Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN COCHRANE PERKASA

OFF JLN COCHRANE 55100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

TAJUK:

TEKNIK MENJAWAB
MATEMATIK TAMBAHAN

DISEDIAKAN OLEH:

KETUA PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN


SMK COCHRANE PERKASA
1.0 PENDAHULUAN
Dalam menuju kecemerlangan, murid-murid perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada
dari segi akhlak, akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan murid-murid dalam
bidang akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam khususnya
SPM 2017. Bagi mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke arah peperiksaan perlu di beri
perhatian serius khususnya dari segi teknik-teknik menjawab, pembahagian masa dan
soalan-soalan peruncingan yang kerap disoal di dalam peperiksaan.

Menyedari hakikat inilah maka pihak Panitia Matematik Tambahan telah mengambil
inisiatif untuk mengadakan Program Teknik Menjawab Matematik Tambahan bagi
membantu murid-murid sebelum menghadapi peperiksaan SPM 2017.

2.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang celik dengan kaedah dan teknik yang tepat dalam menguasai
kemahiran menjawab soalan Matematik Tambahan SPM dan seterusnya mencapai
keputusan yang cemerlang dalam SPM 2017

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Murid dapat menguasai kaedah/ teknik menjawab soalan Matematik
Tambahan SPM secara sistematik
3.2 Murid-murid dapat memberi jawapan dengan tepat selaras dengan
peraturan pemarkahan.
3.3 Murid-murid dapat membuat pembahagian masa yang betul dalam
menjawab soalan sebagaimana yang ditetapkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid tingkatan 5 Amanah dan 5 Bestari SMK Cochrane Perkasa 2017

5.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN


Tarikh : 12 Mei 2017
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang.
Tempat : Bilik Bahasa (tingkat 5)
Penceramah : Puan Gan Fei Ting
6.0 JADUAL PROGRAM
2.30 ptg - Persediaan tempat
- Ceramah Teknik Menjawab Kertas Matematik Tambahan
Kertas 1
3.30 ptg - Ceramah Teknik Menjawab Kertas Matematik Tambahan
Kertas 2

7.0 JAWATAN KUASA KERJA


Penyelaras Program : Puan Nur Surayya bt Mohd Zulkifli
Pengerusi Majlis : Puan Noorlaili bt Osman
Persediaan Tempat : Puan Nur Surayya bt Mohd Zulkifli

8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN


Bil Sumber Jumlah
1 PIBG ( Kecemerlangan SPM) RM100.00
2 PCG RM200.00
Jumlah RM300.00

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bayaran Penceramah = RM300.00

10.0 PENUTUP
Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat membantu
murid menjawab soalan dengan tepat dan efisien. Ketepatan dalam menjawab soalan akan
dapat membantu murid mendapat markah yang baik dan akan memperoleh kejayaan yang
cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dalam setiap penilaian khususnya
dalam Peperiksaan SPM 2017.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

.......................................................... .................................................. ...........................................


(NUR SURAYYA BT MOHD ZULKIFLI) (FOONG SIEW FUEN) (ROZEMI BINTI KHALIB)
KETUA PANITIA KETUA BIDANG PENGETUA
MATEMATIK TAMBAHAN TEKNIK & VOKASIONAL SMK COCHRANE PERKASA
SMK COCHRANE PERKASA SMK COCHRANE PERKASA

Anda mungkin juga menyukai