus. Disebutkan didalam hadith “Apabila meninggalnya seorang anak Adam, maka
terputus lah segala amal hubungannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat serta anak soleh yang mendoakan ibu bapanya”. Begitulah mulianya tugas seorang
guru sehingga dijanjikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


41
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

KOLABORASI

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


42
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : AHMAD IKMAL FAJRI BIN MOHD SAUFI


(921202-03-6391)

ANIM BIN JABUR


(921111-13-6469)

FAID BIN KEMI


(921005-14-5847)

KUMPULAN : PISMP PENDIDIKAN ISLAM (3)

SEMESTER : PERTAMA

MATA PELAJARAN : FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN BALKISNAH BINTI SHAHARUDDIN

TARIKH PERKARA YANG CATATAN T/ TANGAN


DIBINCANGKAN

Menerima soalan tugasan


dan taklimat daripada  Tugasan perlu
2 MAC pensyarah mata pelajaran – dihantar selewat-
2012 PUAN BALKISNAH BINTI lewatnya pada
SHAHARUDDIN 1 OGOS 2011

 Membuat agihan
5 MAC Memahami kehendak tugas
2012 soalan tugasan  Membuat jadual
kerja

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


43
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

7 MAC Mencari maklumat  Membuat nota


2012 ringkas

 Menyusun
maklumat
17 MAC Menyediakan tugasan  Membuat
2012 dalam bentuk bertulis. huraian yang
terperinci
 Menaip tugasan.

20 MAC
2012
Menulis refleksi secara
individu

Menghantar tugasan
23 MAC lengkap kepada pensyarah  Diterima dan
2012 pembimbing direkodkan

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


44
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

BIBLIOGRAFI

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


45
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

BIBLIOGRAFI

BUKU :

1. Chong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Siri Pendidikan Guru. Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
2. Mok Soon Sang (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 &
2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Perak: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
3. Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-konsep
dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
4. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan konsep pendidikan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
5. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. (2008). Falsafah pendidikan
kontemporari. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
6. Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann.

INTERNET :

1. Nordin tahir. Falsafah Pendidikan Guru. http://www.amaljaya.com/guru/wp-


content/uploads/2011/09/tajuk-7-falsafah-pendidikan-guru.pdf. Dimuat turun pada 26
Februari 2012
2. Nordin tahir. Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203101/Tajuk%206%20-
%20Falsafah%20Pendidikan%20Kebangsaan.pdf. Dimuat turun pada 26 Februari 2012.
3. Implikasi FPK dan FPG kepada Pendidikan Negara.
http://www.scribd.com/doc/48033330/Implikasi-FPK-dan-FPG-kepada-Pendidikan-
Negara. Dimuat turun pada 26 Februari 2012.
IPG KAMPUS SARAWAK MIRI
46
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

4. FPK dan FPG. http://www.scribd.com/doc/52106153/FPK-dan-FPG. Dimuat turun pada


26 Februari 2012.
5. FPK, Matlamat dan Misi KPM. http://www.mediafire.com/?2qf87unw6wv43i4. Dimuat
turun pada 26 Februari 2012.
6. FPK, FP Guru. http://www.mediafire.com/?mkokjdv11o493we. Dimuat turun pada 26
Februari 2012.
7. Implikasi FPN terhadap Sistem Pendidikan Malaysia.
http://www.mediafire.com/?a28v3deaa1059me.
Dimuat turun pada 26 Februari 2012.
8. Falsafah Pendidikan Malaysia.
http://bakorlambok.tripod.com/falsafah/1.4falsafahpendidikan.htm.
Dimuat turun pada 19 Mac 2012.
9. UPSI, Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar.
http://www.scribd.com/doc/65438252/KPF3012-Perkembangan-Pendidikan-di-Malaysia-
Falsafah-dan-Dasar. Dimuat turun pada 19 mac 2012.
10. Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
http://azizijaafarjip.blogspot.com/2009/04/falsafah-pendidikan-kebangsaan.html. Dimuat
turun pada 19 mac 2012.
11. Pengantar Pendidikan.
http://bakorlambok.tripod.com/workhop2/pengantar_pendidikan/pengantar_topik_3.htm.
Dimuat turun pada 19 mac 2012.

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


47
EDU3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2012

LAMPIRAN

IPG KAMPUS SARAWAK MIRI


48