Anda di halaman 1dari 4

Pertandingan Bercerita Tahap 1

Tajuk Cerita : Sang Kancil Menipu Sang Buaya

Terbitan : Pustaka Pepada Jaya Sdn. Bhd

Pengarang : Norleila Chip

Tahun Terbitan : 2013

Pada Zaman dahulukala, dipinggir sebuah hutan, terdapat sebatang sungai yang

sangat jernih airnya. Sungai tersebut menjadi tempat haiwan- haiwan dihutan itu

minum dan mandi manda.

Namun kini, segalanya telah berubah, semua haiwan dirimba tidak lagi berani pergi ke

sungai tersebut, Ini adalah kerana sungai itu kini, telahpun dihuni oleh keluarga Sang

Buaya. Buaya –buaya tersebut pula sangatlah ganas dan menakutkan.

Pada suatu hari , semua haiwan dirimba pun mengadakan mesyuarat tergempar.

Mereka ingin berbincang bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang

sedang dihadapi oleh mereka.

“Hmm nampaknya buaya-buaya disungai itu sudah melampau. Jika dibiarkan mereka

tinggal lama disitu, pastilah kita semua akan mati kehausan” kata Sang Badak. “ Betul

tu, Kita mesti melakukan sesuatu, untuk mengatasi masalah ini “ kata Sang Monyet

pula.

Namun, meskipun telah lama berbincang, namun mereka masih menemui jalan buntu.

Setelah hari petang semua haiwanpun bersurai.


Pada keesokan harinya pula, sedang seekor kancil bersiar-siar dipinggir hutan tersebut,

tiba-tiba ia merasa dahaga, Ia pun pergi ke tepi sungai untuk minum air, tiba-tiba ia

terlihat Sang Buaya dan keluarganya yang ganas itu sedang mandi-manda disungai itu.

Sang Kancil pun berasa amat terkejut “Wah, bagaimana caranya aku hendak minum air

disungai itu, jika didalam sungai itu penuh dengan buaya.

Sang Kancil pun berfikir dan terus berfikir, akhirnya dia mendapat satu akal bagaimana

cara hendak menghalau buaya-buaya itu dari sungai tersebut. Sang Kancil pun mencari

sehelai daun yang lebar dan melukis sebuah peta diatas daun tersebut. Selepas itu dia

pun mengulung daun tersebut dengan kemas, kemudian dia pun pergi ketebing sungai

dan memanggil semua buaya yang ada didalam sungai tersebut.

“ Wahai keluarga buaya, berkumpullah semuanya dihadapan ku, aku ada membawa

titah dari Raja Rimba” jerit Sang Kancil.

Apabila mendengar panggilan dari Sang Kancil, semua buaya yang ada didalam sungai

itu pun berkumpul dihadapan Sang Kancil. “ Cis berani kamu datang ke sini? Kamu

mahu menjadi makanan kami kah? tanya Sang Buaya. “Oh tidak , aku datang ke sini

untuk menyampaikan titah dari Raja Rimba, Raja Rimba akan mengadakan jamuan

makan dan semua haiwan didalam hutan ini telah dijemput. Kamu semua juga telah

dijemput, Banyak makanan telah disediakan untuk kamu, Kamu semua mesti hadir, Jika

tidak hadir, pasti baginda akan berasa murka” Kata Sang Kancil lagi.
“Nah ini petanya, tempat jamuan tersebut diadakan” Sang Kancil pun memberikan daun

yang digulungnya tadi kepada ketua buaya.

Ketua buaya pun meneliti peta tersebut dan diapun mengarahkan semua buaya

bergerak dengan segera ke tempat jamuan tersebut.

Keluarga buaya tersebut berjalan dan terus berjalan selama berminggu-minggu

lamanya, tetapi mereka masih belum menemui tempat jamuan tersebut. Dalam

perjalanan ketempat jamuan tersebut banyaklah buaya yang mati kerana terlampau

dahaga dan letih. Akhirnya kesemua buaya tersebut telah tersesat dan mati ditengah

jalan akibat kesakita dan kelaparan.

Sebenarnya jamuan itu hanyalah muslihat Sang Kancil, agar semua buaya keluar dari

sungai tersebut. Peta yang diberi oleh Sang Kancil itu adalah sebuah peta palsu yang

menuju ke sebuah padang pasir yang amat luas.

Akhirnya, semua penghuni rimba berasa amat gembira kerana keluarga buaya telah

keluar dari sungai tersebut. Kehidupan penghuni rimba pun kembali aman dan damai.

Ya kawan-kawan kita mestilah menggunakan akal fikiran kita dengan baik untuk

mengatasi sesuatu masalah yang kita hadapi dan bukannya bertindak dengan melulu

atau terburu-buru.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai