Anda di halaman 1dari 24

Bab 5: Mobiliti dan Pendidikan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

1. Terangkan maksud mobiliti sosial, jenis-jenis mobiliti sosial serta


faktor-faktor yang menentukan mobiliti sosial.
2. Berikan sebab-sebab yang menyumbang kepada kewujudan mobiliti
sosial.
3. Terangkan mobiliti etnik di kalangan golongan Cham dan Bosnia.
4. Terangkan jenis-jenis mobiliti yang wujud dalam pasaran pekerjaan
serta kesannya ke atas golongan wanita di Hong Kong, China dan
Amerika Syarikat.
5. Terangkan sumber-sumber yang dapat disampaikan oleh ibu bapa ke
anak mereka.
6. Hubung kaitkan pendidikan dengan mobiliti sosial serta terangkan
kesannya secara global.
7. Huraikan program-program mobiliti akademik di Asia Tenggara dan
terangkan sumbangannya ke atas kefahaman dan kerjasama antara
institusi-institusi dan negara-negara.

Kata kunci: mobiliti sosial, mobiliti akademik, mobiliti ke atas, mobiliti ke bawah,
mobiliti sosial vertikal, mobiliti berkumpulan, nilai berfungsi, nilai simbolik, mobiliti
antara firma, mobiliti intra firma, mobiliti dalam pekerjaan, struktur kelas, antara
generasi, modal sosial keluarga, modal sosial komuniti, modal sosial, modal etnik,
pendidikan ibu bapa, pendapatan ibu bapa, modal pelaburan, modal tekanan, modal
insan, mobiliti akademik

Pengenalan

Dalam bab sebelum ini, anda telah mempelajari mengenai interaksi antara guru dan murid,
program pengajaran yang dijalankan di negara-negara Asia serta tanggapan masyarakat ke
atas profesion perguruan dan ciri-ciri guru yang baik. Dalam bab ini pula, anda akan meneliti
jenis-jenis mobiliti serta kesannya ke atas masyarakat global.

5.1 Alam semulajadi dan jumlah mobiliti


sosial

Apakah yang dimaksudkan dengan


mobiliti sosial?

Istilah “mobiliti sosial” merujuk kepada


keupayaan seseorang untuk memindah dari
satu jawatan dalam susunan sosial ke
jawatan lain, dari satu kelas sosial ke kelas
sosial lain atau dari status sosioekonomi ke
status sosioekonomi lain. Mobiliti sosial
dilihat sebagai mekanisme yang digunakan oleh seorang individu untuk mencapai matlamat
peribadinya.

Bagaimanakan mobiliti sosial diukur?

Mobiliti sosial dapat diukur dengan membandingkan kedudukan semasa seseorang itu dengan
kedudukan ibu bapanya. Sekiranya pendapatan, gaya hidup serta persekitaran pekerjaannya
lebih baik dari ibu bapanya, maka dia memperlihatkan mobiliti ke atas. Contohnya, sekiranya
dia bekerja sebagai peguam atau doktor manakala bapanya bekerja sebagai pemandu lori,
dapat dikatakan bahawa dia menunjukkan mobiliti ke atas. Namun demikian, sekiranya gaya
hidupnya kurang selesa berbanding dengan ibu bapanya maka dia menunjukkan mobiliti ke
bawah. Contohnya, seseorang itu bekerja sebagai kerani tetapi ibu bapanya masing-
masingnya bekerja sebagai doktor dan peguam.

Mobiliti sosial membolehkan seseorang itu bergerak ke atas atau ke bawah tangga kelas
sosial. Peluang untuk mara ke kelas sosial yang lebih tinggi mampu memotivasikan kita untuk
bekerja dengan lebih keras di sekolah. Seorang kanak-kanak yang berkehidupan susah
mungkin akan menghadapi halangan yang akan menghindarinya daripada kejayaan. Setiap
masyarakat terdiri daripada kelas sosial yang membahagikan manusia mengikut skala
sosioekonomi.

Syarat-syarat yang membolehkan mobiliti ke atas

Berikut merupakan syarat-syarat yang membolehkan golongan kelas pekerja mara ke kelas
pertengahan dan kelas atasan (Havighurst, 1961).
 Penggunaan teknologi bagi menggantikan pekerja yang separuh mahir atau kurang
mahir. Dengan menggunakan teknologi, permintaan ke atas pekerja teknikal dan
berkemahiran tinggi akan meningkat dan seterusnya menjana peluang pekerjaan yang
berpendapatan tinggi.
 Perubahan dari pekerjaan yang berintensifkan buruh berkemahiran rendah ke
pekerjaan yang memerlukan latihan teknikal. Contohnya, dari industri pertanian ke
industri pengeluaran; bertani dengan menggunakan tenaga manusia ke mesin
 Perubahan ke industri yang memerlukan pekerja yang memerlukan pekerja yang
memiliki kemahiran teknikal dan berpendapatan tinggi.
 Memastikan daya pengeluaran yang tinggi supaya pendapatan dapat dinaikkan.
Perkara ini akan menggalakkan masyarakat berbelanja ke atas perkhidmatan
profesional. Ini seterusnya akan meningkatkan mobiliti pekerjaan-pekerjaan tersebut.
 Menyediakan tanah percuma serta insentif lain bagi menggalakkan penubuhan
perniagaan supaya dapat menjana pemilik harta.

Syarat-syarat yang membolehkan mobiliti ke atas dan ke bawah:

 Menyediakan akses yang percuma dan mudah berdasarkan pencapaian dan bukannya
faktor latar belakang
 Pemohonan bagi pekerjaan kelas pertengahan atau atasan dijalankan berdasarkan
prosedur pemohonan yang berdasarkan pencapaian dan bukan faktor seperti latar
belakang
 Membenarkan kelas-kelas bawahan bergerak dari kelas bawahan ke kelas yang lebih
tinggi. Dengan itu, mereka akan dapat menambahbaik situasi mereka. Peningkatan
dalam taraf hidup akan membenarkan anak-anak mereka menikmati peluang
pendidikan dan kesihatan yang lebih baik.

Aktiviti 5.1

Apakah perbezaan antara mobiliti ke atas dan mobiliti ke bawah?

Bagaimanakah masyarakat dibahagikan kepada kelas-kelas sosial yang berbeza?

Terdapat dua kriteria yang perlu dipenuhi oleh kelas-


kelas berbeza iaitu pencapaian dan tanggapan.
Sekiranya masyarakat tersebut lebih mengutamakan
tanggapan sebagai kriteria, individu-individu yang
terlibat akan diberi jawatan berdasarkan faktor-faktor
seperti pertalian kekeluargaan, prestij keluarga,
etnisiti, agama, gender, usia atau institusi sosial lain
yang dapat mempengaruhi masyarakat. Sebaliknya,
sekiranya masyarakat lebih mengutamakan
pencapaian, maka individu-individu yang terlibat
akan berusaha melalui aktiviti keusahawanan dalam
bidang perniagaan, industri serta pemerolehan ilmu kerana faktor-faktor ini disanjung oleh
masyarakat. Masyarakat primitif dahulu kala meraih status melalui kejayaan dalam
peperangan, aktiviti pemburuan atau dalam bidang perubatan atau alam ghaib. Kini, setiap
masyarakat menggunakan kriteria tanggapan dan pencapaian tetapi mengikut tahap yang
berbeza.
Contoh-contoh masyarakat yang mengutamakan pewarisan status keluarga serta pengaruh
wujud di Eropah, contohnya keluarga Goldsmith dan keluarga perbankan Rothschild.
Golongan elit ini bertanggapan bahawa mereka status sosial diwarisi oleh anak lelaki mereka.

Jenis-jenis mobiliti sosial

Pemindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial lain sebenarnya merupakan proses yang
fleksibel dan kerap berlaku. Pergerakan dari satu tahap sosial ke tahap sosial yang lebih tinggi
dikenali sebagi mobiliti sosial vertikal. Mobiliti sosial vertikal dibahagikan kepada mobiliti
menaik dan menurun. Masyarakat bersifat “terbuka” atau berdaya mobilisasi dan “tertutup”
atau tidak berdaya mobilisasi. bergantung kepada sejauhmana seseorang itu dapat bergerak di
skala menegak. Dalam sesetengah masyarakat, individu dalam masyarakat tersebut tidak
bergerak dan akan sentiasa kekal dalam kelas sosial asalnya. Masyarakat sebegini dikenali
sebagai masyarakat “tertutup” kerana anggota-anggotanya tidak dibenarkan memanjat atau
menurun dari kelas sosial mereka. Contohnya, dalam sistem kasta di India, kumpulan-
kumpulan etnik minoriti sentiasa menghadapi halangan masyarakat. Dalam negara
membangun, wujud masyarakat yang bersosioekonomi rendah yang tidak memiliki akses
kepada peluang pekerjaan atau kemudahan sosial dan pendidikan yang setaraf dengan anggota
masyarakat lain.
Sebaliknya, dalam masyarakat “terbuka” individu dapat naik dan turun mobiliti sosial dengan
kerap. Contohnya, dalam masyarakat moden masa kini, ekonomi yang kian berubah
bermaksud bahawa seseorang itu mungkin akan memegang jawatan penyelia pada satu hari
dan memegang jawatan lain pada hari seterusnya kerana kegawatan ekonomi.

Bagaimanakah mobiliti sosial berlaku?

Menurut Lipset dan Zetterberg (1966), terdapat dua proses dalam mobiliti sosial menegak
iaitu mobiliti sosial yang berlaku akibat daripada kekosongan kerja serta mobiliti sosial akibat
daripada pertukaran jawatan. Sepertimana kita semua maklum, mobiliti disebabkan oleh
peningkatan populasi yang akan membawa kepada pertumbuhan bilangan anggota setiap
kelas sosial. Namun demikian, turut wujud kes di mana mobiliti disebabkan oleh faktor selain
perubahan (contohnya perubahan jawatan atau status) dan situasi ini dikenali sebagai mobiliti
benar atau tulen.

Penentu-penentu mobiliti sosial

Mobiliti sosial dapat dicetus melalui kuasa politik, perkahwinan, perhubungan kekeluargaan
dan pendidikan. Namun demikian, faktor pendidikan merupakan aspek yang paling menjadi
rebutan kerana ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan kemudahan pendidikan
mudah didapati. Oleh itu, pendidikan merupakan pencetus utama mobiliti kerana:

 Hampir keseluruhan masyarakat menginginkan pencapaian pendidikan yang baik


 Tidak ramai pihak mampu mempersoalkan integriti seseorang yang memiliki
kelayakan akademik yang tinggi
 Pendidikan berhubungkait rapat dengan pendapatan dan pekerjaan. Semakin tinggi
tahap pendidikan seseorang itu, semakin berprestij pekerjaan tersebut dan seterusnya
pendapatan tahunan akan meningkat. Situasi ini pula berkaitan dengan harta, prestij
dan kuasa.
 Pendidikan formal berhubungkait rapat dengan mobiliti menegak. Dalam aspek ini,
sekolah-sekolah memainkan peranan penting dalam membahagikan individu menurut
tahap yang sepatutnya. Ini dapat dilakukan melalui sistem peperiksaan, penyeliaan
dan kenaikan pangkat. Dengan itu, pendidikan dapat membantu seseorang
menambahbaik kedudukannya dalam masyarakat. Oleh itu dapat dilihat bahawa
pendidikan formal merupakan prasyarat kepada profesion tetapi doktor dan peguam.

Dengan melihat peranan pendidikan dalam mobiliti sosial, kita perlu memahami dengan jelas
bahawa fungsi dua hala pendidikan dalam sistem susun lapis. Pertamanya, pendidikan
memainkan peranan mekanisma di mana kedudukan kelas sosial dikekalkan merentasi
generasi. Semakin tinggi kelas sosial seseorang, semakin tinggi tahap pendidikannya. Ini akan
membolehkannya mengekalkan atau menambahbaik kedudukannya dalam kelas sosial.
Kedua, pendidikan berfungsi sebagai mekanisma mobiliti sosial. Dalam aspek ini, akses ke
pendidikan merupakan mekanisme yang mampu menggerakkan mobiliti sosial. Namun
demikian, situasi ini hanya akan direalisasikan sekiranya setiap anggota menerima tahap
pendidikan yang setara yang dapat memberi saluran mobiliti kepada golongan yang kurang
bernasib baik. Bagi golongan ini, pendidikan dapat mengekalkan mobiliti mereka atau
mengurangkan mobiliti ke bawah mereka.
Aktiviti 5.2

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mobiliti sosial?

5.1.1 Mobiliti berkumpulan

Bahagian ini akan meneliti mengapa sesetengah individu memilih untuk berpindah dan
mencari kehidupan yang baru di tempat lain. Fokus yang diberikan kepada populasi
pedalaman sebagai mobiliti sosial yang berpindah ke kawasan perbandaran untuk memulakan
kehidupan baru. Situasi ini berlaku dengan kerap di Asia Tengah antara abad 1960an sehingga
abad 1990an (Patnaik, 1995). Negara-negara di kawasan Asia Tengah (Uzbekistan, Tajikistan,
Kirghizia dan Turkmenistan) di mana masyarakat pribumi merupakan antara komuniti yang
termiskin. Golongan ini kurang bernasib baik dari aspek sosial dan ekonomi. Namun
demikian, etnik-etnik tertentu di Asia Tengah dan Eropah memiliki status sosioekonomi yang
lebih baik berbanding dengan golongan pribumi. Mengapakah wujud ketaksamaan antara
kedua-dua kumpulan ini?

Masyarakat pribumi:
 Sebahagian besarnya tinggal di pedalaman;
 Populasi yang berlebihan;
 Pengeluaran pertanian yang rendah
 Pekerjaan bersifat bermusim di mana pekerjaan seringkali melibatkan isi rumah dan
anak syarikat swasta dan bukannya di kawasan perbandaran

Tarikan perbandaran

Penggajian di sektor perindustrian lebih


tinggi berbanding dengan sektor pertanian.
Lebihan tenaga kerja dalam bidang pertanian
memberi impak kepada pendapatan para
petani. Oleh itu, para petani bertanggapan
bahawa mereka perlu berpindah ke sektor
perindustrian di mana pekerjaan-pekerjaan
dan penggajian yang lebih stabil. Di samping
itu, sektor perindustrian perbandaran
merupakan faktor utama dalam mobiliti
perkumpulan, kita akan mendapati bahawa
kumpulan sosial urban cenderung menurun
dan menaik skala sosioekonomi. Di negara-negara seperti Australia, Britain, Brazil dan
Amerika Syarikat (Havighurst, 1961), masyarakat kelas pekerja mula memperlihatkan
pergerakan ke atas. Kelas pekerja Australia telah mengalami perkembangan yang baik dengan
melaksanakan kawalan ke atas penggajian melalui sistem elaun kekeluargaan (berdasarkan
bilangan anak) serta kelebihan-kelebihan tertentu. Di Britain, kelas pekerja telah
menambahbaik status mereka dengan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, insuran bagi
golongan yang penganggur, bersara dan OKU serta pendidikan sekolah menengah yang
percuma. Keadaan ini telah meningkatkan mobiliti berkumpulan di kalangan kelas pekerja
Britain. Perkara yang sama berlaku di Brazil di mana jurang ekonomi antara kelas pekerja
perbandaran dan pedalaman telah mengecil kerana pertumbuhan ekonomi negara. Di
Amerika, kelas pekerja dilihat sebagai golongan yang bermobilisasi ke atas yang memiliki
lambang kelas pertengahan tertentu contohnya gadget, percutian ke luar negara dan
pendidikan menengah dan tinggi bagi anak-anak mereka.

5.1.2 Mobiliti kumpulan etnik, ras dan keagamaan

Di sesetengah negara, mobiliti ditentukan oleh faktor-faktor selain daripada ekonomi,


contohnya faktor politik. Contohnya, semasa pentadbiran Pol Pot di Cambodia, etnik Cham
telah disasarkan untuk penghapusan oleh rejim Komunis (Mohamed Effendy Abdul Hamid,
2006). Etnik Cham dipercayai terlibat dalam aktiviti golongan DiRaja Kambodia, memiliki
potensi untuk menjadi tentera dan lebih pentingnya, beragama Islam. Kebanyakkan daripada
mereka melarikan diri ke Malaysia. Lebih kurang 10,722 daripada mereka ditempatkan di
kem pelarian di Kelantan dan diajar pendidikan Islam bahasa Malaysia dan gaya hidup
Malaysia. Pada tahun 1977, mereka dibenarkan bekerja di kawasan perladangan dan terlibat
dengan aktiviti perniagaan. Anak-anak mereka dibenarkan belajar dan ramai merupakan
graduan dari institusi pengajian tinggi. Selepas 25 tahun, mereka menjadi warganegara
Malaysia.

Apakah ciri-ciri yang membolehkan etnik Cham menyesuaikan diri dengan baik dalam
masyarakat lain?
Menurut sejarah, etnik Cham merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia kerana mereka
dapat bertutur dalam bahasa Malaysia. Mereka juga berkongsi budaya dan agama dengan
etnik Melayu.

Di samping etnik Cham di Asia, terdapat berbagai kumpulan etnik yang telah berhijrah dari
negara asal mereka kerana peperangan. Contohnya ketika peperangan Bosnia-Herzegovina,
1.3 juta rakyat Bosnia telah melarikan diri dari negara mereka ke negara-negara jiran
contohnya Sweden dan Finland (Eastmond, 2006). Sebahagian besar dari mereka telah diberi
status penghuni tetap selepas peperangan ini berakhir. Oleh sebab itu, ramai keluarga telah
dipecahkan kerana terpaksa membahagikan masa antara ahli keluarga yang menghuni di
Bosnia dan Sweden. Situasi ini telah membawa kepada kehidupan transnasional yang
bermusim atau sementara serta mobiliti antara kedua-dua negara ini, di mana kunjungan
berkeluarga dilakukan ketika musim percutian. Ini juga telah menggalakkan ekonomi
tempatan kerana wujud perkhidmatan bus dan udara antara kedua-dua negara ini.

Dengan itu, mobiliti wujud dalam pelbagai bentuk tetapi secara keseluruhannya, manusia
akan tergerak untuk melakukan perubahan apabila wujud keperluan keselamatan, kehidupan
dan kelebihan ekonomi.

5.2 Pendidikan, peluang, mobiliti dan pendapatan

Pendidikan dan mobiliti

Pendidikan memiliki nilai berfungsi di samping nilai simbolik. Pendidikan dikatakan


memiliki nilai berfungsi apabila seseorang itu mempelajari bidang pendidikan di universiti
dan kemudiannya bekerja di guru. Di sini, pendidikan memiliki nilai berfungsi. Namun
demikian, pendidikan juga memiliki nilai simbolik. Contohnya, seseorang yang enggan
bekerja tetapi memiliki ijazah muda dalam bidang kejuruteraan sebenarnya menggunakan
ijazahnya sebagai simbol status. Sehubungan dengan itu, apabila seseorang yang tidak
berpendidikan bekerja keras dan menggunakan hasil usahanya itu untuk menghantar anaknya
ke universiti, pendidikan anaknya itu akan menjadi simbol nilai apabila anaknya bekerja
kelak.

Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada negara yang menekankan kepentingan nilai
berfungsi. Selepas tahun 1900, ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak-anak mereka akan
mendapat peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih lumayan sekiranya mereka dididik
dengan sewajarnya. Sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi mula membangunkan
kursus dan program sendiri bagi memenuhi keperluan dan permintaan pasaran pekerjaan.
Pengambilan pelajar dalam bidang teknikal dan kejuruteraan meningkat kerana peluang
pekerjaan dalam industri-industri ini turut berkembang. Britain dan Australia pula hanya mula
menekankan pendidikan sebagai nilai berfungsi selepas tahun 1940an. Mereka lebih
mengutamakan pendidikan peringkat menengah dan tinggi. Sebelum ini, mereka
bertanggapan bahawa kita boleh berjaya dalam bidang politik, perniagaan dan perkhidmatan
awam tanpa memiliki sebarang pengijazahan. Isu pemerolehan harta dan mobiliti sosial tidak
dibangkitkan sama sekali.

Nilai berfungsi pendidikan berfungsi bagi mobiliti individu dan mobiliti berkumpulan.
Contohnya, bagi mobiliti individu, seorang yang berasal dari kelas bawahan dapat dilatih
supaya dapat meraih jawatan pengurusan tinggi dan seterusnya memasuki kelas pertengahan.
Situasi ini amat ketara di Amerika Syarikat di mana bilangan guru, peguam dan doktor
meningkat dari 6% pada tahun 1950 ke 25% pada tahun 1970/

Di Britain, persekolahan percuma disediakan pada peringkat sekolah menengah dan initiatif
ini telah menggalakkan pelajar-pelajar miskin supaya melanjutkan pelajaran ke universiti
dengan memberikan mereka biasiswa. Di Australia pula, pengambilan murid ke sekolah
menengah telah meningkat hasil daripada pengutamaan yang diberikan kepada nilai berfungsi.

Aktiviti 5.2

Terangkan mengapa sistem pendidikan di kebanyakan negara


mengutamakan nilai berfungsi.

Mobiliti dan pendapatan

Terdapat tiga jenis mobiliti dalam pasaran pekerjaan, iaitu (1) mobiliti antara firma, (2)
mobiliti dalam firma, dan (3) mobiliti dalam pekerjaan.

Kebanyakan kes pertukaran pekerjaan merujuk kepada mobiliti antara firma. Contohnya,
kebanyakan firma kimia di Australia dan Britain melaporkan bahawa lebih kurang 40%
daripada pertukaran kerja yang berlaku sebenarnya bersifat internal (Creedy & Whitfield,
1988). Mobiliti antara firma dapat dibahagikan kepada mobiliti suka rela dan mobiliti bukan
suka rela.

Mobiliti suka rela mungkin berlaku kerana:


 tekanan dari majikan;
 pencapaian yang kurang menggalakkan;
 kenaikan gaji serta-merta;
 peluang yang lebih baik di firma baru; atau
 perasaan “tidak puas hati”.

Sebaliknya, mobiliti tidak suka rela mungkin disebabkan oleh pemberhentian kerja atau
pembubaran atau penamatan syarikat tersebut. Selain itu, individu tersebut mungkin akan
mendapat penambahan tanggung jawab dalam pekerjaan barunya.

Dari segi pendapatan, mobiliti pekerjaan suka rela selalunya akan membawa kepada kadar
pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan mobiliti tidak suka rela. Perkara ini demikian
kerana individu tersebut akan dimotivasi untuk mencari pekerjaan yang memberinya gaji yang
lebih tinggi berbanding dengan pekerjaan sedia adanya. Sesetengah individu bertukar
pekerjaan kerana pemindahan atau kenaikan pangkat di dalam organisasi itu sendiri, iaitu
mobiliti intra firma. Situasi ini merujuk kepada perubahan dari segi jawatan yang disandang
tanpa perubahn dari segi majikan atau firma. Mobiliti jenis ini merupakan penyumbang utama
kepada mobiliti ke atas dan merupakan mobiliti yang kedua terpenting dalam kajian firma-
firma kimia Britain dan Australia ini.

Mobiliti dalam pekerjaan hanya ketara selepas jangka masa tertentu. Hal ini demikian kerana
kita hanya dapat mengukur mobiliti seorang individu dengan membandingkannya dengan
tanggung jawab serta tugas-tugas yang disandang pada permulaan dan akhir jawatan tersebut.
Mobiliti dalam pekerjaan juga selalunya menjana kenaikan gaji yang ketara berbanding
dengan mobiliti dalam firma. Sehubungan dengan itu, mobiliti suka rela juga lebih cenderung
menjana gaji yang lebih tinggu berbanding dengan mobiliti tidak suka rela.

Kebelakangan ini, kewujudan pergerakan “bandar transnasional” oleh pekerja-pekerja


berkemahiran ke bandar-bandar mashyur dunia. Mobiliti juga berlaku kerana faktor-faktor
sosial, ekonomi, teknologi, budaya dan geopolitik.

Anda telah mempelajari


bahawa mobiliti mungkin
disebabkan oleh faktor-
faktor politik yang
mungkin telah
menyebabkan golongan
tertentu berhijrah ke negara
lain. Namun demikian,
sesetengah individu
berhijrah ke negara lain
berdasarkan kriteria
tertentu yang direka untuk
menarik golongan
profesional. Australia
mengamalkan mobiliti
sebegini (Ho, 2006) di
mana ramai wanita dari
Hong Kong dan China
telah berhijrah ke negara tersebut demi menambahbaik peluang pekerjaan mereka. 25%
daripada wanita dari Hong Kong dan 21% daripada wanita dari China ini memiliki ijazah dari
universiti, manakala hanya 13% daripada keseluruhan populasi wanita Australia memiliki
ijazah dari universiti. Sehubungan dengan itu, golongan lelaki dari Hong Kong dan China
turut tertarik dengan peluang pekerjaan di negara tersebut.

Seterusnya, kita akan melihat kes wanita di Amerika Syarikat bagi memahami dengan lebih
lanjut bagaimana pendidikan, peluang pekerjaan, mobiliti dan pendapatan berhubung kait
antara satu sama lain (Katz et al., 2005). Secara lazimnya, sebahagian daripada golongan
wanita di Amerika Syarikat telah memasuki pasaran pekerjaan kerana terdesak, contohnya
isteri atau balu yang perlu mencari nafkah bagi keluarga mereka. Namun demikian, ramai
wanita tidak mendapat peluang pekerjaan yang setara dengan orang lain. Oleh itu, mereka
hanya dapat memohon untuk pekerjaan yang berpendapatan rendah atau pekerjaan yang tidak
memberikan mereka peluang untuk meningkatkan pangkat mereka. Situasi ini menjadi lebih
meruncing apabila golongan wanita yang sudah berkahwin dihalang daripada memasuki
industri kolar putih atau profesion mengajar. Tanggapan bahawa wanita yang sudah
mendirikan rumah tangga tidak sepatutnya bekerja hanya berubah selepas Perang Dunia
Kedua kerana lebih ramai wanita menerima pendidikan formal.

Pendidikan merupakan faktor utama yang membolehkan wanita bekerja. Hal ini demikian
kerana sebahagian besar daripada pekerjaan yang dipohon memerlukan calon yang
berpendidikan tinggi.Sepanjang kurun ke-20, semakin ramai wanita menerima ijazah serta
menghabiskan persekolahan. Keupayaan golongan wanita yang berpendidikan untuk
memenuhi permintaan pekerjaan merupakan faktor utama yang mendorong wanita untuk
memasuki pasaran pekerjaan.

Dari segi etnisiti, mobiliti pekerjaan di Amerika Syarikat jelasnya lebih mudah dicapai oleh
wanita berkulit putih berbanding dengan wanita berkulit hitam. Secara umumnya, wanita
berkulit hitam mengalami kekurangan dari segi kelayakan pendidikan dan kemahiran bekerja
yang mungkin mengurangkan tahap mobiliti pekerjaan mereka. Mereka lazimnya bekerja
dalam sektor domestik atau pertanian dan bukannya bidang perkeranian, pengurusan atau
profesional kerana tidak memiliki kelayakan pendidikan yang diperlukan.

Dari segi pekerjaan, wanita lazimnya bekerja di pejabat berkolar putih sebagai kerana,
jurustenograf, jurutaip, pemehang buku atau setiausaha. Situasi ini berubah antara tahun 1970
dan tahun 1990 dan semakin ramai wanita bekerja di tahap pengurusan. Usaha kerajaan untuk
memperkenalkan Akta Gaji Setara 1963, Judul VII dalam Akta Hak-Hak Sivil 1964 serta
Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Setara membolehkan wanita yang berkelayakan untuk bekerja
di tahap pengurusan dan wanita berkulit hitam untuk bekerja di sektor awam. Antara tahun
1960 dan tahun 2000, lebih ramai wanita memasuki bidang pengajaran, perkeranian dan
pemasaran. Dengan itu, jelas kelihatan bahawa mobiliti pekerjaan antara wanita berlaku atas
dasar-dasar berikut:

 Daya tarikan wanita kepada bidang pekerjaan; dan


 Kekurangan pekerja lelaki

Sebaliknya, golongan majikan lebih cenderung mengambil wanita bekerja kerana faktor-
faktor berikut:

 Perundangan anti-diskriminasi;
 Pekerjaan yang memerlukan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan;
 Pekerjaan yang melibatkan wanita lain; dan
 Gaji wanita lebih rendah.

Oleh sebab lebih banyak peluang pekerjaan terbuka kepada mereka, lebih ramai wanita telah
melanjutkan pelajaran mereka supaya mereka dapat menikmati mobilisasi pekerjaan. Kini,
sebahagian besar daripada pekerja yang paling handal dalam bidang-bidang pelaburan,
pengiklanan dan hartanah merupakan pekerja wanita.

