Anda di halaman 1dari 2

AKU SEBUAH BASIKAL

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama LERUN. Aku dilahirkan di


sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari,
aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Kota Kinabalu,Sabah.
Aku dihantar ke Kota Kinabalu dengan menggunakan kapal terbang.
Setelah aku sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu, aku diangkat
dan dimasukkan ke dalam lori lagi dan dihantar ke kedai. Kedai itu
dikenali sebagai CHILDREN SHOP. Di sini, aku dipamerkan kepada orang
ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi
mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga
yang mahal, iaitu RM450.
Pada suatu hari, seorang remaja lelaki yang kacak telah membeliku. Dia
membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya. Remaja yang kacak itu bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar
bandar Kota Kinabalu. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai.
Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat untuk kepada
tuanku. Aku dijaga dengan begitu rapi sekali. Setiap hari, aku
dibersihkannya.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat
di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah
ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan
sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.
CITA –CITA SAYA

Seperti orang lain,saya juga mempunyai cita-cita sendiri. Cita-


cita ialah kerjaya pada masa depan. Cita-cita saya ialah doktor.
Saya ingin menjadi doktor kerana saya ingin membantu orang
lain mengubati penyakit yang mereka sedang hadapi.

Kerjaya seperti doktor,bagi saya ia suatu pekerjaan yang sangat


susah. Seorang doktor tidak mementingkan diri sendiri.
Mengapa saya berkata demikian? Ia kerana seorang doktor
sanggup pergi ke hospital pada lewat malam hanya untuk
menyelamatkan seseorang daripada kehilangan nyawa!

Selain dapat mengubati orang,saya juga berpeluang belajar di


luar negara. Sambil belajar,saya juga boleh melawati tempat-
tempat yang menarik di negara tersebut. Oleh demikian,kawan-
kawan menjadi seorang doktor bukannya mudah. Jika kita
benar-benar ingin memiliki kerjaya pada masa
depan,berusahalah dengan tekun.