Anda di halaman 1dari 29

1

Puding Kek Pavlova

Bahan Kek (saya guna resepi KEK SPAN je)


 125gm vanila sponge mix
 125gm telur (3 biji grd B)
 30ml air
 30ml minyak jagung
 Loyang 9 in di alas kertas minyak
 Loyang 8 in (Loose base tin)
Cara-cara :
1. Campurkan sponge mix, air dan telur dan putar dengan kelajuan perlahan hingga
bergaul rata.
2. Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan pekat.
3. Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung, putar hingga bergaul rata.
4. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dahulu
selama 25-30 minit pada suhu 180C. Keluarkan dari oven dan telengkupkan ke atas
redai. Biar sejuk.
5. Basahkan loyang 8 in loose base dan alihkan kek ke dalamnya (kek akan
mengecut dan mengecil)
Bahan Puding Lapisan Bawah
 15gm serbuk agar-agar
 600ml air
 100ml sirap buah **
 150gm gula pasir
 3 biji putih telur
Bahan Puding Lapisan Atas
 1 tin fruit cocktail - Tos dan ketepikan sirapnya**
 5gm serbuk agar-agar
 330ml air
 60gm gula pasir
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2

2. Satukan serbuk agar-agar, air dan sirap buah, masak hingga mendidih. Tutup api
dan kacau hingga suam sedikit.
3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil di putar dengan hand mixer
hingga bergaul rata.
4. Tuang ke atas lapisan kek, biarkan membeku dan cakar sedikit permukaannya
dengan garpu.
5. Tabur di atasnya dengan fruit cocktail hingga rata. (bole juga menggunakan
hirisan buah-buahan segar spt kiwi, strawberry, anggur dll)
6. Lapisan Atas : Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Kemudian
tuang dengan menggunakan belakang sudu ke atas buah-buahan tadi hingga
menutupinya. Biarkan beku dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

KEK APPLE

Bahan-Bahan- (loyang 8 inci)


 500gm Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buang empulur tengah, cincang 1cm
kiub
 150gm Gula Perang
 3 biji Telur (Gred A)
 1 cwn Minyak jagung/minyak masak
 1 sudu teh Parutan Kulit lemon -tak letak pun takpe
 200gm Tepung Naik Sendiri
 1/3 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Cara-Cara
1. Letakkan gula, telur dan minyak ke dlm mangkuk, pukul sehingga pekat.
2. Campurkan parutan kulit limau.
3. Ayakkan tepung dan serbuk kayumanis ke dlm adunan dan kacau rata.
4. Gaulkan epal sehingga rata .
5. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan dan bakar 170C selama 45-50minit
atau sehingga masak.
3

6. Biarkan kek betul2 sejuk, barulah di potong.


** Kalau guna tepung gandum, tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayakkan
bersama. Saya guna epal Gala sbb rasanya yg masam manis.

Kek Pisang yg sangat lembap dan sedap


.

Bahan-Bahan
 4 biji pisang emas - lecek (saya guna 3 biji pisang montel,lebih krng dlm 1 cwn)
 1 cwn gula kaster/gula halus
 1 cwn minyak jagung
 4 biji telur gred A
Bahan diayak:
 1 1/2 cwn tepung gandum
 1 sk soda bicarbonat
 1 sk baking powder
Bahan lain:
 1 sb jus limau nipis (tak letak)
 1sk esen vanila (guna vanilla extract)
Cara cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang.
Ketepikan.
2. Putar gula dan telur hingga sedikit kembang. masukkan minyak dan putar
lagi dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati
dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan
bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.
Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar
selama 1 jam.
Linkwithin

Puding Kek Cendol Gula Melaka dan Cincau


.
4

Bahan-Bahan - Acuan 10 x 10 X 3

1 keping kek span pandan

Bahan A:
 500 ml santan pekat (200ml santan kara+300 air)
 500 ml susu cair
 10 gm serbuk agar2
 150 gm gula merah/gula melaka
 1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)
 1 biji kuning telur
 Secubit garam

Cara2nya

 Masak semua sekali bahan A hingga mendidih dan sentiasa di kacau.


