Anda di halaman 1dari 1

HASHIM BIN DIN

(No. akaun: 030301000209202)


SITI HAJAR BINTI YUSOF
(No. akaun: 030301000209226)
55, Lorong Nilam ½,
Taman Nilam Baiduri,
09000 Kulim, Kedah.
012-4730922/ 012-5318783 18 Oktober 2017

Bahagian Operasi Domestik,


Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan,

RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 1439H/ 2018M:

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuki,

1. Kami dengan ini, pemegang akaun Tabung Haji seperti di atas ingin memohon dan
merayu jasa baik pihak tuan agar kami suami dan isteri dipertimbangkan untuk
menunaikan haji pada tahun 1439H bersamaan 2018M atas sebab-sebab seperti berikut:-

i. Jumlah kewangan dalam akaun Tabung Haji telah mencukupi bagi melaksanakan
ibadah Haji buat kali pertama.
ii. Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk
mengerjakan ibadah haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan keadaan
kesihatan di masa akan datang.
iii. Memandangkan usia kami yang semakin meningkat, isteri saya kini mengalami
masalah kesihatan saraf kaki dan darah tinggi. Walau bagaimanapun, dengan izin
Allah, saya sebagai suami berasa yakin bahawa masalah ini masih terkawal dan
merayu agar pihak tuan dapat mempercepatkan giliran ibadah Haji kami.
iv. Kami sudah beberapa kali mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid Kulim, Kedah.

2. Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan amatlah kami hargai. Besarlah harapan
kami sekiranya impian kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin
Allah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………..
HASHIM BIN DIN
No. K/P: 510521-07-5033

…………………………...
SITI HAJAR BT YUSOF
No. K/P: 540225-07-5386

Anda mungkin juga menyukai