Aktiviti 5.4

Huraikan:

a. Mobiliti dalam firma

b. Mobiliti antara firma

c. Mobiliti dalam pekerjaan

5.2.1 Pengekalan struktur kelas oleh sekolah-sekolah

Dalam masyarakat moden masa kini, sekolah-sekolah memainkan berbagai peranan penting
termasuklah mencetuskan mobiliti sosial. Melalui pendidikan, seseorang itu akan dapat
menyandang kedudukan yang lebih tinggi jadi akses kepadanya merupakan salah satu
daripada faktor utama yang menyumbang kepada mobilitinya dalam masyarakat. Oleh itu,
sistem persekolahan dapat menggalakkan atau mengekang mobiliti seseorang. Sekolah sahaja
tidak cukup untuk mencetus mobiliti. Terdapat berbagai faktor yang menyumbang kepada
keupayaan seseorang untuk bergerak dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain. Contohnya,
sekiranya tiada jawatan kosong di tahap tertinggi atau jawatan berprestij, maka persekolahan
tidak akan mendatangkan kesan ke atas mobiliti atau struktur kelas.
Di negara-negara maju, kepelbagaian masyarakat dipertimbangkan ketika sistem
persekolahan digubal. Contohnya, di Amerika Syarikat, berlaku percampuran dari segi
perbezaan etnik, kawasan perbandaran dan pedalaman serta kelas sosial. Sebaliknya negara-
negara membangun tidak bersifat metropolitan dan dapat dibahagikan kepada kumpulan-
kumpulan dominan dan kumpulan-kumpulan rendah. Misalnya, di Afrika, sebahagian besar
daripada masyarakat hidup secara berpuak dan setiap budaya menonjol dengan jelasnya.

Di negara-negara yang memiliki masyarakat majmuk, sekolah-sekolah


dipertanggungjawabkan untuk menentukan budaya yang akan disampaikan ke kanak-kanak.
Contohnya, di Malaysia, sistem persekolahan berperanan untuk menerapkan budaya etnik-
etnik utama ke dalam kurikulum persekolahan. Namun demikian, golongan ibu bapa boleh
memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan sekiranya
menginginkan anak mereka mempelajari bahasa ibunda. Di sesetengah negara, contohnya
Haiti, golongan kelas atasan mengawal sistem persekolahan dan mereka memastikan bahawa
kelas-kelas bawahan mempelajari budaya dan bahasa mereka dan bukannya budaya dan
bahasa golongan bawahan. Perbuatan ini akan memastikan bahawa mereka dapat
mengekalkan kedudukan mereka di tangga tertinggi masyarakat dengan memonopoli sistem
pendidikan.
Sekolah berfungsi menurut sistem status dan jelas sosial suatu masyarakay. Sekiranya
masyarakat di persekitaran sekolah tersebut terdiri daripada golongan kurang bernasib baik,
maka persekolahan merupakan satu-satunya cara untuk mencetus mobilisasi. Sehubungan
dengan itu, persekolahan merupakan cara utama untuk golongan dominan mengekalkan
status mereka dalam masyarakat tersebut. Bagi golongan yang kurang bernasib baik,
persekolahan akan memberikan mereka peluang untuk memperoleh pendidikan.

5.2.2 Pemindahan status

Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari mengenai sumber-sumber milik ibu bapa yang
dapat dipindahkan ke anak-anak mereka. Proses memindahkan sumber-sumber ibu bapa ke
anak-anak dikenali sebagai intergenerasi atau merentasi generasi.

Perkara-perkara yang dapat dipindahkan merentasi generasi

Produktiviti ekonomi keseluruhan ibu bapa akan membolehkan anak-anak mereka menikmati
pendapatan dan taraf hidup yang lebih tinggi daripada mereka. Pendapatan, tahap pendidikan,
pegangan, kepercayaan dan tingkah laku ibu bapa akan memberi kesan kepada anak-anak
mereka apabila mereka dewasa kelak. Di samping itu, ibu bapa dapat memindahkan sumber-
sumber secara sengaja atau tidak sengaja. Sumber-sumber ini dapat dipindahkan secara
tersirat sebagai kos membesarkan anak secara tersurat, contohnya sebagai kos pembiayaan
pendidikan, kesihatan atau program-program lain yang bersesuaian untuk pertumbuhan
kanak-kanak tersebut. Pemindahan intergenerasi mungkin bersifat positif atau negatif.
Contoh pemindahan positif ialah pemindahan kewangan seperti hadiah serta nilai-nilai positif
dan cita-cita. Pemindahan negatif pula mungkin merujuk kepada diskriminasi gender,
kesihatan yang kurang baik atau penderaan.

Dapat dikatakan bahawa apa sahaja yang dipindahkan ke anak-anak oleh ibu bapa mereka
akan lambat laun mendatangkan kesan. Contohnya, ibu bapa yang berpendidikan lebih
cenderung memiliki anak-anak yang berpendidikan lebih tinggi dari mereka akibat dari
pengaruh genetik mereka atau kerana mereka mengamalkan amalan membesarkan anak-anak
yang lebih baik dari ibu bapa yang kurang berpendidikan.

Perkara yang dapat dipindahkan dan kaedah pemindahan


Sebelum ini, ibu bapa menyediakan kemudahan asas untuk anak-anak mereka seperti
makanan dan pakaian tetapi mereka kini menyediakan sumber-sumber lain (iaitu “modal”)
contohnya membiayai pendidikan mereka, menyediakan makanan yang berkhasiat dan
sebagainya. Di samping itu, ibu bapa mungkina akan memindahkan ciri-ciri tertentu dalam
gaya hidup mereka (contohnya nilai-nilai dan pegangan agama) ke anak-anak mereka.

Modal insan
Sepertimana telah dijelaskan di atas, salah satu daripada sumber-sumber yang dapat
disampaikan kepada kanak-kanak ialah modal insan. Modal insan terdiri daripada ilmu,
pengalaman serta bakat ibu bapa (contohnya pendidikan dan gaya hidup) yang akan
menyumbang ke produktiviti kanak-kanak tersebut kelak. Sumbangan-sumbangan ini akan
membolehkan kanak-kanak tersebut melaksanakan tugas-tugas tertentu dengan baik (Becker,
1991). Ibu bapa memperoleh modal insan mereka melalui proses persekolahan dan
mengekalkannya melalui latihan dan pelanjutan pelajaran. Ibu bapa yang menghadiri latihan
sebegini akan memperoleh pendapatan dan jati diri yang tinggi. Dengan itu, modal insan
merangkumi pengumpulan kemahiran ibu bapa yang formal dan tidak formal yang akan
mendatangkan kesan ke atas pembesaran kanak-kanak tersebut.

Modal bahan dan kewangan


Harta dan kekayaan ibu bapa akan diwarisi oleh anak-anak dalam bentuk hadiah atau
pemindahan inter-vivos serta harta pusaka (Kohl, 2004). Pemindahan antara generasi
mungkin dapat memperkuatkan kelas sosial kanak-kanak tersebut. Contohnya, antara 12%
dan 26% dari individu di Eropah mewarisi rumah ibu bapa mereka sendiri (Di & Yang,
2002). Pemindahan sebegini juga mungkin memberi kesan ke atas pendapatan mereka kelak
sama ada secara langsunng atau tidak langsung. Kesan secara langsung bermaksud bahawa
hadiah atau pemberian yang diterima bernilai tinggi sekiranya dijual. Kesan secara tidak
langsung merujuk kepada pendapatan atau nafkah yang diteima daripada hadiah atau
pemberian yang dapat menjana pendapatan supaya dapat memperoleh makanan, kesihatan,
perumahan (dan kawasan penjiranan) serta modal bagi tujuan pelaburan. Contohnya, di
Amerika Syarikat, kanak-kanak lebih cenderung melanjutkan pelajaran dan kemudiannya
memperoleh pendapatan yang lebih tinggi sekiranya ibu bapa mereka memilik rumah sendiri.
Situasi ini begitu ketara di kalangan golongan berpendapatan rendah (Shlay, 2006).

Modal sosial
Modal sosial merujuk kepada interaksi yang melibatkan norma-norma, nilai-nilai dan
kefahaman yang terkongsi yang dapat meningkatkan kerjasama antara atau di kalangan
golongan tertentu (Cote & Healy, 2001). Modal sosial mungkin berlaku di kalangan isii
rumah, kawasan penjiranan serta sekolah (Coleman & Hoffer, 1987) di mana rakan sebaya
dan masyarakat berupaya mempengaruhi kanak-kanak dan remaja/

Terdapat dua jenis modal sosial iaitu modal sosial keluarga serta modal sosial komuniti.
Modal sosial keluarga melibatkan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak mereka (masa,
usaha, sumber dan tenaga yang digunakan bagi anak-anak mereka (Coleman, 1988). Modal
sosial komuniti merujuk kepada jaringan sokongan sosial, penglibatan sosial dalam institusi
tempatan, nilai amanah, keselamatan dan keagamaan.
Modal sosial komuniti akan mendatangkan faedah kepada kanak-kanak dalam komuniti
tersebut kerana golongan dewasa akan berasa bahawa mereka bertanggungjawab ke atas
kebajikan semua kanak-kanak dalam komuniti tersebut. Dengan itu, mereka akan memiliki
tanggapan dan nilai-nilai yang tinggi ke atas pendidikan. Kanak-kanak dalam komuniti
sebegini dapat meraih faedah kerana interaksi berlaku di luar dan di dalam sekolah. “Di
sekolah, kawan-kawan dan rakan sebaya seorang kanak-kanak adalah anak-anak kepada
rakan-rakan ibu bapa kanak-kanak tersebut” (Coleman, 1990). Dalam modal sosial, wujud
perhubungan antara individu yang dapat menghubungkan mereka contohnya antara ahli
keluarga atau kumpulan etnik yang sama. Dengan itu, kualiti serta kuantiti modal sosial yang
dipindahkan ke kanak-kanak jelasnya begitu penting sekali kepada perkembangan mereka.

