Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 & PRASEKOLAH 2016

SK KAMPUNG BATU

Pada 16 November 2016 yang lalu, SK Kampung Batu telah mengadakan Majlis Graduasi
2016 bagi meraikan tamatntya sesi persekolahan murid- murid Tahun 6 dan juga murid
Prasekolah. Majlis telah bermula pada jam 9 pagi dengan kehadiran para pentadbir bagi
memeriahkan lagi upacara hari itu. Bacaan doa bagi memberkati majlis telah dilaksanakan oleh
Ustaz Ahmad Affendi. Puan Sharidah bt Mustafa, selaku Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum, telah merasmikan Majlis Graduasi tersebut. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan
persembahan
1.0 PENGENALAN

Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar yang cemerlang
baik daripada segi akademik mahupun daripada aspek pembentukan sahsiah dan kokurikulum.
Selain itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar,
serta permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut memantapkan
kecemerlangan sekolah.

Majlis Hari Graduasi akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan
harapan yang terkandung dalam visi dan misi sekolah. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang
bakal diberi kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung akan menyemai motivasi intrinsik dalam
diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif.

2.0 OBJEKTIF
Di akhir majlis ini, pihak sekolah akan dapat :

i. Meraikan para pelajar atas kejayaan mereka mengharungi dan hampir menamatkan zaman
persekolahan di SK Kampung Batu.

ii. Menyuntik semangat baru dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Tahun 6 agar dapat
menghadapi alam persekolahan menengah dengan lebih yakin dan positif.

iii. Menggalakkan penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat, guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

iv. Meningkatkan keyakinan dan keprihatinan pelajar terhadap tanggungjawab yang perlu
mereka galas setelah berada di sesi persekolahan yang baru.

v. Menjalin dan mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar dan guru-guru walaupun selepas
tamat persekolahan mereka nanti.
ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Objektif

Jawatan Kuasa Pelaksana

Laporan

Gambar Sekitar Program

Lampiran
laporan
lampiran
sekitar
program
Jawatankuasa
Pelaksana
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BATU

DOKUMENTASI
MAJLIS graduasitahun 6 &
prasekolah
2016

16 NOVEMBER 2016
(RABU)
DEWAN TERBUKA SKKB

DISEDIAKAN OLEH:
PUAN ZALIFAH BINTI IKHSAN
CIK AIN ZAWANI BINTI MOHD ZAKI

Anda mungkin juga menyukai