 Biarkan suam sikit,kemudian tuang atas kek. Ketepikan

Bahan B
 600 ml santan pekat + 400 ml air *
 10 gm serbuk agar2*
 150 gm gula castor*
 1 ½ tsp serbuk hoen kwee (putih)*

 100 gm cincau (potong kiub)
 200 gm cendol - yg telah di toskan airnya
 Pewarna green apple dan lemon yellow
Cara2nya

1. Masak hingga mendidih semua bahan B yang bertanda *


2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas . 1 diwarnakan lemon yellow, 1 lagi green apple.
Ketepikan.
3. Taburkan cendol di atas lapisan bahan A
4. Kemudian lapiskan dengan adunan lemon yellow. Sejukan biar sedikit keras
5. Bila dah agak keras, tabur cincau dan lapis dengan adunan hijau
6. Hias dengan cincau di atasnya . Sejukkan
5

**utk setiap lapisan puding, hendaklah di cucukkan sedikit dngn garpu supaya lapisan yg
lain melekat.

RESEPI KEK SPAN PANDAN- loyang 10x10x2inci

Bahan-bahan
 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
 1 sudu teh baking powder*(*di ayak bersama)
 150 gm gula kastor
 5 biji telor gred A
 1 sudu besar ovalette
 80 ml susu segar/air pandan
 80 ml minyak masak
 1 sudu teh pes pandan
 Sedikit pewarna hijau
Cara-cara :
1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk
adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi
ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Yatie pkl telur bersama
gula hingga kembang dulu. Lepas tu baru masukkan ovalette dan pukul lagi
hingga kembang.
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar/air pandan, pes pandan
dan sedikit pewarna hijau... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau
sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak
bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. Sediakan tin pembakar petak 10x10 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas
serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak
pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...
lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
6. Siap dan boleh di gunakan utk buat apa2 jenis puding kek .
6

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

Bahan-Bahan
 1 1/4 cawan gula halus*
 1 cawan air panas*(*utk buat gula hangus)
 125gm butter
 4 biji telur gred A
 1/4 cawan susu pekat manis
 1 cawan tepung gandum
 2 sudu kecil soda bikarbonat
 1 sudu teh esen vanilla

Cara-Caranya
1. Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Ratakan
gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab
nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
2. Bila gula dah cair dan perang, barulah tuangkan air panas sedikit demi
sedikit. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila
dah sebati, sejukkan dan ketepikan dulu.
3. Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega.
4. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
1. Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan
pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
2. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik
( bukan sejuk dari peti ais) Kemudian kacau rata. Bila dah rata, masukkan
mentega cair, dan kacau rata perlahan je..Masukkan esen vanilla.
3. Kemudian ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Kacau rata perlahan.
Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
4. Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan
di oleskan sedikit butter. Kemudian perap aduan ini 3. Lagi lama perap lagi cantik
lubang-lubangnya .
7

5. Bila dah perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan
terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di
on.
6. Bakar selama 45 minit.. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
**45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.

Congo Bars

Bahan- Bahan
 315 gm tepung gandum
 2 1/2 sudu kecil baking powder
 1/2 sudu kecil garam
 150 gm butter
 300 gm gula perang - boleh kurangkan
 3 biji telur gred A
 1 sudu kecil esen vanila
 250 gm chocolate chips
 1 cawan kacang pecan atau apa2 kekacang - optional
 Kepingan badam untuk taburan - optional

Cara- Caranya

1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga
butter melarut.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir
sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 atau 10X10X2 inciyang telah
digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika
suka sebagai hiasan.
8. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan
atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
8

Bahan-bahan :(loyang 8 inci)

