Pada 22 Jun 2015 yang lalu telah berlangsung perasmian Bulan Panitia Pendidikan Islam dan
Bulan Penghayatan Ramadhan. Pelaksanaan bulan panitia ini telah ditutup secara rasminya
pada 27 Julai 2015 baru ini.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mencapai objektif yang telah digariskan. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan adalah seperti Tilawah al-Quran, Pertandingan menghafaz surah-surah lazim,
Tadarus al-Quran, Tazkirah, Tulisan jawi cantik , Imlak spontan, Bercerita kisah al Quran, Azan,
dan Tulisan khat cantik telah mendapat sambutan dan penyertaan yang baik dari murid-murid.
Aktiviti tadarus al Quran tahun 6 telah dijalankan buat julung kalinya pada tahun ini juga
mendapat penyertaan yang baik dari guru pembimbing dan murid tahun 6. Aktiviti ini
dijalankan selama masa 30 minit semasa waktu rehat murid. Guru dan murid telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut juzuk-juzuk yang telah ditentukan.
Manakala aktiviti tadarus al Quran murid-murid tahap 2 seramai 30 orang murid yang
mempunyai bacaan yang baik juga berjalan seperti biasa di surau sekolah. Murid-murid ini telah
dibimbing oleh guru-guru dari kalangan panitia agama Islam.
Melalui aktiviti tadarus al Quran ini, murid-murid dapat melacarkan bacaan mereka di samping
membetulkan bacaan yang kurang baik. Murid- murid tahap 1 juga tidak ketinggalan dalam
menjayakan dan mengimarahkan bulan ramadhan yang mulia ini turut terlibat dalam bacaan
buku iqra’ setiap harian semasa waktu rehat.
Perjalanan aktiviti renungan/ tazkirah turut diselitkan sama ada waktu perhimpunan pagi atau
pun pada waktu rehat tahap 2.Pelbagai info dan tazkirah pendek berkaitan bulan ramadhan al
Mubarak disampaikan untuk mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada murid-murid mahu pun
tenaga pengajar sekolah.
Kemuncak kepada pelaksanaan bulan panitia pada 14 julai 2015 telah diadakan Majlis Khatam
al Quran tahun 6 dan penyampaian sumbangan hari raya kepada murid kurang berkemampuan
serta hamper murid-murid Prasekolah. Majlis ini berlangsung di dewan sekolah bermula pada
pukul 9.30 pagi.
Pada tahun ini pihak sekolah telah menerima sumbangan wang berjumlah RM 8900.00
dari Bank Rakyat dan jumlah yang diterima ini serahkan bersama kutipan sumbangan ikhlas dari
ibu bapa kepada murid-murid yang kurang berkemampuan.
Pihak sekolah amat berterima kasih kepada para penyumbang yang telah memberi sumbangan
agar murid- murid berkenaan dapat merayakan hari raya Aidilfitri seperti rakan-rakan yang lain.
Disediakan oleh,
………………………………………
Noor Hayati bt Mohamad Ismail
Penyelaras Bulan Panitia Pendidikan Islam &
Bulan penghayatan Ramadhan 1436H
Sek Keb Danau Kota 2
Gimik perasmian bulan panitia : Bacaan Pengumuman Perasmian Bulan Panitia oleh Guru
Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum.
Taklimat ringkas perjalanan aktiviti bulan panitia oleh Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam