Anda di halaman 1dari 26

PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

JENIS-JENIS LUKISAN, ALAT DAN BAHAN,


PELBAGAI FUNGSI LUKISAN, DAN LUKISAN
TAJUK 1
DALAM GUBAHAN PELBAGAI ALIRAN DAN
BUDAYA

SINOPSIS

Kursus ini merangkumi jenis-jenis lukisan, alat dan bahan, pelbagai fungsi lukisan dan
lukisan dalam gubahan pelbagai aliran dan budaya.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelas dan menerangkan asas lukisan.

2. Mengaplikasikan kaedah membuat lukisan dengan menggunakan pelbagai alat,


bahan dan teknik.

3. Membuat interpretasi fungsi dan makna dalam bentuk lukisan.

4. Membuat penerokaan pengolahan teknik dalam gubahan pelbagai aliran dan


budaya.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Lukisan

Jenis-Jenis Alat dan Pelbagai Fungsi Lukisan Dalam


Lukisan Bahan Lukisan Gubahan
Pelbagai Budaya

1
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

KANDUNGAN ISI

Lukisan

Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya 4 kepentingan lukisan,


antaranya ialah:

- Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa


yang sebenar,
- Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.
- Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)
- Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan
satu karya yang terbaik.

Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering. Karya
lukisan merupakan kerja peringkat awal yang dibuat untuk menghasilkan catan. Karya
lukisan mementingkan unsur garisan untuk membentuk imej dan tidak menggunakan
warna, kecuali warna daripada alat tulis seperti pensel warna atau krayon. Lukisan
biasanya dihasilkan secara spontan serta dapat menunjukkan keaslian dan
keindividuan gaya persembahan pelukisnya.

Jenis-Jenis Lukisan

Jenis-jenis lukisan adalah seperti:

Figuratif dan non-figuratif


Imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan. Tertumpu kepada mengkaji dan
melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu
untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan
adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

2
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Arkitektural dan teknikal

Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal


memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan
kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.

Ilustrasi

Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini
dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran
tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif.

Ilustrasi merupakan satu paparan visual yang dipersembahkan samada dalam


bentuk lukisan, gambar foto atau karya seni lain untuk menjelaskan maklumat (seperti
sebuah cerita, sajak atau rencana akhbar) melalui satu persembahan visual dalam
bentuk grafik. Tujuan ilustrasi adalah untuk menerangkan atau menghiasi suatu cerita,
tulisan, puisi, atau informasi tertulis lainnya. Diharapkan dengan bantuan visual, tulisan
tersebut lebih mudah dicerna. Ilustrasi dapat memperjelas teks atau ungkapan
terutama bagi kanak-kanak yang belum mampu membaca.

Threshing of grain. c. 1422-1411 BCE

Ilustrasi merupakan bentuk visual dari teks atau ungkapan. Dengan menggambarkan
suatu adegan dalam sebuah cerita, ianya dapat menerangkan secara umum karakter
atau keseluruhan isi cerita. Selain itu, ilustrasi berfungsi untuk menarik pembaca agar

3
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

tertarik untuk membaca cerita. Sebuah ilustrasi yang dipaparkan dalam sebuah majalah
berfungsi sebagai pendukung estetik dari sebuah cerita. Selain fungsi tersebut, ilustrasi
juga dapat mewakili perwatakan cerita yang ditampilkan, ada korelasi antara visual
dan latar belakang cerita.

Fungsi

Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni membuat gambar yang berfungsi
untuk memperjelas dan menerangkan naskah. Sedangkan menurut Jan D. White
(1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas, yang mampu
mengkomunikasikan permasalahan tanpa menggunakan kata. Ia dapat
menggambarkan suasana, seseorang, dan bahkan objek tertentu agar dapat menarik
penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita. Kemahiran
ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator.

Selain itu, seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh manusia, binatang,
dan bentuk-bentuk benda lainnya secara benar, dan dapat mengatur komposisi yang
baik, memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik, dan menguasai teknik
menggambar. Oleh yang demikian, seorang ilustrator harus pandai menggambar,
menguasai berbagai macam bentuk benda, anatomi manusia dan binatang, dan mahir
dalam menggunakan alat-alat gambarnya, serta menguasai berbagai cara
menggambar.

Fungsi khusus ilustrasi antara lain:


 Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita
 Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan ilmiah
 Memberikan bayangan langkah kerja
 Mengkomunikasikan cerita.
 Menghubungkan tulisan dengan kreativiti dan individualitas manusia.
 Memberikan humor-humor tertentu untuk mengurangi rasa bosan.
 Dapat menerangkan konsep

4
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Ilustrasi berfungsi untuk:


 Menarik perhatian.
 Merangsang mint pembaca terhadap keseluruhan pesan.
 Memberikan eksplanasi atas pernyataan.
 Menonjolkan keistimewaan daripada produk
 Memenangkan persaingan
 Menciptakan suasana khas
 Dramatisasi pesan.
 Menonjolkan suatu merk atau semboyan dan mendukung judul iklan.

Ciri-ciri ilustrasi yang baik antaranya


 Keaslian dan rekaan yang kreatif
 Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
 Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
 Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan
 Menggunakan alat dan bahan dengan betul
 Disesuaikan dengan tema dan tajuk
 Pengolahan prinsip rekaan yang berkesan.
 Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati, warnanya berkesan.
 Ciptaan mempunyai pengertian dan mesej yang jelas

Bentuk ilustrasi awal telah digunakan di dalam kerajaan purba Mesir dalam bentuk
gulungan daun papyrus dan kertas kulit. Ciri khas ilustrasi tersebut berupa dekorasi
naskah dengan pewarnaan, dan gambar dengan hiasan tepi bersalut emas. Konsep
ilustrasi juga awal juga dapat ditinjau kembali ke zaman silam melalui lukisan dinding
prasejarah dan konsep tulisan hieroglyph.

5
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Ilustrasi awal tamadun Mesir menggunakan warna dan kertas yang diperbuat dari
papyrus

Perubahan pesat berlaku terhadap ilustrasi selepas Perang Dunia Pertama


disebabkan kepesatan surat khabar, majalah, dan buku berilustrasi yang
memungkinkan adanya eksperimen teknik oleh pengkarya. Banyak ilustrator yang
menjadi kaya dan terkenal. Tema yang mendominasi adalah hasil aspirasi usahawan
Amerika ketika itu. Di Eropah, seniman pada masa keemasan dipengaruhi oleh
kelompok Pre-Raphaelite dan gerakan-gerakan yang berorientasi kepada desain
seperti Arts and Crafts Movement, Art Nouveau, dan Les Nabis. Contohnya Walter
Crane, Edmund Dulac, Aubrey Beardsley, Arthur Rackham dan Kay Nielsen.

Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi
dalam penghasilan ilustrasi. Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein
adalah tokoh ilustrasi ukiran. Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt,
ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek.

Carta, rajah, graf

Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu


maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta
atau graf.

6
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Biasanya ilustrasi maklumat digunakan untuk menerang prestasi sesebuah organisasi


korporat. Gambaran untung rugi akan lebih jelas dan mudah dilihat untuk membuat
perbandingan melalui persembahan rajah-rajah yang berkesan. Ilustrasi jenis lain
seperti peta jalan, topografi, rajah, dan gambar yang menerangkan sesuatu situasi serta
keadan atau faktor-faktor yang memberi maklumat juga boleh digolongkan dalam
kumpulan ini. Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah
organisasi korporat. Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam
bentuk tajah, jadual, carta, peta dan pelan

Fesyen

Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan fesyen, kebiasannya


dalam bentuk ilustrasi. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis
dengan cermat tentang fesyen dan pakaian.

Salah satu daripada keperluan asas manusia ialah pakaian selain daripada makanan
dan tempat tinggal. Tujuan manusia berpakaian adalah untuk menutup tubuh badan
yang berfungsi sebagai pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lain-lain.
Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain mengikut
adat dan budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi menunjukkan
personaliti seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

7
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Pengetahuan tentang evolusi berpakaian adalah penting untuk kita mengetahui asal-
usul pakaian yang dipakai sekarang. Terdapat tiga aspek mengapa manusia perlu
berpakaian, iaitu aspek fisiologi, aspek psikologi dan aspek sosiologi. Ilustrasi fesyen
popular sejak 1920an untuk menggambarkan pakaian semasa. illustrasi jenis ini ketika
itu tiak mementingkan figuratif dan lebih bertumpu kepada kehalusan dan ketelitian
rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen moden lebih bergaya. Ketelitian diberi kepada posisi
tubuh figura untuk memberi kesan visual yang unggul pada rekaan pakaian.
Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain
daripada pensel, pen, dakwat yang digunakan pada peringkat awal. terdapat juga
ilustrasi bagi fesyen rambut, kasut, dan sebagainya.

Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Pembuatanya memerlukan keseimbangan


antara gambar dan rincian pakaian yang utuh. Inilah sebabnya mengapa ilustrasi
fesyen termasuk keterampilan yang cukup sulit untuk dikuasai. Salah satu bidang
kerjaya yang memenlukan kreativiti seseorang individu itu ialah bidang seni reka
fesyen. Dunia bidang fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada
hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta. Bidang ini
sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi ajaran monopoli kaum wanita, sebaliknya
boleh diceburi oleh kaum lelaki juga. Ramai juga pereka fesyen lelaki yang terkenal dan
berjaya, dalam dunia rekaan fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di
peringkat antarabangsa.

Kemahiran dalam mencipta fesyen yang disesuaikan dengan pemilihan jenis


kain serta padanan warna yang betul sudah tentu akan nampak menarik jika dipakai
oleh pemakainya. Misalnya, kebaya labuh yang menggunakan fabrik sutera dengan
motif beranika, dipadankan dengan selendang bersesuaian warna, sudah tentu
penampilan pemakainya begitu anggun sekali. Dalam hal ini, seorang pereka perlu
mempunyai kemahiran dan keupayaan memilih warna dalam membuat rekaan fesyen
agar sesuai untuk dipakai mengikut masa dan persekitaran. Jika tersalah pilih akan
menampakkan kejanggalan kepada si pemakai.

8
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Pereka fesyen perlu mengetahui tentang keseluruhan jenis pakaian, jenis kain dan
fesyen sama ada untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak yang mempunyai pelbagai
citarasa dan minat. Pereka faesyen yang baik sudah tentu dapat memenuhi mengikuti
kriteria seperti di atas. Sebenarnya, tugas seorang pereka fesyen ialah untuk
menghasilkan idea dan lakaran menarik sesuatu fesyen yang diciptanya. Selain itu,
untuk mencetuskan idea dan kreativiti yang menarik, sudah tentu tugas mereka
memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan sesuatu fesyen itu.

Lukisan Perspektif

Ciri -Ciri Lukisan Perspektif objek yang hampir besar dan lebih tinggi dibandingkan
objek yang jauh. Garisan objek yang hampir lebih jarang dan garisan objek yang jauh
lebih rapat.

Ruang dan Perspektif

 Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut
dilihat pada jarak jauh.
 Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif.
 Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan
sesuatu ruang mengikut ketentuan pelukis.

9
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

 Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan
ilusi 3 dimensi melalui 3 cara
a. Perspektif 1 titik lenyap
b. Perspektif 2 titik lenyap
c. Perspektif 3 titik lenyap

Perspektif 1 Titik Lenyap

10
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Sebuah karya catan perspektif oleh Hans Vredeman de Vries (1526-1609)

Perspektif 2 Titik Lenyap

Mempunyai 2 titik disebelah kanan dan kiri lukisan dan memfokuskan ke arah bahagian
tengah yang menjadi bahagian terdekat atau paling hadapan.

Pandangan Dua Titik Lenyap

11
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Perspektif 3 Titik Lenyap

Pandangan Tiga Titik Lenyap

12
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Jenis Alat dan Bahan

Alat dan bahan dalam membuat lukisan adalah seperti:


 Pensel dan pensel warna
 Pastel
 Pen & ink
 Conte
 Marker
 Media campuran
 Arang

13
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Penerokaan alat dan bahan

Kertas Lukisan
 Kertas lukisan biasa (drawing block) - permukaan yang sesuai untuk semua
bahan. Kertas cat air mempunyai beberapa gred tekstura. Kertasnya tebal
dan bermutu tinggi, mahal dan sesuai untuk cat air dan antara jenama yang
biasa terdapat seperti Arches, Cotman, Fredrix dan lain-lain.
 Bod Bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta
untuk pen.
 Kertas Ledger Bond - kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis
permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar.
 Kertas Ingres/’sugar paper’ - kertas ini mempunyai permukaan yang halus
dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna. Biasanya digunakan untuk
lukisan pastel.
 Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas
taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

Pensel

Dihasilkan dari campuran tanah liat dan arang. Pensel boleh didapati mengikut
gred tertentu dan dikategorikan dalam jenis keras ialah jenis H. Pensel jenis lembut
dikategorikan dalam jenis B. Jenis H adalah sesuai digunakan untuk menghasilkan
lakaran ringkas kerana garisan yang dihasilkan adalah kelabu. Manakala jenis B
pula sesuai digunakan untuk membuat lorekan atau menghasilkan ton. Perlu
diingatkan semakin besar nilai H (H, HB, 2B), semakin keras kesan pensel iaitu
garisan yang dilakar adalah kelabu dan kurang gelap. Semakin besar nilai B (B -
6B), semakin lembut dan gelap kesan pensel lorekan yang dihasilkan.

14
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Garisan yang dihasilkan dengan media pensel dipengaruhi 3 faktor iaitu:


 Jenis pensel
 Tekanan
 Kelajuan lorekan pensel

Arang ( charcoal )

Pensel arang dihasilkan dari batang kayu terbakar. Ia merupakan media melukis
yang tertua sekali di dunia. Digunakan oleh pelukis sejak abad ke-17 dan ke-18
pada dinding gua. Keistimewaan arang berupaya untuk menunjukkan kesan tekstur
permukaan yang dilukis dan kesan ton dengan baik.

Antara kelebihan arang dalam lukisan ialah:-


 mempunyai kesan kelembutan yang tinggi.
 mempunyai kesan kegelapan yang tinggi.
 menghasilkan kesan tekstur yang menarik.
 menghasilkan garisan yang tajam dan tepat.
 dapat menghasilkan ton lorekan dengan cepat dan menarik.
 melukis kawasan yang luas dalam masa yang singkat.
 dihalusi dengan menyapu air di atasnya.
 roti boleh dijadikan pemadam dan hasilnya perlu disembur dengan “fixertive”
(pemati).
 mudah digunakan serta cepat.

15
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Contoh karya Lukisan yang menggunakan Arang (charcoal)


Pelbagai Fungsi Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan media kering. Penggunaan alat dalam
sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel,
arang, pen dan dakwat. Contoh lukisan yang jelas ialah karikatur atau lukisan
pelan. Proses menghasilkan garisan, melorek dan menggosok juga dinamakan
lukisan.

Lukisan ialah penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata. Ia adalah lanjutan
dari kerja-kerja lakaran bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan
lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Fungsi-fungsi lukisan adalah seperti berikut:


 Mengumpul dan menyampaikan maklumat.
 Berkomunikasi.
 Luahan idea dan emosi.
 Bentuk dan makna.
 Ilustrasi.
 Dokumentasi budaya dan sejarah.

Lukisan Dalam Gubahan Pelbagai Aliran dan Budaya

Islam

 Dalam budaya Islam, penghasilkan hasil seni yang bermotifkan haiwan atau
sebarang motif lain adalah dibenarkan.
 Hasil seni yang bermotifkan agama adalah amat dilarang.
 Gambaran yang melibatkan penghasilan lakaran berunsur geometri yang abstrak

16
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

atau motif bunga-bungaan sering digunakan.


 Penghasilan motif ini digunakan dalam bidang pembinaan dan kaligrafi yang
terdapat pada binaan masjid dan buku-buku agama termasuk kitab suci al-
Quran.
 Lakaran-lakaran abstrak ini bukanlah suatu yang dianggap baru, tetapi ianya
sudah lama diguna pakai sejak zaman Pra-Klasik dan juga zaman Barbarian.
 Seorang illustrator, M.C. Escher telah memperkenalkan lukisan geometri Islam
ini ke dalam dunia barat yang bermotifkan bunga-bungaan
 Seni lukis pada zaman ini turut dikenali sebagai seni halus. Seni lukis bermula
pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian
safhah al-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk
Arabesque dengan pilihan warna emas.
 Dalam seni islam, pelukis diharamkan membentuk dan melukis makhluk yang
bernyawa, namun lukisan ini dibolehkan hanya dengan bertujuan kerana
keperluan yang diiktiraf seperti untuk kegunaan pendidikan.
 Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak
termasuk benda-bnda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan,
dewa atau patung.
 Di tengah pro dan kontra itu, seni lukis berkembang di dunia Islam. Meski begitu,
para arkeologi dan sejarawan tak menemukan adanya bukti adanya sisa
peninggalan lukisan Islam asli di atas kanvas serta panel kayu.
 Hasil penggalian yang dilakukan arkeologi justeru menemukan adanya lukisan
dinding, lukisan kecil di atas kertas yang berfungsi sebagai gambar ilustrasi pada
buku.
 Salah satu bukti bahawa umat Islam mulai terbiasa dengan gambar makhluk
hidup paling tidak terjadi pada masa pemerintahan Dinasti Umayyah (661 M -
750 M) di Damaskus, Suriah.
 Hal itu dapat disaksikan dalam lukisan yang terdapat pada Istana kecil Qusair
Amrah yang dibangun pada 724M hingga 748M.
 Selain itu, serambi Istana Musyatta yang dibangun penguasa Umayyah di akhir
kekuasaannya tahun 750M, juga dipenuhi lukisan manusia dan binatang.

17
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

 Pada era kekuasaan Abbasiyah, penggunaan gambar makhluk hidup dalam


lukisan dinding juga digunakan pada istana Juasaq Al-Kharqani yang dibangun
oleh Khalifah Al-Mu'tasim pada 836M-839M.
 Makhluk hidup juga menjadi objek lukisan di Istana Dinasti Abbasiyah di era
pemerintahan Al-Muqtadir (908M-932M). Dalam dinding istana itu, tergambar
lima belas penunggang kuda.
 Lukisan ini depengaruhi gaya Mesopotamia. Lukisan manusia juga terdapat
dalam dinding istana Sultan Mahmud Gazna.
 Gambar prajurit serta perburuan gajah yang terlukis di dinding istana Sultan itu
lebih banyak dipengaruhi seni dari India. Lukisan manusia dan makhluk hidup
mulai berkembang pesat di era Dinasti Fatimiyah dan Seljuk antara abad ke-12
dan 13 M.
 Seabad kemudian, seni lukis miniatur berkembang pesat di era kekuasaan
Dinasti ll-Khans-dinasti keturunan Hulagu Khan yang sudah masuk Islam.
 Dinasti ini pun memperkenalkan gaya lukis Cina terhadap seni lukis miniatur
Persia di zaman itu. Seni lukis miniatur Persia berkembang makin pesat di era
kekuasaan Dinasti Timurid di wilayah Iran.
 Dipengaruhi gaya lukis Cina dan India, seni lukis miniatur Persia itu tampil
dengan gaya yang unik. Seni lukis tradisi berkualiti tinggi juga berlangsung di era
kekuasaan Dinasti Safawiyah.
 Lantaran negara-negara Islam saat itu berbentuk monarki, seni lukis di setiap
kota Islam sangat ditentukan pemimpinnya. Para penguasa Dinasti Safawiyah
sebenarnya sangat mendukung para seniman.
 Salah seorang pemimpin Safawiyah yang mendukung kegiatan para seniman itu
adalah Shah Ismail I Safav.
 Bahkan, dia mengangkat Kamaludin Behzad--pelukis kenamaan Persia--sebagai
direktur studio lukis istana.
 Lukisan Persia memiliki ciri khas tersendiri. Kebanyakan berisi sanjungan
kepada raja dan penguasa. Selain itu, ada pula lukisan keagamaan yang
menggambarkan interpretasi orang Persia terhadap Islam --agama yang mereka
anut.

18
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

 Lukisan Persia pun sangat termasyhur dengan penggunaan geometri dan warna-
warna penuh semangat.

 Lukisan Persia dikenali mata ilustratif. Lukisannya mampu memadukan antara


puisi dengan seni lukis.
 Bila kita melihat lukisan Persia, seakan-akan kita diajak untuk membaca sebuah
kisah puitis yang mampu menumbuhkan rasa kepahlawanan.
 Penguasa Safawiyah mulai mencabut dukungannya kepada para seniman di era
kekuasaan Shah Tahmasp I tahun 1540-an. Akibatnya, para seniman yang
bekerja di Istana Shah pergi meninggalkan Tabriz, Iran. Mereka ada yang hijrah
ke Bukhara kawasan utara India.
 Tak hairan, jika seni lukis berkembang di Kesultanan Mughal, India. Di wilayah
ini, seni lukis dikembangkan oleh para seniman imigran.

19
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

 Salah satu ciri khas seni lukis Mughal adalah lebih bernilai humanistik
dibandingkan hiasan. Gambar yang dilukiskan lebih ke dalam bentuk realistik,
dibandingkan dalam bentuk fantasi.
 Pada era kekuasaan Turki Usmani, seni lukis juga berkembang pesat dengan
sokongan dari istana sultan.
 Para penguasa Usmani memerintahkan para senimannya menggambar beragam
bentuk peristiwa tentang Sultan, seperti pertempuran dan festival.
 Di era kepemimpinan Sultan Sulaeman Al-Qanuni ada pelukis miniatur
terkemuka bernama Nasuh Al-Matraki. Hampir semua karya lukis pada zaman ini
tersimpan di Perpustakaan Istana di Istanbul
 Seni lukis berkembang dari masa ke masa di era kejayaan Islam. Seni lukis yang
khas dari setiap dinasti membuktikan bahawa umat Islam pada waktu itu mampu
mencapai peradaban yang sangat tinggi di dunia.