 250 gm butter
 150 gm gula castor
 2 sudu besar susu pekat
 6 biji telur saiz B
 1 sudu kecil ovalette
 250 g tepung kek @ gandum*
 2 sudu kecil baking powder *(*di ayak bersama)
 1 sudu kecil esen vanilla
 sedikit pewarna dan perisa
Caranya........
1. Pukul butter bersama gula hingga kembang....kemudian masukkan susu
pekat. pukul sebati.
2. Setelah itu masukkan telur 1 persatu....maksudnya masukkan sebiji telur
kemudian pukul sebati, dah sebati masukkan telur yg kedua smpai la
habis....masukkan jg esen vanilla.
3. Lepas tu bolehlah masukkan pula ovalette....sebatikan ovalette kemudian
masukkan tepung dan baking powder, sedikit demi sedikit.....kacau adunan
hingga sebati.
4. Bila dah siap tu....bolehlah dibahagikan kpd beberapa bahagian, warnakan
adunan ikut suka masing2.
5. Selepas tu bolehlah mula melapiskn adunan secara berselang seli ke
dalam loyang....nak sudu2 kan pun boleh juga.
6. Oven dipanaskan terlebih dahulu.....bile dah siap tu bolehlah bakar dgn
suhu 170, selama 45-60 minit mengikut oven masing2.
Bila dah masak...tunggu sejuk dulu bolehlah potong....makan....
9

KEK KUKUS ASAM MANIS

Bahan-bahan (loyang 9x9x3 inci)


 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
 1 1/4 cwn gula halus
 1 sudu besar ovallette
 2 cwn tepung gandum
 1 sudu kecil baking powder
 150 ml susu cair
 1/2 sudu kecil garam
 100 gm minyak jagung/masak
 1 sudu kecil esen vanila
 beberapa titis pewarna kuning dan hijau
 asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)
Cara Membuat:-
1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan
ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak
jagung/masak dan digaul sebati.
3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan
susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2
bahagian....letak pewarna kegemaran.
4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu,
ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya... kukus
selama 10 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
5. Buat pula lapisan kuning, ratakan dan tabur susun asam manis di atas
permukaannya dan kukus lagi 10 minit. Ulang2 lapisan sampai adunan habis.
6. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak
keseluruhannya.
7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit
kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
10

Kek Batik Arora

Bahan-bahan- loyang 8x8 inci


 250 gm mentega
 100 gm gula castor
 3/4 cawan susu pekat manis
 6 biji telur gred A
 250 gm tepung gandum
 2 sudu teh baking powder
 5 jenis pewarna dan perisa
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 darjah celsius
2. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
3. Satukan tepung gandum dan baking powder, kemudian diayak- ketepikan
dulu.
4. Sementara itu, pukul mentega dan gula sehingga kembang dan memutih
5. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji( pastikan telur tu dah rata baru masukkan
satu biji lagi) hingga habis.
7. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi ke dlm adunan dan
pkl lagi hingga sebati.
8. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
9. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai.
Gaul rata.
10. Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
11. Setiap tompokan 1 senduk
12. Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah
selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

Coffee Chiffon Cake


11

Bahan (A)

 6 biji kuning telur (gred A)


 30gm gula halus
 80ml susu cair
 80ml minyak masak
 100gm tepung naik sendiri
 2 sudu kecil coffee emulco
Caranya.
1. Pukul kuning telur dan gula hingga sebati. Masukkan tepung berselang seli
dngn minyak dan susu cair.
2. Masukkan coffee emulco dan pkl sebati. Ketepikan dulu.
Bahan (B)

 6 biji putih telur


 12gm tepung jagung (2 sudu besar, rata)
 125gm gula halus.
Caranya
1. Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga
bertanduk.
2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kaub balikkan.
3. Masukkan 1/4 dari bhn (A) dan kaub balikkan.
4. Masukkan kesemuanya dan kaub balikkan hingga rata semuanya.
5. Tuang dlm loyang.(loyang berlubang 22cm)
*loyang jgn digris. Boleh dilapik dgn kertas minyak dan sapu sedikit butter/majerin
di dasarnya sahaja.
Bakar dlm suhu 160C + - 50 mins.
6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan. Biarkan sejuk dahulu,
barulah di potong.
12

Kek Minyak (Bakar)

RESEPI KEK MINYAK


Original : MyResipi
Sumber : LiNa Pg, Izah

Bahan-bahan ( 8x8inci)
 5 biji telur gred A
 1/2 cawan gula halus / gula kastor
 2 cawan tepung gandum*
 1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
 1 cawan susu pekat
 1 sudu besar ovallate
 1 cawan minyak masak
 perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. Panaskan oven suhu 170'C
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya
sekadar untuk adunan bergaul rata.
7. Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan
adunan kepada 2 atau 3 warna.
8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar
suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Kek Span Pandan Cheese Bersalji di Hari


Ulangtahun Kelahiran Hamka
13

Bahan-bahan :

 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*


 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
 150 gm gula kastor
 5 biji telor gred A
 1 sudu besar ovalette
 80 ml susu segar
 80 ml minyak masak / mentega cair
 Perisa vanilla
 Coklat emulco
Cara-cara :
14

1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga
pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada
kelajuan pengadun masing-masing).
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak
bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan
plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya
dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar
selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...
lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.
UNTUK KRIM

 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)


 1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak
berketul2.
UTK TOPPING

 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara menghias kek

1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan


sebahagian lagi kek di atasnya.
2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek
sebagai toppingnya.
4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

Russian Black & White Chocolate Cake


15

Bahan-bahan

 170g tepung superfine*-guna tpng gandum pun boleh


 1 sudu kecil baking powder*
 1 sudu kecil soda bikarbonat*
 1 tin susu cair (400g)
 100 gm serbuk koko
 200 gm minyak jagung @ minyak masak
 250 gm susu pekat
 250 gm gula halus - guna 210 je pun boleh
 5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
 Ayak bahan yang bertanda *.
 Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan
di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk
koko tiada yang berketul2.) Angkat.
 Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi.
Kacau sebati.
 Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna
hand whisk)
 Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek, tutup dngn
aluminium foil dan kukus selama 1jam 30minit.
 Sejukkan. Bila dah sejuk baru ptng kek kpd 3 atau 4 lapisan
RESEPI COKLAT GANACHE

 200ml whipping cream (dairy)


 500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
 1 sudu besar air panas
 2 sudu besar sirap glukos
 2 sudu besar butter
Cara-cara
1. Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas,
butter dan sirap. Kacau sebati.
2. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
3. Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik)
supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais
sebentar.
RESEPI COFFEE CREAM CHEESE

 500g creamcheese- guna 400 gm pun ok


 1 cawan butter lembut
 1 cawan gula aising
 1 peket cofffee 3 in 1
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.Adunan ni sesuai
utk kek 4 lapisan.
16

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE


1. Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
2. Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream
cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk
likaran secara berselang seli (seperti gambar di atas).
3. Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga
ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan
terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
4. Masukkan dlm petias sebentar supaya adunan cream cheese mengeras
sikit barulah tuang ganache.
5. Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah
membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan
terus tuang atas kek.
6. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Kek Kukus Oreo Cappucino Putih Telur


.

Bahan-bahan
 400ml putih telur (anggaran dlm 12 biji)
 125gm gula kaster
 2 sudu teh ovalete
 1/2 sudu teh garam
 200gm tepung gandum
 30gm tepung jagung
 1/2 sudu teh baking powder
 150ml susu cair
 2 sudu besar cappucino emulco/coffee emulco/mocca emulco
 1/2 sudu teh esen vanila
 80gm serbuk oreo - (saya hancurkan kasar-kasar)
 20 keping biskut oreo di buang krim
17

Hiasan : 30gm chocolate rice untuk taburan

Cara-cara : Loyang 9 x 6 x 3 di alas dasarnya atau loyang 8 x 8"


1. Ayak tepung, tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.
2. Pukul putih telur, garam dan ovalete hingga berbuih, masukkan gula kaster
dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
3. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli
dengan susu cair dan cappucino emulco.
4. Kaup balikkan adunan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu
bahagian asal dan satu bahagian lagi di campur dengan serbuk oreo.
5. Tuang adunan asal ke dalam loyang dan kukus selama 15minit dalam
pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.
6. Setelah masak, susun biskut oreo hingga penuh dan tuang adunan serbuk
oreo ke atasnya.
7. Tabur permukaannya dengan coklat rice hingga rata.
8. Kukus semula selama 25 minit hingga masak.
*** Lap tutup pengukus apabila mengangkat penutupnya untuk mengelak air dari menitis
ke atas kek.
*** Yatie tutup loyang dngn aluminium foil masa mengukus kek supaya air tak masuk dlm
adunan kek.

