Anda di halaman 1dari 3

VERB PHRASE IN MALAY AND THE

PROBLEMS OF ADA
SKMB 3243 SINTAKSIS LANJUTAN BA-
HASA MELAYU
SYAFIQ YAP CHEE HOE ABDULLAH
GB 02366
EN. NASRUN ALIAS
RESENSI
Menurut hasil kajian “Verb Phrase In Malay and The Problems Of ADA” oleh Sarjana
Nasrun Alias (Pengkaji Linguistik) yang memberikan tumpuan terhadap Frasa Kerja da-
lam Bahasa Melayu dan permasalahan penggunaan kata ADA berpandukan dengan
menggunakan kerangka Teori X-berpalang (Chomsky, 1986) bagi membaik-pulihkan atau
menggantikan kelemahan-kelemahan teori yang sedia ada dan diperkenalkan sebelum
ini yang menyatakan kekurangan wujudnya dalam rajah pohon.
Dalam penghasilan kajian juga, Teori x-berpalang diklasifikasikan sebagai sejenis
mekanisma yang diandaikan menjadi representasi struktural bagi suatu ayat ialah rumus
struktur frasa (RSF) yang dikenali sebagai Teori X-berpalang. Maka, teori ini mempunyai
satu prinsip yang dikenali sebagai prinsip Unjuran yang memastikan bahawa setiap
leksikal dalam suatu ayat itu diunjurkan dengan betul pada setiap tahap sintaksis
(Struktur-D, Struktur-L dan Bentuk Logik).
Prinsip Unjuran (Chomsky 1981) Representasi pada setiap tahap sintaksis
(Struktur-D, Struktur-L dan Bentuk Logik) adalah diunjurkan daripada leksikon dengan
berpandukan maklumat pensubkategorian setiap leksikal. Seterusnya, prinsip ini adalah
prinsip yang berpandukan syarat dan bukannya berpandukan rumus untuk melahirkan
representasi struktural sesuatu leksikal. Prinsip ini juga mempunyai dua prasyarat iaitu
pertama, setiap representasi bagi setiap leksikal berpandukan maklumat pensubkatego-
rian bagi setiap leksikal dan yang kedua, maklumat pensubkategorian yang direpresentasi
oleh teori X-berpalang perlu diteliti pada setiap tahap sintaksis (Struktur-D, Struktur-L dan
Bentuk Logik).
Dalam hal yang sama juga, prinsip Unjuran hanya menjadi syarat untuk represen-
tasi bagi setiap leksikal pada struktur dalaman sesuatu ayat tetapi prinsip ini tidak pula
menyatakan cara untuk mewakilkan setiap leksikal itu dalam rajah pohon. Peranan itu
dimainkan oleh prinsip yang berbeza iaitu prinsip yang dikenali sebagai Prinsip X-ber-
palang.
Menurut kata dua orang pengkaji yang bernama (Salleh,1987) dan (Alias,1994)
berpendapat bahawa dalam ayat Bahasa Melayu secara asasnya adalah saling me-
nyerupai ayat dalam Bahasa Inggeris iaitu dikenali (S-Subject, V-Verb, O-Object)(SVO).
VERB PHRASE IN MALAY AND THE
PROBLEMS OF ADA
SKMB 3243 SINTAKSIS LANJUTAN BA-
HASA MELAYU
Hal ini sedemikian kerana berlaku antara stuktur dalaman (SD) yang dibentuk daripada
penggabungjalinan kata kerja objek dan Pengeculian kata kerja subjek. Penggunaan kata
hubung merupakan penghubung ayat dalam bilangan dua atau lebih daripada dua dalam
Bahasa Melayu. Biar kita meneliti contohnya;
Saya pergi ke perpustakaan tetapi tidak membaca buku.
Pada pendapat saya, ayat yang tertera di atas dapat dinyatakan penggabungan
dua ayat bersifat lengkap yang mempunyai subjek dan predikat. Pada setiap ayat dapat
dilengkapi dengan objek yang bersifat sensitif. Manakala, bagi ayat yang tidak bersifat
sensitif pula adalah mempunyai alternatif dalam jenis kata kerja. Hal ini dapat dijelaskan
lagi dengan seperti yang berikut:
a. tidur: v, + [ __ #]
b. beli: v, + [ _ NP]
c. beri: v, + [ _ NP- NP2]
Dengan pembuktian ini bahawa objek saling kebergantungan dengan pengguna
kata kerja Subkategorisasi. Kata kerja Transitif dan tidak Transititf di atas merujuk kepada
objek dalam penggunaan ayat bahasa Melayu akan tetapi tidak merujuk kepada subjek.
