Anda di halaman 1dari 2

CIRI-CIRI MORTAR SIMEN

Mortar simen untuk pemasangan jubin dihasilkan daripada bancuhan simen,kapur dan air.
Nisbah bancuhan mortar simen adalah 1:3 (kapur:simen).

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MORTAR SIMEN

Simen

Simen adalah bahan yang aktif dan bahan yang mengikat kapur untuk menjadikan bancuhan
mortar simen yang baik. Simen mengalami tindak balas kimia apabila bercampur dengan air.
Simen akan melekatkan dan memenuhi bancuhan.

Antara simen yang dikilangkan ialah simen portland biasa , simen cepat mengeras , simen lebih
aluminia , simen putih , simen berwarna dan lain-lain. Simen portland biasa paling kerap
digunakan dalam pembinaan. Simen ini akan mengeras secara biasa dan dijual dalam beg kertas
dalam berat 50kg. Simen cepat mengeras pula digunakan dalam pembinaan yang memerlukan
masa yang singkat seperti pembinaan dalam air dan membaiki jalan raya. Simen putih dan
simen berwarna digunakan dalam kerja hiasan seperti memasang jubin, membuat kepingan
terazo dan sebagainya.

Kapur

Kapur yang cair ini dicampurkan terus dengan simen bagi menghasilkan mortar simen. Adalah
menjadi masalah untuk menyukat kandungan kapur yang akan digunakan, biasanya ia dilihat
pada warna mortar simen tersebut.

Air

Terdapat 3 peranan air dalam bancuhan simen:

1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan cara menyeluruh.
2. Air memudahkan kerja pembancuhan
3. Air merupakan agen tindak balas kimia untuk mengikat semua butir dalam simen.

Air yang digunakan untuk membancuh mortar simen perlulah bersih dan tidak mempunyai
sebarang kotoran. Air yang mempunyai garam akan mengurangkan kekuatan mortar simen dan
menyebabkan permukaan berperoi.
Jika air digunakan lebih daripada had yang sepatutnya, kekuatan dan ketumpatan bancuhan
mortar simen akan berkurang. Bancuhan mortar simen akan retak apabila mengecut. Air yang
terlalu kurang pula menyebabkan bancuhan mortar simen susah dikerjakan dan proses
penghidratan tidak sempurna.

Aliff.Z.M (2008). Asas Konkrit. Diperolehi daripada http://aliffztune-


skyline.blogspot.my/2008/04/concrete.html