Kek Lumut

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")


 1 cawan tepung gandum (diayak)
 1 cawan horlicks
 1/2 cawan gula halus
 250 gm mentega
 4 biji telur A
 pewarna hijau secukupnya
 2 sudu besar seri kaya
 1 sudu besar susu pekat manis
 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
18

1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan


taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim.
Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana).
Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga
habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan
gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

Kek Kukus Marble

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

 1 cawan mentega
 ¾ cawan gula kastor
 3 biji telur
 ¼ cawan susu pekat
 ¼ cawan serikaya
 1½ cawan tepung gandum
 1 sudu kecil serbuk penaik
 1 sudu kecil vanila
 Sedikit pewarna merah jambu, hijau atau pewarna kegemaran
Cara membuat
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu
dan pukul sebati.
2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung
gandum bercampur serbuk penaik.
3. Bila sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna/perisa setiap
adunan.
19

4. Sudukan selang seli ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan


marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium
foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm
mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Kek Cheese Bersalji @ Snow Cheseecake


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ini menu terakhir sebelum menyambut

Bahan-Bahan-loyang 8x8 inci


 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
 100 gm gula halus
 100 gm tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
 60 gm tepung jagung (maizena)
 50 ml air sejuk (dr peti ais)
 1 sudu teh baking powder
 2 sudu teh ovelet
 75 gm mentega (dicairkan)
UNTUK KRIM
 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UTK TOPPING
 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali
masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah
disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45
minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan
potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan
sebahagian lagi kek di atasnya.
20

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.


8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek
sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Kek Lapis Cheese Pesona

Bahan2: (Saiz 9x9)


A:
 2 bungkus biskut marie perisa coklat/kopi-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama
LEE)
 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
 10 ml susu segar- saya tambah 1 sudu besar lagi
 1/2 cawan gula halus
Caranya :
1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu
cair
3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas
minyak/baking paper.
5. Panaskan susu segar,padamkan api.
6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus
susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai
lapisan terakhir.
10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis
serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh
ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) Yatie taburkan coklat rice je
kat atas kek.
11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6
jam sebelum dipotong.
21

Catatan Yatie,
Yatie beli biskut marie tu 2 bungkus, tapi cuma guna buat kek ni sebungkus je biskut
marie 350gm. Musykil juga di buatnya. Mungkin Yatie sapu/ratakan cream cheese tu
tebal sikit kot, tapi rasanya taklah tebal sangat. Pastu Yatie guna loyang 8 inci..lenkali
nak cuba juga resepi asal yg menggunakan 2 bungkus biskut dan guna loyang 9 inci.
Macamana dngn pandangan kawan2 yg telah mencubanya??? Btw kek ni mmng sedap
sangat..lebih sedap di makan

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A

 250 gm cream cheese


 60 gm gula halus
 1 biji telur
 1 sudu besar air
 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara

1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.


2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul
sebati.
3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)

 2 biji telur
 1 cwn gula halus
 1 sk vanilla
 sedikit garam
 1/2 cwn air panas didih
 1/2 cwn cwn susu segar/cair
 1/2 cwn minyak jagung/masak
 1 cwn tpng gandum*
 3 sudu besar sebuk koko*
 1 sudu kecil baking soda*
 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara

1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.


22

2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.


3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg
telah diayak dan gaul sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2
bahagian.
CARA MEMASAK.