20
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Gambar foto tentang manuskrip zaman pertengahan oleh Qutb al-Din al-
Shirazi (1236–1311), seorang ahli falak Parsi. Imej ini menggambarkan model
planet kisar.

Manuskrip Seljuk dari abad ke-13 yang menggambarkan Socrates(Soqrāt)


berbincang dengan murid-muridnya.

China
 Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina
terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap
penting dalam kesenian tersebut.
 Ini jelas kerana seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan
penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam
semesta.
 Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang
bersifat semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya
satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses alam semesta.
 Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk
mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-
bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik dan lain-
lain lagi.
 Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan bentuk-

21
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma sebagai elemen
yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan besar ini.
 Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau
huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan
gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang
terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya.
 Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang mempunyai ” imbangan, gerakan
dan bentuk-bentuk yang betul” boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi
atau tulisan huruf Cina.
 Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri
daripada potret manusia, gambar-gambar yang berlatar belakangkan cerita-
cerita mitos dan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku.
 Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha
yang kemudian berkembang ke arah keduniaan.
 Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu Wu Tao Yuan yang juga
merupakan seorang sami Buddha.
 Dengan beberapa garis, dia telah dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu
tinggi di kanvas lukisannya. Seni lukis mencapai kemajuan sebenar pada zaman
Sung.
 Dua orang pelukis terkenal zaman ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman
Dinasti Han, banyak lukisan potret dihasilkan. Tembok dihiasi dengan catan
fresco menggambarkan tokoh terkemuka seperti ahli falsafah, raja-raja,
negarawan.
 Kedatangan agama Buddha memberi motif baru dalam seni lukis. Corak lukisan
lebih kepada gambar pemandangan seperti sungai, gunung ganang. Batu-batu
dan salji

22
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

India

 Sekitar 40 tahun lalu, lukisan 'maniture' telah menjadi popular di India dan Barat
iaitu dikalangan pengumpul lukisan dan artis.
 Ini berdasarkan mutu dan hasil kerja yang bagus dimana adunan warna yang
menarik selain dari aspek kepelbagaian gaya dan tema yang unik.
 Sebahagian kecil pakar seni lukisan 'maniture' ini telah menjadi ikutan dan telah
berjaya menghasilkan lakaran yang bermutu.
 Antara penggiat seni India yang terkenal sekitar awal 1900 iaitu Coomaraswamy
yang menghasilkan seni monograf (buku) diantara tahun 1910 hingga 1912 yang
diharapkan dapat memberi pendedahan tentang nilai keindahan seni.
 Pada awal 1950, lukisan maniture ini semakin tenggelam kerana tiada penggiat

23
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

seni yang berminat untuk meneruskannya


 Lewat 1950-an, dua orang pakar seni iaitu Ramgopal Vijaiwargiya dari Jaipur
dan P.R Kapoor dari Delhi berjaya menjumpai ribuan lakaran dan ada
diantaranya dihasilkan dengan kualiti yang amat mengkagumkan.
 Vijaiwargiya telah membeli hasil seni daripada Rajasthan di Kotah dan Jaipur.
 Kapoor berjaya mengembalikan semula karya seni yang dikumpul kepada waris
pelukis di Guler, Sangra dan Basohli.
 Hasil seni yang dimiliki oleh Vijaimargiya dan Kapoor juga merupakan antara
karya yang dihasilkan oleh orang-orang Chamba di Himachal Pradesh.
 Ianya telah dipamerkankan pada 1976 oleh Stuart Cary Weich di Asia House
Galeri di New York. Pameran ini telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan.
 Lukisan atau lakaran dapat menggambarkan keperibadian pelukis dan boleh
menterjemahkan apa yang terdapat didalam minda dan imaginasi pelukis.
 Lukisan India tidak menggambarkan emosi pelukis melalui lukisan wajah atau
muka, tetapi ia amat menitik beratkan postur dan gestur subjek tersebut.

24
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200 tahun
dulu. Namun kewujudan lukisan ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai
tahun 1930-an saja.

25
PSV3123 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

Latihan 1

Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat mengenai jenis-jenis lukisan dan membuat


banding beza dalam pengurusan grafik.

Latihan 2

Pelajar menghasilkan dua jenis lukisan daripada tujuh jenis yang telah disenaraikan.

Latihan 3

Pelajar meneroka dan membanding beza kesan garisan dengan menggunakan


pelbagai alat, bahan dan teknik lukisan.

26