Modal etnik
Di samping sumbangan ibu bapa, persekitaran etnik di mana seorang kanak-kanak itu
dibesarkan juga agak penting. Persekitaran etnik merupakan faktor luaran yang mungkin
dapat menambahbaik proses modal manusia. Sekiranya persekitaran etnik di mana seorang
kanak-kanak itu dibesarkan bersifat kuat, maka perbezaan etnik akan berkekalan buat
bergenerasi lamanya. Contohnya, kawan-kawan dan ahli keluarga daripada latar belakang
etnik yang sama yang tidak menghuni di kawasan yang sama akan menjadi model peranan
kepada kanak-kanak tersebut. Mereka akan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas
kanak-kanak tersebut dan seterusnya menyumbang kepada penambahbaikan kumpulan etnik
tersebut. Sehubungan dengan itu, sekiranya seorang kanak-kanak lebih cenderung
berinteraksi dengan rakan- mereka dari kumpulan etnik yang sama, maka kumpulan etnik
tersebut akan memberi kesan yang lebih mendalam berbanding dengan kumpulan etnik lain.

Kesan sumber ke atas perkembangan masa kini dan masa depan kanak-kanak

Bahagian ini akan membincangjan bagaimana pendidikan dan pendapatan ibu bapa, tingkah
laku, faktor genetik serta persekitaran dapat mempengaruhi perkembangan seorang kanak-
kanak.

Pendidikan ibu bapa

Kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan ibu bapa memberi kesan ke atas
perkembangan kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung. Contohnya, pendidikan
mungkin mempengaruhi pendapatan ibu bapa kerana ia mungkin akan mengubah sumber-
sumber yang diperuntukkan bagi perumahan, persekolahan dan pemjagaan kanak-kanak.
Oleh sebab itu, sekiranya pendapatan ibu bapa rendah, mereka tidak akan dapat memohon
pinjaman untuk membeli rumah dan sebagainya.

Pendidikan ibu bapa juga mungkin memberi impak kepada saiz isi rumah serta peluang
pendidikan. Contohnya, ibu yang berpendidikan tinggi mungkin berkeputusan untuk bekerja
dan tidak memahukan bilangan anak yang ramai (Becker & Lewis, 1973). Bilangan anak
yang kecil akan meningkatkan peluang bagi mereka melanjutkan pelajaran mereka. Sekiranya
salah satu dari ibu bapa tersebut (contohnya, bapa) berpendidikan tinggi dan memiliki
pendapatan yang dapay menyara keluarganya, manakala si ibu mungkin akan berkeputusan
unttuk tinggal di rumah dan melapangkan lebih masa untuk menjalankan aktiviti domestik
dan mendidik anak-anak mereka.

Pendidikan ibu bapa juga mungkin dapat mempengaruhi persekitaran di mana kanak-kanak
tersebut membesar (Feinstein et al., 2004). Contohnya, ibu bapa yang berpendidikan tinggi
lebih cenderung membelanjakan pendapatan mereka ke atas bahan-bahan pendidikan. Ibu
bapa sebegini lebih cenderung membina persekitaran pembelajaran di rumah yang padat
dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran verbal dan sokongan (Harris et al., 1999),
membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah mereka serta mengorganisasi rutin dan
sumber harian yang dapat membantu mereka mencapai matlamat-matlamat keibubapaan
mereka secara berkesan (Hango, 2005).

Ibu bapa yang berpendidikan juga lebih peka kepada tingkah laku kurang sihat yang mungkin
akan menganggu pertumbuhan anak mereka (contohnya merokok atau dadah). Mereka lebih
cenderung memiliki sumber yang dapat memelihara anak mereka dari masalah yang
berkaitan dengan kesihatan.

Pendapatan ibu bapa

Pendapatan ibu bapa juga dapat mempengaruhi persekolahan


kanak-kanak. Didapati bahawa kanak-kanak yang dibesarkan
dalam isi rumah berpendapatan rendah lebih cenderung
berpencapaian rendah di sekolah (Duncan et al., 1998).

Sehubungan dengan itu, kanak-kanak sebegini lebih


cenderung berpendapatan rendah atau mengalami masalah
kesihatan apabila dewasa kelak (Sigle-Rushton, 2004).
Kanak-kanak dari keluarga miskin juga lebih cenderung
hamil ketika remaja dan menghadapi ketaksamaan sosial
(Hobcraft & Kiernan, 2001) di samping kesihatan kurang
baik kelak. Sebaliknya, pendapatan yang tinggi membolehkan ibu bapa memberikan anak-
anak mereka perkhidmatan kesihatan yang lebih baik supaya kesihatan mereka terjamin.

Keluarga-keluarga miskin yang menganggur selalunya akan menerima bantuan kebajikan


bagi menyokong perbelanjaan seharian mereka. Kajian menunjukkan bahawa bantuan
sebegini mendatangkan kesan negatif ke atas perkembangan kanak-kanak. Contohnya, ibu
bapa yang menerima bantuan kebajikan mungkin akan mengurangkan insentif mereka untuk
mencari pekerjaan dan dengan itu menjadi contoh yang kurang baik kepada anak-anak
mereka.

Bantuan kebajikan yang diberikan khususnya bagi menyara kanak-kanak pula berhubung
rapat dengan pencapaian pendidikan dan markah peperiksaan mereka (Mayer, 2002).
Contohnya, sekiranya si ibu bekerja dan perlu membiayai perkhidmatan penjagaan kanak-
kanak maka bantuan kebajikan akan memberi impak yang positif ke atas kanak-kanak
tersebut.

Dengan itu, pendapatan rendah jelasnya meninggalkan kesan yang mendalam ke atas
kehidupan kanak-kanak dan merupakan pemindahan status sosioekonomi yang penting.

Model pelaburan

Model-model yang dicadangkan oleh Becker (1965) mungkin dapat menerangkan


pemindahan status ibu bapa dengan lebih jelas. Menurut model pelaburannya, kanak-kanak
lebih cenderung menerima faedah sekiranya ibu bapa mereka berpendapatan tinggi. Ibu bapa
yang memiliki sumber pendapatan yang tinggi akan dapat menyediakan barangan dan
perkhidmatan atau “input” yang lebih baik bagi perkembangan anak-anak mereka. Oleh itu,
ibu bapa yang berpendapatan rendah hanya akan dapat menyediakan sebahagian daripada
barangan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi meningkatkan perkembangan anak-anak
mereka, contohnya rumah, persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran, makanan, buku,
lawatan kebudayaan serta komputer. Akibatnya, anak-anak mereka lebih cenderung gagal di
sekolah.

Model tekanan

Apabila memiliki status kewangan yang lebih stabil, mereka akan mengalami tekanan
keibubapaan yang lebih rendah dan ini akan membolehkan mereka menangani anak-anak
mereka dengan lebih berkesan. Contohnya, pendapatan yang rendah akan bermaksud bahawa
ibu bapa sentiasa kesuntukan sokongan kewangan bagi penggunaan seharian isi rumah. Di
samping itu, ibu bapa yang berpendapatan rendah lebih cenderung menghadapi penceraian,
perpisahan dan pengangguran yang mungkin akan menambahkan tekanan mereka. Kesemua
perkara ini mungkin akan mendatangkan kesan negatif ke atas pembesaran kanak-kanak.

Model peranan

Ibu bapa merupakan model peranan kepada anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang
berpendapatan rendah mungkin memiliki pegangan nilai-nilai, standard dan tingkah laku
yang akan mempengaruhi perkembangan anak mereka kelak (contohnya, budaya bantuan
kebajikan dan kemiskinan). Teori budaya bantuan kemiskinan mencadangkan bahawa
manusia lebih cenderung menjadi miskin dan kekal miskin kerana pegangan, tingkah laku
dan sikap mereka. Sikap-sikap sebegini dipindahkan dalam bentuk modal dari generasi ke
generasi.

Isi rumah dan persekitaran sosial

Pendapatan ibu bapa hanya akan mendatangkan pengaruh ke atas perkembangan anak-anak
sekiranya ia berhubung rapat dengan struktur keluarga, gaya keibubapaan, sikap dan tingkah
laku, pengalaman seharian dalam menangani isu isi rumah serta persekitaran sosial di mana
kanak-kanak tersebut dibesarkan.

Struktur kekeluargaan juga memainkan peranan penting. Contohnya, anak-anak yang


memiliki ibu atau bapa tunggal didapati lebih cenderung berpencapaian rendah, menghadiri
sekolah buat masa yang lebih pendek dan tidak menghabiskan persekolahan menengah
(McLanahan & Sandefur, 1994). Hal ini demikian kerana pendapatan dan masa yang
diperuntukkan bagi pembangunan kanak-kanak lebih rendah dalam keluarga ibu atau bapa
tunggal.

Jenis struktur kekeluargaan juga dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kajian


menunjukkan bahawa kanak-kanak dari isi rumah ibu bapa tunggal yang menerima bantuan
kebajikan lebih cenderung menganggur apabila dewasa kelak (Astone & McLanahan, 1991;
Biblarz & Raferty, 1993). Beberapa kajian juga mendapati bahawa kanak-kanak perempuan
yang dibesarkan dalam isi rumah ibu bapa tunggal lebih cenderung mengalami masalah
perkahwinan dan melahirkan anak luar nikah (McLanahan & Sandefur; Wu & Martinson,
1993) serta menjadi ibu remaja.

Selain itu, saiz isi rumah juga memberi kesan ke atas perkembangan masa depan kanak-
kanak. Contohnya, isi rumah yang terdiri dari lebih dari dua adik beradik memberi impak
negatif ke atas pencapaian pendidikan kanak-kanak di Amerika Syarikay (Nguyen & Haile,
2003). Sehubungan dengan itu, isi rumah yang besar mungkin tidak kondusif ke atas
pencapaian pendidikan kanak-kanak dari segi perkembangan kognitif dan tidak kognitif
mereka (Grawe, 2005). Di samping saiz isi rumah dan urutan kelahiran, gender juga dapat
mempengaruhi kesihatan kanak-kanak terutamanya di United Kingdom (Burgess et al.,
2004).

Aktiviti 5.5

Terangkan mengapa kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu


tunggal mungkin menghadapi masalah apabila dewasa kelak.

Keibubapaan

Kaedah keibubapaan juga dapat dipindahkan dari ibu bapa ke anak-anak mereka. Kajian
menunjukkan bahawa “keibubapaan yang kurang baik” mungkin meninggalkan impak ke atas
perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak dan ini kemudiannya akan meninggalkan kesan
ke atas peluang kehidupan mereka kelak (Mayer, 2002; Baumrind, 1991). Amalan dan
tingkah laku keibubapaan dapat memindahkan tingkah laku berisiko merentasi generasi.
Baumrind telah mengemukakan empat amalan keibubapaan: autoritatif (tahap kemesraan dan
pemantauan yang tinggi), autoritarianisme (tahap kemesraan yang rendah; tahap pemantauan
yang tinggi), permisif (tahap kemesraan yang tinggi; tahap pemantauan yang rendah) dan
pengabaian (tahap kemesraan yang rendah; tahap pemantauan yang rendah). Ibu bapa yang
bersifat autoritatif lebih cenderung memperlihatkan sikap yang meninggalkan kesan positif ke
atas perkembangan kanak-kanak kerana didapati bahawa kanak-kanak dari keluarga sebegini
lebih cenderung memiliki keyakinan diri dan keupayaan yang tinggi serta jarang menghadapi
masalah kesihatan mental (Maccoby & Martin, 1983). Didiapati bahawa jenis-jenis
keibubapaan yang lain pula mendatangkan berbagai kesan negatif (Patterson, 1998).

Kejiranan

Persekitaran terdekat di sekeliling tempat tinggal kanak-kanak juga mampu mempengaruhi


masa depannya. Kanak-kanak dipengaruhi oleh keadaan kejiranan mereka melalui
pengalaman yang dialami oleh ibu bapa mereka (Vartanian & Buck, 2005). Teori-teori
berikut menerangkan bagaimana kejiranan dapat mempengaruhi kanak-kanak.

 Teori kelebihan kejiranan mencadangkan bahawa kejiranan memiliki kelengkapan


sumber dan kemudahan mungkin akan memberi kesan positif apabila kanak-kanak
dewasa kelak. Kanak-kanak yang membesar di kawasan yang lengkap dengan
perpustakaan dan taman permainan lebih cenderung meraih faedah daripada
kemudahan sebegini dan kemudiannya akan lebih berjaya apabila dewasa kelak.
Sebaliknya, kanak-kanak yang tinggal di kejiranan yang tidak memiliki kemudahan
sebegini dan lebih terdedah kepada jenayah dan unsur-unsur negatif akan
meninggalkan impak negatif ke atas kanak-kanak apabila mereka dewasa kelah
(Aaronson, 1997; Harding, 2003, Kling et al., 2006).
 Teori kekurangan relatif pula menekankan kekurangan yang dihadapi oleh kanak-
kanak yang tidak dapat menikmati kemudahan yang dimiliki oleh kanak lain di
sekolah atau kejiranan mereka (Townsend, 1987).
 Teori epidemik (Wilson, 1987; Crane, 1991) pula mencadangkan bahawa kesan-kesan
yang diberi oleh suatu kejiranan lebih kurang serupa dengan epidemik. Maksudnya,
kejiranan kurang baik akan memberi kesan yang lemah pada permulaannya dan
kemudian kesan ini akan merebak dengan pantas. Ia akan berjangkit kerana insiden
masalah sosial yang tinggi serta kekurangan peluang dan peranan ekonomi. Teori ini
beranggapan bahawa pengumpulan kesan-kesan negatif ini akan memudaratkan
kemiskinan individu (Alba & Logan, 1993; Duncan et al., 1997, Galster et al., 2000).

Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa wujud berbagai sumber yang


menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak. Sumber-sumber ini mempengaruhi
keupayaan kognitif dan tidak kognitif kanak-kanak dan mendatangkan kesan ke atas
kehidupan dewasa mereka. Sumber-sumber ini termasuklah pendidikan dan pendapatan ibu
bapa kerana unsur-unsur ini dapat memindahkan pegangan dan nilai ibu bapa ke persekitaran
kanak-kanak tersebut. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa penyediaan sumber dan
kemudahan yang baik pada zaman awal kanak-kanak berhubung kait rapat dengan kualiti
pendidikan yang tinggi serta persekitaran yang kondusif yang dapat menggalakkan kemahiran
kognitif (serta amalan verbal dan bukan kognitif) kanak-kanak tersebut.

5.2.3 Mobiliti sosial dan pendidikan

Pendidikan merupakan penentu terpenting dalam mobiliti sosial. Kekurangan pendidikan


yang sewajarnya dilihat sebagai halangan besar ke arah mobiliti sosial. Contohnya,
sebahagian besar daripada kasta bawahan di India tidak memiliki tanah sendiri dan tidak
memiliki banyak sumber. Situasi ini bermaksud bahawa mereka tidak dapat memperoleh
pendidikan yang secukupnya untuk membolehkan mereka mara secara sosial.

Mobiliti pendidikan global

Pergerakan ke arah kerjasama dan pertukaran pendidikan dengan dunia Barat berlaku pada
penghujung tahun 1980an. Melalui usaha kerjasama akademik, program pertukaran pelajar
dengan dunia Barat mula diperkenalkan kerana dunia Barat dilihat sebagai pusat
pembelajaran tinggi. Amerika Syarikat dan Great Britain menjadi sasaran beribu pelajar di
seluruh dunia yang berkejar-kejaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti agung seperti
Universiti Oxford dan Cambridge di United Kingdom dan Harvard dan Stanford di Amerika
Syarikat. Usaha-usaha ini dapat direalisasikan dengan kedudukan strategik negara-negara ini
(perhubungan pengangkutan), sejarah terkongsi (negara-negara Komanwel), tradisi
kebudayaan (pelajar-pelajar Eropah yang ke Amerika Syarikat dan United Kingdom) serta
kaedah penyampaian (bahasa Inggeris). Program-program ini telah diperkenalkan bagi
menggalakkan perjanjian program kerjasama antara universiti yang membenarkan:

 mobiliti pelajar;
 pertukaran staf akademik;
 projek bersama dari segi kursus universiti, latihan pengajaran intensif
 perhubungan dan kerjasama antara pelbagai universiti di pelbagai negara
 projek penyelidikan, persidangan, seminar, penerbitan

Mobiliti pelajar mungkin melibatkan program-program seperti pembangunan profesional.


Kerjasama antara universiti-universiti ini membolehkan kewujudan kursus bersama bagi
semua rakan kongsi. Situasi ini akan mempengaruhi mobiliti pelajar. Contohnya, kebanyakan
negara di Eropah Timur, Eropah Tengah dan China telah dibenarkan untuk menghantar
pelajar-pelajar mereka ke Rusia pada awal tahun 1945. Kelonggaran ini telah membawa
kepada peningkatan dalam pengambilan pelajar asing ke hampir tujuh peratus setahun.
Kebanjiran pelajar asing ke Rusia berlaku kerana kerjasama antara universiti. Kerjasama ini
juga telah membawa kepada perjanjian yang berteraskan kewujudan program yang memiliki
objektif yang ditentukan oleh pihak kerajaan dan bukan universiti tersebut (Merkurlev, 1996).
Contohnya, semenjak tahun 1945, Universiti St. Petersburg di Rusia telah menghasilkan lebih
4,000 siswazah dan pascasiswazah asing, 1,332 calon PhD dan hampir 3,500 pelajar asing
telah melaksanakan latihan praktikal di universiti ini. Situasi ini mencerminkan kepentingan
pendidikan serta pembentukan mobiliti pendidikan.

Apakah masa depan mobiliti sosial?

Merkurley (1996) menjawab soalan ini sedemikian:


 Menurut beliau, tidak ada gunanya menghantar pelajar ke luar negara sepanjang
tempoh program ini. Hal ini demikian kerana pelajar memiliki pencapaian akademik
yang berbeza apabila meninggalkan sekolah. Langkah yang lebih bijak adalah
menghantar mereka apabila mereka lebih dewasa dan telah belajar buat beberapa
tahun di universiti-universiti tempatan. Sebagai contoh, pelajar boleh memilih untuk
menghabiskan tahun ketiga pengajian mereka di luar negara, tahun keempat di
universiti tempatan dan kemudiannya menghabiskan tempoh yang singkat di luar
negara sebelum menamatkan pengajian dan tidak semestinya di universiti luar negara
yang sama. Cadangan ini sesuai dilaksanakan bagi pelajar-pelajar dalam bidang
sastera.
 Beliau berpendapat bahawa pelajar aliran sains di peringkat disertasi ijazah wajar
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Para pelajar boleh dihantar untuk projek
penyeldikan setahun atau program lawatan sambil belajar singkat. Universiti tersebut
juga perlu mengiktiraf kelayakan akademik yang diberi oleh universiti rakan kongsi
tersebut. Contohnya, pelajar dalam program ini boleh menerima ijazah berganda
(double degree) dari kedua-dua universiti yang berkenaan.
 Mempelajari bahasa asing dilihat sebagai penghalang kepada mobiliti pendidikan
kerana ia merupakan alat berkomunikasi dalam usaha kerjasama dan dapay
menyampaikan nilai-nilai budaya. Pelajar di negara-negara Timur perlu menguasai
bahasa Inggeris bagi melanjutkan pengajian di universiti-universiti Eropah. Oleh itu,
sekolah perlu memastikan bahawa pelajar mereka dapat memperoleh tahap kecekapan
yang diperlukan bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian di luar negara.
 Masalah "curahan otak" di mana graduan yang berbakat dari negara-negara Timur
memilih untuk bekerja di negara-negara Barat. Dijangka bahawa negara-negara Timur
akan menghadapi kekurangan tenaga kerja mahir dalam industri saintifik dan
teknologi tinggi. Oleh itu, negara-negara ini perlu memastikan bahawa graduan
mereka tidak "digalakkan" untuk tinggal selepas mereka menamatkan pengajian tetapi
sebaliknya pulang untuk berkhidmat di tanah air mereka sendiri.

Dengan kebangkitan globalisasi, didapati bahawa aliran penduduk global mula muncul di
mana individu akan tinggal buat sementara waktu di luar negara, sama ada untuk belajar,
untuk membangunkan kerjaya, melancong, atau bercuti dengan kemungkinan untuk berhijrah
ke negara-negara ini pada masa akan datang. Pergerakan tersebut berpunca dari motivasi
peribadi dan didapati bahawa aspek kewangan bukanlah faktor penentu. Sebagai contoh,
ramai pemuda New Zealand telah berpindah ke London, kerana mereka bertanggapan bahawa
berpindah dan bekerja di luar negara merupakan salah satu daripada batu tanda penting bagi
seorang yang dewasa (Conradson & Latham, 2005). Mereka menjawat pekerjaan yang
berpendapatan lumayan di negara mereka tetapi berkeputusan untuk meninggalkannya. Di
London, mereka memegang pekerjaan sementara dan menghabiskan masa mereka dengan
melawat muzium dan galeri dan bersiar-siar. Mereka ingin menjauhkan diri dari tekanan
pekerjaan tetap dan menikmati pengalaman yang tidak dapat mereka alami di New Zealand.
Oleh itu, gaya mobiliti ini lebih ke arah proses memupuk jati diri individu.

5.3 Kajian kes dari sistem pendidikan Asia terpilih


Mobiliti akademik di rantau Asia Tenggara

Rantauan Asia Tenggara terdiri dari 11 negara: Brunei, Kambodia, Timor Timur, Indonesia,
Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Pelajar-pelajar di
negara-negara ini dihantar untuk melanjutkan pengajian mereka di negara lebih maju bagi
memperkasakan pendidikan mereka. Initiatif ini selaras dengan matlamat setiap negara untuk
membangunkan tenaga kerjanya bagi mencapai objektif pembangunan modal insan. Pelajar-
pelajar ini masih berhubung dengan pensyarah-pensyarah dan rakan-rakans sekelas mereka
setelah pulang ke tanah air dan perhubungan ini amat berguna dalam mencari pekerjaan. Pada
peringkat awal mobilisasi akademik, pertukaran ini wujud secara sehala sahaja, di mana
pelajar-pelajar dari rantauan Asia Tenggara melanjutkan pelajaran di luar negeri dan para
akademik dari negara-negara maju berkunjung untuk memberi nasihat dan perkhidmatan
perundingan ke negara-negara Asia Tenggara ini.

Peningkatan dalam bilangan pelajar yang pulang untuk memegang jawatan-jawatan kerajaan
dan sektor swasta bermaksud bahawa sumber manusia di negara-negara ini akan menjadi
lebih kukuh dan aliran sehala ini mula berkurangan secara beransur-ansur. Walau
bagaimanapun, bidang-bidang tertentu seperti sains dan teknologi masih perlu menghantar
pelajar ke luar negara. Universiti telah ditubuhkan di negara-negara ini dan kini mencapai
tahap yang membolehkan mereka untuk menyumbang kepada dunia akademik antarabangsa.
Berikut merupakan program mobiliti akademik yang diadakan bagi kategori-kategori berikut:

1. Pertukaran kakitangan akademik bagi memberi peluang kepada kakitangan untuk


membiasakan diri dengan struktur pendidikan, sistem pentadbiran dan aktiviti akademik
negara-negara lain. Program ini membolehkan pelajar menghabiskan masa yang lebih lama di
negara-negara asing bagi mendedahkan mereka kepada aspek-aspek pendidikan selain dari
bidang pengajian mereka. Melalui program pertukaran ini, akan wujud aliran pelajar dua
hala, iaitu dari negara-negara membangun dan negara-negara maju dan sebaliknya. Usaha ini
akan meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara negara-negara dan institusi.
Contohnya ialah Program Pertukaran Komanwel di mana kakitangan dan juga pelajar
meyertai program pertukaran antara negara-negara anggota Komanwel. Pelajar dari Malaysia
dihantar ke UK untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan kakitangan akademik
menjalani Ijazah dan Ph.D di universiti-universiti terkenal di UK.

2. Program-program kerjasama bersama bagi pentadbir universiti dan pensyarah supaya


mereka dapat berkongsi kepakaran dan sumber-sumber yang ada dalam projek-projek tertentu
berdasarkan keperluan bersama. Penyelidikan bersama yang dijalankan dalam beberapa
bidang di peringkat institusi akan menyumbang kepada komuniti akademik.

3. Institusi-institusi tempatan telah menyesuaikan diri kepada keperluan rakan-rakan asing


dari segi kursus dan program. Kini, kita mendapati bahawa wujud program-program ijazah
bersama, program sandwic dan kurikulum bersama dalam bidang-bidang khusus.

Peranan ASEAN dalam memperkukuhkan mobiliti akademik

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dan
terdiri daripada menteri-menteri luar negara Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, dan
Thailand. Semenjak itu, ASEAN telah memperkenalkan pelbagai program pertukaran bagi
negara-negara anggota melalui projek-projek penyelidikan dan seminar berdasarkan prinsip
perkongsian kepakaran dan sumber perantauan. Salah satu daripada projek ialah Program
Feloship Universiti ASEAN bagi tujuan penyelidikan, pengajaran dan kajian sektor bagi
membolehkan ahli akademik dan pensyarah dari institusi di negara-negara ASEAN
mengembangkan pengetahuan dan kepakaran mereka. Program ini akan membuka jalan
kepada penubuhan pusat-pusat di institusi pengajian tinggi di rantau ini. Pusat-pusat ini akan
berfungsi sebagai rakan kongsi akademik dan tuan rumah dan akan menawarkan program
ijazah.

ASEAN juga telah menjalinkan hubungan rapat dengan rakan kongsi antarabangsa seperti
Australia, New Zealand, Jepun, Korea, Kanada, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.
Kerjasama ini akan meningkatkan lagi mobiliti dan pertukaran yang lebih besar antara
rantauan dan komuniti akademik global

SEAMEO
Salah satu organisasi antarabangsa yang ditubuhkan bagi menguatkan mobiliti akademik
di Asia Tenggara ialah Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara yang dikenali
sebagai SEAMEO. SEAMEO terdiri daripada sembilan negara anggota termasuk Kemboja,
Lao PDR dan Vietnam di samping enam negara ASEAN, dan mempunyai lima ahli
bersekutu: Australia, Kanada, Jerman dan New Zealand.

Objektif SEAMEO adalah menyumbang kepada keamanan, kemakmuran dan keselamatan


dengan menggalakkan kerjasama serantau di kalangan negara-negara Asia Tenggara dengan
menganjurkan program bersama, aktiviti dan projek-projek dalam bidang pendidikan, sains,
dan budaya.

UNESCO
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) merupakan perbadanan
antarabangsa yang menyumbang kepada persefahaman dalam pembangunan pendidikan di
Asia Tenggara. Melalui perbadanan ini, muncul perkongsian yang lebih luas serta pertukaran
idea, sumber, kepakaran dan pengalaman di kalangan ahli akademik dan pendidik di rantau
ini.
Salah satu sumbangan yang paling besar ke arah mobiliti akademik adalah pengiktirafan
Serantau Konvensyen Mengenai Pengiktirafan Pengajian, Diploma dan Ijazah dalam
Pengajian Tinggi di Asia dan Pasifik (Wichit Srisa-An, 1996). Ini telah meningkatkan
mobiliti guru, pelajar, penyelidik dan profesional di kalangan negara-negara ASEAN. Di
samping itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan profesional di rantau ini
seperti Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHIL), Institut Pengajian Asia
Tenggara (ISEAS) dan Kumpulan Kajian Penyelidikan dan Penasihat Asia Tenggara
(SEARRAG) juga telah menyumbang kepada mobiliti akademik.

ASAIHIL
Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHIL) terdiri 123 institusi pengajian tinggi di
13 negara di dalam dan luar rantau ini. Antara negara-negara yang terlibat adalah Malaysia,
Brunei, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand yang merupakan anggota
penuh, manakala Australia, Kanada, Jepun, New Zealand, Sweden, dan Amerika Syarikat
ialah ahli bersekutu.

Objektif utama penubuhan ASAIHIL adalah memupuk pembangunan anggotanya, memupuk


semangat identiti dan saling bergantung serta perhubungan dengan organisasi serantau lain
dan organisasi antarabangsa dalam aspek penyelidikan dan pengajaran. Aktiviti utamanya
adalah program pertukaran bagi profesor dan pelajar. Usaha ini dijalankan dalam bentuk
pertukaran akademik, feloship, seminar, bengkel dan simposium.

Secara keseluruhannya, negara-negara Asia Tenggara telah mengalami mobiliti akademik


melalui pelbagai saluran organisasi yang ditubuhkan oleh negara-negara anggota dalam dan
di luar wilayah. Semangat kuat kerjasama di kalangan negara anggota di rantau ini
merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan dalam mobiliti pendidikan
di rantau ini.