Secara lanjutnya, kata kerja (a) tidak diletakkan NP yang dikatakan bukti kerana tidak
intransitif manakala kata kerja b dan c pula muncul argumentasi terjadi dan kepada NP2da-
lam (c) adalah sebagai pelengkap ayat.
Dalam Kajian ini juga memberikan penerangan kerangka umum teori kuasaan dan
tambatan (KT) atau dikenali sebagai teori “government and binding theory”. Teori ini yang
dikemukakan dalam Chomsky (1982a, 1982b) ialah teori mengenai struktur linguistik yang
bermatlamat untuk menjelaskan prinsip dan elemen yang beroperasi dalam bahasa yang
dituturkan manusia. Terdapat tiga jenis ‘ada’ dalam bahasa Melayu: (i) penyambungan
kata kerja ‘be’. (ii) kata kerja kepunyaan dan (iii) Morfem yang menyatakan kewujudannya.
Beliau meneliti kepada kata kerja kepunyaan ADA iatitu ‘has/have’ dalam bahasa
Inggeris. Kader berpendapat bahawa kata kerja kepunyaan ADA tidak diggalakan sekali
dalam penggunaan ayat secara sempurna, dengan itu beliau membantah dengan contoh
seperti berikut:
Dia ada datang (s/he has come).
Dengan ini, beliau telah menggantikan dengan kata kerja yang lain.
VERB PHRASE IN MALAY AND THE
PROBLEMS OF ADA
SKMB 3243 SINTAKSIS LANJUTAN BA-
HASA MELAYU
Penggapan telah berlaku dalam penggunaan ADA oleh Kader yang menyatakan bahawa
ADA merujuk kepada analisis V di mana terletak pada VP.
Salleh, 1989 telah membincangkan dan mengutuskan perkara ini iaitu 2 daripada
3 jenis penggunaan ADA yang digunakan dalam ayat bahasa Melayu. Megikut Kader
seperti di atas (i) dan (ii) sebagai orang yang menyambung dan (ii) sebagai ‘has/have’.
Dengan ini, Salleh telah mempersetujui pernyataan Kader bahawa penyambungan per-
kataan kata bantu “ADA” dan juga keupayaan “ADA” diletakkan pada kata kerja.
Namun demikian, kekangan-kekangan telah dinyatakan dalam penggunaan kata bantu
“ADA” seperti penghujahan Kader (1981).
Salleh (1989) membuat andaian bahawa penggunaan “ADA” diletakkan di bawah
VP node dalam D-struktur. Penulis menganggap VP boleh mengandungi lapis Vs dipilih
pada VP-complements. Menurut Salleh, dibawah V-Movement yang dipindahkan
daripada kanan ke kiri INFL melalui GHMC.
Dengan perkembangan Teori Transformasi Generatif (TG) boleh dibahagikan
kepada 4 tahap. la bermula dengan terbitnya buku Syntactic Structures (Chomsky, 1957).
Kemenjadian ini diperkuat lagi dengan terbitnya buku Aspect of the Theory of Syn-
tax(Chomsky, 1965). Tahap ini sering dikenali dalam penulisan linguistik sebagai Teori
Standard Tambahan (TST) (Extended Standard Theory) diwakili oleh beberapa penerbi-
tan penting terutamanya makalah yang ditulis oleh Chomsky (1970) bertajuk "Remarks
on Nominalization”.
Kesimpulannya, kata kerja bantu hanya menunjukkan konsep kala dan masa yang
paling ringkas dalam penggunaan bahasa Melayu. Sebagai contoh, kata aspek sudah,
sedang, akan, dan telah menunjukkan masa satu-satu aktiviti atau perkara itu dilakukan.
Aktiviti yang sedang dilakukan, menggunakan kata kerja bantu aspek sedang, Aktiviti
yang sudah dilakukan menggunakan kata kerja bantu sudah atau telah, dan aktiviti yang
akan dilakukan, menggunakan kata kerja bantu aspek akan. Selain itu, bahasa Melayu
menggunakan kata adverba seperti semalam, kelmarin, esok, hah Rabu, dan sebagainya
untuk menunjukkan masa.