Yang berusaha Guru Besar Cemerlang SKPK Taiping, Encik Hanafiah Bin Hambali,
yang berusaha Pen. Kanan Pentadbiran Kokurikulum, Encik Khaidiri Bin Mansor, yang
berusaha YDP PIBG, Encik Tambizi Bin Ibrahim, guru-guru, para ibu bapa serta murid-
murid sekalian.
Untuk makluman semua, objektif mesyuarat pada hari ini ialah untuk membubarkan
jawatankuasa PIBG dan membuat pemilihan jawatankuasa baharu sekaligus
membincangkan isu-isu pendidikan di sekolah.
Sebelum kita mulakan majlis,saya menjemput Ustaz Adi Mukhris untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih kepada diucapkan kepada Ustaz Adi Mukhris atas bacaan doa sebentar
tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Penasihat PIBG SKPK Taiping iaitu Guru Besar
Cemerlang, Encik Hanafiah untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis mengucapakan terima kasih kepada Encik Hanafiah atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput YDP PIBG, Encik Tambizi Bin Ibrahim untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 bagi
tahun 2017/2018. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Tambizi atas perasmian sebentar tadi.
Sekarang, kita telah sampai ke agenda utama Mesyuarat Agung PIBG. Tanpa
membuang masa, saya serahkan majlis kepada YDP PIBG Encik Tambizi Bin Ibrahim
untuk menjalankan mesyuarat. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Tambizi.
Maka, dengan ini berkuatkuasa jawatankuasa PIBG yang baharu bagi tahun
2017/2018. Diharapkan semua ahli jawatankuasa ynag dilantik dapat menjalankan
tugas dengan penuh komited.
Sampai disini sahaja mesyuarat kita bagi tahun 2017/2018. Semoga bertemu lagi di lain
masa.
Sekian,