Kesimpulan

Bab ini telah memperkenalkan anda kepada beberapa faktor-faktor yang menyumbang
kepada pelbagai jenis mobiliti. Anda telah mempelajari tentang mobiliti:
1. Jenis-jenis mobiliti dan faktor-faktor yang menentukan mobiliti sosial.
2. Sebab-sebab yang menyebabkan mobiliti berlaku dan syarat-syarat yang membenarkan
mobiliti berlaku.
3. Mobiliti etnik antara Cham dan Bosnia.
4. Jenis-jenis mobiliti dalam pasaran buruh dan bagaimana ia telah memberi kesan kepada
wanita di Hong Kong, China dan Amerika Syarikat.
5. Sumber-sumber yang dipindahkan oleh ibu bapa ke anak-anak mereka.
6. Hubungan antara pendidikan dan mobiliti sosial dan kesannya di peringkat global.
7. Program-program mobiliti akademik di rantau Asia Tenggara dan bagaimana ia
meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara institusi dan negara.

Self-Check

1. Apakah yang dimaksudkan dengan mobiliti sosial? Terangkan jenis-jenis mobiliti sosial
dan penentu-penentunya?
2. Terangkan mengapa mobiliti berkumpulan berlaku dan syarat-syarat yang membenarkan
mobiliti berlaku.
3. Terangkan perbezaan mobiliti etnik antara Cham dan Bosnia.
4. Terangkan mobiliti dalam pasaran buruh. Bagaimanakah ia menjejaskan wanita di Hong
Kong, China dan Amerika Syarikat?
5. Terangkan sumber-sumber yang ibu bapa boleh pindahkan ke anak-anak mereka. Apakah
kelebihan sumber-sumber ini dalam perkembangan anak-anak?
6. Terangkan hubungan antara pendidikan dan mobiliti sosial. Apakah kesannya di peringkat
global?
7. Terangkan program-program mobiliti akademik di rantau Asia Tenggara.

Rujukan
Aaronson, D. (1997). Sibling estimates of neighborhood effects, in Brooks-Gunn, J.,
Duncan, G.J., & Aber, J.L., eds. Neighborhood poverty: Policy implications in
studying neighborhoods, 2. New York: Russell Safe Foundation, pp. 80-93.
Alba, R.D., & Logan, J.R. (1993). Minority proximity to Whites in suburbs: An
individuallevel
analysis of segregation. American Journal of Sociology, 98(May): 1388-1427.
Astone, N.M., & McLanahan, S.S. (1991). Family structure, parental practices and high
school completion. American Sociological Review, 56: 309-320.
Baumrind, D. (1991). The influence of parenting style on adolescent competence and
substance use. Journal of Early Adolescence, 11(1): 56-95.
Becker, G.S. (1991). A treatise on the family. Cambridge: Harvard University Press.
Becker, G.S. (1965). A theory of the allocation of time. Economic Journal, 299(75): 493-
517.
Becker, G.S., & Lewis, H.G. (1973). On the interaction between quantity and quality of
children. Journal of Political Economy, 81(2, Part II): S279-S288.
Biblarz, T.J., & Raftery, A.E. (1999). Family structure, educational attainment, and
Socioeconomic success: Rethinking the „Pathology of Matriarchy,‟ American
Journal of Sociology, 105: 321-365.
Burgess, S., Propper, C., & Rigg, J.A. (2004). The impact of low income on child health:
Evidence from a birth cohort study. CASE Papers 085, Centre for Analysis of
Social Exclusion, LSE.
Crane, J. (1991). The epidemic theory of ghettos and neighborhood effects on dropping out
and teenage childbearing. American Journal of Sociology, 96(5): 1226-1259.
Creedy, J. & Whitfield, K. (1988). Job mobility and earnings: An internal labour market
analysis, in Creedy, J. Labour mobility, earnings and unemployment. . Cheltenham,
UK: Edward Elgar, pp. 100-117.
Coleman, J.S., & Hoffer, T. (1987). Public and private schools. New York: Basic Books.
Conradson, D., & Latham, A. (2005). Friendship, networks and transnationality in a world
city: Antipodean transmigrants in London. Journal of Ethnic and Migration
Studies, 31(2): 287-305.
Côté, S. & Healy, T. (2001). The well-being of nations: The role of human and social
capital. Paris: Organization for Economic Cooperation and Development.
Di, Z.X. & Yang, Y. (2006). Intergenerational wealth transfer and its impact on housing.
Harvard University: W02-2 Joint Center for Housing Studies.
Duncan, G.J., Connell, J.P., & Klebanov, P.K. (1997). Conceptual and methodological
issues in estimating causal effects of neighborhoods and family conditions on
individual development, in Brooks-Gunn, J., Duncan, G.J., & Aber, J.L. (Eds.),
Neighborhood Poverty, Vol. !: Context and Consequences for Children. New York:
Russell Sage Foundation. pp. 219-250.
Duncan, G.J., Yeung, W.J., Brooks-Gunn, J., & Smith, J.R. (1998). How much does
childhood poverty affect the life chances of children? American Sociological
Review, 63(3): 406-423.
Eastmond, M. (2006). Transgenerational returns and reconstruction in post-war Bosnia and
Herzegovina. International Migration, 44(3): 141-166.
Feinstein, L., Duckworth, K., & Sabates, R. (2004). A model of the inter-generational
transmission of educational success. Wider Benefits of Learning Research n.10,
London: Centre for Research on the Wider Benefits of Learning.
Galster, G.C., Quercia, R.G., & Cortes, A. (2000). Identifying neighborhood thresholds:
An empirical exploration. Housing Policy Debate, 11(3): 701-732.
Grawe, N.D. (2005). Family size and child achievement. Carleton College Department of
Economics Working PAPER Series No. 2005-06, Carleton College Department of
Economics.
Harding, D.J. (2003). Counterfactual models of neighborhood effects: The effect of
Neighborhood poverty on high school dropout and teenage pregnancy. American
Journal of Sociology, 109(3): 676-719.
Harris, Y.R., Terrel, D., & Allen, G. (1999). The influence of education context and beliefs
on the teaching behavior of African American mothers. Journal of Black
Psychology, 25: 490-503.
Hango, D. (2005). Parental investment in childhood and later adult well-being: Can
involved parents offset the effects of socioeconomic disadvantage? CASE paper
No. 98.
Havighurst, R.J. (1961). Education and social mobility in four societies, in Halsey, A.H.,
Floud, J., & Anderson, C.A., Education, economy, and society. London: The
Collier-Macmillian Ltd. pp. 105-120.
Hobcraft, J., & Kiernan, K.E. (2001). Childhood poverty, early motherhood and adult
social exclusion. British Journal of Sociology, 52(3): 495-517.
Ho, C. (2006). Migration as feminization? Chinese women‟s expeiences of work and
family in Australia. Journal of Ethnic and Migration Studies, 32(3): 497-517.
Katz, M.B., Mark, J.S., & Fader, J.J. (Fall, 2005). Women and the paradox of economic
inequality in the twentieth-century. Journal of Social History, pp. 65-88.
Kling, J., Liebman, J., & Katz, L. (2006). Experimental analysis of neighborhood effects.
Econometrica.
Kohl, M. (2004). Intergenerational transfers and inheritance: A comparative view, chapter
12 in M. Silverstein, ed., Intergenerational relations across time and place, Annual
Review of Gerontology and Geriatrics, 24. New York: Springer, pp. 266-289.
Lipset, S.M., & Zetterberg, H.L. (1966). A theory of social mobility, in R. Bendix and
S.M. Lipset, Class, status, and power: Social stratification in comparative
perspective. New York: The Free Press.
Maccoby, E.E., & Martin, J.A. (1983). Socialization in the context of the family: Parentchild
interaction, in Mussen, P.H., ed., & Hetherington, E.M. (Vol. ed.), Handbook
of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality, and social development, 4th
ed., New York: Wiley, pp. 1-101.
McLanahan, S., & Sandefur, G. (1994). Growing up with a single parent: What helps,
what hurts. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press.
Mayer, S.E. (2002). The influence of parental income on children‟s outcomes. Report,
Knowledge Management Group, Ministry of Social Development, Wellington, New
Zealand.
Merkurlev, S.P. (1996). Academic mobility in Russia, in Blumenthal, P., Crauford
Goodwin, Alan Smith, & Ulrich Teichler (Eds.), Academic mobility in a changing
world: Regional and global trends. London: Jessica Kingsley Pub., pp. 199-207.
Mohamed Effendy Abdul Hamid. (2006). Understanding the Cham identity in mainland
Southeast Asia: Contending views. Journal of Social Issues in Southeast Asia,
21(2): 230-253.
Nguyen, A., & Haile, G. (2003). Intergenerational mobility in educational and
occupational status: Evidence from the US. Lancaster University Management
School Working Paper 2003/043.
Patnaik, A. (1995). Agriculture and rural out-migration in Central Asia, 1960-91. Europe-
Asia Studies, 47(1): 147-170.
Patterson, G.R. (1998). Continuities – A search for causal mechanisms [Comment in the
special section], Developmental Psychology, 34: 1263-1268.
Shlay, A.B. (2006). Low-income homeownership: American dream or delusion? Urban
Studies, 43(3): 511-531.
Townsend, P. (1987). Deprivation. Journal of Social Policy, 16: 125-146.
Vartanian, T.P., & Buck, P.W. (2005). Childhood and adolescent neighborhood effects on
adult income: Using siblings to examine differences in ordinary least squares and
fixed-effect. Social Service Review, 79: 60-94.
Wichit Srisa-An (1996). Academic mobility in South-East Asia and the role of Thai Higher
Education, in Blumenthal, P., Crauford Goodwin, Alan Smith, & Ulrich Teichler
(Eds.), Academic mobility in a changing world: Regional and global trends.
London: Jessica Kingsley Pub., pp. 271-285.
Wilson, W.J. (1987). The truly disadvantage: The inner city, the underclass and public
policy. Chicago: University of Chicago Press.
Wu, L.L., & Martinson, B.C. (1993). Family structure and the risk of a premarital birth.
American Sociological Review, 58(2): 210-232.

Anda mungkin juga menyukai