1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api


sederhana je.
2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas
minyak.
3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama
15-20 minit.
4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup
semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium
foil dan kukus lagi selama 20 minit.
6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Bahan-bahan

 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)


 1 1/2 cwn gula halus
 2 cwn tepung gandum
 1 sudu kecil baking powder
 1 sudu besar ovallette
 150 ml susu cair
 1/2 sudu kecil garam
 100 gm minyak jagung/masak
 1 sudu kecil esen vanila
 2 sudu besar serbuk koko
 1 sudu kecil coklat emulco
Cara Membuat:-

1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
23

2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan


ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak
jagung/masak dan digaul sebati.
3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan
susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2
bahagian...satu warna asal dan satu lagi letak serbuk koko dan coklat
emulco(gaul sebati..)
4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan coklat dulu,
ratakan permukaannya dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah
dipanaskan dulu.
5. Buat pula lapisan putih, dan kukus lagi 15 minit...dan seterusnya lapis
sehingga habis.
6. Untuk lapisan yang akhir (lapisan putih) kukus selama 20 min supaya kek
masak keseluruhannya.
7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit
kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

ini.
24

Bahan-bahan

*5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)


*225 gm gula halus
*220 gm tepung gandum
*1 sudu kecil rata baking powder
*1 sudu besar ovallette
*150 ml susu cair
*1/2 sudu kecil garam
*100 gm minyak jagung/masak
*1 sudu kecil esen vanila
*beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
*asam hawflakes secukupnya

Cara Membuat:-

1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
25

2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan


ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak
jagung/masak dan digaul sebati.
3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan
susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3
bahagian....letak pewarna kegemaran.
4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak
merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup
hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah
dipanaskan dulu.
5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak
keseluruhannya.
7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian
baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd
3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

KEK KUKUS VELVET


Bahan-bahan

 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)


 225 gm gula halus
 220 gm tepung gandum
 1 sudu kecil rata baking powder
 1 sudu besar ovallette
 150 ml susu cair
 1/2 sudu kecil garam
 100 gm minyak jagung/masak
 1 sudu kecil esen vanila
 beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
 asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-

1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
26

2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan


ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak
jagung/masak dan digaul sebati.
3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan
susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3
bahagian....letak pewarna kegemaran.
4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak
merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup
hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah
dipanaskan dulu.
5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak
keseluruhannya.
7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian
baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd
3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )


 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
 1 cawan gula halus
 2 cawan tepung gandum - ayak
 1 sk baking powder
 1 sb ovallete
 1/2 sk garam
 1 sk esen vanilla
 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
 10 sb mentega cair (100g)
 pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
 Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)
Cara-cara
1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
27

2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul


hingga kembang.
3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di
atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan
kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga
rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis
dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan
berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu
mentega.Kukus selama 45 min.
8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah
kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai
10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

Resepi Oleh : Sabrina Khan


Rujukan : Nana Aboy, Azlita Masam Manis
Bahan-Bahan

 2 cawan tepung gandum


 1 sudu teh baking powder
 4 biji telur
 1 cawan gula halus
 1 sudu teh esen vanilla
 1 sudu besar ovellete
 4 sudu besar susu pekat manis
 4 sudu besar minyak jagung/minyak masak
 Pewarna dan perisa yang di sukai
Cara-cara

1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat


apam
2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di
ayak. Ketepikan
3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan
esen vanilla
4. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna
putih
5. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
6. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
28

7. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak


tadi. Kaup balik adunan rata
8. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
9. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika
suka.Gaul rata
10. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
11. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
12. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40
minit
13. * tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air
tidak jatuh atas apam
14. Angkat apam setelah masak.Keluarkan dari loyang..Potong apam
bila ianya telah sejuk.

..

KEK COKLAT MOIST KUKUS

resipi : chef zubaidah


sumber : alongroz@myresipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi )


 100gm Serbuk Koko*
 250gm Gula Kastor * 1 tin Susu Isian Cair*
 200gm Minyak Masak Sayuran*
 250gm Susu Pekat*
 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
 150gm Tepung Gandum
 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
29

 1sudu kecil Baking Powder


Cara-cara
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga
licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg
di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul
rata guna whisk je.
3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang
hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup
loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air
telah menggelegak sebelum di kukus.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.
GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
 150gm cooking chocolate
 1/4 cawan susu cair
 1 sudu besar minyak (sayuran/masak)
Cara:
1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.
3. Masukkan.minyak dan kacau.
4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek
*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga
kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti
ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..