Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting
dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang
serba maju dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Pada
zaman ini, tugas seseorang guru bukan sahaja sebagai pendidik yang mencurahkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dengan mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran malah seseorang guru mempunyai tanggungjawab untuk membentuk
seseorang murid yang berkembang dari segi aspek intelek, rohani, dan jasmani. Selaras
dengan itu, guru mempunyai tanggungjawab untuk membuat lonjakan kepada
pembaharuan yang cemerlang dan mampu memberi impak terhadap keberhasilan murid.
Antaranya adalah guru sebagai agen sosial. Sosialisasi adalah satu konsep umum
yang boleh ditakrifkan sebagai satu proses dimana kita belajar melalui interaksi dengan
orang lain tentang cara berfikir, merasakan dan bertindak . Menurut Kamus Dewan Edisi
keempat sosialisasi membawa maksud usaha untuk memindahkan hak milik seseorang
menjadi milik negara atau proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan
suasana, sikap, nilai dan norma yang dapat diterima dalam masyarakat.
Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Hal ini adalah
kerana cara murid berinteraksi dengan guru atau sesama rakan adalah tidak sama dan
meluas. Sehubungan itu ,sebagai agen sosialisasi guru perlu menggalakkan pergaulan
yang mesra dalam kalangan pelajarnya. Pengurusan interaksi sosial yang dikendalikan
guru adalah sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Hal ini dapat dilakukan
melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerja kumpulan yang diadakan akan
menggalakkan interaksi antara pelajarnya. Guru harus memastikan setiap pelajar
mempunyai hubungan yang mesra semasa melakukan kerja kumpulan. Guru harus
bertindak dengan cepat jika didapati permasalahan antara mereka dengan menasihati
mereka.
Ketika proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggalakan muird untuk
membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan
rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan kumpulan
tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan murid akan berkomunikasi antara satu
sama lain. Komunikasi dua hala ini dapat membantu pelajar mengembangkan
perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap terhadap sekolah dan
pembelajarannya. Ringkasnya, interaksi dan hubungan sosial yang bersifat
perkembangan ini akan membolehkan murid bekerjasama sebagai satu pasukan melalui
pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Jika guru itu memilih untuk menyampaikan
maklumat sahaja, maka kemahiran berkomunikasi tidak dikembangkan. Kemahiran
berkomunikasi adalah penting untuk sosialisasi.
Selain itu, dalam membentuk nilai , norma ,sahsiah dan tingkahlaku positif guru
boleh mengendalikan projek gotong- royong untuk membersihkan kawasan sekolah, balai
raya, pusat warga tua, rumah anak yatim sebagai usaha untuk menyediakan peluang
untuk pelajar berinteraksi sesama mereka atau dengan penghuni-penghuni di pusat-pusat
tersebut. Ini juga merupakan peluang untuk pelajar bersosialisasi secara aktif dan sihat.
Selaras dengan itu, seseorang guru harus merancang kaedah yang sesuai
sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah bagi
menyampaikan isi kandungan yang disampaikan dengan betul dan tepat. Selain itu, ia
adalah penting bagi seseorang guru supaya dia dapat mengawal dan menguruskan kelas
dengan baik.
Oleh sebab itu, guru harus menjadi seorang menjadi pendengar yang peka kepada
curahan perasaan pelajar dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis. Sebagai
contohnya, ada pelajar yang mengalami masalah pembulian di sekolah. Pelajar tersebut
mungking akan berasa takut dan tidak tahu di mana perlu diluahkannya. Dalam keadaan
ini, guru patut memberi sokongan moral kepada pelajar tersebut dan mengambil tindakan
yang patut dilakukan secara undang-undang.
Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan
segera, supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi
lebih besar atau lebih serious. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk
membimbing masalah tersebut, ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut
dirujukkan kepada orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat
bantuan yang diperlukannya. Antara cara yang boleh seseorang guru boleh menggunakan
untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam
dan di luar kelas, bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia
berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya,galakkan pelajar anda membincangkan
masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda.
Hal ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal dan
mencegahnya sebelum ia menjadi serious. Selain itu, guru juaga berbincang dengan ibu
bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya, rekod
kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan sebagainya; dan mengadakan sesi bimbingan
secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah
anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan
langkah-langkah pencegahan boleh diambil.
Seseorang guru juga boleh bertindak sebagai pengamal reflektif, Mengikut Kamus
Dewan Dwibahasa, reflektif ditakrifkan sebagai gambar dalam dalam cermin; pembalikan;
renungan atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan. Mengikut
Mezirow (1994), mengamalkan reflektif dalam proses pedagogi membolehkan
pembelajaran bermakna (meaningful learning) berlaku menerusi penilaian kendiri
terhadap sesuatu andaian, pola interaksi dan tindakan.
Melalui amalan reflektif, seorang guru bukan sahaja dapat memanfaatkannya
untuk membantu pelajar-pelajarnya meminati pelajaran, malah mengelakkan keciciran
ilmu dalam kalangan pelajar sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mahu bersaing
dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan sentiasa berasa rendah diri yang lama-
kelamaan menyebabkan mereka menjadi kelompok pelajar yang gagal atau lemah dalam
pelajaran. Guru reflektif pastinya tidak akan mengabaikan potensi pelajarnya dan sering
kali bereflektif dan membantu pelajarnya membuat refleksi agar situasi ‘menang-menang’
dapat diperoleh. Jika situasi ini dapat diwujudkan, saya percaya prestasi sesebuah
sekolah juga akan turut meningkat.
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi
indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan
tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan
rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah
wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad
ke-21.Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan
pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru
memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya
secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah.