Anda di halaman 1dari 1

Soalan:

Ciri-ciri kehidupan masyarakat jahiliah [10 markah]

JAWAPAN:

(Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan perbuatan menipu, merompak )dan (meminum


arak). (Seorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk dianggap sebagai lelaki sejati).
(Kedudukan wanita yang amat rendah ) (sehingga tidak layak untuk mewarisi harta ibu
sebaik sahaja dilahirkan.) ( Seorang lelaki juga dibenarkan untuk berkahwin dengan
sebanyak mana wanita yang diingini sekali.) ( Kegiatan merompak juga merupakan
kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap masyarakat Arab jahiliah.)
(Mereka sering merompak kafilah yang lalu di padang pasir.) ( Perniagaan golongan Arab
jahiliah juga berasaskan riba ) (dan penindasan. ) (Golongan yang kaya sering menindas
golongan yang miskin.) (Masyarakat Arab jahiliah juga mempunyai kepercayaan yang
berlainan iaitu wathani, samawi, ) (menyembah berhala dan kepercayaan. ) (Terdapat
segelintir daripada masyarakat Arab jahiliah yang mengamalkan kepercayaan agama Hanif
tetapi kebanyakannya telah melupakan ajaran tersebut atau mencampurkan amalan
tersebut dengan amalan jahiliah mereka).( Masyarakat Arab jahiliah juga hidup secara
berkelompok yang dikenali sebagai sistem kabilah.)(Sistem kabilah telah menyebabkan
wujudnya perasaan kesukuan) ( yang melampau dalam diri setiap anggota yang dikenali
bapa mereka). (Ada juga di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan hidup-hidup
sebagai semangat assabiah.)( Sistem kabilah dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil
syeikh).( Seorang syeikh yang dilantik haruslah merupakan seorang yang dipanggil berani,
pandai berpidato) (dan disukai ramai.) ( Masyarakat Arab jahiliah juga suka berperang
walaupun atas sebab yang kecil.) Sebagai contoh peperangan al-Basus adalah disebabkan
oleh perkara kecil tetapi telah memakan masa 40 tahun.

Anda mungkin juga menyukai