Anda di halaman 1dari 2

AKHLAK – PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH

Tingkatan 4

ADAB BERFIKIR.

KONSEP BERFIKIR MENURUT ISLAM.


1. Manusia ialah semulia-mulia makhluk kerana dikurniakan akal fikiran untuk berfikir secara kreatif dan
kritis mengikut keperluan semasa.
2. Keupayaan itu ditingkatkan melalui pembelajaran dan penyelidikan.
3. Berfikir manusia boleh membezakan yang baik dan buruk.
4. Dengan berfikir manusia boleh meningkatkan taraf hidup dan merubahnya.

ً ‫ِإَونا َك ُف‬ َ َّ ُ َ ۡ َ َ َّ
َّ ‫يل إ َّنا َشاك ِٗرا‬
٣ ‫يرا‬ ِ ِ ‫إِنا ودينَٰه ٱلسب‬
Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. [al-Insan : 3]

ADAB BERFIKIR.
1. Allah menggalakkan manusia menggunakan akal secara rasional.
2. Memberi kebebasan untuk menentukan sesuatu mengikut kemampuan akal mereka.
3. Ajaran Islam menggariskan:

Bil Perkara Keterangan


1. Wahyu memandu seseorang dalam membuat keputusan dan tindakan.
2. Al-Quraan dan al-Sunnah sebagai rujukan bagi mencapai keredhaan Allah
Berfikir menurut Taala.
1
wahyu 3. Proses pemikiran berkenaan tidak dipengaruhi oleh kepentingan individu,
sosio budaya, keturunan atau bangsa.
4. Berfikir berpandukan akal tidak akan mampu mencari kebenaran.
1. Manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan/
mencari kebenaran.
2. Manusia digalakkan berfikir dan mengkaji semua kejadian berasaskan sains
dan teknologi untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.
3. Manusia akan terus meneroka alam dan menghasilkan idea baru bagi faedah
mereka sendiri.

Berfikir untuk mencari ۡ ‫ٱلس َهآءِ َك ۡي َف ُرف َِع‬ َ


َّ ‫ِإَوَل‬ ۡ ‫ون إ ََل ۡٱۡلبل َك ۡي َف ُخل َِق‬ َ ُ ُ َ َََ
2
kebenaran
١٨ ‫ت‬ ١٧ ‫ت‬ ِِ ِ ِ ‫أفل ينظر‬
ۡ ‫ح‬ َ
َ ‫ۡرض ك ۡي َف ُسط‬ َ ۡ َ َ ۡ َ
ۡ ‫ٱۡل َبال ك ۡي َف نُص َب‬
١٪ ‫ت‬ ِ ِ ‫ ِإَوَل ٱۡل‬١٩ ‫ت‬ ِ ِ ِ ‫ِإَوَل‬
17. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia
diciptakan
18. Dan langit, bagaimana ia ditinggikan
19. Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan
20. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan [al-Ghashiah: 17-20]

1. Umat islam menjadi contoh dalam pembangunan Jasmani dan Rohani.


2. Umat Islam perlu memikirkan strategi terbaik bg menguasai ilmu era
globalisasi dan komunikasi terkini.
3. Supaya umat islam tidak/ sering ketinggalan dalam arus pembangunan.
4. Umat Islam perlu sedia mengubah sikap dan cara hidup agar lebih maju dan
Berfikir untuk dinamis.
3
pembangungan Ummah.
ُ َ ْ ُ ّ َ ُ َّ َ ۡ َ َ ُ ّ َ ُ َ َ َّ َّ
ِ ‫ّيوا َنا بِأنف‬
‫س ِى ۡم‬ َٰ ‫إِن ٱّلل َل يغ ِّي نا بِقي ٍم ح‬
ِ ‫َّت يغ‬
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka
merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…. [al-Ra’du:11]

62
AKHLAK – PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH
Tingkatan 4

PERBANDINGAN PEMIKIRAN POSITIF DAN NEGATIF.

Bil Pemikiran Positif Pemikiran Negatif


1 Mempunyai keyakinan untuk melakukan tindakan Ragu-ragu sebelum melakukan tindakan
2 Berani menghadapi cabaran dan risiko Takut berhadapan dengan cabaran.
Sabar dan tabah menghadapi ujian atau Mudah mengalah dan kecewa apabila menghadapi ujian
3
kegagalan atau kegagalan
Kuat keinginan mencuba idea-idea baru yang
4 Malas mencuba idea-idea baharu.
mencabar dan berisiko tinggi.
Tidak berputus asa apabila gagal bahkan sedia
5 Mudah kecewa dan tawar hati apabila gagal
mencuba lagi
Bersikap optimis dengan memandang masa depan
6 Bersikap pasimis melihat masa depan yang gelap
yang cerah
Mempunyai jati diri, visi dan misi dalam
7 Lemah semangat, tiada visi dan misi dalam kehidupan
kehidupan
Bersikap terbuka dan sedia menerima pendapat Berfikiran sempit dan sukar menerima pendapat orang
8
orang lain. lain.

KONSEP AKAL DAN WAHYU.


1. Kurniaan akal oleh Allah untuk manusia menjalankan tugasan sebagai khalifah Allah.
2. Walaupun akal manusia boleh menguasai pelbagai ilmu tetapi keupayan akal masih terbatas.
3. Manusia masih tidak mampu memikirkan hal ghaib seperti beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
4. Allah utuskan Rasul sebagai membantu akal mencari dan mengenali kebenaran yang hakiki dan memimpin
manusia ke jalan kebenaran.

HIKMAH BERFIKIR
1. Dapat membezakan antara hak dan bathil.
2. Menghasilkan pandangan yang kreatif dan kritis
3. Meningkatkan kualiti diri
4. Menghasilkan nayijah yang baik
5. Mengurangkan kesilapan ketika bertindak
6. Membezakan manusia dan haiwan
7. Mengelakkan penyeselan dan kekecewaan
8. Menghampirkan diri kepada pencipta/ Allah Taala

LATIHAN.
1. Nyatakan tiga hikmah berfikir.
2. Terangkan adab berfikir menurut Islam dan sertakan contohnya.
3. Nyatakan tiga kesan berfikir secara negatif.
4. Huraikan konsep berfikir mengikut wahyu.
5. Jelaskan perbezaan antara konsep wahyu dengan akal.

63

Anda mungkin juga menyukai