Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH TINGKATAN 4

AKHLAK

ADAB MENZIARAHI JENAZAH.


1. Bermaksud; melawat keluarga yang ditimpa kedukaan disebabkan kematian salah
seorang ahli keluarga mereka.
2. Umat Islam WAJIB menziarahi keluarga si mati apabila mendengar berita kematian
di sesuatu Qaryah/ Kampung & membantu keluarga si mati sehingga selesai
pengkebumian.
3. Orang yang menziarahi keluarga si mati disarankan mengucapkan takziah dan
mendoakan kesabaran serta ketabahan.

 

Maksud: hak seorang muslim terhadap orang Islam ada lima; iaitu; menjawab salam, melawat orang sakit,
menghantar jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang bersin.

TUJUAN MENZIARAHI JENAZAH.


1. Melaksanakan tanggungjawab seorang Islam terhadap saudara seagama yang ditimpa musibah kematian.
2. Bekerjasama membantu menyelenggara urusan jenazah seperti memandi jenazah, mengkafankan,
menyembahyangkan dan mengkebumikan.
3. Menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati dan mendoakan kebaikan serta kesabaran
4. Menzahirkan rasa simpati kepada keluarga si mati.
5. Mengingatkan kematian bagi orang yang hidup
6. Mengukuhkan hubungan silaturrahim masyarakat setempat.

KELEBIHAN MENZIARAHI JENAZAH

Dapat menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga si mati


Melahirkan keinsafan pada diri sendiri
Individu Mendidik diri untuk terus melaksanakan tuntutan fardhu kifayah
Dapat bermuhasabh berkaitan ibadat yang dilakukan
Memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah Taala
 Dapat menenangkan dan meringankan perasaan sedih keluarga si mati
 Dapat menguatkan ketabahan hati
Keluarga Si Mati
 Dapat mengurangkan beban tanggungan pengurusan jenazah
 Menimbulkan keinsafan tentang kepentingan hidup bermasyarakat
1. Mengukuhkan hubungan siltarurrahim di antara masyarakat dan keluarga si
mati
2. Menghayati ruh ukhuwwah islamiah [persaudaraan Islam] yang tidak dibatasi
Masyarakat
oleh bangsa atau kaum
3. Menghayati prinsip kejiranan dan kemasyarakatan yang dikehendaki oleh
Islam [setiap orang menghormati dan memelihara jiran mereka]

1. Mengucapkan innalillahi wa inna ilaihi rojiun apabila mendengar kematian.


2. Bersegera menziarahi jenazah apabila terdengar kematian
3. Menemui keluarga si mati untuk mengucapkan takziah kepada mereka
4. Menyediakan makanan untuk keluarga si mati
5. Berzikir dan membaca al-Quraan dengan suara perlahan/ tidak menggangu
Adab-adab
jenazah
menziarahi jenazah
6. Tidak menceritakan keaiban jenazah/ si mati
7. Mendoakan kesejahteraan/ ketenteraman jenazah [bagi Islam]
8. Tidak meninggikan suara dan berbual-bual kosong
9. Menyegerakan pengurusan jenazah
10. Menyembahyangkan jenazah dan mengiringi jenazah ke kubur.

70
PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH TINGKATAN 4
AKHLAK

MENZIARAHI JENAZAH BUKAN ISLAM


1. Orang islam DIHARUSKAN menziarahi jenazah bukan Islam sebagai tanda simpati
2. DISUNATKAN bertakziah kepada keluarga si mati.
3. Semasa menziarahi jenazah orang Islam tidak dibenarkan menyertai upacara keagamaan mereka.
4. Baginda Nabi menziarahi bapa saudara Baginda yang sakit iaitu Abi Talib.

Daripada Jabir, telah lalu didepan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, maka kami pun berdiri,
kemudian kami berkata kepada Baginda ; jenazah itu jenazah orang Yahudi, Baginda bersabda;
apabila kamu melihat jenazah hendaklah kamu berdiri [Riwayat Bukhari]

PERBEZAAN MENZIARAHI JENAZAH MUSLIM DAN KAFIR/ BUKAN MUSLIM


Jenazah Muslim Jenazah Kafir/ Bukan Muslim
1. Membantu menguruskan jenazah seperti 1. Hadir ke rumah si mati sebagai tanda
memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan hormat.
dan mengkebumikan. 2. Tidak menyertai upacara keagamaan
2. Menyembahyangkan jenazah. mereka.
3. Mengiringi jenazah ke perkuburan dan 3. Berdiri ketika jenazah lalu di hadapan
mengkebumikan. sebagai tanda hormat
4. Membanyakkan zikir ketika berada di rumah 4. Mengucapkan takziah kepada keluarga si
jenazah serta bertakziah. mati.

Soalan penilaian:
a) Nyatakan kewajipan umat Islam apabila berlakunya kematian
b) Jelaskan tiga daripada tujuan menziarahi jenazah menurut Islam
c) Terangkan kelebihan menziarahi jenazah terhadap keluarga si mati
d) Huraikan tiga daripada adab-adab menziarahi jenazah
e) Beri pendapat anda, mengingati mati boleh mendidik manusia ke arah kebaikan.

71